Anda di halaman 1dari 2

PELAJARAN 26 : MULIAKAN IBU BAPA BAHAGIAKAN KELUARGA

DALIL NAKLI KEWAJIPAN BERADAB KEPADA IBU BAPA


1. Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap anak.
2. Ibu bapa juga bertanggungjawab menyara nafkah anak, memberi kasih saying dan
Pendidikan kepada anak.
3. Oleh itu, setiap anak wajib taat kepada ibu bapa. Firman Allah SWT :

ٰ َ ‫ َوﺑِﺬِ ي ا ﻟْﻘُ ْﺮ‬Dً ‫َ َوَﻻ ﺗُْﺸ ﺮُِﻛ ﻮا ﺑِﻪِ َﺷ ﻴْـ ﺌًﺎ ۖ َوِ= ﻟَْﻮا ﻟَِﺪ ﻳِْﻦ إِْﺣ َﺴ ﺎ‬+‫۞ َوا ﻋْ ﺒُُﺪ وا ا ﱠ‬
‫ﰉ‬
‫ﺐ‬ِ ‫ﺐ وا ﻟ ﺼﱠ ﺎ ِﺣ‬ ِ ِ
َ ُ‫ﰉ َوا ْﳉَﺎ ر ا ْﳉُﻨ‬ ٰ َ ‫ﲔ َوا ْﳉَﺎ رِ ذِ ي ا ﻟْﻘُ ْﺮ‬ِ ِ‫وا ﻟْﻴَـ ﺘَﺎ َﻣ ٰﻰ وا ﻟْﻤ ﺴ ﺎﻛ‬
َ َ َ َ
‫ﺐ َﻣ ْﻦ َﻛ ﺎ َن‬ ‫َ َﻻ ُﳛِ ﱡ‬+‫ﺖ أَْﳝَﺎ ﻧُُﻜ ْﻢ ۗ إِﱠن ا ﱠ‬ ْ ‫ﺴ ﺒِﻴ ِﻞ َوَﻣ ﺎ َﻣ ﻠََﻜ‬ ِ ْ‫ِ= ْﳉَﻨ‬
‫ﺐ َوا ﺑِْﻦ ا ﻟ ﱠ‬
(٣٦ ) ‫ﺨ ﻮًر‬
ُ َ‫ُﳐْ ﺘَﺎ ًﻻ ﻓ‬
Maksud: Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu
mempersekutukan-Nya dengan sesuatu. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada dua
orang ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang
dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawatan, ibnu sabil (orang yang
bermusafir) dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang
yang sombong takbu dan membangga-banggakan diri, (Surah an-Nisa ayat : 36)

CARA BERADAB KEPADA IBU BAPA DAN KELUARGA

ASPEK CARA BERADAB


- Sentiasa berkasih sayang terhadap ibu bapa seperti
menunjukkan muka manis dan ceria serta tidak membenci
mereka.
Hati - Mengambil berat kepada mereka dengan selalu bertanya
khabar.
- Menzahirkan rasa hormat antara satu dengan yang lain
dengan menjaga perasaan dan tidak mengguris hati mereka.
- Bercakap dengan suara yang lemah lembut dan bersopan
santun serta tidak meninggikan suara.
- Tidak membidas percakapan ibu bap ajika berlakunya
Percakapan
percanggahan pendapat.
- Menggunakan suara yang lembut untuk menyenangkan hati
dan menjaga perasaan mereka.
- Sentiasa menziarahi ibu bapa yang tinggal berasingan untuk
menghilangkan rasa rindu mereka terhadap anak-anak.
- Mengertakan silaturahim dengan kawan ibu bapa dengan
Tingkah laku menjaga hubungan baik Bersama mereka.
- Menjaga dan memastikan ibu bapa mendapat rawatan
secukupnya sekiranya mereka sakit dan tua.
- Memberi nafkah serta perbelanjaan kepada mereka.
KEPENTINGAN BERADAB KEPADA IBU BAPA DAN KELUARGA

1. Merupakan satu tuntutan agama yang wajib dilaksanakan.


2. Menjamin keutuhan system kekeluargaan.
3. Sebagai membalas jasa kedua ibu bapa.
4. Menjadi contoh teladan untuk diikuti oleh orang lain.

PUNCA PENDERHAKAAN KEPADA IBU BAPA

1. Kurang penghayatan agama dalam kehidupan kerana tidak menjadikan ajaran Islam
sebagai satu cara hidup.
2. Tidak menghayati dan mengamalkan pendidikan agama yang dipelajari di sekolah
yang mengajar kita supaya taat kepada ibu bapa.
3. Terpengaruh dengan hasutan rakan sebaya sehingga mengabaikan nasihat ibu bapa.
4. Lebih mementingkan rakan berbanding ibu bapa.

AKIBAT TIDAK BERADAB KEPADA IBU BAPA DAN KELUARGA

ASPEK AKIBAT
- Dimurkai oleh Allah SWT.
Individu - Disihkan dan diabaikan ibu bapa serta ahli keluarga lain.
- Mendapat balasan azab neraka di akhirat.
- Dibenci dan dipandang hina oleh masyarakat.
Masyarakat - Institusi keluarga akan hancur dan berpecah belah.
- Berlaku pelbagai gejala social dalam kalangan masyarakat.
- Kemajuan negara akan terbantut kerana runtuhnya institusi
Negara kekeluargaan.
- Negara tidak aman dan Makmur kerana rakyat tidak bersatu padu.

MARI AMALKAN

Anda mungkin juga menyukai