Anda di halaman 1dari 52

Tajuk 5

Kemahiran Mendengar dan Bertutur


Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian
Kemahiran Mendengar dan Bertutur.

Sinopsis
Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikian
dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaian
terutamanya perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai
mengukur prestasi kemahiran mendengar dan bertutur

dalam kalangan

murid-murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru, modul ini mencadangkan


beberapa prinsip dan prosedur memilih, menentu dan menggunapakai
instrumen tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur
salam kalangan murid.

Hasil Pembelajaran
1.

Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan


bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran
kemahiran mendengar dan bertutur; dan

2.

Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan


bertutur.

Kerangka Konsep
Menganalisis
Ciri-Ciri Pelajar

Menulis
Objektif

Menetapkan
Matlamat

Membentuk
ujian

Membentuk
aktiviti
pengajaran

Memilih Media
Pengajaran

Melaksanakan
Pengajaran

Meneliti
Semula Teks

Menyemak Pengajaran

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

Pengenalan
Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh,
membuat taakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat:
bertutur dengan menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul
dan berkesan. Selain itu, kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna
keupayaan seseorang menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya
dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut
unit-unit makna yang sesuai.

Nada, kenyaringan dan kelantangan suara

mesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks


pertuturan. Aspek kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik
muka, gerak mata, tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang
murid menyatakan perasaan, idea dan pandangan seseorang mengenai
sesuatu. Semua ini akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik
kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan.
Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah seseorang yang
menguasai perbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya
bertepatan dengan konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas
dan tepat.

Dengan itu, dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang

betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur. Dia juga pandai menggunakan
sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza
berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza pula.

Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaan
berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai.

Contohnya,

bahasa Melayu mempunyai ujaran-ujaran hormat untuk mempersilakan


tetamu masuk ke rumah, mempersilakan makan, meminta pertolongan dan
berbagai-bagai lagi.

Demikian juga, bahasa Melayu

mempunyai sistem

panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi
lawan kita bertutur. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam
suatu interaksi yang kita hadapi.

Tegasnya, pengguna bahasa Melayu

perlulah menggunakan bahasa itu dengan betul, iaitu tepat dari segi
tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks
tertentu.

Sehubungan dengannya, penilaian dan pengujian terhadap

kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan


tahu berbahasa ini.

Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur


Penilaian bertutur terbahagi kepada dua:
Pertama: penilaian kemahiran menyebut
Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan muridmurid pada peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang
belum boleh bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam
kalangan murid-murid bukan Melayu,

mereka masih memperlihatkan

pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu


yang mereka gunakan itu mengalami gangguan.
Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada
dialek daerah. Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam
kalangan murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau
bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti kh, gh, sy, z, v, s dan f.
Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan
fonem, suku kata, frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan pula
unsur-unsur tekanan, hentian dan intonasi.

Penilaian kemahiran bertutur


Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan
dengan menggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat,
kehendak dan sebagainya. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir
dan menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud
yang hendak disampaikan.

Baiklah. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam
kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Penilaian lisan memfokus
kepada sebutan dan pertuturan. Pertamanya, untuk melayakkan seseorang
itu diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan, ia perlulah dapat
menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang
sesuai dengan konteks pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan ciri-ciri
paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa yang santun. Keduanya, seseorang
itu tidak mungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata
yang cukup. Dengan itu, dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan
kata yang luas. Bersama ketepatan tatabahasa barulah seseorang itu dapat
melahirkan perasaan dan pendapat secara spontan dan tepat dengan
maksud yang hendak disampaikan.

Teknik menguji kemahiran bertutur

Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan.


Murid mendengar sebutan perkataan, frasa atau ayat yang
diperdengarkan oleh guru sama ada daripada pita rakaman atau
disebut sendiri, mengikut gaya sebutan yang betul mengikut
konteks dan situasi. Ayat-ayat itu boleh dipetik daripada bahan
bercetak seperti cerita.

Membaca kuat.
Ujian membaca kuat
boleh digunakan untuk
murid yang telah tahu
membaca. Dengan
membaca kuat, murid
dinilai dari segi
kelancarannya
membaca dengan
nada, intonasi dan
gaya mengikut wacana
dan konteks ayat-ayat
dalam petikan yang
dibaca itu.

TEKNIK
MENGUJI
KEMAHIRAN
MENYEBUT

Menyebut perkataan
pasangan minimal
Murid menyebut
pasangan perkataan
yang sukar disebut dan
dideikriminasikan
bunyinya. Guru
memaparkan perkataan
dan menyuruh murid
menyebutnya.
Kemudian guru
memaparkan perkataan
lain yang hampir sama
bunyi dan menyuruh
murid menyebut.
Kemudian guru
merumuskan perbezaan
bunyi kedua perkataan
tersebut.

Pemarkatan.
Untuk memudahkan pemarkatan ditentukan bahawa hanya satu
atau dua perkara sahaja yang dinilai (misalnya intonasi ayat dan
penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah.

Bertutur dengan gerak balas terhad


Bertutur mengikut arahan

Mengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi
gerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut. Misalnya,

Guru

Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke

rumahnya esok.
Murid

Ali, cikgu akan ke rumah kamu esok.

Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini.


Guru

Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan


seorang

tua

yang

tidak

kamu

kenali.

Tuturkan

bagaimanakah kamu harus meminta bantuan daripada


orang tua itu. Kamu hendaklah menggunakan kata sapaan
dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi
dengan orang tua itu.

Bertutur berdasarkan gambar

Di sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu
digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru.

Murid perlu

memberi gerak balas kepada soalan-soalan itu.

Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambar


di atas.

Misalnya:
(a)

Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini?

(b)

Apa yang sedang mereka lakukan?

(c)

Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang
bertutur itu? (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid
berfikir dengan lebih kritis).

Membaca Kuat
(a)

Aspek yang diuji - sebutan, pertuturan dan intonasi.

(b)

Bahan

- sederhana panjang, sesuai dengan umur murid


dan tahap penguasaan bahasa.

Masa yang

sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit.


Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid
tetap dan terkawal. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti
kecekapan

menyebut

bunyi,

kecekapan

memberhentikan

pembacaan

mengikut unit makna dan nahu, dan kecekapan mengucapkan ayat dengan
nada, intonasi, dan tekanan yang betul. Kelemahan: Tidak menunjukkan ciriciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks kerana murid hanya
membaca bahan. Oleh itu, aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata
hormat, spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai.

