Anda di halaman 1dari 2

DIFTONG:

1. Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan


dalam satu hembusan nafas.
2. Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya
ke suatu vokal lain.
3. Dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua
vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada
mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan
sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan
vokal yang lain.
4. Terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au, dan oi.
5. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan
sebagaimana membunyikan vokal a, dan secara cepat
geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal i pula. Begitu
juga cara membunyikan diftong au, dan oi.

Anda mungkin juga menyukai