Anda di halaman 1dari 2

Teknik Boneka

Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (DBP,1987) boneka


bermaksud :
1. Barang permainan yang dibuat menyerupai patung orang.
2. Orang yang dianggap sebagai alat atau barang
permainan.
Boneka dalam konteks pengajaran & pembelajaran :
1. Tidak hanya terhad kepada bentuk orang.
2. Berbentuk haiwan dan objek lain.
3. Digeraklakonkan oleh pemainnya dengan tujuan tertentu.
Boneka dapat difahami sebagai apa sahaja objek sama ada
berbentuk orang, haiwan, tumbuhan atau alat seperti sudu,
garpu, senduk, periuk dan sebagainya)yang digeraklakonkan
bagi memainkan sesuatu peranan dalam cerita atau situasi
tertentu.
Biasanya boneka dimainkan dengan menggunakan dialog
sesuai dengan watak boneka berkenaan. Namun begitu,
terdapat juga permainan boneka tanpa dialog. Dalam
keadaan ini suara latar, muzik atau bunyi-bunyi tertentu
diadakan bagi mengiringi pergerakan boneka itu.
Boneka boleh dimainkan oleh seorang atau beberapa orang
pemain bergantung pada keadaan, keperluan dan tujuan.
Dalam p&p guru boleh menggunakan boneka sama ada di
peringkat pengenalan pelajaran, perkembangan pelajaran
atau untuk pengukuhan. Guru sendiri boleh memainkan
boneka tersebut atau dibantu oleh murid.
Untuk menggunakan boneka sebagai alat pengajaran dan
pembelajaran, guru perlulah membuat perancangan yang

teliti dari segi objektif yang hendak dicapai, kemahiran,


pengetahuan, nilai, aktiviti, input bahasa dan sebagainya.
Lakonan Patung
Lakonan patung atau puppet ialah lakonan antarabangsa
yang tertua sekali.
Lakonan jenis ini boleh digunakan untuk menyampaikan
pelajaran bahasa di sekolah.
Antara patung yang digunakan : kayu, sarung tangan,
patung tali.
Penggunaan patung : guru akan menunjukkan patung itu
kepada murid-murid dan melakonkan.
Melalui patung tadi, berbagai bentuk dan gaya lisan
diperkenalkan.
Murid-murid juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti
lakonan patung ini.

Anda mungkin juga menyukai