Bertutur Secara Berpandu


Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada murid
bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai.
Pertuturan mereka tidaklah terikat kepada perbendaharaan kata dan bentukbentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan
dan membina ayat-ayat mereka sendiri. Walau bagaimanpun, batasan masih
ada, iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah
ditetapkan oleh guru. Antara teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian
jenis ini ialah:

Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh


guru.
(a)

Guru memberi murid petikan cerita pendek;

(b)

Murid membaca senyap;

(c)

Guru membaca kuat petikan;

(d)

Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru;

(e)

Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika


petikan dibaca oleh guru). Kemahiran membaca dan memaham ( jika

petikan dibaca oleh murid). Kecekapan menggunakan kata, frasa dan


ayat dengan gaya bercerita yang betul.

Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara:

Murid diminta mengingat atau


mengimaginasikan sesuatu dan
menjelaskan sesuatu
mengenainya. Misalnya: percutian
semasa cuti sekolah.

Teknik ini dapat menilai kecekapan


bertutur secara spontan, tanpa
bimbingan guru

Main peranan
Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur.

Guru perlu

memikirkan situasi tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan


tertentu. Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan
murid melakonkan apa yang dikehendakinya. Penilaian ini boleh dijalankan
secara individu ataupun secara berpasangan. Misalnya:
Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk memainkan
peranan, murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai
seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes
ragut yang baru sahaja disaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu.
Minta kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing
secaara spontan.
Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa

yang

sesuai dengan situasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai
berbagai-bagai subkemahiran bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan
sebelum ini.

Temu bual dan Temu duga

Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan


cara memberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan
menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan
situasi komunikasi yang sebenar dalam kalangan penemuramah dengan
penemuduga, sama ada antara guru dengan murid atau murid dengan murid.
Dengan demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-murid
menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar.

Pemarkatan Ujian Bertutur


Terdapat

dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji

kemahiran berturur, iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara


holistik.
Pemarkatan Secara Objektif
Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat
rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan
belum boleh bertutur dengan lancar.

Soalan yang dikemukakan pula

berbentuk item yang memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan
bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek berdasarkan gambar;
menjawab soalan-soalan pendek yang mudah, ataupun menyebut ayat-ayat
yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Untuk menentukan markat yang sesuai, senarai semak mestilah disediakan
dan guru menandakan pada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi
setiap gerak balas yang mereka berikan.

Bahagian A
Baca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betul
i.
Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolah
ii.
Tolong ambilkan ayah surat khabar itu.
iii.
Dengan siapa adik bermain bola tadi
iv.
Wah, besarnya rumah awak!

Bahagian B
Jawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap.
i.
Apakah cita-cita kamu?
ii.
Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu?
iii.
Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu?
Bahagian C
Teliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan.

Soalan:
i.
ii.
iii.

Apakah yang dilakukan oleh orangorang itu?


Apakah alat-alat yang digunakan oleh
mereka?
Bagaimanakah cara mereka
melakukannya?

Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan


berikut:
(a)

memadankan memadankan objek dengan tulisan; gambar dengan


tempatnya dan memadankan harga dengan objeknya; memadankan
pasangan, aspek yang berlawanan, sama dan sebagainya.

(b)

megelompok misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya; buahbuahan, tempat kediaman, kumpulan etnik dan sebagainya.

(c)

menyusun dan melengkapkan menyusun maklumat mengikut saiz,


warna, umur, kepentingan dan seumpamanya; menyusun perkataan
menjadi ayat, peristiwa, isi karangan dll.

(d)

menyelesaikan masalah menerangkan cara untuk sampai ke


destinasi tertentu dengan selamat;

(e)

berinteraksi melalui telefon, lakonan, dialog, forum dll

(f)

simulasi main peranan dalam lakonan, forum dll

(g)

projek perbincangan mengenai prestasi, prosedur, bahan projek: kos,


pelaporan dll.

Senarai Semak untuk Pemarkatan.

Nama Murid: .....................................................................................................

Markat
Bahagian No: Gambar

Nombor
Soalan

1
2

J=

4
5
1
2

J =

3
4
5

Nilai Markat (cadangan)


2

Bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan


perkataan dan tatabahasa.

Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi


sebutan, intonasi atau tatabahasa.

Jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan


tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara.

Untuk mengubah markat kepada peratus, darabkan markat setiap bahagian


dengan 2.

Misalnya, jika pencapaian murid ialah 6, 7 dan 20, darabkan

semuanya dengan 2; menjadi 12, 14 dan 40. Jumlah markatnya = 66.

Pemarkatan Secara Holistik


Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau
keseluruhan, iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu
diberikan markat secara keseluruhan, bukan secara perincian sebagaimana
yang dicontohkan sebelum ini. Di sini, penguasaan kemahiran pertuturan itu
dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap
pecahan itu. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara
keseluruhan.
Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran bertutur boleh
dibahagikan kepada lima komponen yang besar, iaitu:
i.

sebutan

ii.

kefahaman

iii.

ketatabahasan

iv.

keluasan perbendaharaan kata, dan

v.

kelancaran pertuturan.

Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat
dan perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru.
Rumusan
Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan
bertutur), penghasilan bahan, dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan
bertutur dalam pengajaran bahasa Melayu. Kemahiran bertutur merupakan
kemahiran yang penting, awal diajar dan perlu dikuasai oleh murid, maka
guru mesti memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan muridmuridnya. Guru mesti faham, sedar dan pandai menggunakan pendekatan,
kaedah

dan

teknik

pengajaran

dan

pembelajaran

kemahiran

lisan

berlandaskan prinsip-prinsip tertentu. Untuk mengesan kejayaan pengajaran


dan pembelajaran itu, guru harus pula menguji kecekapan murid dengan
menggunakan pelbagai teknik dan cara memberi markah. Diharap modul ini

dapat memberi kefahaman kepada anda untuk membimbing murid anda


menguasai kemahiran lisan dengan baik dan berkesan.

(a)
(b)

Tajuk 6

Huraikan tentang lima komponan kemahiran bertutur yang dapat


dinilai dengan menggunakan pemarkatan secara holistik.
Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan
holistik. Pada pendapat anda, kaedah pemarkatan yang
bagaimanakah lebih bersan untukmenguji kemahiran berbahasa
Melayu?

