Anda di halaman 1dari 2

JAWAPAN STRUKTUR

(a) Berikan dua faktor yang menyebabkan Britain melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa.

Untuk memasarkan lebihan produk


Untuk memaksimumkan keuntungan
Mempunyai kemudahan mengendalikan perdagangan antarabangsa
Britain adalah negara penjajah utama
Britain adalah kuasa maritim yang ulung
Keperluan bahan mentah untuk industri
Peningkatan dalam sistem pengangkutan.
Mana-mana jawapan munasabah [2 markah]
(b) Nyatakan kesan kewujudan perdagangan antarabangsa ke atas ekonomi Britain.

Industri Britain berkembang maju


Britain terlibat dalam perdagangan import eksport.
Peningkatan dalam sistem pengangkutan
Pengeksportan modal ke seberang laut
Sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara berkurangan.
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
(c) Pada pandangan anda, mengapakah sistem pengangkutan kereta api dan kapal laut memainkan peranan
penting dalam memajukan ekonomi Britain ?

Mempercepatkan sistem pengangkutan dan perhubungan


Membolehkan Britain menjelajah ke Timur
Membolehkan pelayaran ke Timur lebih selamat
Britain dapat menguasai bahan mentah di Timur
Bahan mentah dapat dibawa balik dengan cepat dan selamat
Menggalakkan pelaburan dalam bidang industri
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
(d) Nyatakan dua bentuk penindasan pihak majikan terhadap pekerja bidang perusahaan di Britain pada
zaman Revolusi Perindustrian.

Pekerja tidak mendapat layanan yang sewajarnya.


Pekerja dibayar gaji yang rendah.
Mereka dilarang menubuhkan kesatuan sekerja.
Pihak majikan mengenakan akta yang ketat untuk mengawal pekerja.
Pihak majikan menggunakan buruh kanak-kanak dalam perusahaan.
Had masa bekerja melebihi sepuluh jam.
Menggunakan buruh wanita dalam perusahaan arang batu.
[2 markah]
(e) Pada pandangan anda, mengapakah golongan pekerja berhak mendapat pembelaan ?

Mengelakkan penindasan
Meningkatkan produktiviti
Menunjukkan sifat perikemanusiaan
Menggalakkan perkembangan ekonomi
Mencapai taraf negara maju
Mana-mana jawapan munasabah.
[2 markah]

JAWAPAN ESEI
(a) Apakah maksud Revolusi Perindustrian ?

Pengeluaran barang yang dihasilkan secara besar-besaran.


Pengeluaran barang melebih paras keperluan pengusaha.
Dihasilkan dengan perantaraan mesin.
Hasil keluaran dikomersilkan.
[2 markah]
(b) Terangkan faktor yang mendorong berlakunya Revolusi Perindustrian di Britain.

Sumbangan Revolusi Pertanian.


Menyediakan modal untuk kegiatan industri.
Peladang kaya melabur modal dalam perindustrian.
Semangat keusahawanan peladang kaya.
Mereka sanggup melabur dalam bidang baru yang belum pasti mendatangkan keuntungan.
Bekalan makanan yang mencukupi
Makanan cukup untuk menampung pekerja kilang.
Revolusi pertanian menambahkan bekalan makanan.
Britain tidak perlu import bahan makanan dari luar.
Dana dapat dilaburkan dalam industri.
Penggunaan teknologi.
Penggunaan mesin menggantikan manusia atau binantang.
Pelbagai mesin direka untuk tingkatkan pengeluaran.
Barangan dapat dikeluarkan dengan banyak.
Kos pengeluaran barangan menjadi murah.
Barangan mudah dipasarkan kepada umum.
Skala pengeluaran yang besar
Lebihan produk ini dapat dikomersilkan.
Wujudnya pengkhususan kerja.
Pengkhususan kerja dapat mengurangkan kos.
Pengkhususan kerja meningkatkan kualiti produk.
Produk berkualiti dipasarkan di peringkat antarabangsa.
Penggunaan mesin berkuasa wap.
Penggunaan enjin berkuasa wap meningkatkan perlombongan arang batu.
Penggunaan kapal wap meningkatkan sistem perhubungan dan pengangkutan.
[8 markah]
(c) (i)

Nyatakan kesan Revolusi Perindustrian terhadap ekonomi dan sosial Britain.

Kegiatan pengilangan telah menggantikan kegiatan pertanian.


Bidang pembuatan menjadi sumber utama ekonomi negara.
Ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja industri
Bidang perindustrian menjadi punca ekonomi masyarakat.
Perindustrian membekalkan banyak peluang pekerjaan.
Perindustrian menjadi punca pendapatan masyarakat.
Ramai rakyat Britain menjadi pekerja industri.
Wujudnya golongan majikan dan buruh dalam masyarakat
[6 markah]
(ii) Apakah kebaikan daripada Revolusi Perindustrian di Eropah yang dapat kita contohi dalam
memajukan ekonomi negara ?

Memberi tumpuan kepada perindustrian


Pengeluaran dijalankan secara berskala besar
Meningkatkan produktiviti pengeluaran
Menggunakan teknologi moden
Menjaga kebajikan pekerja
Meningkatkan sistem pengangkutan dan perhubungan
Memberi tumpuan kepada pertanian seiring dengan perindustrian
Menjamin pengeluaran makanan yang mencukupi
Mana-mana jawapan munasabah

Anda mungkin juga menyukai