Anda di halaman 1dari 30

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SEKOLAH RENDAH

PENGENALAN
Lumrah seorang pendidik anak bangsa atau lebih sinonimnya disebut sebagai
seorang insan bernama guru adalah untuk memudahkan pembelajaran murid.
Berbekalkan amanah ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka
juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Hal ini bermakna guru perlu
mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsang minda serta minat
pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Pada setiap interaksi pengajaran dan pembelajaran, guru sering kali
berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kekuatan dan kebolehan mereka.
Dalam situasi inilah kepakaran guru penting dalam menentukan strategi pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih
kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan
dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu bukan sahaja berpotensi
memerangsangkan minat pelajar belajar secara aktif malah harus mampu
membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta
dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Guru seharusnya kreatif dalam merencana pengajaran dan pembelajaran
yang bervariasi bagi menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran. Aktivitiaktiviti yang direncana hendaklah menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk
membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep dapat diterjemahkan secara jelas
dan mudah untk diterima oleh semua pelajar. Aktiviti-aktiviti yang terancang juga
harus mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.
Semasa merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu
mempunyai urutan yang

tersusun dan sempurna. Urutan pengajaran perlu

diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang
dipilih itu adalah berbentuk gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh
terhadap perhatian pelajar, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan,
emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan
pengajarannya.
Utohbill Bin Kawasa

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

Pengaplikasian kaedah dan teknik yang bervariasi akan menjadikan sesuatu


pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang kepada pelajar untuk melibatkan
diri secara aktif dan sentiasa mengambil bahagian sepanjang sesi pengajaran tanpa
merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa
kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian
pemilihan kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara teliti dan berhati-hati supaya
pendekatan ini tidak mehalang guru melaksanakan proses pembentukan konsepkonsep secara mudah dan berkesan.
Kaedah projek yang diasaskan oleh John Dewey misalnya, menggalakkan
pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan.
Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi
sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar
menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan
penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh
menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang,
teknik

mengkaji,

teknik

penyelesaian

mudah,

teknik

bercerita

dan

teknik

perbincangan.
Dalam tugasan ini, beberapa aspek tentang pengajaran kepentingan
penekanan terhadap aspek strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para
pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang pendekatan, kaedah dan
teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin
kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Utohbill Bin Kawasa

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

KEPENTINGAN STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH


DAN TEKNIK

STRATEGI
Menurut Kamus Dewan (1998), strategi ialah rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga ialah kebijaksanaan dalam
menguruskan sesuatu perkara. Dalam bidang pendidikan, kebijaksanaan memilih
pendekatan

serta

kecekapan

merancang

kaedah

dan

teknik dalam

P&P

berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Strategi ialah rancangan


sesuatu tindakan atau operasi yang teratur.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran:
i.

Kaedah dan teknik yang harus digunakan dalam P&P

ii.

Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran

iii.

Menggunakan alat bantu mengajar

iv.

Kawalan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai.

Guru akan memikirkan keseluruhan proses pengajaran beliau. Strategi


mengajar mewakili satu pendekatan yang kompleks dalam pengajaran dan
selalunya mengandungi beberapa kaedah pengajaran yang menggunakan pelbagai
teknik pengajaran. Dengan bahasa yang lebih mudah, strategi ialah perancangan
guru untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran dengan menggunakan pendekatan,
kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran.
Strategi yang baik akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran
menarik serta menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif ke arah
mencapai

objektif

yang

hendak

dicapai.

Salah

satu

kriteria

guru

yang

berkesan ialah mengetahui dan berkemahiran mempelbagaikan kaedah mengajar


untuk disesuaikan dengan isi pelajaran yang diajar.

