Anda di halaman 1dari 23

1.

0 PENGENALAN
Akidah dari segi bahasa berasal dari perkataan bahasa arab iaitu (
)


yang bermaksud ikatan, (
)

) bermaksud kepercayaan, al-ihkaamu (
) yang bermaksud
bermaksud (menetapkan), dan ar-rabthu biquw-wah (


mengikat dengan kuat. Dari sudut istilah pula, menurut Syekh Hasan Al-Bannah
menyatakan aqidah sebagai sesuatu yang seharusnya hati membenarkannya
sehingga menjadi ketenangan jiwa, yang menjadikan kepercayaan bersih dari
kebimbangan dan keragu-raguan. Menurut M Hasbi Ash Shiddiqi mengatakan
aqidah menurut ketentuan bahasa (bahasa arab) ialah sesuatu yang dipegang
teguh dan terhunjam kuat di dalam lubuk jiwa dan tak dapat beralih dari
padanya. Akidah menurut pengertian istilah sebagaimana yang dinyatakan oleh
Ibnu Taimiyah ialah:
a) Akidah dari segi bahasa bermaksud ikatan / simpulan atau tali yang
tersimpul / perjanjian.
b) Istilah bermaksud, Maksud ikatan ialah ikatan antara Allah dengan
hambanya ada ikatan yang sebenarnya tidak terpisah dan tidak boleh
dipisahkan, kerana Allah menjadikan hambanya supaya sentiasa tunduk
dan

patuh

kepadanya

dan

Allahlah

Pentadbir

alam

dan

seluruh

makhluknya. Dengan itu, ikatan yang memang tersedia ini di ikat lagi
dengan tali (agama) dengan terasnya ialah akidah keimanan kepada
ketauhidan Allah, semakin kuat terasnya / tunjangnya, semakin kukuhlah
ikatan yang sama sekali tidak mudah terputus.
Secara kesimpulannya, akidah bermaksud kepercayaan dan keyakinan atau
pegangan yang diikat erat dan disimpul kuat di dalam hati nurani seseorang yang
beriman kepada Allah dan seluruh rukun iman yang lain sehingga tidak mungkin
akan terputus.

2.0 ISU-ISU PENYELEWENGAN AKIDAH

KHURAF
AT

ISU-ISU
PENYELEWENG
AN AKIDAH
AJARAN
SESAT

IDEOLO
GI
Rajah 2.0 : Isu-Isu Penyelewengan akidah

2.1 ISU PENYELEWENGAN AKIDAH KHURAFAT


2.1.1 Pengertian khurafat
Dari sudut bahasa, khurafat berasal bahasa arab iaitu kharafa-yakhrifu-kharfan-

khurafatan yang bermaksud

dongeng, legenda, kisah, cerita bohong, asumsi, dugaan, kepercayaan dan

keyakinan yang tidak masuk akal, atau akidah yang tidak benar.Dari

pandangan bahasa Inggerisnya

merujuk kepada "superstition". Al-khurafat juga disebut sebagai

percakapan yang tidak betul sama sekali. Dari sudut


istilah, menurut

Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi Khurafat ditakrifkan sebagai cerita

mempesonakan yang dicampur-adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris al-Marbawi


mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran,

pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang
daripada ajaran Islam. Berdasarkan takrif yang disebutkan, khurafat merangkumi cerita dan
perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta

surah Yunus ayat 106:

Maksudnya: Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari
Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat keadamu dan juga
mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau melakukan yan
demikian, maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri
dengan perbuatan syirik itu)

Secara kesimpulannya, Khurafat bermaksud, Khurafat bermaksud semua cerita sama


ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan,
pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga ditakrifkan
sebagai cerita mempesonakan yang dicampur adukkan dengan perkataan dusta.

2.1.2 FAHAMAN KHURAFAT


Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat ialah tidak bersumberkan nas syarak
sama ada daripada al Quran mahupun hadis, cerita rekaan, dongeng, khayalan atau
kepercayaan karus, didasarkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah
dengan Islam, berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus bertujuan
memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam, menggunakan objek tertentu
seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada pada
akidah dan syariat Islam.

Dalam hal ini, Islam sebagai agama menitikberatkan aspek akidah dan syariah
menjelaskan bahawa segala amalan, adat kepercayaan, perkataan dan perbuatan tidak

berdasarkan al Quran, hadis, ijma ulama dan Qias dilarang sama sekali. Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama
kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu
tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala.

Islam melarang keras sebarang amalan khurafat sama ada melalui perkataan,
perbuatan, adat mahu pun kepercayaan yang tidak selari dengan konsep akidah Islam.
Amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu menjejaskan akidah
seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun di sisi Allah.

Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara
kesucian akidah, kepercayaan, perkataan dan perbuatan daripada amalan khurafat yang
menyesatkan. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan
seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah
keredaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat. Jalan penyelesaian mengatasi
kemelut khurafat ini aialah dengan mendalami agama sebagaimana saranan hadis
Rasulullah SAW yang bermaksud: Aku tinggalkan kamu dua perkara selama mana kamu
berpegang teguh dengannya, tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al Quran dan
sunnahku.

