Anda di halaman 1dari 7

Hasil kajian dalam bidang neurologi sejak dua dekad yang lalu berjaya menemui pendekatan

pembelajaran yang lebih selari mengenai cara otak berfungsi secara semula jadi. Pendekatan ini
dikenali sebagai pembelajaran bersesuaian dengan otak (brain-compatible learning) atau
pembelajaran berasaskan otak (brain-based learning).
Berasaskan kajian dalam bidang neurosains, biologi, dan psikologi pula, kefahaman mengenai
hubungan antara pembelajaran dengan otak merangkumi aspek lain seperti peranan emosi, corak,
gaya, sikap, pemaknaan, persekitaran, irama tubuh, tekanan, trauma, penilaian, muzik,
pergerakan, gender, pengayaan dan sebagainya.
Menurut Eric Jensen dalam bukunya Brain-based Learning (2000), dengan menyepadukan
amalan pendidikan yang standard, pembelajaran berasaskan otak menjana sebuah organisasi
pembelajaran yang lengkap.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR
1. Apakah Pembelajaran Berpusatkan Pelajar ?
Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran (pelajar sebagai individu).
Memberi pilihan kepada pelajar (jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari).
Mewujudkan kolaborasi ( membina pengetahuan dan persekitaran positif ), terlibat dalam
penilaian berterusan
Sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang.
Pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya. Melibatkan pelajar secara terus dan dalam
menemui pengetahuan. Menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan
pemahaman konsep baru yang mendalam. Pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial.
Menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.
Menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai resos.
2. Nyatakan tujuan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar.
Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan
penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan
kekuatan dan kelemahan pelajar.
Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.
Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari
oleh mereka.
Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

PEMBELAJARAN BERSIFAT INDIVIDU


1. Apakah itu Pendekatan Pembelajaran Bersifat Individu?
Pendekatan pembelajaran bersifat individu mengambil kira perbezaan antara
individu.
2. Nyatakan jenis-jenis pembelajaran individu.
Pembelajaran Masteri (PM): percaya bahawa setiap pelajar mempunyai kebolehan
dan keupayaan untuk menguasai (master) apa yang diajarkan kepada mereka
sekiranya mereka mendapat kualiti pengajaran yang memenuhi keperluan mereka
dan mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar.
Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK) : pelajar diberi tanggungjawab dan diharap dapat
mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka.
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK): pembelajaran yang memberi akses kepada
sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan
kemahiran secara berdikari
Pembelajaran Terarah Kendiri (PTK): usaha oleh seseorang atau individu untuk
memperbaiki dirinya. Objektif utama adalah untuk mempertingkatkan pembelajaran
sendiri dan menguasai konsep pembelajaran sepanjang hayat. Menekankan sikap
lebih daripada teknik-teknik atau mod-mod pengajaran pembelajaran yang lain
yang lebih menekankan perkaitan aktiviti aktiviti pembelajaran pelajar, guru dan
interaksi mereka.
3. Terangkan bagaimana seorang guru boleh menggalakan pembelajaran individu
berlaku.
PM: Unit atau program dipecah-pecahkan kepada beberapa subunit pembelajaran
yang mengandungi aktiviti-aktiviti yang memerlukan tempoh waktu, barangkali satu
hingga dua minggu. Ujian yang menguji yang telah dipelajari perlu disediakan.
PKK: sediakan bahan pembelajaran berperingkat. Contoh: Modul, program, buku
teks yang diperingkatkan aada tahap-tahap tertentu dengan penggunaan soalansoalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya (Keller Plan), program
penggunaan komputer yang terancang, CD interaktif.
PAK: sediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai dan berkenaan dengan
topik-topik yang tertentu yang ditempatkan di suatu tempat khusus yang dikenalai
sebagai Pusat Akses Kendiri. Pelajar belajar mengikut minat, keperluan, tahap
kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Pentaksiran kendiri disediakan supaya

pelajar dapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka.


PTK: membimbing pelajar untuk menentukan sendiri tujuan dan isi kandungan
pembelajaran; memastikan pelajar menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran;
mengadakan inferens, perbincangan dan berbincang mengenai kemajuan
pembelajaran pelajar.
PEMBELAJARAN BERFIKRAH
1. Apakah pembelajaran berfikrah?
Pembelajaran berfikrah adalah proses P&P yang memberi penekanan untuk
mewujudkan
iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yang
kompleks.
3. Apakah strategi guru berfikrah (a thoughtful teacher)?
Guru
berusaha memfokus dan memfokuskan semula tugas pelajar.
menyoal soalan-soalan yang terbuka (open ended)
menyoal soalan-soalan lanjutan.
menunggu maklum balas daripada pelajar.
menerima kepelbagaian maklum balas.
menggalakkan interaksi antara pelajar.
tidak memberi pendapat atau value judgement terhadap pelajar.
tidak akan mengulang maklum balas pelajar.
meminta pelajar membuat refleksi tentang pemikirannya.
4. Apakah tingkah laku pelajar berfikrah?
Pelajar

akan terikat kepada sesuatu masalah walaupun pada masalah yang lebih susah.
akan memberi jawapan yang berlainan kepada sesuatu masalah.
memberi sebab untuk jawapan.
menggunakan perkataan yang spesifik dan tepat.
mengambil masa untuk berfikir.
mengambil bahagian dalam pembelajaran.
akan mendengar kepada apa yang disebut oleh pelajar lain.
memikir akan pemikirannya.
akan menyoal dengan soalan-soalan yang kompleks mengenai tajuk tersebut.

