Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENGENALAN
Saya memilih permainan bola keranjang kerana tertarik dengan pergerakan
permainannya yang pantas tangkas dan lincah terutama ketika membuat jaringan
kerana melibatkan gerakan akrobatik yang memerlukan kekuatan luar biasa.Permainan
bola keranjang mementingkan semangat bekerjasama dalam satu kumpulan. Setiap
pemain memainkan peranan masing-masing bagi menyelesaikan setiap masalah
Setiap pasukan mempunyai 5 orang pemain. Gelanggang berbentuk segiempat
tepat diperlukan dalam permainan ini. Setiap hujungnya dipasang papan pantul
berserta keranjang yang terdiri daripada gelung besi dan jaring.Masa permaainan
dibahagikan kepada dua, setiap satu 15 minit .
2.0 SEJARAH PERMAINAN BOLA KERANJANG
Permainan ini dikatakan mempunyai persamaan dengan permainan kuno kaum
Indian di Mexico yang dikenali sebagai pok-ta-pok. Permainan bola keranjang mula
dimainkan pada tahun 1891 di Springfield,Massachusetts, Amerika Syarikat. Idea
permainan bola keranjang diperkenalkan oleh jurulatih pendidikan jasmani bernama
James Naismith. Oleh sebab itulah permainan ini asalnya dikenali sebagai Bola
Naismith.

GAMBAR 1 : JAMES NAISMITH

3.0 PERMAINAN ANTARA BANGSA


Bola keranjang telah berupaya disebarkan ke negara seperti Eropah, Rusia dan
juga Asia. Undang-undang permainan ini pula sentiasa dikemaskini dari masa ke masa.
Bagi menyelaraskan lagi permainan ini Persekutuan PersatuanBola Keranjang Amatur
Antarabangsa (FIBA) telah ditubuhkan pada tahun 1932.
Pada tahun 1936, bola keranjang diterima sebagai salah satu acara dalam
Sukan Olimpik diBerlin, Jerman. Dalam sukan Olimpik, Amerika Syarikat merupakan
Negara paling banyak memenangi pingat emas dalam permainan ini.Michael Jordon
adalah antara pemain bola keranjang yang paling terkenal dan menerima bayaran yang
paling tinggi.
4.0 BOLA KERANJANG DI MALAYSIA
Kemasukan bola keranjang ke negara kita, Malaysia pula dipercayai bermula
pada awal abad ke 20. Ia dibawa oleh orang-orang Inggeris, tetapi tidak mendapat
sambutan yang menggalakkan. Perkembangan sukan ini agak memberangsangkan
selepas perang dunia kedua. Ini kerana adanya sekolah-sekolah yang mula
memperkenalkan sukan bola keraanjang sebagai permainan utama mereka. Walau
bagaimanapun, mengikut sumber lain, pada sekitar tahun 1920-an, kebanyakan guru
sekolah Cina mendapat pendidikan dari negeri China. Semasa belajar mereka
diperkenalkan kepada permainan bola keranjang. Kemahiran ini dikembangkan pula
kepada murid-murid sekolah Cina di Malaysia. Sekitar penghujung tahun 1920-an,
sudah ada pertandingan liga bola keranjang di Malaysia. Pada awal tahun 60-an,
Persatuan bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) telah ditubuhkan dan pertandingan
antara negeri bagi merebut Piala Agong.
Malaysia juga sering menjadi tuan rumah untuk beberapa kejohanan
antarabangsa seperti Kejohanan Asia, Kejohanan Kelab-kelab Asia dan Kejohanan
Terbuka Malaysia. Malaysia juga sering memenangi pingat emas dalam Sukan SEA.
Dalam kejohanan Asia pula, Malaysia pernah beberapa kali menduduki tempat keempat
di belakang China, Korea Selatan dan Jepun.
Antaranya Pemain Malaysia ialah Chin Zhi Shin, Ivan Yeo, Choo Wei Hong, Gan
Hong Hoong, Tong Wen Yung (PDRM,) Wong Wee Seng, Loh Shee Weng (Melaka),

dan Tong Wen Keong, Wong Chin Yong (Johor). Pasukan Malaysia juga dibarisi oleh
Ong Chun Kee, Ng Yat Kian dan Ng Kiat Kee sebagai kapten pasukan.
5.0 SATAH

Saya telah menganalisis kemahiran menjaring bola keranjang. Dalam aspek ini
jenis satah yang telah digunakan dalam pergerakan menjaring bola keranjang ialah
jenis satah frontal. Iaitu aksi ekstensi-hyperekstensi-fleksi digunakan apabila menjaring
bola keranjang. Aksi gerakan ekstensi dan fleksi terlibat dalam pergerakan menjaring
bola keranjang kerana terdapat gerakan anggota badan dari hadapan ke belakang dan
ke hadapan semula iaitu apabila pergelangan tangan bergerak untuk menjaring
bola.Apabila menjaring bola, bahagian siku ke bahagian tapak tangan berada pada
satah frontal. Manakala bahagian axis terletak pada bahagian siku apabila menjaring
bola dalam keadaan lurus dari bahagian belakang ke hadapan. Tangan
dibengkok ke arah badan dan ditolak ke hadapan apabila menjaring bola
keranjang.