Akidah Islam adalah antara cabang ilmu Islam yang penting dalam kehidupan setiap
umat kerana ia berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Malah, ilmu akidah, ilmu
fardu ain yang wajib dituntut dan dipelajari. Biarpun konsep akidah Islam mudah difahami
dan dihayati, masih ramai umat Islam terpengaruh dengan kepercayaan khurafat yang karutmarut yang diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang terdahulu. Pada hal, amalan
khurafat adalah bertentangan dengan akidah Islam sekali gus menjejaskan iman seseorang
atau menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa yang tidak diampuni Allah.
Firman Allah SWT melalui surah an Nisa ayat 48




Maksudnya:

Sesungguhnya
Allah
tidak
akan
mengampunkan
dosa
syirik
mempersekutukan-Nya
(dengan
sesuatu
apa
juga),
dan
akan
mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya
(menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa
besar

Oleh itu, setiap muslim wajib berhati-hati dalam kehidupan agar tidak mudah
terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan ilmu akidah di samping
mengenalpasti ciri amalan khurafat. Ilmu akidah adalah perisai utama yang boleh
menyelamatkan seseorang muslim dari kesesatan dan seterusnya memimpin ke arah
keredhaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

2.1.3 CONTOH-CONTOH AMALAN KHURAFAT { PILIH BEBERAPA DAN


HURAIKAN}

1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat


dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi
bunga/Sintok limau dan Mandi Safar.
Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan
sama sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang. Begitu juga cara untuk
menghindari sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan
segala-galanya bukannya dengan amalan-amalan buang sial.
2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat
atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk
membayar niat tertentu.
Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia
agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja
yang tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa
kerana segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.
3. Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang
mengamalkan jurus kebatinan.

Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk
menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam
amat menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi
mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada asalnya
dari Islam seperti : ilmu seru gerak dan jurus kebatinan.
4. Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak
difahami maksudnya.
Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan
bersumber dari al-Quran dan hadits kepada beberapa pandangan. Sebahagian
mereka tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari
al-Quran mahupun hadits. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat
difahami maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam
bacaan jampi tersebut. Seperti : seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi
Muhammad SAW, ajaran Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah SWT,
termasuk meminta keapad batu atau kayu dan sebagainya.
5. Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun samada terhadap perkara
yang telah lalu atau di masa akan datang.
Sebahagian daripada perkara yang haram, berdosa besar bahkan syirik di dalam
Islam ialah mempercayai tilikan dukun.

6. Memohon dengan percakapan atau ungkapan yang tidak ada asal usul suruhan
dalam Islam seperti kata-kata Tabik Tok Nenek ketika melalui sesuatu tempat atau
Minta simpang Malaikat 44 ketika mengharapkan sesuatu yang tidak diingini
{SERTAKAN GAMBAR ATAU BERITA SEBAGAI BUKTI PERBUATAN KHURAFAT}

BAGAIMANA KHURAFAT MEMBAWA KEPADA KEROSAKKAN AKIDAH


Dalam konteks Aqidah, khurafat bermaksud bidaah aqidah yang merupakan kepercayaan
kepada sesuatu yang menyalahi syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Ia juga boleh
diertikan sebagai amalan yang tidak mempunyai hakikat kebenaran. Selain itu ia merupakan
perkara tahyul yang pada kebiasaannya tidak boleh diterima oleh akal. Seseorang itu boleh
dianggap mengamalkan perkara yang khurafat apabila ia berpegang dan beriktiqad dengan

perkara-perkara yang bukan daripada ajaran Islam, tidak munasabah dan tidak dapat
diterima oleh akal yang waras.
Umat Islam wajib mempercayai bahawa Islam merupakan agama yang suci daripada segala
sesuatu yang tidak berfaedah dan Islam juga tidak menghendaki umatnya hidup dalam dunia
khayalan atau berbuat sesuatu yang karut lebih-lebih lagi sekiranya ia bertentangan dengan
Al-Quran dan As-Sunnah.
Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya : Syaitan itu menjanjikan kepada kamu kefakiran dan menyuruh kamu dengan
kejahatan, tetapi Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripada-nya dan kelebihan
dan Allah maha luas pengetahuannya.
(Al-Baqarah ayat 268)
Ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa matlamat syaitan adalah untuk memperdaya dan
mengelirukan manusia. Kepercayaan terhadap khurafat amat besar kesannya kepada umat
Islam kerana ia akan merosakkan aqidah hingga boleh membawa kepada kekufuran dan
syirik kepada Allah S.W.T.
Kepercayaan kepada perkara-perkara khurafat seperti kuasa penyakit berjangkit, perkara
kepada burung hantu boleh membawa keburukan, atau bala' bulan safar dan lain-lain adalah
satu anggapan buruk dan bidaah yang keji serta wajib dihindari oleh umat Islam.
Sabda Rasulullah S.A.W :