Kemahiran Membaca

Matlamat dan Jenis Bacaan

Peringkat Pengajaran Bacaan

Teknik Bacaan Intensif, Ekstensif, Skimming


dan Scanning

Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca.
Tajuk ini akan menjelaskan matlamat dan jenis bacaan, peringkat bacaan dan
teknik bacaan. Empat teknik bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik
bacaan intensif, ekstensif, skimming dan scanning.
Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling
melengkapi. Walau bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar
mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan
satu perkembangan yang meningkat.

Semuanya harus bermula daripada

yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya murid-murid dapat menguasai

kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca.


konteks

ini

bahan

bacaan

perlu

dipelbagaikan

dan

diajar

Dalam
dengan

menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan


berkesan.
Hasil Pembelajaran
1.1

Menjelaskan kemahiran membaca; matlamat, jenis bacaan dan


peringkat pengajaran bacaan

1.2

Menghuraikan teknik bacaan.

Kerangka konsep
Matlamat dan Jenis Bacaan:

Mekanis

Mentalis

Intensif

Ekstensif

Peringkat Pengajaran Bacaan:


Kesediaan membaca
Prabacaan
Mekanis
Bacaan dan Kefahaman

Pengajaran Kemahiran Membaca


BAHASA MELAYU

Memahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkat


pengajaran Bacaan dan
Aplikasi Teknik Bacaan Intensif, Ekstensif, Skimming dan
Scanning

Fikirkan:

Teknik bacaan:
Intensif
Ekstensif
Skimming
Scanning

Apakah matlamat guru melaksanakan pengajaran kemahiran membaca di


sekolah rendah?

Arahan:

Sila baca dan fahami tentang matlamat pengajaran kemahiran


membaca di sekolah.

Setelah anda memahami matlamat pengajaran kemahiran membaca,


sila fahami jenis bacaan yang boleh anda aplikasi dalam pengajaran
dan pembelajaran.

Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham
tentang teori ini.

Matlamat
Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya
mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam
bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan
pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.

Anda perlu tahu matlamat anda


mengajar kemahiran membaca
kepada pelajar-pelajar ! Kini,
fahami pula jenis-jenis bacaan.

Jenis Bacaan
Bacaan mekanis
Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan
tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan

sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada
dan tekanan yang betul . Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang
mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.

Bacaan Mentalis
Bacaan

mentalis

dikenali

juga

sebagai

bacaan

akliah.

Bacaan

ini

dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan


bersuara. Tujuan bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea
atau buah fikiran.

Bacaan Intensif
Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan
dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan
mentafsirkan perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri
tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks
dan

situasi

yang

berlainan.

Konsep

bacaan

intensif

adalah

untuk

memperkembang pembelajaran bahasa murid; memberi penjelasan tentang


struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji
ciri-ciri tatabahasa; memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan
pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan.

Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah.
Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran
pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan
ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan
ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas; bahan

bacaan

perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat
kepuasan, keseronokan dan terhibur.
Anda sekarang telahpun memahami jenis-jenis bacaan, lakukan

rujukan
untuk mengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN


Peringkat Kesediaan Membaca
Menurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat
perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia
yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini
dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan
bacaan awal atau bacaan asas. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja
meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga
merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus
dan berterusan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanakkanak ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan
motivasi

serta kecerdasan dan perkembangan kognitif.

Dari segi fizikal,

kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya


menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam
bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi
emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahanbahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan
cerita. Dari segi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi
keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya
menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.
Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak

menguasai peringkat

kesediaan membaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanakkanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka
mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah.

Sediakan latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran peringkat


kesediaan dalam kalangan murid-murid yang anda ajar.

Prabacaan
Prabacaan merupakan kesediaan
prabacaan

meliputi

kemahiran

murid untuk membaca. Peringkat

pengamatan

pendengaran,

kemahiran

pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan


daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi
kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini, murid
didedahkan

kepada

aktiviti-aktiviti

yang

boleh

mendorong

mereka

mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh


dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan
untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.

Bacaan Mekanis

Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan,
frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan
yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan
konsonan. Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan
ialah pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja.

Bacaan dan Kefahaman

Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa


kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna.
Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai
keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang
dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa
yang dibaca.

Anda telah pun mempelajari peringkat-peringkat pengajaran


bacaan. Cuba laksanakan peringkar-peringkat tersebut secara
kontekstual mengikut tahap kesesuaian pelajar anda.

Teknik Bacaan

Kita boleh
gunakan
pelbagai teknik
yang telah diajar
oleh guru kita.
Teknik bacaan ini
akan
meningkatkan
pemahaman kita.

Banyak bahan yang


perlu kita baca !
Bacaan Intensif

Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan


dilakukan secara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci
sesuatu bahan bacaan. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang
pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi
umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang
digunakan, iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil
kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini
adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca
telaah isi, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan
membaca idea sangat dititikberatkan. Sementara membaca telaah bahasa,
aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, ditegaskan.
Bacaan

intensif

adalah

bacaan

yang

pada

asasnya

bertujuan

memperkembang kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa


sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga memberi penekanan kajian
terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan
perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang

berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan


dan bantuan penuh daripada guru-guru.

Konsep-konsep bacaan intensif


(a)

Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi


perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru;

(b)

Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang


struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata;

(c)

Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan


kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh
pelajar dalam bacaannya;

(d)

Memperkembang usaha mengawal penggunaan bahasa dalam


pertuturan dan tulisan; dan

(e)

Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting.

Tujuan:
(a)

Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari


segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda
bacaan dengan baik;

(b)

Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam


bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian
dalam kamus;

(c)

Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya;

(d)

Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang


dibaca;

(e)

Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam


bahasa;

(f)

Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai; dan

(g)

Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan.