Utohbill Bin Kawasa

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

JENIS-JENIS STRATEGI

Berpusatk
an Guru
Berpusatk
an
Masalah

Berpusatk
an Murid

Berpusatk
an Bahan
KEPENTINGAN STRATEGI
Pada pendapat saya, strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan
tunjang utama dalam memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.
Hal ini demikian kerana dapat disimpulkan di sini bahawa strategi adalah hasil
gabungan daripada tiga elemen iaitu pendekatan, kaedah dan teknik.
Strategi adalah perkara yang amat penting bagi seorang guru bagi
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru harus bijak merancang
serta mengatur strategi pengajaran dengan bijak memilih serta mengatur ketiga-tiga
elemen ini iaitu pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai.
Strategi pengajaran yang berkesan adalah dengan menggabungkan pelbagai
kaedah dan pendekatan serta kaedah pengajaran untuk mencapai kesan
pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa,
tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran
pembelajaran yang paling maksimum.
Berdasarkan kepada jenis strategi pengajaran dan pembelajaran maka
kepentingan strategi dapat dikenalpasti iaitu ia membantu guru dalam merancang
Utohbill Bin Kawasa

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan obejektifobjektif pelajaran yang telah ditentukan. Rancangan pengajaran itu sangat penting
bagi seorang guru kerana ia akan menentukan pencapaian optimum seorang murid
di dalam kelas iaitu dengan melihat respon yang diberikan semasa sesi pengajaran.
Selain itu, strategi juga penting

dalam

menyusun kaedah dan teknik

mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran.


Apabila ada strategi, seorang guru itu dapat melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan lancar tanpa ada sebarang masalah kerana dia sudah
membuat persediaan awal dengan mengatur langkah-langkah pengajaran dengan
sebaiknya.

PENDEKATAN
Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) dalam bukunya iaitu
Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu menyatakan bahawa pendekatan bermasud
arah atau hala yang diambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Dalam pengertian
yang lebih luas, pendekatan diertikan sebagai "to come near to in any sense" atau
jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Sesuatu pendekatan yang dipilih
lazimnya berasaskan teori atau generalisasi tertentu. Pendekatan berfungsi sebagai
aspek belakang tabir, iaitu sama kedudukannya dengan strategi.
Penyataan di atas mengungkap bahawa pendekatan pengajaran bahasa
menjurus kepada pembuka haluan. Kaitannya juga bersendikan usaha untuk
mendekati atau memulakan proses pengajaran bahasa, selain penerapan sesuatu
kemahiran. Pendekatan wujud berdasarkan pengajaran yang hendak diutamakan
atau diberikan perhatian secara lebih mendalam. Oleh itu, ada kalanya pendekatan
menyerupai klasifikasi pengajaran iaitu jenis-jenis yang wujud dengan berdasarkan
penggunaan kriteria-kriteria untuk penelitian proses pengajaran.
Menurut Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011) pendekatan juga
dimaksudkan sebagai cara mendekati sesuatu. Dalam konteks bilik darjah,
pendekatan merupakan cara bagaimana objektif-objektif jangka masa panjang dapat
Utohbill Bin Kawasa

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

dicapai dalam satu-satu pembelajaran. Lazimnya, pendekatan dibuat berasaskan


satu-satu teori pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2007) pula, pendekatan ialah cara atau langkah-langkah yang diambil
bagi memulakan dan melaksanakan tugasan.
JENIS-JENIS PENDEKATAN
Pendekatan

pengajaran

bahasa

boleh

digolongkan

mengikut

cara

pengelolaan, penyampaian fakta dan keaktifan murid. Pendekatan pengajaran


bahasa adalah seperti :

Pendekatan
Induktif

Pendekatan
Konstruktivis
me

Pendekatan
Masteri

Pendekatan
Deduktif

Pendekatan
Tematik

Pendekatan
Kontekstual

Pendekatan
Elektik

Pendekatan
Komunikatif

KEPENTINGAN PENDEKATAN
Pendekatan juga merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa
Melayu. Hal ini demikian kerana pendekatan merupakan cara penyampaian atau
jalan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran. Pendekatan ini penting sebagai
panduan kepada guru untuk memastikan cara penyampaiannya berkesan
seterusnnya menyebabkan isi pelajaran yang ingin disampaikan dapat difahami oleh
pelajar dengan berkesan.

