Anda di halaman 1dari 3

Arnab dan kura-kura.

Pada suatu hari kura-kura bermain-main di halaman hutan sambil


menikmati Susana yang nyaman tiba-tiba, muncul si arnab lantas menegur
kura-kura..
Kura-kura: wah. Indahnya pemandangan pagi ini.. udaranya segar.. suasananya
nyaman sekali..
Arnab: hai kura-kura. Apa yang kamu buat disini?
Kura-kura: hai arnab. Tiada apa saja aku mengambil angin disini..
Arnab: aku kasihan melihat kamu kura-kura pergerakanmu selalunya lambat.
Tak seperti aku..
Bergerak cergas.. laju.. pantas. Tiada halangan untuk kemana sahaja yang
ingin aku pergi
Kura-kura: aku tak kisah tak semestinya kau pantas, kau laju kau akan jadi yang
terhebat.
Setiap makhluk ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri
Arnab: baiklah. Kau buktikan apa yang kau cakap itu benar..
Kura-kura: bagaimana?
Arnab: jom kita berlumba
Kura-kura: baiklahaku sahut cabaran mu itu sang kancil akan menjadi hakim
kita..

Apabila pulang di rumah, ibu kura-kura meluahkan rasa kecewa kepada anaknya
kerana menyahut cabaran arnab walaupun sudah tahu dia akan kalah.

Ibu kura-kura: mak sungguh kesal dengan kau.. satu kampung sudah heboh yang
kau akan berlumba dengan si arnab yang sombong itu kenapa kau bersetuju
nak??? Kenapa kau mencari nahas???
Kura-kura: mak jangan risau saya tahu yang saya akan kalah dalam pertandingan
ini. Tetapi, semua perkara di dunia ini tiada yang mustahilnya mak.. sekurangkurangnya saya menyahut cabaran itu mak saya tidak akan digelar pengecut.
Hanya doa dan restu mak yang saya harapkan
Ibu kura-kura: baiklah anakku. Mak restui perjalanan mu.. mak doakan
kejayaan kepada kamu..
Kura-kura: terima kasih mak. Saya sayang mak

Tiba pada waktu hari pertandingan..

Sang kancil: wahai penduduk hutan menggatal, kita akan menyaksikan satu
perlawanan yang aneh lagi hebat pada hari ini iaitu perlumbaan antara kura-kura dan
arnab
(berikan tepukan)
Baiklah.. kedua-dua peserta diminta berada di garisan permulaan.
Kegarisan sedia mula..

Si arnab terus memecut laju meninggalkan kura-kura dibelakang. Apabila


berada jauh di hadapan.

Arnab: hahahahaha. Jauh juga aku tinggalkan dia. Padan muka.


Dia ingat dia mampu tewaskan aku??? Hahahahahaha.tidak sama sekali..
Rasanya lambat lagi dia akan sampai di sini. Baik aku tidur dahulu

Arnab terus tidur dengan nyenyak. Tanpa disedari, kura-kura terus berjalan
dengan hati yang cekal dan melintasi arnab yang sedang nyenyak tidur.. arnab
kemudian terjaga dari tidur dan berfikir kura-kura masih lagi berada jauh di
belakang rupa-rupanya, tanpa disedari, kura-kura hanya beberapa langkah
sahaja lagi di garisan penamat.. si arnab terus memecut laju. Namun sayang
seribu kali sayang. Si kura-kura terlebih dahulu melintasi garisan penamat.
Arnab akhirnya malu dengan tindakannya yang angkuh itu dan meminta maaf
kepada kura-kura.

Anda mungkin juga menyukai