Anda di halaman 1dari 12

Pendemokrasian

Pendidikan Di Malaysia
Pendemokrasian pendidikan adalah persamaan hak
yang sama rata bagi setiap individu dalam proses
pengajaran dan pemelajaran yang disediakan oleh
sesuatu sistem pendidikan di sesebuah negara. Ini
secara langsung bermaksud tidak harus wujud
sebarang diskriminasi dalam bidang atau sektor
pendidikan di semua peringkat individu atau
masyarakat

Pendemokrasian pendidikan bermaksud

memberi peluang-peluang yang sama untuk


semua kanak-kanak mendapatkan pendidikan.
Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan
atas beberapa prinsip antaranya setiap orang
adalah berhak ke atas pendidikan. Pendidikan
haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa
sebarang sekatan-sekatan yang tertentu atau
setidak-tidaknya pada peringkat asas dan
peringkat dasar

Pendemokrasian dapatlah dikonotasikan

sebagai prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak


sosial setiap individu yang menganggotai
sesuatu masyarakat.
Manakala pendidikan pula yang dikaitkan
dengan satu usaha adalah merupakan satu
proses mendidik atau dididik (the act or
process of educating or being educated)
untuk memanusiakan manusia.

DEFINISI PENDEMOKRASIAN
PENDIDIKAN
Pendemokrasian yang berasal daripada

perkataan demokrasi mempunyai beberapa


definisi dan membawa pengertian yang amat
luas.
Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian
bermakna peluang, tindakan atau proses
manakala pendidikan bermaksud mendidik
dengan ilmu pengetahuan.

1.Menentukan tiada pelajar


buta huruf dalam sistem
pendidikan negara.

5.Menyediakan
kemudahan
asas pendidikan
mengikut piawaian
yang ditetapkan.

2.Mewujudkan pendidikan
umum selama 11 tahun.

Pendemokrasian
Pendidikan

3.Menyediakan bilik
darjah
dan
guruguru terlatih yang
mencukupi
selaras
dengan
pertambahan
4.Memastikan kanak-kanak memasuki
penduduk.
sistem persekolahan dan mencapai tahap
competency yang minimum mengikut
peringkat-peringkat tertentu.

Pendemokrasian Pendidikan Juga Untuk :


6. Menentukan kadar penyertaan di tahap yang
berikut:
Sekolah Rendah
: 100%
Sekolah Menengah
: 100%
Sekolah Menengah Atas
:
100%
Lepasan Menengah (Tingkatan 6 :
60%
Institusi Pendidikan Tinggi
:
30%
7. Memastikan semua kanak-kanak memasuki
sekolah pada umur 5 tahun.
8.Perlaksanaan Pendidikan Wajib di sekolah

Definisi Integrasi Nasional


Proses penyatuan antara kumpulan yang
berbeza dari segi latar belakang, status sosial
untuk membentuk satu entiti yang mempunyai
pegangan norma, sistem nilai serta
mengamalkan kehidupan bersama, perkongsian
persefahaman dan pemikiran antara kaum.
Satu proses dinamik untuk merapatkan
masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia.
Membentuk 1 bangsa Malaysia yg mempunyai
identitinya sendiri berteraskan perlembagaan
persekutuan dan Rukun Negara.

USAHA PENDEMOKRASIAN DALAM


PENDIDIKAN
Sekolah satu aliran
- Menggunakan 1 bahasa pengantar yang sama.

Sistem pendidikan menggunakan satu bahasa pengantara paling


berkesan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Melalui
sekolah satu aliran, murid kaum lain masih boleh mempelajari bahasa
ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk
dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi
pendidikan. - Prof Datuk Dr Kamaruddin- Melalui sekolah 1 aliran,pendemokrasian bukan sahaja dapat dilihat
dengan menggunakan satu bahasa pengantar sahaja,malah murid
pelbagai kaum berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
- Pendemokrasian jelas dilihat melalui usaha KPM memberi hak kaumkaum lain mempelajari bahasa ibunda masing-masing walaupun
berada di sekolah 1 aliran.

KEPENTINGAN ISU PENDEMOKRASIAN


PENDIDIKAN
Melibatkan pengurus/ pentadbir
pendidikan, masyarakat, guru dan pelajar.
1) Pengurus/Pentadbir pendidikan :
Isu ini dijadikan asas dan sandaran
dalam membuat perancangan di mana
matlamat yang ditetapkan dapat
dicapai.

2) Masyarakat :
memberi kesedaran tentang
kepentingan dan keperluan pendidikan
supaya dapat meningkatkan
keprihatinan mereka terhadap
perkembangan terkini dan seterusnya
menimbulkan minat terhadap
pendidikan.
Masyarakat juga dapat berkongsi idea
dalam menangani masalah pendidikan
dan menjadi penyumbang kepada
maklum balas terhadap keberkesanan
sistem pendidikan.

3) Guru :
Golongan penting dalam menentukan
kejayaan perlaksanaan sesuatu
perancangan.
Perlu memastikan setiap murid mendapat
persamaan hak yang sama rata dari segi
peluang mendapat pendidikan yang
bermutu.
4) Pelajar :
Memberi kesedaran dalam jiwa pelajar
tentang peluang yang disediakan oleh
sistem pendidikan negara.
Pelajar harus sedar bahawa pendidikan

Jadi pendemokrasian pendidikan dapat


disimpulkan sebagai persamaan hak yang
sama rata bagi setiap individu dalam proses
P&P yang disediakan oleh sistem pendidikan
di sesebuah negara tanpa wujudnya
sebarang pendiskriminasian di semua
peringkat individu atau masyarakat.
Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan
dapat disimpulkan sebagai keupayaan dan
kemampuan sistem pendidikan negara kita
dalam menyediakan peluang untuk
menikmati pendidikan yang bukan sahaja
luas tetapi juga adil, saksama serta bermutu
untuk semua lapisan rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai