Anda di halaman 1dari 3

ASAS POWERPOINT

OBJEKTIF PELAJARAN
Selepas sesi pengajaran ini, pelajar akan dapat menghasilkan persembahan slaid yang berikut:
1. Pertukaran slaid yang dipaparkan mengikut urutan linear.
2. Pertukaran slaid yang dipaparkan secara rambang mengikut pilihan pengguna, dengan lain
perkataan bersifat interaktif.
3. Persembahan slaid yang mempunyai ciri-ciri multimedia, iaitu audio, video dan animasi.
UJI KEFAHAMAN ANDA (10 Markah)
1. Nyatakan fungsi perisian PowerPoint.
2. Berikan contoh-contoh bentuk audio.
3. Berikan maksud persembahan interaktif.
JAWAPAN ANDA

LATIHAN : Membina New Slide


Bina SEPULUH slaid baru yang kosong dan paparkan kesemua slaid tersebut serentak.
LATIHAN : Memilih Slide Layout
Terdapat pelbagai layout yang sesuai untuk pelbagai jenis maklumat yang hendak dipaparkan,
oleh itu buat pilihan yang betul dan sesuai.
Berikan nama-nama bagi slide layout yang anda lihat dan berikan contoh maklumat yang sesuai
untuk layout tersebut.
LATIHAN : Memilih Slide Design
Anda boleh memilih pelbagai latar belakang slaid yang menarik dan sesuai dengan maklumat
yang hendak dipaparkan. Lihat semua Slide Desgin yang ada dan sebelum membuat pilihan.
LATIHAN : Mod Paparan / View Mode
LEMBARAN KERJA ASAS POWERPOINT

Page 1

Paparkan persembahan slaid dalam Tiga mod yang berbeza.


UJI KEFAHAMAN ANDA (10 Markah)
1. Berikan nama ketiga-tiga paparan mod tersebut.
2. Nyatakan fungsi bagi setiap mod tersebut

LATIHAN : Action Button / Butang Bertindak


Terdapat pelbagai Button adalah dengan fungsi yang berbeza. Penggunaan Button menjadikan
persembahan bertambah menarik dan kelihatan professional.
UJI KEFAHAMAN ANDA
Lukis Button, berikan nama Button dan terangkan fungsi Button tersebut.
PROJEK : Hasilkan satu persembahan slaid yang menarik dengan Tema yang sesuai dan gunakan
kesemua Button tersebut dalam persembahan anda.(50 Markah)

LATIHAN : Animasi
Animasi bermaksud menggerakkan sesuatu statik, antaranya adalah
o Cara slaid bergerak semasa berlaku pertukaran ke slaid yang lain
o Menggerakkan sebarang objek statik
o Menggerakkan sebarang teks statik
Terdapat pelbagai bentuk dan cara animasi untuk pilihan anda.
Berikut adalah beberapa contoh animasi yang boleh anda boleh cuba.
o Sebuah kereta bergerak dari kanan slaid ke kiri slaid
o Tiga buah kereta bergerak serentak

LEMBARAN KERJA ASAS POWERPOINT

Page 2

o
o
o

Tiga buah kereta bergerak dengan kelajuan berbeza


Sebutir Bintang statik berputar-putar
Saiz teks bertukar dari kecil menjadi besar

PROJEK : Gabungkan beberapa animasi dalam satu slaid dengan tema yang sesuai mengikut
kreativiti anda (30 Markah)

LEMBARAN KERJA ASAS POWERPOINT

Page 3

Anda mungkin juga menyukai