Anda di halaman 1dari 2

NAMA GURU : Nor Azlin Ab Rani

TAJUK BUKU : Waiting for Jack Confessions of a Self-Help Junkie : How to Stop
Waiting & Start Living Your Life
PENULIS : Kristen Moeller
TERBITAN : Inspirational Words of Wisdom Publication (2005)
BIL M/SURAT : 340
BIL BUKU : Kedua

Sinopsis
Buku menarik hasil tulisan Kristen Moeller mengisahkan tentang bagaimana
beliau mencari semula diri sendiri dan bagaimana beliau belajar untuk berhenti
menunggu dan memulakan hidup. Dalam cerita ini penulis merasa tertekan dengan
perjalanan hidup apabila beliau selalu gagal dalam percintaan yang membawa beliau
kepada masalah bulimia dan penyalahgunaan ubat penenang. Selain itu juga dalam
bidang pekerjaan beliau sering ditindas dan disalah gunakan untuk kepentingan orang
lain. Terlalu lemah dengan persekitaran yang selalu menjadi penghalang
kebahagiannya, Kristen Moeller menghadiri seminar, dipimpin oleh Jack Canfield (pakar
motivasi Amerika Syarikat) dalam usahanya untuk mencari semula inspirasi.
Selepas sesi motivasi ini Kristen Moeller memulakan jalan menuju kehidupan
yang lebih baik. Beliau juga percaya bahawa kurnia hidup yang tidak ternilai adalah
hidup itu sendiri. Jika kita tidak mencuba, kita menyerah. Kita menjual hidup dan kita
lupa siapa diri kita. Kita takut untuk berjaya, takut gagal, dan takut untuk mengatakan
bahawa kita takut. Penulis juga menunjukkan bahawa kebanyakkan manusia memiliki
kes yang sama menjadi penghalang kepada kejayaan. Iaitu ketidakmampuan untuk
mempertahankan kepuasan, dan tidak tahu apa yang mampu memuaskan diri. Kerana
itu manusia selalu salah memilih dan berusaha kearah sesuatu yang pada akhirnya
tidak membawa apa-apa erti kepada diri.
Buku ini juga menggesa pembaca untuk berfikir apakah lagi yang masih kita
tunggu? Penulis membawa kita untuk berfikir supaya bangun melakukan sesuatu bukan
hanya menuggu sesuatu untuk berlaku. Setelah sedar dari lamunan panjang yang
menghayalkan beliau kemudian mendapatkan master dalam bidang kesihatan mental
dan menangani semua isu-isu yang diperlukan untuk menukar kehidupan sekitarnya
Beliau ingin menjadi seperti mana Jack yang telah menyelamatkan hidupnya. Semakin
jauh saya membaca buku ini saya menyedari apa yang cuba Kristen Moeller sampaikan
iaitu sebenarnya dia bukan memerlukan orang seperti Jack untuk membantu dirinya tapi
sebenarnya dia sedang menunggu untuk dirinya sendiri, menunggu dari terus
menunggu, menunggu untuk berhenti mencari, dan menungu untuk terus menyalahkan
hidup. Sebaliknya, dia kini boleh menerima siapa dirinya dan bersyukur untuk kehidupan
yang dimilikinya.
Melalui tulisan motivasi yang sangat berguna dari Kristen Moeller ini, dapatlah
dirumuskan bahawa terdapat enam perkara yang boleh kita praktikkan dalam kehidupan
seharian kita untuk menjadi insan yang lebih bersyukur iaitu :
1. Tindakan kecil boleh membawa kepada hasil luar jangkaan.
2. Melupakan kesakitan masa lampau untuk hari esok yang lebih baik.
3. Kegagalan anda dapat menjadi landasan anda untuk berjaya.
4. Inspirasi adalah keajaiban yang ada dalam diri
5. Sokonglah inspirasi yang diperolehi dengan tindakan bersesuaian.
6. Jadikanlah cabaran yang datang sebagai asam garam hidup dan hargailah
setiap detik kehidupan anda.

Anda mungkin juga menyukai