Utohbill Bin Kawasa

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

Apabila melihat konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu, ia merujuk


kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk

mencapai

objektifnya. Maka dengan itu dapatlah dikenalpasti akan kepentingan pendekatan


dalam pengajaran dan pembelajaran di mana sebagai guru yang mengajarkan
sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang
mereka. Hal ini kerana, dengan mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut
dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan menggunakan pendekatan
yang sesuai.
Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang
berlainan. Ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak
berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat
atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan
menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku secara efektif.
Pemilihan pendekatan pengajaran yang sesuai penting agar guru dapat fokus
kepada pendekatan yang dipilih dan guru pula harus memastikan bahawa
pendektan yang dipilih sesuai dengan topik pengajaran yang ingin disampaikan
kerana tidak semua pendekatan sesuai bagi setiap sesi atau topik pengajaran.

KAEDAH
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kaedah bermaksud cara atau
aturan membuat sesuatu atau hukum atau prinsip. Justeru, sesuatu kaedah terdiri
dariada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu
matlamat. Bersamaaan dengan strategi dan pendekatan, fungi kaedah juga
dianggap sebagai belakang tabir. Penyataan ini bermaksud, guru menggunakan
sesuatu kaedah secara tidak langsung dalam bilik darjah.
Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) dalam bukunya
iaitu Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu menyatakan bahawa kaedah juga ialah
satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam
jangka masa pendek. Mok Song Seng (1992) dalam buku Kaedah Pengajaran
Utohbill Bin Kawasa

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

Bahasa Melayu berpendapat kaedah pengajaran adalah tentang cara sesuatu


objektif pembelajaran didekati dengan langkah penyampaian tersusun. Sharifah
Alwiyah Alsagoff (1986) berpendapat bahawa kaedah ialah peredaran ke arah satu
tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan teratur. Hassan Langgulung (1981)
pula berpendapat bahawa kaedah bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Oleh itu,
apa-apa saja cara yang dilakukan guru adalah untuk memberkan kefahaman kepada
pelajar untukmencapai sesuatu objektif pengajaran, maka itu disebut kaedah
Hassan Langgulung (1981) juga berpendapat bahawa kaedah ialah suatu
aktiviti pengajaran yang mempunyai langkah-langkah tersusun. Dalam tiap-tiap
langkah pula terdapat kemahiran dan latihan yang terancang. Baginya, kaedah
pengajaran bukanlah aspek utama dalam pengajaran, tetapi merupakan wasilah
atau satu jalan untuk mencapai sesuatu objektif. Hassan Langgulung (1981) turut
menambah bahawa kaedah yang sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai
tujuan asas. Jadi apa-apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh
seseorang guru untuk memberi kefahaman kepada seorang murid, maka itu ialah
kaedah walaupun tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang diutarakan
Sharifah Alwiyah, Atan Long (1981) dan beberapa sarjana pendidikan bahasa yang
lain.
Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan
untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah Lebih
bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada
prosedur tersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.
Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.

Utohbill Bin Kawasa

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

JENIS-JENIS KAEDAH
Terdapat lapan jenis kaedah dalam pengajaran bahasa Melayu iaitu:

Kaedah
Natural

Kaedah
Tatabahasa
Terjemahan

Kaedah
Terus

Kaedah Kod
Kognitif

Kaedah
Linguistik

Kaedah Ajuk
Hafaz

Kaedah
Bahasa
Komuniti

Kaedah
Oral-aural

KEPENTINGAN KAEDAH
Kepentingan menggunakan kaedah mengajar yang bervariasi dalam situasi
pengajaran ialah untuk menarik perhatian murid. Dengan mengaplikasikan kaedah
pengajaran yang kreatif, murid akan berasa seronok dan secara tidak langsung
mereka akan memberi perhatian yang optimum terhadap isi pelajaran yang ingin
disampaikan oleh guru.
Kaedah juga penting untuk mengekalkan perhatian murid terhadap sesi
pengajaran guru. Apabila murid tertarik dengan kaedah dan teknik mengajar yang
digunakan oleh guru, perhatian murid akan dapat dikekalkan

sepanjang sesi

Utohbill Bin Kawasa

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, pemilihan kaedah yang sesuai boleh
membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri murid.

