Anda di halaman 1dari 1

CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN PENGAJARAN-PENGAJARAN SUBJEK

BERKENAAN, BERDASARKAN:
Cadangan secara individu:
Guru harus menggunakan arahan yang tepat atau sesuai supaya pelajar benarbenar faham dengan kehendak pembelajaran. Sebelum memulakan pengajaran,
pelajar pasti akan tertanya-tanya apa yang apa dipelajari pada hari ini. Apabila guru
mula masuk ke dalam kelas terutamanya guru yang menggunakan kaedah inkuiri
ini, maka guru harus memberi penerangan atau arahan yang jelas dan tepat
dengan menggunakan bahasa yang di fahami agar pelajar dapat memahami apa
yang kehendak pembelajaran pada hari tersebut. Selain itu, guru harus tahu apa
yang harus dilakukan oleh pelajar dan apa peranan guru semasa proses
pembelajaran sedang dijalankan iaitu lebih kepada teknik "scafolding" agar
pembelajaran dapat berjalan dengan lancer
Guru harus memberi fokus kepada pembelajaran ke arah berpusatkan pelajar
agar objektif pembelajaran pada hari tersebut tercapai. Apabila guru lebih banyak
bercakap berbanding membantu, maka pembelajaran yang pada asalnya lebih
fokus ke arah berpusatkan pelajar akan lebih ke arah berpusatkan guru. Semasa
proses pembelajaran, guru harus menjadi pembimbing kepada pelajar agar pelajar
dapat meneroka sendiri pembelajaran.
Guru harus bijak memantau pelajar agar semua pelajar bekerjasama dalam
melaksanakan tugas yang di beri. Guru harus peka terhadap setiap pelajarnya agar
semua pelajar dapat menjalankan pembelajaran secara inkuiri ini. Ini amat penting
kerana, setiap apa yang akan di pelajari pelajar pada hari tersebut adalah
bergantung kepada pemahaman dan penerimaan pelajar sendiri terhadap
pembelajaran tersebut.
MINI KAJIAN TINDAKAN
KELEMAHAN PENGAJARAN-PENGAJARAN SUBJEK BERKENAAN, BERDASARKAN:
Pengalaman / refleksi
- Melalui pengalaman saya, semasa guru menggunakan kaedah inkuiri semasa
proses pembelajaran, pelajar akan keliru dengan apa yang di kehendaki oleh guru.
Maka kebanyakkan pelajar akan meminta contoh-contoh daripada guru sebelum
memulakan pembelajaran.Terdapat juga pelajar yang tidak langsung membuat apaapa tindakan kerana tidak mampu meneroka sesuatu perkara tanpa bantuan guru.
pelajar ini akan ketinggalan dalam pelajaran. -Contohnya, dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu, pelajar pasti akan meminta guru menerangkan terlebih dahulu apa
yang hendak dilakukan. Misalnya dalam penulisan karangan. contoh dan maklumat
dari guru amat penting untuk kefahaman palajar.

Anda mungkin juga menyukai