Maksudnya : Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung hantu, tiada bala bulan
safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti engkau lari dari singa.
(Riwayat Bukhari)

Sesuatu bala' atau musibah tidak akan terjadi kepada manusia kecuali dengan kehendak
Allah S.W.T. disamping sebab musabab kejadian tersebut. Namun begitu, ada di kalangan
sesetengah masyarakat Islam yang masih mengamalkan amalan berbentuk khurafat seperti
mandi safar untuk menolak bala dan membersihkan dosa, menyembah pantai untuk
meminta agar mereka selamat apabila berada dilautan, kepercayaan sesetengah orang
tentang adanya sial seperti biawak yang melintasi seseorang atau masuk ke dalam rumah
dikatakan kecelakaan akan menimpa, adalah karut semata-mata. Begitu juga dengan
menepung tawar untuk menolak bala. Semua itu adalah kepercayaan khurafat yang mesti
dihapuskan.
Dari aspek psikologi pula, seseorang yang mempercayai khurafat fikirannya tidak bebas dan
berkembang kerana dibelenggu perasaan takut melanggar batas-batas dan kepercayaan
turun menurun.
Ia boleh menjadikan seseorang itu lemah akal dan imannya kerana kepercayaan terhadap
amalan khurafat tersebut telah menafikan kepercayaan kepada konsep qada dan qadar Allah
S.W.T. selain itu, ia boleh menjadikan seseorang itu malas berusaha, mudah putus asa, tidak
bertawakal kepada Allah S.W.T. dan tidak yakin untuk menghadapi cabaran dan dugaan
hidup.
Faktor-Faktor yang mempengaruhi Amalan Khurafat
Antara faktor yang mempengarui wujudnya amalan khurafat dalam masyarakat Islam adalah
kerana kurangnya pengetahuan agama dimana sesetengah masyarakat Islam tidak
mempunyai

pegangan

yang

kuat

terhadap

agama

Islam

kerana

masih

mencampuradukkannya dengan kepercayaan-kepercayaan karut yang diterima turunmenurun dari nenek moyang. Oleh itu, kita sepatutnya sedar dan insaf dan kembali kepada
Allah S.W.T. dan rasulnya dengan merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Disamping itu, kita mestilah memperkukuhkan keimanan kepada Allah S.W.T. dengan
menolak kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Tiada konsep sial atau
bertuah kerana orang yang beriman dan menurut perintah Allah dan Rasulnya itulah orang
yang bertuah, manakala orang yang ingkar dan tidak taat kepada Allah S.W.T. adalah orang
yang akan mendapat kecelakaan.
Bulan Safar adalah salah satu bulan diantara bulan-bulan Islam yang sama dengan
bulan-bulan yang lain, tiada bala' atau sial dalam bulan Safar.

2.2 ISU PENYELEWENGAN AJARAN SESAT


2.2.1 PENGERTIAN AJARAN SESAT
Ajaran salah atau sesat boleh diertikan sebagai sebarang ajaran atau amalan yang
dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran atau amalan yang
dibawanya itu adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan pada
hakikatnya ajaran atau amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam yang
berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta bercanggah dengan aqidah dan syariat
Islam.

Hj. Mohamed Amin Salleh, mantan Pengarah YADIM, mendefinisikan ajaran salah
atau sesat sebagai semua bentuk ajaran atau amalan yang didapati bertentangan dengan
syariat Islam atau bertentangan dengan mana-mana sumber hukum Islam (al-Quran, Hadis,
Ijma dan Qias) sedangkan ajaran dan amalan yang bertentangan itu didakwa atau dikatakan
dari ajaran Islam, serta diajarkan kepada masyarakat sama ada dengan secara sulit atau
rahsia atau untuk ahli sahaja atau diajarkan dengan secara terbuka kepada orang ramai,
seterusnya ajaran itu diamalkan atau menjadi pegangan kepada individu atau kumpulan
yang berkenaan. Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab, ayat 36:



Maksudnya: Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan
Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang
jelas.
Begitu juga dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya: Barangsiapa yang mengada-adakan dalam urusan agama
kami ini suatu pekerjaan yang bukan daripadanya (agama) maka (yang
diada-adakan) itu tertolak. (riwayat Bukhari dan Muslim).

2.2.2 CIRI ATAU FAHAMAN AJARAN SESAT

Ajaran salah atau sesat merupakan rekaan-rekaan yang wujud dalam persoalan
prinsip agama yang tiada sandarannya dalam al-Quran, hadis, ijma atau qias
sebagaimana Islam itu sendiri terbahagi kepada aqidah, syariat dan akhlak, maka
kesesatan juga boleh berlaku dalam tiga aspek tersebut sama ada secara
berasingan atau merangkumi keseluruhannya.
Terdapat beberapa ajaran sesat yang telah muncul di negara kita sendiri.
Pelbagai fahaman dan juga konsep sesuatu ajaran yang jelas sekali menunjukkan
kepada penyelewengan agama islam yang mana bertentangan dengan ajaran islam
serta mengada-adakan sesuatu yang tidak terdapat dalam al-quran, hadis ijma atau
qias. Fahaman ini sememangnya menyelewengkan akidah umat islam dan harus
dibanteras sekeras-kerasnya.