Bacaan Ekstensif
Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi
sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah
untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti
membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkaraperkara berikut:
(a)

membaca tinjauan

(b)

membaca sekilas

(c)

membaca dangkal

Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca


akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa,
meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab,
rangka kasar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan
seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya
tinjauan dapat dilakukan.
Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan
pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis
bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan
utama dalam membaca kilas. Pertama, untuk memperoleh suatu kesan
umum daripada sesuatu isi bacaan. Kedua, untuk mendapat hal-hal tertentu
daripada sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan bacaan
daripada perpustakaan.
Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang
bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca.
Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti
keadaan membaca karya-karya ilmiah.
Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti
membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek

pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memahami, dan menaakul


isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh
minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Melalui bacaan ini,
pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping
berpeluang menimba ilmu pengetahuan.
KONSEP BACAAN EKSTENSIF
(a)

Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru;

(b)

Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok;

(c)

Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai


dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar;
dan

(d)

Bahan-bahan yang berbeza.

Tujuan
Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar:
(a)

Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung


daripada orang lain;

(b)

Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari;

(c)

Mendapat pengetahuan sambil berhibur;

(d)

Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat


dan sebagainya;

(e)

Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan


bacaan dan membina daya kreatif;

(f)

Menambah minat membaca;

(g)

Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik;

(h)

Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca;

(i)

Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa;

(j)

Membentuk

tabiat

gemar

menggunakan perpustakaan;

membaca,

membuat

rujukan

dan

(k)

Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa;

SKIMMING
Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip
maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi
skimming ini penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan
dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting
sahaja. Skimming merupakan proses melihat sepintas lalu

atas sesuatu

perenggan untuk mendapatkan idea utama.


Prosedur Skimming
Langkah-langkah skimming:
(a)

Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan.


Carilah maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan
tajuk;

(b)

Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis


penulisan seperti hujah, teknikal dan sebagainya;

(c)

Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan


ini menjadi asas untuk skim;

(d)

Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan


konteks petikan tersebut. Konteks ini bermakna bukan sahaja idea
dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan
mengapa teks itu ditulis; apakah sikap pengarang dan perkara-perkara
yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan
signifikannya;

(e)

Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan anda akan
dapati idea yang penting dan fakta; dan

(f)

Baca perenggan akhir dn teliti di sini biasanya terdapat unsur-unsur


penyimpulan dan rumusan.

Perkara

penting

ialah

memahami

perhubungan

antara

idea

yang

dikemukakan dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan.


Kecepatan membuat skiming ini, berbeza-beza antara seorang dengan
seorang yang lain.

SCANNING
Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat
secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau
maklumat secara khusus. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana
kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan
bacaan dengan cepat). Kecekapan scanning bergantung kepada penumpuan
mental.
Prosedur
Langkah-langkah untuk scanning:
(a)

Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak


dicari.

(b)

Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian


kepada maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau
angka yang lain.

(c)

Untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari anda dan


gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.

(d)

Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil,


perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat.

(e)

Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian
anda di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.

Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik membaca yang terdapat
dalam modul ini. Terdapat banyak lagi teknik bacaan yang boleh anda
pelajari. Sila lakukan bacaan ekstensif untuk mengatahui dan mempelajari
teknik-teknik bacaan lain dan aplikasikan dalam pembacaan anda untuk
meningkatkan kemahiran membaca anda.

Tajuk 7

PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN


Pendekatan Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan
Pengalaman Bahasa
Kaedah Pandang Sebut
Kaedah Abjad
Kaedah Fonik

Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan
kaedah pengajaran bacaan.Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan,
cerakinan, komunikatif dan pengalaman bahasa. Tiga kaedah bacaan yang
akan dimuatkan ialah kaedah pandang sebut, kaedah abjad dan kaedah fonik
Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling
melengkapi. Walau bagaimanapun, untuk mencapai kemahiran tersebut
pengajaran bacaan perlu diajar menggunakan pendekatan dan kaedah
tertentu yang dapat memberi kesan dalam pembacaan. Kemahiran membaca
mesti

diajar

mengikut

peringkat-peringkatnya

supaya

memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat.

penguasaannya

Dalam konteks ini

bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi,


kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai
hasil pembelajaran kemahiran membaca

Hasil Pembelajaran

1.1

Menghuraikan kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah dan teknik


pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa

Kerangka konsep
Pendekatan Pengajaran
Kemahiran Bahasa :
Binaan
Cerakinan
Komunikatif
Pengalaman
bahasa

Kaedah Bacaan

Pandang Sebut
Abjad
Fonik

Pengajaran Kemahiran
BAHASA MELAYU:
Pendekatan dan Kaedah Bacaan Asas

Aplikasi Pendekatan Kemahiran Membaca Binaan,


Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa.
Kaedah Bacaan Asas iaitu Pandang Sebut, Abjad dan Fonik

PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

Pendekatan Binaan
Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Mengikut
pendekatan ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan
unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsurunsur yang lebih besar. Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang
lebih

besar.

Dalam

pengajaran

kemahiran

membaca,

murid-murid

diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Huruf-huruf digabungkan

menjadi suku kata, dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Kemudian
perkataan akan membentuk ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.

Pendekatan Cerakinan
Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang
mendahulukan

unsur-unsur

yang

besar,

kemudian

unsur-unsur

itu

dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang


besar itu. Pengajaran kemahiran membaca mengikut pendekatan ini
dimulakan dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada
perkataan, dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan
seterusnya kepada huruf. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan hurufhuruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi,
murid-murid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik

Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi.
Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana
bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. Untuk melaksanakan
komunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran
yang boleh mewujudkan situasi

di mana pelajar boleh berkomunikasi

dengan cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa
sahaja. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara
berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan
interpersonal yang positif.
Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita,
teater pembaca, laporan/ulasan buku dan choral speaking.

Prinsip pendekatan komunikatif:


(a)

murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya;

(b)

pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana;

(c)

pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar;

(d)

mempelbagaikan aktiviti komunikasi.

Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)


Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman
atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan
mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam
tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan
yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan
mengenai bidang yang dibincangkan.
Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu
lateral, interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat,
murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada
untuk memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai
contoh, pada peringkat lateral, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan
sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah, tatabahasa, ragam, laras
bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang
dibacanya.
Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai
laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali
tulisan tersebut. Pada peringkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau
pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej)
yang ingin disampaikan oleh penulis. Murid-murid mudah mentafsir makna
sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang
diketahuinya. Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau
pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami
teks yang membincangkan soal pelancongan. Kesimpulannya, pendekatan ini
memanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran bacaan.
Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut;
(a)

Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk


membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh
terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain;

(b)

Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid
perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka;

(c)

Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan


maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai
konsep;

(d)

Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan


perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca; dan

(e)

Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam


pengajaran pembelajaran membaca.

Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan


dalam pengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah
mencuba pelbagai kaedah. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang
boleh digunakan dalam pengajaran bacaan.
Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran
kemahiran membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan
tertentu. Antara kaedah pengajaran membaca ialah:

Kaedah Pandang Sebut


KAEDAH
PANDANG SEBUT

Menyebut
Perkataan

Mencerakinkan
perkataan dan
kata

Membina dan
membaca ayat

Membaca
ayat

l
a
t
i
h
a

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan


dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata.
Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti
utamanya ialah memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994)
perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad
perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataanperkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek
yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan
pada bahan yang ditunjukkan.
Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal
huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada
seluruh perkataan yang disertai gambar. Mengikut kaedah ini, pada
permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang lambang (abjad) secara
keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan.
Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali
banyak lambang.
Kaedah Abjad
KAEDAH
ABJAD

Menyebut nama
huruf abjad a
z; huruf besar
dan kecil

Menyebut suku
kata V dan KV

Mengeja suku
kata, perkataan
dan frasa

Membaca
ayat

l
a
t
i
h
a

Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad,


pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan
membentuk suku kata itu bertujuan untuk

membolehkan murid mengeja

perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah
ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut
dan menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan. Seterusnya diikuti
dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung
dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz
Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu
sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan
Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar
didedahkan serentak.
Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula
pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf
yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama
semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua
huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan
pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk
perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan
dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti
dengan penyebutan suku kata itu.

Kaedah Fonik
KAEDAH
FONETIK

Membuny

Membata

Membac

Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap


hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonik hanya mensyaratkan
murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf.
Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid,
diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan
pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran
sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta
faham apa-apa yang dibaca.

Setiap
kaedah
bacaan
terdapat
kelebihan
dan
kekurangannya. Anda perlu cuba mengaplikasikan pelbagai
kaedah mengikut kesesuaian murid anda . Selamat mencuba
dan berjaya!

Tajuk 8

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA


(a) Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R); Read,
Review,Recite (3R); Know,What,Learn,How,(KWLH); dan lain-lain
(b) Teknik Bercerita
(c) Teater Pembaca

Sinopsis
Tajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca. Teknik
yang akan dijelaskan ialah teknik SQ3R, KWLH, RADAR, tatacerita dan teater
pembaca.

Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu. Teknik


yang

dipilih

perlu

sesuai

dengan

kebolehan

meningkatkan minat murid terhadap pelajaran.


bergantung kepada pengolahan teknik

murid,

justeru

dapat

Keberkesanan pengajaran

yang dapat merangsang dan

menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir kritis dan kreatif.

Hasil Pembelajaran
1.1

Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran

kemahiran-kemahiran bahasa.

Kerangka konsep
TEKNIK PENGAJARAN
KEMAHIRAN MEMBACA
(a) Survey, Question, Read,
Review, Recite(SQ3R);
Read, Review,Recite (3R);
(b) Know,What,Learn,How,
(c) (KWLH); dan lain-lain

(a)
(b)
(c)

Teknik
Pengajaran Kemahiran Membaca
BAHASA MELAYU

Lingkaran Soalan,
Tatacerita
Bimbingan
Menjangka, Teater
Pembaca

Bimbingan
Menjangka,

Teater Pembaca

Aplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca SQ3R,


KWLH , Lingkaran Soalan,Tatacerita , Bimbingan
Menjangka dan Teater Pembaca

Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)


1.

SQ3R

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal


kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan
tugasan yang perlu diselesaikan.
SQ3R adalah singkatan bagi;
S (survey)
Tinjau
Q (question) Soal/tanya
R (read)
Baca
R (recite)
Imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review)
Baca semula
Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini
dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau
ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan
terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya
menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.
Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar
menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati
teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan
tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin
diperoleh dari bahan tersebut, dan menjadi garis panduan semasa membaca
kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks
tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada
soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca,

pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan,


berdasarkan

perkembangan

kefahaman

dan

keinginannya

sepanjang

melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau


maklumat yang terdapat yang ditemuinya.
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca,
pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala
yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam
konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang
disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah
dibaca.
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca
bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan
jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar
juga memastikan tiada fakta penting yang tertingga.

Knowledge, What, Learn, How (KWLH)


KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:
K (know)
W (want)
L (learned)
H (how)

Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)


Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang
berkaitan (untuk membaca seterusnya)

Melalui Teknik membaca kritis, pembaca disarankan mengingat dahulu apa


yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui,
melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah
diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi
yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).
Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan
sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh
dari pembacaannya, dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca
sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan. Dalam konteks pengajaran,
pelajar dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH.

Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Researsh (RADAR)


RADAR adalah singkatan bagi yang berikut:
R (Read)
A (Analogize)
D(Discuss)
A( Apply)
R(Review/Research) -

Membaca
Menganalogi
Berbincang
Mengaplikasi
Menyemak/ Menyelidik

Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan
pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru.
Lima langkah RADAR ialah:
R

Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat


yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada
teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain.

Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat


berhubungkait dan mempunyai persamaan.

Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea


atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta
menentukan persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea
atau tempat.

Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.

Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau


merumus semula apa yang telah dibincangkan.

RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya


dengan pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar
berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan
pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri.

Teater Pembaca
Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip
cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi

menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Namun seorang


pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang
betul. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita.
Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling
diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati
cerita tersebut.

Langkah pelaksanaan
(a)

Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan;

(b)

Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon;

(c)

Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi


mengikut dialog;

(d)

Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai;

(e)

Pelakon

berbincang

untuk

mencari

penyelarasan

semasa

persembahan;
(f)

Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan;

(g)

Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca; dan

(h)

Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu.

TEKNIK BERCERITA
Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan
untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang
dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Melalui teknik bercerita latihan
pemahaman, perluasan

perbendaharaan kata

dan

tatabahasa

dapat

disampaikan. Selain itu, penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,


membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan.
Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita
ialah:
(a)

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat

permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita;


(b)

Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku


dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dan harus
dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan;

Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:


(a)

Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat muridmurid;

(b)

Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan;

(c)

Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa;

(d)

Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting;

(e)

Lakukan latihan;

(f)

BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk


menguatkan penceritaan; dan

(g)

Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan


dengan bahasa yang hendak disampaikan.