TEKNIK
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), teknik adalah kaedah
penciptaan sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Anthony (1963) dalam buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu yang ditulis oleh
Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) mendefinisikan teknik adalah
sesuatu muslihat atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera
yang maksimum pada waktu pengajaran bagi bahagian bahasa tertentu.
Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (2004) dalam buku Kaedah Pengajaran
Bahasa Melayu pula mengupas teknik sebagai pegendalian sesuatu organisasi yang
benar-benar berlaku di dalam bilik darjah untuk mencapai sesuatu objektif
pembelajaran.
Rumusannya, teknik merupakan alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk
menyampaikan sesuatu bahan pengajaran yang telah dipilih. Bahan yang dipilih
haruslah sejajar dengan teknik yang digunakan, selain seirama dengan kaedah yang
dianuti. terdapat beberapa tujuan penggunaan teknik yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran. Antara tujuan teknik pengajaran adalah seperti berikut :

menarik minat murid


mengekalkan perhatian murid
membangkitkan inkuiri murid

Berdasarkan ketiga-tiga tujuan di atas, dapat disimpulkan bahawa tujuan asas


penggunaan eknik adalah untuk mengoptimumkan kemampuan murid, elain
membantu mengembangkan daya intelek yang sempurna. Teori 'Quantum Learning'
telah membicarakan bahawa manusia mempunyai potensi untuk berkembang yang
hampir tidak terbatas, namun guru hanya memanfaatkan sebahagian kecil sahaja
kemampuan kerana tidak mempunyai cara yang tepat untuk mengembankannya.
Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi multimedia yang semakin pesat dan
sofistikated telah menjanjikan potensi yang besar tentang perubahan gaya
pembelajaran, pemerolehan dan penyesuaian maklumat dan sebagainya.
Utohbill Bin Kawasa

10

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

Penggunaan teknologi telah menyediakan pelbagai peluang kepada guru


untuk mengaplikasikan 1001 teknik pengajaran, manakala murid deberikan peluang
untuk memegang kuasa kawalan atau belajar bahasa dengan berasaskan
pembelajaran kendiri. Murid juga diberikan kesempatan untuk menentukan teknik
yang bersesuaian bagi membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masingmasing, selain mengalami suasana pembelajaran lebih menarik serta berkesan.
Sumber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat dengan teks, tetapi lebih luas
daripada itu atau telah wujud pautan rangkaian atau hyperlink.
Teknik pengajaran dan pembelajaran ialah kemahiran atau perkara-perkara
khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak
dapat

menguasai

teknik-teknik

yang

ada

pada

sesuatu

kaedah

maka

kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.


Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.
Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama
dengan pendekatan yang dianuti.
Dengan kata lain teknik ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan
pelaksanaan

kaedah

pembelajaran.

Jadi,

untuk

pengajaran

aktiviti

mengajar
teknik

akan
dan

dalam

sesuatu

aktiviti

pengajaran

dan

merealisasikan

kaedah

yang

pilih

pembelajaran.

Contohnya

kita

seorang

mengajar Bahasa Melayu menggunakan kaedah tutorial atau kuliah.


JENIS-JENIS TEKNIK

Utohbill Bin Kawasa

11

guru

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

Teknik
Drama
Drama

Teknik
eknik
T
Bercerita

JENISJENIS
TEKNI
K

Teknik
Permaina
Permaina
n Bahasa
Bahasa
n

T
Teknik
eknik
Latih
T
ubi
Tubi

KEPENTINGAN TEKNIK
Pemilihan teknik pengajaran bahasa Melayu yang sesuai penting kerana
dapat menarik minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai contoh, mereka akan berasa terhibur dengan teknik drama kerana
melibatkan semua murid untuk berlakon di hadapan kelas. Murid-murid secara tidak
langsung dapat memudahkan lagi kefahaman murid dalam sesuatu topik kerana
dapat belajar dalam situasi yang menghiburkan.
Pemilihan teknik yang bervariasi juga dapat mengekalkan perhatian murid di
dalam kelas. Lumrah seorang murid sekolah rendah yang lebih menyukai hiburan
dan aktiviti yang menyeronokkan. Mereka akan lebih menumpukan perhatian
kepada aktiviti-aktiviti yang disukai.
Selain itu, penggunaan tenik yang menarik juga dapat meningkatkan lagi rasa
ingin tahu murid-murid dalam sesuatu topik. Hal ini demikian dapat menarik minat
serta perhatian murid dalam setiap sesi pengajaran. Mereka akan mudah
memahami sesuatu konsep serta dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran
dengan mudah dan berkesan.