2.2.3 ISU-ISU AJARAN SESAT DI MALAYSIA


2.2.3.1 AYAH PIN
PENGENALAN AJARAN AYAH PIN
Diasaskan oleh Arifin Mohamad, 66 tahun (2007) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, merupakan
pengasas kepada "Kerajaan Langit" (Sky Kingdom) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat di Malaysia.
Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya
sebagai "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang
menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

FAHAMAN AYAH PIN

(a) dari aspek akidah(i) Ayah Pin sebagai tuhan yang turun dari langit dan kerajaan langit adalah di bawah kekuasaannya;
(ii) Ayah Pin mempunyai kuasa menyembuh segala penyakit dan sebutan namanya boleh menakutkan
binatang buas;
(iii) Ayah Pin mendakwa bahawa Mekah,Kaabah dan Air Zam-Zam adalah miliknya dan dibina selepas
mendapat wahyu dari langit;

(iv) Ayah Pin mempunyai kuasa menjadikan manusia menjadi batu melalui sumpahannya ,mengetahui
perkara ghaib ,boleh
menentukan syurga dan neraka seseorang,mendakwa roh orang yang mati jahat akan dikurung dalam
kubah markaz;
(v) menolak berlaku kemusnahan dunia ketika qiamat;
(vi) seseorang Islam itu perlu menjadi kafir dahulu;
(vii) menolak kepentingan mengucapkan dua kalimah syahadah di akhir kematian anak Adam;
(b) dari aspek syariah;
(i) menolak rukun Islam dan hukum syarak"berkaitan dengan Tuhan;
(ii) menolak rukun - rukun Islam termasuk kewajipan sembahyang lima waktu, puasa di dalam bulan
Ramadhan, zakat dan ibadah haji.;
(iii) menghalalkan makanan yang diharamkan oleh syarak;
(iv) mengada-adakan hukum syarak"seperti nikah batin;

Saya dilantik sebagai wakil kerajaan langit untuk memantau


keadaan di atas dunia dan ditugaskan supaya memastikan ia
selamat dan tiada sebarang sengketa sesama sendiri, baik yang
beragama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Semua agama di
muka bumi ini adalah sama. Semua pengikut hendaklah sentiasa
beramal ke arah kebaikan, mencari bekalan sebelum mati agar
sentiasa berada dalam keselesaan di akhirat. Hak orang jangan
diganggu, jangan memfitnah orang dan carilah jalan damai
sepanjang masa, Ayah Pin

PENGHARAMAN FATWA:
Bahawasanya menurut Seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal
Ehwal Agama Islam 1986 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan
telah perkenan supaya fatwa yang terkandung di dalam ini disiarkan
dalam Warta. Oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa-kuasa
yang diberi di bawah Seksyen 25, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal
Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan
fatwa berikut :
1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat,
menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman
orang awam serta merosakkan akidah.
2. Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah
menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah
Pin tersebut.

Rujukan Pewartaan : No. 1461.


Tarikh Pewartaan : 4 Disember 1997

2.2.3.2QADIANI
LATAR BELAKANG
1. Ajaran Qadiani di asaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di
India pada tahun 1889. Di Malaysia ia dipercayai bertapak pada

tahun 1930an di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor yang merupakan


antara pusat aktiviti terbesar mereka. Pada 15 Disember 1953 telah
diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama"
di hadapan DYMM Sultan Selangor. Hasil perbincangan memutuskan
pengikut ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai orang Islam malah
terkeluar dari Islam. Ekoran dialog tersebut, perkembangan mereka
semakin lumpuh sehingga kini hanya satu pusat iaitu No 11A, Jalan
Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda Batu Caves Selangor yang masih
bergerak aktif mengadakan aktiviti seperti solat Jumaat,
Perhimpunan Antarabangsa dan penerbitan risalah.

3. Antara ciri-ciri ajaran Qadiani ialah :


a) Mirza Ghulam Ahmad mendakwa :
(i) Sebagai Nabi menerima wahyu
(ii) Imam Mahdi
(iii) Isa al-Masih
(iv) Mempunyai mukjizat
(v) Para Nabi menyaksikan dirinya
(vi) Malaikat sebagai pancaindera Tuhan
b) Ibadah Haji di Qadiani, India
c) Menafikan Jihad
d)Mengubah ayat-ayat al-Quran

FATWA PENGHARAMAN QADIANI


Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' ( Fatwa ) Negeri Selangor
untuk perakuan dan pengesahan mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Undang-undang /
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 25 November 1975 mengenai ajaran Ahmadiah / Qadiani.
Oleh itu, pihak Jawatankuasa telah diminta mengeluarkan keputusan untuk mewartakan golongan ini
berdasarkan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989.