5.1 Otot-otot utama yang terlibat

GAMBARAJAH : PANDANGAN HADAPAN TANGAN

GAMBARAJAH : PANDANGAN BELAKANG TANGAN

Gambar rajah di atas menunjukkan otot-otot utama yang digunakan dalam


pergerakan menjaring bola keranjang. Antaranya otot-otot yang terlibat ialah

Trapezius,Deltoid, Subscapularis, Coracobrachialis, Medial Border of scapula, Short


head of biceps brachii, Long head of biceps brachii dan Brachialis.
Dari bahagian siku ke tapak tangan, otot-otot yang terlibat ialah
Suprinator,Prenator teres, Brachioradialis, Flexo carpi radialis, Extensor carpi, Radialis
longus,Palmaris longus, Flexo carpi ulnaris, Flexor digitorum superficialis, Pronator
quadratesdan Flexor retinaculum.
5.2 TULANG YANG TERLIBAT

GAMBAR: TAPAK TANGAN

GAMBAR : HUMERUS

GAMBAR : ULNA

GAMBAR : SKAPULA

Tulang-tulang utama yang digunakan dalam pergerakan menjaring bola


keranjang ialah skapula, humerus, radius, ulna, karpus, metacarpus, dan falanks.

5.3 SENDI YANG TERLIBAT


a.

b.

Sendi lesung

Sendi engsel (hinge joint)

c.

d.

Sendi Paksi (Pivot joint)


e.

Sendi kondil (Condyloid joint)

Sendi Gelungsur
f.

Sendi Pelana

6.0 CARA PERGERAKAN MENJARING DIHASILKAN

RAJAH : FREEZE SHOT (JARINGAN STATIK)


Ada 4 teknik menjaring iaitu ; lay up (jaringan cangkuk), freeze shot
(jaringan statik), jump shot(jaringan lompat) dan straight shot( jaringan tegak. Saya
memilih untuk menganalisis teknik freeze shot .
Lontaran menjaring yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di
luar lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap lontaran percuma bernilai 1 mata.
5 posisi pemain bola keranjang ialah :
Point guard

: Pemain pertahanan

Shooting guard

: Pengawal penjaring

Big Foward

: Penyerang utama

Center

: Pemain tengah

Small foward

: Penyerang kecil

6.1 MENJARING FASA 1

Jika bermain dengan tangan kanan, kaki dan bahu kanan perlu mengarah
kesasaran gol. Kemudian, arahkan siku tangan yang menolak bola ke arah
gol.Mengambil bola dengan menggunakan jari dan mempunyai sedikit ruang di antara
bola dengan tapak tangan. Selepas itu, membawa bola turun ke paras dada dengan
bengkokkan kedua belah lutut. Sekarang tangan dan kaki berada dalam keadaan fleksi
dan otot bisep mengecut manakala otot trisep mengendur.

6.2 MENJARING FASA 2

Pandangan sisi

Pandangan hadapan

Tinggikan badan semula dan mulakan pergerakan bahagian kaki, diikuti


oleh badan, lengan, tangan dan akhirnya jari. Gunakan Ikut lajak pergerakan sehingga
tumit tergantung di udara atau kedua belah kaki melonjak ke atas. Pada masa ini,
tangan dan kaki berada dalam keadaan ekstensi dan otot bisep mengendur manakala
otot trisep mengecut.

6.3 MENJARING FASA 3

Apabila menolak bola ke arah gol, pergelangan tangan akan bertindak


secara hyperextension iaitu bergerak ke arah badan kita dan seterusnya bertindak
secara fleksi untuk menolak bola dan akhirnya bertindak secara ekstensi. Bola yang
dilontar perlu dilepaskan dari tangan sebelum lonjakan mencapai ketinggian sebenar.
7.0 KESIMPULAN

Kemahiran asas
Menjaring

Prinsip sains
Pemindahan daya

Huraian
Membuat lonjakan untuk
menjaringkan gol.
Daya lonjakan dipindah
dari tolakan kaki, lenturan
badan,lengan,pergelangan

tangan dan akhir sekali


jari.
http://www.scribd.com/doc/47287277/anatomi-dan-fisiologi

Lampiran 1.- Fasa Jaringan

Lampiran 2 Gelanggang bola keranjang

Ukuran rasmi gelanggang bola keranjang Malaysia


Memanjang

: 28 meter

Melebar

: 15 meter

Separuh

: 14 meter

Papan jaring

: 1.8 meter

Bulatan tengah

: 3.6 meter

Bulatan balingan percuma

: separa 1.8 / penuh 3.6

Garisan 3 pointer

: 6.25 meter

Ukuran rasmi gelanggang bola keranjang kanak-kanak(mini basketball)

Lampiran 3 bola keranjang

Anda mungkin juga menyukai