Anda di halaman 1dari 12

TEKNIK BERCERITA

DALAM
PENGAJARAN
DAN
Pendahuluan:
Terdapat
pelbagai cara dan teknik yang
PEMBELAJARAN
boleh digunakan oleh guru untuk
menyampaikan
pengajarannya.
BAHASA
MELAYU
Tidak

semua teknik boleh sesuai atau


terbaik untuk semua situasi pengajaran,

Objektif penggunaan teknik pengajaran bahasa ialah


untuk :- menyampaikan bahan pengajaran dengan menarik
dan dapat mengekalkanperhatian murid pada P & P

Membolehkan murid-murid mencapai objektif


pengajaran yang dipelajari dengan mudah dan
berkesan

Teknik bercerita dianggap sebagai satu cabang seni


tertua kerana bercerita menjadi sumber hiburan
rakyat yang utama dan sebagai alat pendidik moral
pada zaman dahulu.

Mengapa Bercerita?

Keindahan dan kekuatan seni bercerita


terletak pada penggunaan bahasa.

Teknik ini dapat meningkatkan daya


kreatif dan imaginasi murid

Dapat meningkatkan kecekapan


berbahasa murid-murid terutama dalam
kemahiran mendengar dan bertutur

Meningkatkan kecekapan berkomunikasi


iaitu lebih berkesan dan bermakna

Murid-murid dilatih mengenali masyarakat


sekitar dan kehidupan manusia sejagat.

Murid-murid dilatih berfikiran matang dan


berketrampilan

Kemahiran-kemahiran yang boleh


dikuasai melalui teknik bercerita

Memperkembangan kemahiran
mendengar
Memperkaya perbendaharaan kata
Meningkatkan kemahiran membaca
Meningkatkan kemahiran bertutur dan
menulis
Meningkatkan sensitiviti
Meningkatkan imaginasi

Memperkembang sikap positif terhadap


pembacaan

Memperkenal bahan-bahan kesusasteraan

Menggalakkan murid meminati alam fantasi

Membawa murid ke dalam situasi kehidupan


sebenar

Menyedarkan murid tentang warisan budaya


bangsa dan budaya bangsa negara-negara lain

Apakah kemahiran untuk


Bercerita
1. Kemahiran dalam persediaan awal
Pemilihan cerita
Merancang persembahan
2. Kemahiran menyampaikan cerita
Kemahiran verbal lontar suara, tinggi
rendah suara, dialog
Kemahiran bukan verbal gerak mata,
mimik muka, gerak badan

3. Kemahiran menjalankan aktiviti susulan


aktiviti ini perlu diadakan supaya murid-murid
memperoleh kesan yang maksimum
daripada penceritaan serta memberi
pengukuhan dan pengayaan kepada muridmurid

Antara aktiviti susulan yang boleh dijalankan


ialah :- Menjawab soalan kefahaman secara lisan
- Membina soalan berdasarkan cerita yang
didengar

Menulis urutan peristiwa mengikut kronologi

Meringkaskan cerita yang didengar secara


lisan atau bertulis

Melakonkan cerita yang didengar dalam


bentuk main peranan

- Memilih gambar yang sesuai dengan cerita


dan kemudian menerangkan kaitan gambar
yang dipilih dengan cerita

Menyatakan dan menyenaraikan jenis ayat yang


terdapat dalam cerita

Membuat latihan untuk memperkayakan


perbendaharaan kata

Menulis semula cerita dalam bentuk puisi

Melukis gambar watak atau gambar bersiri


berdasarkan cerita

Menyenaraikan peribahasa yang sesuai mengikut


cerita

- Mengarang semula cerita dengan menukar


bahagian awal atau bahagian akhir atau
menyelesaikan cerita
- Berbincang secara kritis tentang pengajaran
atau moral dalam cerita yang diperdengar

Rumusan
Melalui teknik bercerita guru dapat
menggabung jalinkan pelbagai
kemahiran serta menyerapkan pelbagai
ilmu dan nilai.

Anda mungkin juga menyukai