Keputusan:

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan


perkara di atas dengan penuh teliti serta mengikut hukum yang mu"tabar dan mengambil
keputusan seperti berikut:
Atas maksud pengwartaan Jawatankuasa Fatwa kali 4/98 memutuskan dan mengesahkan
keputusan Jawatankuasa Undang-Undang / Fatwa 1975 iaitu :
Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi dari ajaran agama Islam yang
sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah dihukumkan kafir oleh ulama"-ulama"
Islam serata dunia. Jabatan Ugama Islam Selangor telah menghukumkan kafir kepada
pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15
disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan DYMM
Sultan Selangor serta beberapa oranmg alim ulama" di Negeri Selangor. Setiap orang yang
telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah mereka telah Murtad (keluar dari Ugama
Islam ) maka wajiblah dituntut mereka bertaubat kembali kepada Islam dengan mengikrar
dua kalimah syahadat. Jika mereka enggan bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang
sebenar, maka hendaklah dibunuh akan dia oleh Imam yakni Raja. Mayatnya tiada boleh
dimandikan, tiada boleh disembahyangkan dan tiada boleh ditanam di perkuburan orangorang Islam. Lihat Khasyiah Bajuri ala Ibni Qasim juzuk (2) muka 258. Oleh kerana hukuman
Islam ini tidak dapat dilaksanakan maka Jawatankuasa Fatwa ini mengesyorkan :
(i) Lucutkan mereka dari segala hak-hak Melayu kerana mereka sudah keluar dari erti
Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan dibawah fasal 160 tafsir.
(ii) Tarik semula daripada mereka segala hak-hak Melayu yang telah diperolehinya seperti
tanah 'Rizab Melayu' yang telah dimilikinya. Melayu ertinya seorang yang menganut agama
Islam lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat melayu.

ISU-ISU QADIANI
Masukkan isu@gambar
ISU
AJARAN
SESAT
YANG
MEMBAWA
KEROSAKAN DAN TERBATALNYA AKIDAH

KEPADA

Jelas menunjukkan kepada kita bahawa ajaran dan ikutan


yang sewajarnya diikuti dan dijadikan panduan ialah AlQuran dan hadis. Bagaiana pula dengan isu ajaran sesat

yang semakin menular dalam negara kita? Ajaran sesat pada


dasarnya ialah ajaran yang dibawa yang bertentangan
dengan al-quran dan hadis. Ajaran sesat ini jelas
menjejaskan akidah umat islam pada generasi terakhir kini.

Isu tentang ajaran sesat ini membawa kepada


kerosakkan akidah unat islam ialah kerana ajaran yang
disampaikan nyata dan jelas berunsurkan penyelewengan
dan menjejaskan kesucian agama Islam sendiri. Al-quran
yang menjadi sumber panduan hidup sewenang-wenangnya
dimansukh, diubah, dipertikai dan diseleweng bagi
kepentingan peribadi. Jika benar ajaran sesat sebuah ajaran
yang
diterima
oleh
agama,
mengapakah
harus
menggunakan al-quran dengan cara yang salah sedangkan
Allah berfirman bahawa al-quran ialah sesuatu yang kekal
yang akan menjadi petunjuk kepada umat islam.

103. dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan
janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika
kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di
antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka
menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara.
dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu
semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat
Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat
keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

103. dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama
Islam),

Ajaran sesat ini juga membawa kepada kerosakkan


akidah kerana pegangan yang mengagung-agungkan
pemimpin. Pemimpin pula mengaku dirinya sebagai tuhan
langit contohnya ayah pin dan mengaku dirinya maksum,
sebagai imam mahdi, sebagai jelmaan tuhan dan sebagainya
yang jelas menunjukkan perbezaan dari al-Quran.
Sedangkan Allah telah menjelaskan kepada kita bahwa
sesiapa yang mensyirikkan Allah dengan sesuatu maka
azabnya terlalu besar. Pemimpin bagi umat islam ialah
rasulullah sebagai nabi terakhir umat islam. Ajaran ini jelas
merosakkan akidah umat islam dari segi zahir dan batinnya.














( ) .




4 - Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku
tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali
akansesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya,
iaitu kitab Allah dansunnah Rasulullah," (s.a.w.).

Ajaran sesat ini bukan sahaja melakukan penyelewengan terhadap alquran dan terhada pemimpin tetapi juga dalam soal prinsip-prinsip akidah
sebagai seorang muslim. Ajaran yang diberikan kepada pengikut bagi ajaran
sesat ini jelas menyesatkan dengan mengubah hal-hak yang berkaitan dengan
ibadah seseorang muslim. Padahal, Allah sahajalah yang berkuasa kerana setiap
sesuatu itu adalh ciptaanNya. Sebagai contoh, ajaran sesat yang mengubah
konsep dosa pahala dengan memberikan kuasa mengubah sesuatu pahala dan
dosa kepada individu dalam ajaran thariqat al-muffariddiah. Sedangkan pahala
dan dosa itu adalah hak allah yang mutlak.