Terdapat beberapa teknik lain dalam meningkatkan kemahiran


membaca, cuba layari internet untuk mengetahui teknik-teknik
bacaan tersebut.

Tajuk 9
Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca
Objektif
Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti
Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar.

Tajuk 10

Penialaian

Penilaian Kemahiran Membaca


Mengenal Pasti Idea Keseluruhan
Mengesan Idea Utama dan Idea Sokongan
Membuat Ramalan/Kesimpulan
Pembinaan Instrumen Penilaian.

ialah

suatu

kaedah

bagaimana

seseorang

guru

boleh

mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengajarannya . Dalam konteks


pengajaran kemahiran membaca,penilaian akan menjadi landasan terhadap
kaedah,pendekatan dan teknik pengajaran yang digunakan. Dalam hal ini,
perbincangan meliputi persoalan tentang tujuan, aspek dan pentadbiran
dalam penilaian, bentuk-bentuk
kefahaman.

penilaian, dan criteria soalan-soalan

Tujuan ,Aspek dan pentadbiran penilaian


Penilaian

ialah

satu

aspek

penting

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran iaitu suatu kaedah bagaimana kemajuan atau kelemahan


sesuatu kemahiran yang diajarkan itu dikenal pasti. Dalam konteks kemahiran
membaca, penilaian bertujuan untuk menguji

sejauh mana pembaca

memahami bahan yang dibaca. Diperingkat rendah, penilaian juga dibuat


untuk intonasi dan sebutan dalam bacaan. Dalam hal ini terdapat beberapa
bentuk penilaian dan instrument yang boleh diguna pakai dalam pengujian
kemahiran membaca.

Bentuk Penilaian
Bentuk penilaian adalah seperti berikut :
a)Penilaian kendiri
Penilaian kendiri ialah bentuk

penilaian yang dilakukan oleh pelajar atau

pembaca itu sendiri,berdasarkan senarai semak yang diberikan oleh guru.


b) Penilaian rakan sebaya
Penilaian rakan sebaya dinamakan juga penilaian berpasangan. Dalam
penilaian ini,pelajar secara berpasangan akan menyemak dan menilai bacaan
sesame sendiri.

c) Pemerhatian
Pemerhatian dibuat untuk melihat sikap,kefahaman dan intonasi dalam
bacaan. Dalam kaedah ini guru atau penilai perlu menyediakan senarai
semak

yang

mengandung

criteria

atau

perkara-perkara

yang

akan

diperhatikan.

d)Pengujian
Pengujian boleh dibuat untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap
bahan bacaan. Pengujian boleh dibuat dalam bentuk memadankan perkataan
dan ayat, ujian bacaan, penyoalan terbuka, menyusun semula petikan,ujian
kloz dan ujian aneka pilihan.

Instrumen Ujian
Instrumen ujian kemahiran membaca boleh terdiri daripada petikan atau

bahan yang akan dibaca dan difahamkan oleh pelajar. Pada masa yang sama
dokumen seperti senarai semak dan skala kadar juga digunakan sebagai
instrument ujian, terutama yang melibatkan aspek afektif dan perlakuan
dalam kemahiran membaca seperti intonasi,nada, tekanan suara dan
sebagainya. Tujuan utama instrument adalah untuk mendapatkan ukuran
atau data berkaitan dengan apa yang diuji.

a)Senarai semak
Dalam ujian berbentuk pemerhatian, senarai semak yang mengandung
perkara dan criteria pemarkahan perlu disediakan. Senarai semak yang
mengandung criteria tertentu juga akan menjadi panduan kepada guru atau
penilai untuk menilai dan menentukan tahap kefahaman seseorang pembaca.

b) Skala Kadar
Skala kadar ialah dokumen yang mengandung kriteria yang menunjukkan
tahap pencapaian dalam kemahiran membaca. Skala kadar kebiasaannya
menetapkan markah atau pencapaian tertentu berdasarkan kriteria bacaan
dan kefahaman yang ditetapkan.

Tajuk 11

Kemahiran Menulis
Matlamat dan Peringkat
Tujuan Penulisan
Jenis Penulisan Karangan

Matlamat Menulis.
Kemahiran menulis diajar kepada pelajar agar mereka dapat merakamkan
apa sahaja perkara yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk grafik
iaitu tulisan. Dalam masa yang sama, pelajar juga dapat menggunakan
kemahiran berfikir dengan sebaik mungkin. Kombinasi yang melibatkan
minda, mata, telinga dan jari ini akan menghasilkan kemahiran menulis yang
sistematik.

Matlamat mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah

untuk melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat


berdasarkan situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk
karangan tertentu. Kemahiran ini juga dapat melatih para pelajar melahirkan
idea dan mengembangkan idea mereka sendiri. Kemahiran menulis juga
melatih

murid-murid

mengembangkan

karangan

dalam

bentuk

pemerengganan yang betul.

Kemahiran menulis ini turut melatih para pelajar untuk menggunakan bentuk
penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.
Kemahiran ini juga, melatih pelajar menggunakan format karangan yang
betul. Selain itu, pelajar boleh menggunakan pengalaman menulis karangan
ke dalam situasi sebenar sehari-hari. Kemahiran ini juga menyiapkan muridmurid untuk menghadapi peperiksaan di masa akan datang.

Selain itu, kemahiran ini menyuburkan minat pelajar. Disamping itu, pelajar
berpeluang untuk meluaskan kosa kata mereka apabila mereka berinteraksi
dengan orang lain. Selain itu, Kemahiran menulis memberikan kepuasan jiwa
kepada semua penulis kerana mampu melahirkan perasaan mereka menerusi
tulisan.

Peringkat Menulis.
Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis, iaitu:
a)Peringkat pramenulis.
Pada peringkat ini pelajar diberikan persediaan secara mekanikal untuk
membolehkannya menggunakan alat tulis, dan dapat menulis dengan selesa
dan tepat. Dalam peringkat ini guru akan memberikan aktiviti-aktiviti
pergerakkan tangan dan mata, supaya pelajar boleh mengkoordinasikan
kedua-dua anggota ini untuk tujuan menulis. Antara latihan-latihan yang boleh
dilaku untuk membentuk kemahiran ini ialah:
i.Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan putusputus.
ii.Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan.
iii.Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke kanan, dan sebaliknya.

iv.Latihan membentuk garisan lurus.

b)Peringkat mekanis
Setelah pelajar boleh menggunakan alat tulis, peringkat seterusnya ialah
peringkat

tulisan

mekanis.