Utohbill Bin Kawasa

12

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU


TARIKH

: 27 Ogos 2014

MASA

: 9.00 - 10.00 pagi (60 minit)

TAJUK

: Bencana Alam

TAHUN

: 3 Cempaka ( 25 orang ; Lelaki=15, Perempuan=10 )

FOKUS UTAMA

: 5.2

Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan


sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta
memahami perkara yang dibaca.

Aras 3
i. Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan
sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

FOKUS SAMPINGAN : 1.1

Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan


kehidupan seharian dengan mengunakan kata,
ungkapan, ayat, sebutan,intonasi dan nada yang
sesuai.
Utohbill Bin Kawasa

13

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

Aras 1
i. Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau dilihat
atau yang dibaca.

OBJEKTIF

: Pada akhir pembelajaran murid dapat :

i.

Murid boleh membaca perkataan, frasa dan ayat majmuk


dengan sebutan dan intonasi yang betul serta menyatakan
fakta dalam teks.
Membina 5 ayat kata nama terbitan.
Menyenaraikan 5 kesan buruk daripada pembakaran terbuka.

ii.
iii.

AKTIVITI P&P

1. Bersoal jawab tentang bencana alam


2. Membaca teks
3. Membina ayat dari kata terbitan
4. Menyanyikan lagu yang bertajuk "Hijau"

PENGISIAN KURIKULUM :
Sistem Bahasa
Sebutan dan intonasi

: Sebutan dan intonasi yang betul

Tatabahasa

: Sintaksis
membina ayat
: Morfologi
Utohbill Bin Kawasa

14

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

Kata Terbitan
Pengimbuhan

Ejaan
: Warganegara
Kosa Kata : Kemalangan, warganegara
Peribahasa : Sudah jatuh ditimpa tangga
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kecerdasan Pelbagai
: Verbal linguistik, intrapersonal, interpersonal
Strategi pengajaran
: Direktif
Kemahiran Generik
: Kemahiran belajar, kemahiran berfikir
Penekanan Konsep 5 P :
Penggabungjalinan
Kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabungjalinkan
dengan kemahiran berbahasa membaca dan menulis.
Penyerapan
Ilmu
Nilai murni

- Sains dan Kajian Tempatan


- Rasional
- Kerjasama
- Keberanian
- Yakin diri

Pemulihan
Meminta murid-murid membaca semula teks dengan bantuan
rakan yang boleh membaca dengan lebih baik.

Utohbill Bin Kawasa

15

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

Pengayaan
Membaca teks lain di pusat sumber dan meminta murid
membina ayat ringkas kata nama terbitan yang baru dipelajari
oleh mereka.
Penilaian
Murid dapat menjawab soalan pemahaman yang diberikan oleh
guru.
Latihan membaca.
Latihan membina ayat Kata Nama Terbitan.
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Video
Bahan bercetak
Petikan daripada teks
Pengetahuan Perlu Ada
Murid-murid pernah mendengar, membaca dan menonton tragedi atau
bencana yang berlaku di sekeliling mereka.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah

Isi kandungan

& Masa

Aktiviti Pengajaran

Catatan

& Pembelajaran
1. Tayangan video bencana

a) Guru menayangkan
Utohbill Bin Kawasa

16

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

alam.

video bencana alam

2. Video :
i. Ribut
ii. Tanah runtuh
iii. Banjir
iv. Tsunami

Video
Ribut
Tanah runtuh
Banjir
Tsunami

kepada murid.

KP - Kontekstual:
Menghubungk

3. Soalan :
Set

i.

Induksi
(7 minit)

ii.

Di manakah murid-

ait isi

b) Guru bersoal jawab

murid pernah melihat

dengan murid tentang

pelajaran

salah satu bencana ini?


Apakah contoh lain

video bencana alam

dengan

tersebut.

pengalaman

bencana yang kamu


iii.

sedia ada

tahu?
Apakah punca bencana

murid.

ini berlaku?

TKP
KP
intrapersona

l
c) Guru
memperkenalkan tajuk
pelajaran hari ini.

