Anda di halaman 1dari 3

mengutamakan kestabilan negara merupakan punca Tokoh Maal Hijrah 2009, Profesor Datuk Dr Sidek

Baba memilih untuk tidak bersama bekas sekutunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang berang dengan dakwaan disogok agar meninggalkan Anwar berkata, prinsip membawa
kebenaran dan perjuangan Islam dijadikan tonggak halatuju perjuangan politiknya yang kini bersama
Gerakan Martabatkan Umat, JATI.
Jangan calang-calang orang menyatakan saya dibeli. Siapa beli saya?
Saya bekerja sebagai seorang profesor, ada rezeki saya, saya selalu bertanya apa yang patut saya
sumbang kepada negara saya, untuk umat manusia, untuk umat Islam.
Itulah prinsip hidup saya. Saya tidak akan berganjak dengan izin Allah, katanya ketika diwawancara
Antarapos, baru-baru ini.
Sumbangan saya hanya untuk negara dan agama
Sidek yang merupakan bekas orang kuat dalam perjuangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
bersama Anwar suatu ketika dulu berkata, percaturan politik yang semakin menjerumus kearah politik
kacau bilau mengakibatkan beliau mengambil pendirian untuk berjuang dalam agenda memartabatkan
umat Islam.
Bagi saya, saya tidak bercakap soal parti. Saya bercakap tentang soal kerajaan dan negara Saya ada
prinsip hidup saya, saya sumbangkan untuk negara dan umat manusia. Adakah itu salah?
Tetapi apabila soal kredibiliti menjadi isu kepada saya, isu itu membuat saya memilih antara yang baik
dan yang tidak baik. Isu itu membuat saya memilih negara yang aman dan stabil, atau tidak, katanya
dengan nada tegas.
Menurut pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini, soal integriti amat
penting untuk menampilkan imej pemimpin yang berhasrat menerajui negara.
Saya dididik, sebagai pemimpin, kamu perlu bersih dan kelihatan bersih, katanya lagi.
Sidek pernah menjadi tahanan dibawah Akta Keselamatan Negara atau ISA pada tahun 1998 selepas
penangkapan Anwar pada 20 September 1998.
Malah beliau pernah didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab mencetuskan gerakan reformasi
dan kebangkitan segelintir pelajar institusi pengajian tinggi yang menjadi penentang anti-kerajaan dan
pucuk pimpinan yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Rektor di UIAM.
Fenomena ini dikatakan berlaku hampir di setiap pusat pengajian tinggi, dan UIAM dikaitkan sebagai
universiti yang paling aktif dengan masalah ini.
Namun beliau dibebaskan tanpa syarat pada 8 Oktober pada tahun yang sama.
Dulu sokong Anwar untuk perjuangan Islam
Diasak supaya menerangkan lebih lanjut mengapa beliau bertukar haluan, Sidek berkata, sokongan
kepada rakannya itu bukanlah berdasarkan kepartian, tetapi berasaskan matlamat perjuangan
menerapkan Islam dalam sistem pemerintahan pada waktu itu.

Katakan semasa seorang rakan saya dulu, dalam kerajaan, membantu kerajaan, ada kebaikan yang dia
bawa. Bila dia jadi anggota kerajaan kabinet, yang dibawa adalah anggota pembangunan Bank Islam.
Tidakkah itu baik? Yang baik saya sokong.
Saya tidak rasa apologetik, rasa rendah diri untuk menyokong. Dibina UIA, Takaful contohnya, kita bantu.
Kita bukan menentang kerajaan semata-mata untuk menentang begitu sahaja, tidak. Yang baik kita
sokong, yang tidak baik kita kritik dengan akhlak yang baik, dengan etika yang tinggi, saya diajar begitu,
katanya.
Menurut Sidek, mana-mana pemimpin tidak kira dari parti mana sekalipun, sekiranya membawa agenda
dan perjuangan yang baik akan disokongnya.
Dulu orang melihat saya menyokong ini, sokong itu. Saya bukan sokong parti politik. Saya sokong
kerajaan. Zaman sahabat saya itu dulu, dalam badan Islam, saya sokong, dia (Anwar) ada cita-cita besar,
saya turut menjayakan cita-cita besar itu.
Zaman dia masuk dalam kerajaan, kami bantu. Sebab ada benda baik yang nak dibawa untuk kebaikan
kepada kita, umat manusia, ujarnya.
Pertahan harga diri jika difitnah
Diasak sama ada perubahaan dirinya berkaitan dengan kredibiliti dan moral individu berkenaan, bekas
Setiausaha Agung ABIM ini berkata, pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan integriti perlu
mempertahankan harga diri jika menganggap diri mereka difitnah.
Kalau orang tuduh saya mencuri ayam, curi telur ayam. Saya patut mempertahankan diri saya, kerana
saya ada integriti.
Tetapi apabila ada orang yang dituduh macam-macam, tidak habis-habis, buat tidak tahu sahaja, saya
tidak puas hati. Apa tidak berlaku dalam perjuangan hidup saya. Saya pernah dipenjara, kerana
menyokong orang itu.
Dalam penjara (sewaktu tahanan ISA), apa yang tidak ditunjukkan kepada saya? Saya orang yang
berfikir, seorang Islam. Orang yang tahu yang maaruf dan batil.
Jika tidak buat apa saya beragama. Agama yang buat kita berpendirian. Hatta saya seorang sahaja yang
mempercayai kebenaran itu, saya akan mempertahankan dan Allah akan bersama dengan saya,
katanya.
Anwar dipecat dari kerajaan pada 1998 akibat tuduhan rasuah dan moral.
Ada pihak mendakwa, beliau mencetuskan kekacauan dalam negara dengan mengapi-apikan
penyokongnya yang taksub supaya merusuh.
Hasilnya, demonstrasi jalanan besar-besaran diadakan diseluruh negara bagi menuntut keadilan
terhadap pemimpin itu yang kemudiannya ditangkap.
Natijahnya, ratusan rakyat ditahan pihak berkuasa dan 17 orang rakan rapat beliau dicekup di bawah
Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).

Anda mungkin juga menyukai