Anda di halaman 1dari 8

KENALI KELUARGA

Anggota keluarga merupakan orang


yang penting dalam hidup kita.
Sesebuah keluarga terdiri daripada
keluarga asas dan keluarga
kembangan.

Keluarga asas terdiri daripada ibu,


bapa dan anak-anak.
Keluarga kembangan pula terdiri
daripada datuk, nenek, bapa saudara,
ibu saudara, sepupu dan anggota
keluarga yang lain.

KELUARGA
ASAS
Ayah
Ibu
Anak-anak

KELUARGA
KEMBANGAN
Datuk
Nenek
Bapa saudara
Ibu saudara
Sepupu
Anggota lain

Kita seharusnya memahami


anggota keluarga sendiri.
Kita sepatutnya mengetahui
makanan, minuman, pakaian,
warna kegemaran dan hobi
mereka.
Selain itu, kita juga sepatutnya
mengetahui perlakuan yang
disenangi dan tidak disenangi
oleh anggota keluarga.

Sebagai anggota keluarga, kita


juga mesti menyayangi antara
satu sama lain.
Kita boleh menunjukkan kasih
sayang dengan berkongsi masa
suka dan duka bersama anggota
keluarga.
Kita mesti menghormati anggota
keluarga terutamanya yang lebih
tua.

Kita mesti akur dan patuh dengan nasihat dan


larangan keluarga.
Kita sewajarnya bersyukur kepada Tuhan
kerana dianugerahi sebuah keluarga.
Kita mesti berbangga dengan anggota
keluarga yang kita miliki.

RAJAH SALASILAH KELUARGA


RAJENDRAN

LAGU KELUARGA BAHAGIA

Kasih pada ibu


Taat pada bapa
Hormat pada guru
Membawa bahagia

Ibu dan bapa


Serta keluarga
Bimbinglah kami
dengan penuh kasih
sayang

Masa Tidak menunggu kita


Oleh itu, janganlah leka
Jangan menderhaka
Pada orang tua
Amalan hidup kita

Mereka yang rajin berusaha


Hidup bahagia dan
sempurna
Ingat pada Tuhan
Hindar kejahatan
Keluarga bahagia

Anda mungkin juga menyukai