PEMBELAJARAN BERBANTUKAN TEKNOLOGI

1. Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi ?


Pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi adalah pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan teknologi secara berfikrah, terancang dan
bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses p&p.
2. Nyatakan strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi ?
Strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi adalah :
merancang dan memilih topik yang sesuai
merancang objektif pengajaran pembelajaran
merancang dan menyediakan bahan akses atau mempastikan bahan sedia ada
boleh digunakan
mempastikan hasil pembelajaran pelajar tercapai
kawal selia penggunaan media
3. Sebagai seorang guru bagaimanakah anda akan menentukan keberkesanan
penggunaan pembelajaran berbantukan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran anda?
Seorang guru perlu melihat beberapa aspek seperti isi, tujuan, kesesuaian, kaedah
penggunaan, kualiti dan kos sesuatu alat bantu mengajar.
4. Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan ICT?
Pendekatan pembelajaran berbantukan ICT adalah pengajaran dan pembelajaran
yang menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuain untuk
meningkatkan kecekapan proses p&p.
5. Terangakan maksud ICT (a) untuk pembelajaran tutorial (b) untuk pembelajaran
penerokaan (c) sebagai alat aplikasi (d) sebagai alat komunikasi
(a) Tutorial: menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah
ditetapkan (Pembelajaran Tutorial merangkumi: ekspositori, demonstrasi, latihan
atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem).
(b) Penerokaan: ICT sebagai medium
mencari dan mengakses maklumat daripada CD-Rom, internet, portal, maklumat
dll.
mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh
murid.
(c) Alat aplikasi : apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran
dan bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p.

(d) Alat komunikasi : apabila digunakan untuk menghantar, menerima dan


berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (teks, grafik, audio, video).
6. Apakah perbezaan antara soalan 1 dan 4 ?
Soalan 1 merujuk kepada semua jenis teknologi (OHP, radio, TV, dsbnya). Soalan 4
merujuk kepada teknologi yang melibatkan komputer sahaja.

PEMBELAJARAN BERASASKAN OTAK


1. Apakah itu pembelajaran berasaskan otak?
Pembelajaran berasaskan otak adalah satu teori yang menyatakan bahawa proses
pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak. Jika otak tidak
dihalang daripada proses-proses semulajadi berlaku, maka akan berlakulah proses
pembelajaran.

2. Apakah prinsip-prinsip utama dalam pembelajaran berasaskan otak?


Otak adalah pemproses selari iaitu boleh berfungsi menjalankan beberapa aktiviti
dalam satu masa.
Pembelajaran menghubungkaitkan keseluruhan fisiologi
Mencari makna secara dalaman
Mencari makna melalui pencorakan
Emosi adalah penting dalam pencorakan
Otak memproses secara keseluruhan dan bahagian secara serentak
Pembelajaran melibatkan persepsi periferal dan penumpuan yang sedang
ditumpukan.
Pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar sedar.
Terdapat dua jenis ingatan iaitu spatial dan rote
Pemahaman tertinggi berlaku apabila pengetahuan diletak (embedded) dalam
spatial memory.
Pembelajaran akan berkembang melalui cabaran tanpa paksaan.
Otak adalah unik
3. Nyatakan tiga teknik pengajaran yang berhubungkait dengan pembelajaran
berasaskan otak.
Orchestrated immersion: Mengujudkan suasana pembelajaran yang melibatkan
pelajar dalam pengalaman pembelajaran.
Relaxed alertness:Mengelakkan ketakutan dalam proses pembelajaran

Active processing: Membolehkan pelajar mengukuhkan dan memahami maklumat


secara mendalam melalui proses yang aktif
4. Cara otak berfungsi memberikan impak yang signifikan terhadap aktiviti
pembelajaran yang berkesan. Guru perlu membantu pelajar mengembangkan
pengalaman pembelajaran mereka. Nyatakan elemen- elemen interaktif yang
penting dalam proses ini.
Guru perlu menyediakan pengalaman yang komplek dan interaktif yang sebenar
dan pelbagai.
Pelajar perlu ada cabaran yang bermakna dalam dirinya
Bagi mempastikan pelajar memahami sesuatu masalah secara mendalam, mereka
harus membuat analisis secara intensif dari pelbagai pendekatan
Maklumbalas adalah terbaik apabila ia hadir secara realiti berbanding daripada
pihak berautoriti
Pembelajaran lebih berkesan apabila masalah diselesaikan secara realistik
Gambaran keseluruhan tidak boleh dipisahkan daripada bahagian-bahagiannya.
Oleh kerana otak berbeza, guru perlu membenarkan pelajar belajar merancang
pembelajaran mengikut persekitaran sendiri
Penyelesaian masalah terbaik adalah ketawa.
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
1. Apakah itu pembelajaran berasaskan projek?
Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang
dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis
data dan persediaan satu
laporan yang betul.
2. Senaraikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek?
Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang
siap.
Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
Interaksi guru murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap
proses.
Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses
maklumat dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.
Sesuai dengan murid dan kurikulum.
Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.

3. Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan


bestari?
Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar
yang pelbagai.
Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian
dalam proses P & P.
Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan
masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti.
Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat.
Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya
pembelajaran yang berbeza.
4. Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan
pembelajaran
berasaskan projek?
Memberi tugasan mengikut kurikulum.
Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat.
Menentukan jadual kerja.
Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.
Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.
Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.
Penyediaan JPT dan PMM
Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek
Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang
pelaksanaan projek

Anda mungkin juga menyukai