Pada

peringkat

ini

pelajar-pelajar

dilatih

membentuk lambing-lambang yang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk


huruf. Akhirnya, pelajar akan dapat menuliskan huruf-huruf untuk membentuk
perkataan, dan seterusnya ayat. Secara umumnya, latihan-latihan yang boleh
digunakan pada peringkat ini ialah:

i.Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal.


ii.Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris.
iii.Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul, secara bebas.

c.Peringkat pelahiran
Pada peringkat ini pelajar sepatutnya telah menguasai kemahiran membentuk
huruf dan mengeja. Peringkat pelahiran ialah pelajar dilatih untuk melahirkan
sesuatu untuk ditulis. Latihan dimulakan secara terkawal, tetapi pada akhir
peringkat ini pelajar sepatutnya telah tahu memberikan reaksi bertulis
terhadap bahan-bahan rangsangan yang diberikan. Antara latihan-latihan
yang boleh diguna pakai dalam peringkat ini ialah:
i. Mengisi silang kata
ii. Mengisi tempat kosong dalam ayat
iii.

Melengkapkan ayat

iv. Melengkapkan petikan atau cerita


v. Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan gambar.
vi. Menulis jawapan kefahaman.

Jenis Penulisan.
Dari segi jenisnya, terdapat pelbagai jenis penulisan yang boleh diekspoitasi
untuk tujuan pengajaran & pembelajaran kemahiran ini. Penjenisan ini dibuat
berdasarkan bentuk dan cara penulisan itu dibuat. Dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran kemahiran menulis, penentuan dan pemilihan jenis-jenis

penulisan ini perlu disesuaikan dengan tahap pencapaian pelajar itu sendiri.
Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah penulisan terkawal, separa terkawal, penulisan berpandu,
separa berpandu, penulisan bebas dan penulisan kreatif. Jenis penulisan
tersebut dijelaskan seperti berikut:

a)Penulisan terkawal
Penulisan terkawal ialah penulisan yang dikawal sepenuh oleh guru, sama
ada dalam aspek format, pilihan kata dan tatabahasa. Dalam penulisan
terkawal, pelajar didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara
meniru atau menulis semula petikan, ayat-ayat atau karangan yang dianggap
baik. Penulisan terkawal ialah tahap pertama kea rah penulisan bebas,
kerana latihan-latihan penulisan terkawal akan membantu pelajar menguasai
bentuk bahasa yang tepat, pengolahan isi, dan gaya penulisan yang baik.
Bentuk-bentuk penulisan terkawal ialah:
i.

Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar

ii.

Menulis surat

iii.

Menuliskan isi perbincangan/dialog yang didengar.

b) Penulisan Separa Terkawal.


Penulisan separa terkawal ialah jenis penulisan yang tidak dikawal
sepenuhnya oleh guru. Pelajar diberi peluang menggunakan daya pemikiran
sendiri untuk memilih perkataan yang sesuai dengan tajuk yang diberi.
Latihan-latihan seperti menyalin semula petikan yang diberikan dan pelajar
dibenarkan menukarkan beberapa perkataan yang sesuai dalam petikan
tersebut. Bentuk-bentuk penulisan separa terkawal adalah:
i.

Mengisi tempat kosong

ii.

Menuliskan cerita daripada gambar

iii.

Membuat ayat daripada perkataan

iv.

Menjawab soalan berdasarkan tajuk.

c) Penulisan Berpandu.
Penulisan berpandu ialah jenis penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh
guru, tetapi pelajar diberi kebebasan menyambung, melengkap atau

menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal


itu. Penulisan jenis ini akan memotivasi pelajar untuk terus menulis. Aktivitiaktiviti atau latihan yang digunakan dalam penulisan jenis ini ialah:
i.

Menukarkan dialog kepada bentuk naratif

ii.

Menukarkan bentuk puisi kepada prosa.

d)Penulisan Separa Berpandu.


Penulisan separa berpandu ialah jenis penulisan yang memberikan
kebebasan kepada pelajar untuk menulis berdasarkan sedikit panduan
daripada guru. Penulisan jenis ini merupakan suatu kaedah untuk
membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan dan pemerengganan.
Dalam penulisan jenis ini pelajar akan diberikan asas atau klu yang menjurus
kapada tajuk atau perkara yang akan ditulis. Aktiviti penulisan yang boleh
dikaitkan dengan penulisan separa berpandu ialah:
i.

Menyudahkan cerita

ii.

Menulis karangan yang isinya disediakan guru.

e)Penulisan Bebas
Penulisan bebas dijalankan setelah pelajar menguasai aspek mekanikal, dan
tatabahasa yang baik, Penulisan jenis ini dijalankan setelah pelajar diminta
memberikan tumpuan kepada apa yang akan ditulis. Tegasnya pelajar
sepatutnya boleh mengeksploitasi kemahiran sedia ada untuk menghasilkan
suatu tulisan yang baik dan bermakna.Dalam penulisan jenis ini,penglibatan
guru adalah di peringkat minimum. Guru hanya akan campurtangan jika
terdapat kesalahan-kesalahan dalam penulisan sahaja. Secara umumnya
terdapat beberapa bentuk penulisan yang boleh dilakaukan dalam penulisan
bebas; iaitu:
Penulisan naratif
Penulisan deskriptif
Penulisan imaginatif
Penulisan argumentative

f) Penulisan Kreatif
Penulisan kreatif adalah salah satu bentuk penulisan yang terdapat dalam

penulisan bebas. Dalam penulisan ini,pelajar bukan sahaja telah mahir dalam
pengolahan idea, tetapi juga telah boleh mengeksploitasi pengalaman atau
imaginasi

untuk dijadikan bahan tulisan. Penulisan kreatif mempunyai

keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan bentuk penulisan bebas


yang lain kerana jenis penulisan ini bukan hanya memfokuskan terhadap isi
yang akan ditulis.tetapi memerlukan kemahiran estetika untuk mengolah dan
mempersembahkan isi tersebut dengan cara yang berkesan dan menarik.
Bentuk-bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan kreatif ialah :
Cerpen
Puisi
Drama
Novel

Tajuk 12

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis


Proses
LEA (Pengalaman Bahasa)

Menulis ialah sesuatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang


disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk
ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan
bermaksud penghasilan wacana-wacana yang bermakna dan bermaklumat.
Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran membentuk dan
menyusun symbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja.
Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang, yang
memerlukan penggembelengan aspek psikologi dan kognitif. Oleh itu
kemahiran mengarang ini boleh di capai melalui beberapa pendekatan iaitu:

1.Pendekatan Proses.
Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah
karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini
penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, menyemak dan

membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari


aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan
tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan
dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran
bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau
model penulisan penulisan yang baik.