1. Memberi satu teks kepada


murid.
(rujuk lampiran 1)

a) Guru

mengedarkan

lembaran kerja yang

memahami teks

mengandungi petikan
2. Soalan :
i. Apakah punca
pembakaran
ii.

terbuka?
Apakah kesan yang b) Guru
berlaku akibat

dengan cekap.

bencana alam kepada


murid-murid.
memilih

murid

membaca teks dengan

Membaca dan

KP :
interpersonal

KP-Verbal
linguistik

Utohbill Bin Kawasa

17

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

Langkah 1
(15 minit)

pembakaran

kuat secara bergilir-

terbuka?

gilir.

kemahiran
menjawab
soalan.

c) Kemudian, guru akan


memilih murid untuk
menjawab

soalan

pemahaman

secara

lisan.

1. Kata nama terbitan:

Langkah 2
(15 minit)

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Pembakaran
Kemalangan
Kejadian
Pandangan
Pemandu
Kesesakan
Perayaan

a) Murid diminta
menyenaraikan kata

Sistem bahasa
Sebutan dan
intonasi

Nilai
Keberanian
Yakin diri

Sistem bahasa
Kosa kata
Bina ayat

nama terbitan yang


dicetak berwarna
dalam teks.

KP
interpersonal
intrapersonal

2. Ayat :
i.

Pembakaran secara
terbuka perlu dielakkan
untuk kebaikan bersama.
b) Murid diminta

ii.

Kejadian kemalangan
kerap berlaku ketika
musim perayaan.

iii.

membina ayat lain


berdasarkan
perkataan kata nama

Setiap kejadian bencana

terbitan yang dicetak

yang berlaku adalah

berwarna dalam teks.

disebabkan sikap
pentingkan diri sendiri
dalam kalangan
masyarakat.
iv.

Kita perlu mengambil kira


Utohbill Bin Kawasa

18

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

setiap pandangan orang


ramai demi kepentingan
Langkah 2
(15 minit)

bersama.
v.

Pemandu yang
berhemah adalah sikap
yang harus dijadikan
dicontohi.

vi.

Kesesakan jalan raya


sering berlaku di pusatpusat bandar.

vii.

Kemalangan boleh
diatasi jika pemandu
tidak bersikap cuai
terutamanya musim
perayaan.

Langkah 2
(15 minit)

1. Keburukan bencana alam:


i.

Meningkatkan
pencemaran udara, air

a) Meminta murid
menyenaraikan

KB
Murid memberi

keburukan bencana

ulasan tentang

alam dan cara untuk

keburukan

Utohbill Bin Kawasa

19

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

dan bunyi.
ii.

Kejadian tanah runtuh


menyebabkan rumah

Langkah 3

iii.

bencana alam

alam

dan cara

orang murid memberi

bukit musnah kurang

pendapat tentang

selamat untuk didiami.

keburukan kejadian

Pembakaran terbuka
kemalangan di lebuh
raya.

mengatasi

b) Meminta beberapa

yang dibina di lereng

menyebabkan

(15 minit)

mengatasi bencana

masalah
tersebut.
Mensintesis
idea

bencana alam yang


berlaku di sekeliling.
c) Mendapatkan tindak

KBCB
Memberi

balas daripada

pendapat

beberapa orang

terhadap

pelajar.

situasi
dilihat.

d) Meminta beberapa
orang murid memberi
pandangan tentang
2. Cara mengatasi:
i

Mengenakan tindakan

ii

undang-undang.
Pihak berkuasa

cara mengatasi
masalah bencana
tersebut.

mengenakan saman
kepada pihak yang
tidak bertanggungLangkah 3

iii

jawab.
Pesalah dihukum

iv

penjara.
Mengadakan kempen.

(15 minit)

Utohbill Bin Kawasa

20

yang

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

a) Guru meminta murid

1. Menyanyikan lagu

menyanyikan lagu

(Rujuk lampiran 2)

KP
muzik

Nilai
bekerjasama

Pembelajaran

Hijau bersama-sama
sambil membuat
pelbagai gaya.
2. Rumusan (kognitif)
Penutup

b) Guru merumuskan isi


pelajaran dengan

Contoh-contoh

(8 minit)

bencana alam lain yang


berlaku.
i. Puting beliung
ii. Gunung berapi

memberikan beberapa

Kontekstual
Menghubung-

contoh-contoh

kait pengajaran

bencana alam yang

dengan

berlaku di sekeliling

kehidupan
murid.