Ajaran-ajaran seperti ini telah merosakkan akidah pengikutnya kerana mereka


terlalu mengagungkan ketua mereka disamping ajaran-ajaran dan kefahaman
yang dibawa ternyata amat jauh menyimpang daripada landsan Islam yang
sebenar. Mengambil contoh ajaran Kahar. Pengasas ajaran ini iaitu Kahar sendiri
mendakwa dirinya adalah nabi yang diutus Allah bagi mewakili kaum Melayu.
Beliau juga mendakwa mendapat wahyu dari Allah untuk membimbing kaum
Melayu. Ajaran ini jelas sama sekali telah merosakkan akidah dirinya dan para
pengikutnya kerana selain Nabi Muhammad s.a.w., tidak ada lagi nabi yang
diutuskan Allah selepas baginda.








85. dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan
Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Ajaran sesat ini jelas menunjukkan kepada kita kesesatan dalam ajarannya
yang tidak berpandukan kepasa Al-quran dan hadis serta ijma dan qias para
ulama tetapi membuat aturan di muka bumi ini dengan sewenang-wenangnya
mengikut kepentingan peribadi sahaja. Ajaran yang disampaikan bukan sahaja
merosakkan akidah tetapi juga keseluruhan hidup sebagai seorang islam kerana
asas kehidupan islam telah ditukarkan dalam ajaran ini. Oleh itu, marilah kita
bersama-sama membanteras gejala ajaran sesat ini dan terus berpegang kepada
al-Quran.

2.3 ISU PENYELEWENGAN AKIDAH IDEOLOGI


Sejarah kewujudan penyelewengan ideologi bermula dengan kekalahan tentera Salib
yang dipimpin oleh Raja Louis (Perancis) dalam peperangan salib ke-8 pada tahun 1291M
(690H) telah mendorong beliau untuk menulis 1 watikah yang menyatakan bahawa tiada lagi
jalan untuk menewaskan umat Islam melainkan melalui serangan pemikiran.

Bermula dari saat itulah Barat mula mengatur langkah. Pertembungan antara Islam
dan musuhnya kini beralih ke medan Aqidah & pemikiran. Barat menggerakkan seribu satu

senjata dan wasilah dalam usaha mereka menyelewengkan umat Islam daripada landasan
kebenaran. Benarlah firman Allah SWT dalam Al-Quran:


Maksudnya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada
kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (al Baqarah: 120)



Maksudnya :Mereka tidak henti-henti memerangi kamu sehingga mereka
(dapat) mengembalikan kamu dari agama kamu (kepada kekafiran)(al
Baqarah: 217)

Ideologi berasal daripada perkataan Perancis, merupakan istilah yang sukar untuk
ditakrifkan. Para pengkaji bertentangan pendapat dalam mentafsirkan istilah moden ini. Ada
pendapat yang menyempitkan skopnya dengan menghadkan ideologi kepada fahamanfahaman dan aliran-aliran pemikiran yang berkaitan dengan politik, kuasa & pemerintahan
negara sahaja. Sememangnya definisi inilah yang digunakan dan difahami oleh masyarakat.
Namun hakikatnya lebih luas daripada itu, meliputi segala jenis hasil pemikiran dan thaqafah
masyarakat, merangkumi politik, ekonomi, sosial, psikologi, thaqafah dan sebagainya.

Oleh itu, ideologi ditakrifkan Fahaman dan pegangan yang dihasilkan melalui
pemikiran dan thaqafah masyarakat. Ada juga yang mentakrifkan ideologi sebagai
Rangkaian pemikiran dan pandangan bertujuan menentukan pendirian seseorang terhadap
isu-isu dan persoalan-persoalan kehidupan yang dihadapi oleh masyarakat. Berdasarkan
kepada takrif ini, perbezaan ketara antara keduanya adalah ideologi bersumberkan akal
manusia, manakala agama, sumbernya wahyu Ilahi.

