Anda di halaman 1dari 1

AKHLAK ISLAMIYAH

PELAJARAN 25 : MENYEMAI KASIH MENUAI SAYANG

MAKSUD KASIH SAYANG


1. Kasih sayang dari segi bahasa bermaksud cinta, kasih dan sayang.
2. Kasih sayang dari segi istilah bermaksud kecenderungan diri terhadap sesuatu yang baik.

SIFAT KASIH SAYANG YANG DIREDAI ALLAH SWT


SIFAT CONTOH
• Melaksanakan segala perintah Allah SWT dan
meninggalkan segala larangan-Nya.
1. Mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW.
• Melaksanakan amar makruf dan nahi
mungkar.
• Taat dan berbuat baik kepada ibu bapa.
2. Mengasihi ibu bapa,adik-beradik dan • Menziarahi sanak saudara.
kaum kerabat. • Mengasihi dan mengukuhkan silaturahim
sesama adik-beradik.
• Menghormati orang yang lebih tua.
• Mengasihi orang yang lebih muda.
3. Mengasihi saudara seagama • Membantu orang yang susah.
• Saling bantu-membantu dalam perkara
kebajikan dan takwa.

SIFAT KASIH SAYANG YANG DIMURKAI ALLAH SWT


1. Cinta yang melampaui batas-batas syarak, seperti cinta antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram sehingga terjebak dengan perbuatan zina.
2. Kasih sayang secara keterlaluan, seperti mengutamakan kawan-kawan melebihi ibu bapa.
3. Kasih demi kepentingan kebendaan, seperti mencintai seseorang kerana harta benda dan pangkat.

TUNTUTAN BERKASIH SAYANG


1. Sayang kepada Allah SWT yang mengurniakan pelbagai rahmat dan nikmat.
2. Sayang kepada Rasulullah SAW yang menunjukkan jalan kebenaran.
3. Sayang kepada ibu bapa yang melahirkan kita serta mendidik kita sejak dari kecil.
4. Sayang kepada semua orang Islam kerana mereka saudara seagama. Kita juga mengasihi orang
bukan Islam kerana kehadiran mereka memberi peluang untuk kita melaksanakan dakwah dan
kebajikan.
5. Sayang kepada flora dan fauna yang menjadikan hidup lebih indah dan ceria. flora dan fauna juga
membekalkan sumber makanan yang halal dan berfaedah kepada kesihatan.

CARA MENYUBURKAN SIFAT KASIH SAYANG


1. Bersangka baik dan menutup aib orang lain.
2. Menjaga tutur kata supaya tidak menyakiti hati dan perasaan rakan.
3. Menghormati orang yang lebih tua.
4. Memberi hadiah serta menziarahi keluarga dan guru.
5. Tolong menolong ke arah kebaikan.

HIKMAH SIFAT KASIH SAYANG DALAM KEHIDUPAN


1. Memenuhi tuntutan agama kerana Allah SWTdan Rasulullah SAW mengajar umat Islam berkasih
sayang.
2. Merai perasaan kasih sayang menurut peraturan dan bimbingan agama agar dapat merasai
kebahagiaan hidup.
3. Manusia mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi yang lain.

‫ﺣﺴﻤﺎدي ﺑﻦ أﻣﺰت‬

Anda mungkin juga menyukai