Anda di halaman 1dari 3

Konsep Kajian Tindakan

Kajian Tindakan adalah salah satu pendekatan untuk memperbaiki atau maningkatkan
pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan
bersedia untuk mengubah amalannya.

Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan
warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan
masing-masing. Oleh yang demikian, terdapat beberapa definisi yang berkaitan dengan kajian
tindakan yang dibuat oleh pakar iaitu:

Elliot (1981) mendefinisikan kajian tindakan sebagai kerangka untuk penilaian kendiri
(framework for self-evaluation) di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan
mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan
kendiri dalam sesuatu situasi sosial yang. Menurut Elliott (1991:69) lagi, kajian tindakan
adalah sebagai kajian situasi sosial yang bertujuan memperbaiki kualiti tindakan dalam
lingkungan sendiri.

McNiff (1994) mentakrifkan kajian tindakan sebagai suatu pendekatan untuk memperbaiki
atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi
lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut dan
menjadi bersedia mengubah amalan. Menurut beliau lagi, pendekatan ini melibatkan guru
melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif dan
dengan ini, ia melibatkan orang lain sebagai sebahagian daripada inkuiri bersama. Ini kerana
kajian tindakan adalah kajian bersama (research with) dan bukannya kajian ke atas ( research
on).

Dalam kajian tindakan ini, terdapat 4 langkah-langkah asas iaitu Merancang, Bertindak,
Memerhati, dan Mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan.

Model-model kajian tindakan

Model Mckernan (1996)


Model Kemmis and McTanggart (1988)

Model Elliot (1991)


Model Ebbutt (1985)

Anda mungkin juga menyukai