LAMPIRAN 1
TEKS :
Arahan :

Baca dan fahami teks. Kemudian bina ayat daripada kata


terbitan yang perkataan yang berwarna merah
PEMBAKARAN TERBUKA MEMBAWA PETAKA

ALOR STAR, 25 Januari Pembakaran jerami secara terbuka oleh


petani di kilometer 59.8 Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Kobah, di sini
telah menyebabkan 21 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di
lebuh raya tersebut. Kejadian ini berlaku kerana asap tebal yang
berpunca daripada pembakaran jerami di sawah yang berhampiran
Utohbill Bin Kawasa

21

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

dengan lebuh raya itu. Asap tebal ini telah mengehadkan jarak
pandangan pemandu. Akibatnya, kenderaan yang dipandu telah
merempuh kenderaan lain yang berada di hadapan.
Lima orang mangsa yang cedera dalam kemalangan itu telah
dirawat di Hospital Alor Star. Mereka terdiri daripada penduduk tempatan
dan juga warganegara Thailand. Mereka diberi rawatan sebagai pesakit
luar.
Kemalangan tersebut juga telah menyebabkan kesesakan lalu
lintas di lebuh raya berkenaan. Beratus-ratus kenderaan telah
terkandas. Situasi ini berlaku kerana orang ramai mula pulang ke tempat
masing-masing selepas bercuti di kampong bersempena perayaan
Tahun Baru Cina.

LAMPIRAN 2
LIRIK LAGU :
Hijau
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara


Bagai tiada nyawa
Utohbill Bin Kawasa

22

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

Pasti hilang suatu hari


Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan


Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan


Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar


Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri


Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Utohbill Bin Kawasa

23

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH

Ale lo ni tuo omornyo berjoto


Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi


Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

Utohbill Bin Kawasa

24

RUMUSAN
Melalui tugasan ini, saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan baru yang
merangkumi strategi, kaedah pendekatan dan teknik pengajaran bahasa Melayu.
Sebagai bakal guru Bahasa Melayu sekolah rendah, mereka perlu mengetahui
pelbagai

pengetahuan,

dan

kemahiran,

untuk

merancang

strategi

bagi

mengaplikasikan pendekatan, kaedah, teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa


Melayu sekolah rendah dengan berkesan bagi mencapai objektif pelajaran yang
dirancangkan.
Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya
gabungan beberapa kaedah, teknik, dan pendekatan digunakan oleh guru ketika
berada di dalam kelas. Bukan sahaja dapat menarik minat murid-murid tetapi
memudahkan kerja guru untuk memberi kefahaman dengan lebih cepat kepada
murid-murid.
Selain itu, saya juga telah menimba pengetahuan yang sangat bermakna
daripada tugasan ini kerana telah berjaya menghasilkan sebuah Rancangan
Pengajaran Harian yang lengkap. Pengalaman ini merupakan sebuah ilmu yang
amat bermakna bagi seorang bakal guru yang bakal menjejakkan kaki ke sekolah
sebagai guru pelatih tidak lama lagi. Saya berasa lebih berkeyakinan untuk menjadi
seorang guru dengan berbekalkan kemahiran merancang sebuah Rancangan
Pengajaran harian beserta dengan sebuah amali "microteaching" di dalam kelas
berpandukan Rancanagn Pengajaran Harian yang telah dibina.
Dapat dirumuskan di sini bahawa terdapat pelbagai kaedah, pendekatan,
teknik

dan

strategi

boleh

digunakan

untuk

menjadikan

pengajaran

dan

pembelajaraan lebih efisyen dan dinamik. Pengunaan kaedah dan teknik yang

sesuai dapat membantu murid-murid memahami pelajaran yang diajar dengan cepat
dan menarik. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang bervariasi juga perlu
agar murid-murid berasa seronok dan tidak mudah bosan dengan kelas yang
dikelolakan.