CIRI DAN FAHAMAN IDEOLOGI

Isu penyelewengan akidah berdasarkan dari ideologi ini ialah penularan


kerosakkan akidah yang berpunca dari sumber pemikiran yang tidak mengambil
kira agama sebagai keutamaan yang pertama dalam pemikiran menentukan
sesuatu keputusan. Jelas dan nyata menunjukkan kepada kita bahawa serangan
penyelewengan akidah yang berpunca dari pemikiran merupakan serangan yang
sangat berbahaya kepada masyarajat, negara dan terutamanya kepada agama
islam itu sendiri.
CONTOH IDEOLOGI DI MALAYSIA
ISLAM LIBERAL
Ancaman yang pada hakikatnya lebih berbahaya dari dakyah Kristian, Hindu atau
mana-mana agama yang lain kerana ia datang dari kalangan umat Islam sendiri.
Ancaman yang kita maksudkan ialah kemunculan pemikiran muktazilah moden
atau neo-muktazilah yang dikenali dengan Islam liberal. Dengan mengambil
kesempatan di atas kelemahan dan kelalaian pemimpin tertinggi negara yang
beragama Islam ketika ini (yakni Perdana Menteri dan juga Menteri-Menterinya
yang muslim) yang tidak sensitif dengan isu-isu agama dan tidak mampu
bertegas dalam beberapa kes yang menggugat kepentingan Islam, golongan neomuktazilah atau Islam liberal ini semakin galak dan semakin rancak menjaja dan
mencanang gagasan pemikiran liberal mereka dengan berselindung di sebalik
tuntutan kebebasan dan hak asasi. Ancaman ini jika tidak ditangani dengan cepat
dan tegas oleh semua pihak di kalangan umat Islam, nescaya akan menghakis
kefahaman agama yang soheh di kalangan umat Islam dengan amat pantas
sekali. Dengan bercakap atas nama mereka sebagai seorang muslim dan di atas
platfom pertubuhan yang memakai nama Islam (seperti Sistes In Islam dan
sebagainya),

golongan

Islam

liberal

sememangnya

lebih

berbahaya

dari

pendakyah-pendakyah agama lain kerana suara mereka lebih mudah didengari


oleh kaum muslimin. Mereka ibarat duri dalam daging atau musang berbulu
ayam bagi umat Islam. Firman Allah;

8. Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah
dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal
mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

10. Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan
hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan
mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab
mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
11. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana
dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya Kami orangorang Yang hanya membuat kebaikan".
12. Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya mereka itulah orang-orang Yang sebenarbenarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
(al-Baqarah)

Islam liberal: satu bentuk jahiliyah moden


Menjadi kewajipan umat Islam mengenali jahiliyah di samping mengenali Islam.
Jika mengenali Islam bertujuan mengamalkannya, mengenali jahiliyah pula
adalah untuk mengelak darinya dan agar tidak tertipu dengan pendakyahpendakyahnya. Hal ini telah dinasihati oleh Saidina Umar dalam satu ucapannya;




Akan terungkailah ikatan Islam satu-persatu dari seorang yang lahir/membesar
di dalam Islam tetapi tidak kenal jahiliyah.

Islam Liberal adalah satu bentuk pemikiran jahiliyah baru/moden yang dianuti
sebahagian cerdik pandai muslim hari ini khususnya yang berlatar-belakangkan
pendidikan Barat. Pemikiran ini berasal dari ideologi Sekular-Liberal yang lahir di
Barat, kemudian dibawa masuk ke dalam masyarakat umat Islam oleh gerakan
Misionari Kritian dan Orientalis melalui penjajahan dan melalui pendidikan
terhadap anak-anak orang Islam yang belajar di Barat. Melihat kepada tentangan
yang amat hebat oleh ulamak Islam dan pendokong-pendokong gerakan Islam
terhadap ideologi tersebut sejak dulu hingga sekarang, maka untuk meredakan
tentangan tersebut dan untuk mengelabui mata umat Islam mereka meletakkan
istilah Islam di depan istilah Liberal itu dan membentuk satu istilah baru yang

dipanggil Islam Liberal. Pada hakikatnya pendokong pemikiran Islam Liberal


adalah penganut-penganut ideologi Sekular-Liberal yang mana matlamat mereka
ialah menimbulkan keraguan terhadap kebenaran agama Islam di kalangan
penganut-penganutnya sehingga akhirnya pegangan dengan agama dianggap
tidak sesuai lagi di zaman moden hari ini. Natijahnya umat Islam akan bersikap
anti-Islam dan memusuhi ulamak-ulamaknya sebagaimana sikap orang-orang
Barat hari ini terhadap agama Kristian dan paderi-paderi Kristian.

PLURALISME
Yang perlu digaris-bawahi di sini adalah bahwa bagi kalangan pluralis sejati,
Pluralisme pada umumnya dan Pluralisme Agama pada khususnya bukanlah
sekadar

toleransi

belaka,

sebagaimana

yang

jamak

di(salah)fahami

oleh

kalangan pentaklid pluralis. Penekanan Pluralisme lebih pada kesamaan atau


kesetaraan (equality) dalam segala hal, termasuk beragama. Setiap pemeluk
agama harus memandang sama pada semua agama dan pemeluknya. Oleh
kerananya, sejatinya pandangan ini pada akhirnya akan menggerus konsep
keyakinan iman-kufur, tawhid-syirik, dalam sangat sentral dalam agama
Islam.
CIRI-CIRI PEMIKIRAN PLURALISME
Beliau kemudian merumuskan beberapa ciri asasi faham ini iaitu :
1.

Kesetaraan atau persamaan (equality). Ajaran pluralisme agama

mengajarkan semua agama sama dan setara, tak ada yang paling baik dan tak
ada yang paling buruk.
2.