2.Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)


Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa
kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang
berasingan, seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Sehubungan

dengan

itu

pendekatan

ini

menekankan

konsep

dan

penggunaan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan


dituliskan. Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang
bermakna dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan dalam
proses penulisan karangan.

Tajuk 13

Kemahiran Mengarang.
Mencari isi-menggunakan Bahan Rangsangan
Mengaitkan isi dengan Tajuk, kohesi, koheren, dan
pemerengganan
Kemahiran kosa kata, gaya persembahan, mengedit dan
mengembangkan idea- peta minda

Objektif Mengarang
Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di
dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini
disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai oleh muridmurid pada sesuatu tahap tertentu. Namun begitu, objektif mengarang pada
umumnya adalah untuk:

Melatih murid-murid melahirkan idea

Melatih murid-murid menghujah danmengembangkan idea

Melatih murid-murid mengembangkan


pemerengganan yang betul

Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang


betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul

Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi


sebenar seharian

karangan

dalam

bentuk

Mencari isi menggunakan bahan rangsangan


Penggunaan bahan rangsangan dalam penulisan juga boleh disamakan
dengan kemahiran penulisan berpandu. Bahan rangsangan dapat membantu
murid untuk menulis karangan. Pada tahap ini berkemungkinan murid telah
boleh menulis ayat-ayat mudah. Guru boleh memberikan kad-kad gambar
bersiri ataupun gambar tunggal untuk membantu murid menulis ayat mudah
berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan.

Mengaitkan isi dengan tajuk, kohensi, koheren dan pemerengganan


Terdapat empat aspek utama yang perlu dititik beratkan dan diambil perhatian
iaitu tajuk,kohensi ,koheren dan pemerengganan. Keempat-empat ini saling
berkait antara satu sama lain. Ia merupakan tunjang utama dalam
menghasilkan sesebuah karangan yang baik.
Dalam sesebuah penulisan, perenggan pertama merupakan pengenalan
kepada tajuk. Isi yang ditulis dalam perenggan pertama menjurus kepada isi
karangan yang hendak disampaikan dan dapat menarik minat untuk pembaca
membaca isi-isi yang seterusnya. Setiap isi dipisahkan dalam satu perenggan
yang berasingan supaya pembaca dapat memahami apa yang hendak
disampaikan oleh penulis.
Setiap perenggan isi mempunyai kohensi dan koheren nya yang tersendiri.
Kohensi bermaksud tautan, manakala koheren pula bermaksud rentetan.
Kedua-dua aspek ini boleh dilihat di dalam isi karangan tersebut. Bagi
sebuah karangan yang baik setiap isi dalam sesuatu perenggan yang
diasingkan tersebut mestilah mempunyai kohensi serta koheran antara isi-isi
tersebut. Susunan isi-isi dalam sesebuah karangan juga hendaklah mengikut
keutamaan dan kepentingannya.
Kemahiran
kosa
kata,
Gaya
persembahan,
mengedit
dan
mengembangkan idea- peta minda
Peta Minda dan Penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan untuk
mempertingkat kemahiran menulis. Kedua-dua teknik ini boleh dipasangkan
dengan pendekatan proses, iaitu suatu pendekatan yang berdasarkan proses
penulisan itu sendiri.

Teknik peta Minda digunakan untuk memandu pelajar kea rah penghasilan isi
yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini. Guru akan
menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan
dengan pelajar dalam bentuk Peta Minda di papan tulis. Penggunaan Peta
Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi dan
perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.
Contoh Peta Minda

Tajuk 14

Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar


Ejaan
Imlak
Karangan

Sebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru perlu mengambil


kira prinsip-prinsip
pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Secara umumnya prinsipprinsip yang
dimaksudkan itu ialah :

Ketepatan maklumat kandungan

Ketepatan bahasa dan gaya

Sesuai dengan umur,tahap dan keupayaan pelajar

Sesuai dengan masyarakat, agama dan budaya

Sesuai dengan objektif pengajaran

Sesuai dengan masa pengajaran

Mudah diguna dan dikendalikan

Dalam pengajaran kemahiran menulis, bahan-bahan rangsangan seperti


gambar,petikan,
rakaman audio (ceramah, ucapan, perbahasan, dan sebagainya),rakaman
video,
dan filem sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran.
Ejaan

Imlak
Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau
diperdengarkan
Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf, mengeja,
menggunakan tanda bacaan dan perbendaharaan kata
Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa,
kandungan, dan kosa kata
Pastikan tempat hentian bacaan
Petikan perlu dibaca dengan jelas
Cara-cara pengajaran Imlak
Berikan petikan teks dan minta murid baca
Guru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan
Guru menyebut perkataan secara lisan atau rakaman dan murid
menulis
Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan, penggunaan
perkataan, bentuk huruf dan tanda baca
Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca
Karangan

Tajuk 15

Penilaian Pengajaran Kemahiran Menulis


Mengenalpasti idea keseluruhan
Mengesan idea utama dan idea sokongan
Membuat ramalan/kesimpulan

Menurut Kamarudin Husin (1997), aspek-aspek yang boleh dinilai dalam


kemahiran menulis adalah seperti berikut:

Penggunaan bahasa-aspek tatabahasa

Aspek mekanikal- pemerengganan, tanda baca, dan sebagainya

Ketepatan dan kesinambungan isi kesesuaian dan huraian isi

Gaya penulisan-penggunaan ungkapan/kosa kata menarik

Kemahiran mengolah- menarik dan sesuai dengan pembaca sasaran.

Aspek-aspek yang dinyatakan di atas boleh dilihat melalui aktiviti-aktiviti


seperti mencatat nota,mengembangkan maklumat, mengisi borang. Menulis
surat,menulis karangan (pelbagai bentuk) dan menulis laporan.

Anda mungkin juga menyukai