REFLEKSI
Semasa melaksanakan Tugasan Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik
untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan
perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami
tentang kepentingan strategi, pendekatan , kaedah dan teknik pengajaran bahasa
Melayu serta pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian yang sebelum ini saya
tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini.
Saya juga mula merasai kepentingan Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti
semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai
seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar
di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak
pernah pikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran Kaedah Pengajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat
persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.
Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi,
dengan izin Allah S.W.T., saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya
banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat
kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek Kaedah Pengajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini di mana dengan hanya betul-betul
memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti
dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna.
Selain itu, melalui proses menyiapkan Tugasan Projek ini yang saya
laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara

kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasasama pensyarah dan semua
rakan-rakan juaga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan Tugasan Projek
ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran
pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakanrakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan
meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk
berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru
yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam
proses menyiapkan Tugasan ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang
terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, Tugasan Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan
membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi
semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal
insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

RUJUKAN
Abul Fuad Mohamed Salim, Izani Hj. Daud (2000). Keberkesanan aplikasi TMK
dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid: satu kajian
kes. ms 70-82
Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa
Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ahmad Afendi (2010). Kepentingan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu sekolah rendah, (Web
Document). Diperoleh pada Ogos 20, 2012, Dari:
http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/kepentingan-pendekatan-strategikaedah.html
Aiman (2010). Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik?, (Web Document).
Diperoleh pada Ogos 20, 2012. Dari:
http://www.teachersrock.net/pdkt.htm
Asmah Haji Omar (1989). Pengajaran bahasa untuk kemahiran berkomunikasi:
pendekatan wacana. ms. 57-73
Asmah Haji Omar. (1989). Kaedah pengajaran bahasa. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Farhana (2012). Contoh membuat Rujukan Cara APA, (Web Document). Diperoleh
pada Ogos 26, 2012. Dari:
http://ifarhana.blogspot.com/2012/03/contoh-membuat-rujukan-cara-apa.html
Jerrold E. Kemp. (1987). Corak Rancangan Pengajaran Sesuatu Rancangan Untuk
Menggubal Unit dan Kursus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu
(Komunikasi bahasa).Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

3,

Kamarudin Hj.Husin. (1994). KBSR dan strategi pengajaran bahasa .Kuala Lumpur :
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang , (1998). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3.
Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
M.C Kailsasapathy (1989). Beberapa prinsip pengajaran bahasa. ms.74-81
M.C Kailsasapathy (1989). Mengajar mengikut situasi. ms.82-86
Nazrin Afendy (2011). "Teknik-teknik dalam pengajaran bahasa Melayu, (Web
Document). Diperoleh pada Ogos 20, 2012. Dari:
http://tontonanumum.blogspot.com/2010/10/teknik-teknik-dalam-pengajaranbahasa.html
Nor Ziana Iberahin (2011). " Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik, (Web
Document). Diperoleh pada Ogos 20, 2012. Dari:
http://norzianaiberahim.blogspot.com/2011/04/strategi-pendekatan-kaedah-danteknik.html
Nur Syuhada Zulkafle (2011). [NOTA] Strategi, Pendekatan, Kaedah, Teknik - bhg
2, (Web Document). Diperoleh pada Ogos 21, 2012. Dari:
http://nursyuhada-zukafle.blogspot.com/2011/02/nota-strategi-pendekatankaedah-teknik_11.html
Prof. Dr. Isahak Haron, Prof Madya Koh Boh Boon. (1982). Asas-asas dalam
amalan
pedagogi. Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributor Sdn.
Bhd.
Saiful Adham (2010). " BMM 3117 kaedah pengajaran bahasa melayu sekolah
rendah, (Web Document). Diperoleh pada Ogos 20, 2012. Dari:
http://www.scribd.com/doc/52325067/BMM-3117-KAEDAH-PENGAJARANBAHASA-MELAYU-SEKOLAH-RENDAH
Salleh (2011). "Pengaplikasian Pelbagai Teknik Pengajaran Bahasa, (Web
Document). Diperoleh pada Ogos 20, 2012. Dari:
http://catatannota.blogspot.com/2011/08/pengaplikasian-pelbagai-teknik.html
Tuan Jah Tuan Yusof PhD dan Faridah Nazir PhD. (2011). Pengajaran Kemahiran
Bahasa Melayu. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Zaharani Ahmad, Shakira Khairudin (2000). Imbuhan kompleks kata nama ke-...-an
bahasa melayu : analisis data korpus.ms. 36-45
Zaharani Ahmad, Shakira Khairudin (2000). Jurnal Bahasa.Kuala Lumpur :Dewan
Bahasa Dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai