Anda di halaman 1dari 1

iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk sumbangan multimedia dalam pengajaran matematik terhadap
minat murid prasekolah. Kajian dijalankan di empat buah sekolah daerah Batang Padang
dengan melibatkan 200 orang murid berusia lima dan enam tahun. Proses pengumpulan
dijalankan ke atas murid dengan menggunakan ujian Matematik yang digubal oleh
pengkaji iaitu instrumen yang pernah dikemukakan oleh Gagne 1985 berkaitan
pengukuran ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Dalam kajian yang berkaitan
kecepatan mengira pula pengkaji melihat alat yang digunakan oleh John Carroll (1776),
Bandura (1970) yang berkaitan kelajuan pencapaian pelajar dalam pembelajaran
Learning Time seperti soalan ujian pra, ujian pos dan juga perisian multimedia. Instrumen
yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra dan pos yang mempunyai empat
bahagian berkaitan latar belakang responden, kecepatan mengingat, kecepatan mengira
dan kecepatan mencampur. Data telah dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package For Social Science (SPSS) 13.0 for Windows. Data telah dianalisis menggunakan
statistik deskriptif iaitu min, kekerapan dan peratus serta ujian t. Hasil kajian
menunjukkan terdapat perbezaan kesan sumbangan pengajaran multimedia berbanding
dengan pengajaran tradisional mengikut Jantina, etnik dan lokasi serta ke atas prestasi
dan minat murid terhadap matematik bagi komponen kecepatan mengingat, mengira dan
mencampur. Oleh itu, usaha yang berterusan perlu untuk mempertingkatkan kemahiran
guru dalam penggunaan multimedia sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang
utama dalam usaha meningkatkan prestasi pencapaian akademik murid.

Anda mungkin juga menyukai