Liberalisme atau kebebasan. Ajaran pluralisme agama mengajarkan hak

kebebasan beragama, dalam arti keluar-masuk agama. Hari ini seseorang boleh
menjadi Muslim, esok menjadi Kristen, esok lusa menjadi Hindu, dan seterusnya.
3.

Relativisme. Sebetulnya ini adalah implikasi dari kedua watak yang

sebelumnya. Ajaran pluralisme agama mengajarkan kebenaran agama relative.


4.

Reduksionisme. Untuk sampai kepada kesetaraan atau persamaan, ajaran

pluralisme agama telah meredusir jati-diri atau identiti agama-agama menjadi


entiti yang lebih sempit dan kecil, yakni sebagi urusan pribadi (private affairs).
Dengan kata lain pluralism agama itu berwatak sekular.

5.

Eksklusivisme. Ramai orang yang gagal mengidentifikasi dan memahami

watak atau ciri yang satu ini. Hal ini disebabkan selama ini ajaran pluralisme
agama ini diwar-warkan sebagai anti-eksklusivisme. Ia sering menyuguhkan
dirinya sebagai ajaran yang tampak ramah dan sangat menghormati keberbedaan (the otherness) dan menjunjung tinggi kebebasan. Tapi pada
hakikatnya, dia sebetulnya telah merampas kebebasan pihak lain dan menginjakinjak

serta

memberangus

sebagai

ke-berbedaan,

pemberi

apabila

dia

mendeklarasikan-diri

tafsir/teori/ajaran

tentang

kemajemukan/keberagaman/keberbagaian agama-agama yang absolute benar,


i.e., bahwa semua agama sama. Jadi sesungguhnya ia telah merampas dan
menelanjangi agama-agama dari kleim kebenaran absolute-nya masing-masing
untuk kemudian dimiliki dan dimonopoli oleh dirinya sendiri secara eksklusif.[4]

SEKULARISME
BAGAIMANA IDEOLOGI MEROSAKKAN AKIDAH
Sebagai umat Islam kita berpegang kepada akidah Islamiyyah. Akidah adalah
satu bentuk keyakinan kepada Allah s.w.t. sebagai satu kuasa yang Maha Agung
yang tiada tandingannya. Akidah akan tetap utuh dalam diri selagimana
seseorang muslim itu tidak mempersekutukanNya, mengakui kewujudan dan
kekuasaanNya serta tidak mempersoalkan tentang kekuasaannya.

Namun, pada masa kini kita melihat semakin ramai umat Islam yang rosak
akidahnya.

Akibat

pengaruh-pengaruh

barat

yang

membawa

ideologi

memusnahkan Islam secara halus. Selain itu juga, kurangnya ilmu pengetahuan
tentang agama yang memudahkan ajaran-ajaran sesat masuk ke dalam jiwa-jiwa
mereka. Pelbagai ideologi dari barat yang merosakkan akidah umat Islam. Gejala
Black Metal misalnya secara terang-terangan telah merosakkan akidah para
pengikutnya yang beragama Islam seperti melakukan aktiviti pemujaan dan
membakar al-Quran. Kebanyakkan pengikutnya adalah remaja, iaitu golongan
yang bakal memimpin agama dan negara pada masa akan datang.

Kemunculan golongan-golongan yang membawa ideologi juga tanpa disedari


boleh merosakkan akidah umat Islam. Ideologi merupakan serangan terhadap
pemikiran umat islam yang menjadikan agama islam bertentang dari apa yang
telah disyariatkan. Sbagai contoh, ideologi islam liberal ialah pemikiran yang
menjadikan islam sebagai mengikut akal dan perasaan, bukan berlandaskan
kepada al-Quran dan al-Sunnah. Pengikut Islam liberal ini seolah-olah mahu
mengetepikan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Antara NGO yang
kuat memperjuangkannya ialah Sisters in Islam. Mereka memperjuangkan hak
kebebasan wanita dalam semua segi walaupun dari sudut Islam wanita itu
mempunyai kebebasan yang tertentu sahaja.
Serangan penyelewengan yang berunsurkan pemikiran ini menjadikan
sesuatu fahaman dizahirkan menjadi satu amalan yang berterusan dan kekal.
Penyelewengan dari segi pemiki
Oleh itu, sebagai umat Islam kita perlu berpegang teguh kepada akidah
Islamiyyah.

Jika

mahu

menyertai

sebarang

ajaran,

pastikan

ianya

tidak

bertentangan dengan ajaran Islam. Kita perlu mempersiapkan diri dengan ilmuilmu agama agar kita dapat membuat pertimbangan yang betul sekaligus tidak
terjebak dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah kita sebagai
umat Islam. Selagi kita bergelar seorang muslim, kita wajiblah berpegang teguh
dan mengamalkan rukun Islam dan rukun iman sebagai asas pengangan seorang
muslim

Anda mungkin juga menyukai