Anda di halaman 1dari 15

SULIT

011

Soalan 1 18
1. Nama-nama pemenang pertandingan mewarna telah diumumkan oleh _________
kepada para hadirin.
A
B
C
D

juruacara
jurucakap
jurubahasa
juruhebah

2. _____________ berkenan untuk merasmikan Kejohanan Kuda Lasak di trek lumba


kuda lasak Lembah Bidong, titah Sultan Mahmud.
A
B
C
D

Beta
Patik
Hamba
Baginda

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah

3. Puan Rosmawati sedang


memasak gulai.
A

menguli

mengisar

mengadun

menggiling

_____________ cili bersama rempah-ratus yang lain untuk

0112014 Hak Cipta


[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT
011

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

4. Shahrom dan Kumar sedang _______________ internet bagi menyiapkan kerja kursus
yang diberikan oleh guru mereka.
A

melayari

menonton

menyaksikan

menggunakan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah

5. Besi itu menjadi _________________setelah diketuk oleh Pak Saleh berulang kali.
A

leper

pipih

bundar

lengkung

0112014 Hak Cipta


[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT
011

6. Penglihatan nenek menjadi lebih ______ setelah dia memakai cermin mata.
A

jauh

jelas

rabun

kabur

7. Ujian Lisan diadakan untuk menguji ________ murid-murid dalam pengucapan lisan.
A

kefasihan

kemahiran

kepintaran

kecekapan

8. Datuk Hasnan akan terus berbakti kepada masyarakat ________________termampu.


A

jika

agar

selagi

sehingga

9. Kejadian tanah runtuh di Lebuh Raya Utara Selatan itu berpunca ___________ hakisan
tanah.
A

di

dari

pada

daripada

0112014 Hak Cipta


[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT
011

10. Bas yang dipandu __________ laju itu telah ditahan ____________ polis trafik.
A

sejak ... hingga

akan dengan

dengan oleh

dari pada

11. Hanya _______________ daripada penduduk di kampung itu yang tidak bersetuju
dengan projek pertanian berkelompok.
A

setengah

segelintir

seluruh

semua

12. Pak Borhan merupakan seorang bapa yang bertanggungjawab kerana dia sentiasa
berkorban harta untuk _________ persekolahan anak-anaknya hingga ke universiti.
A

membenarkan

mengeluarkan

menyediakan

membiayai

13. Majlis Daerah Lipis _____________bandar Lipis sempena sambutan keputeraan Jubli
Perak Sultan Pahang.
A

perindah

diindahkan

mengindahkan

memperindahkan

0112014 Hak Cipta


[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT
011

14. Setiap pergerakan Lisa sering _____________oleh kawan-kawannya kerana sikapnya


yang bersopan santun dan peramah.
A

perhatian

memerhati

diperhatikan

memerhatikan

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah

15. Azwan kena saman kerana tidak memberhentikan motosikalnya walaupun ________
berwarna merah.
A

lampu jalan

lampu suluh

lampu limpah

lampu isyarat

16. Dia _________ tidak mengetahui penyelewengan yang berlaku dalam syarikatnya itu.
A

entah-entah

benar-benar

hidup-hidup

bukan-bukan

0112014 Hak Cipta


[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT
011

17. Pukulan ombak yang ________ telah memecahkan benteng yang dibina di tepi pantai
itu.
A

bertalu-talu

berasak-asak

menderu-deru

bergulung-gulung

18. Sejak Mak Temah jatuh sakit,dia tidak dapat bercakap se ________ kata pun atau
menjamah se ______ nasi.
A

baris biji

patah suap

potong ulas

rangkap butir

19. Orang yang bersikap sombong selalunya dibenci oleh masyarakat.


Pilih perkataan seerti bagi sombong.
A

degil

ramah

angkuh

kedekut

20. Setelah hari hampir malam pemburu itu berjalan menyusuri sebatang sungai hingga ke
muara.
Pilih perkataan berlawan bagi muara.
A

hulu

hilir

0112014 Hak Cipta


[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT
011

kuala

tebing

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


21. I

Rumah kosong itu hampir roboh.

II

Fikiran saya menjadi kosong selama dua hari.

III

Jawatan guru besar di sekolah itu masih kosong.

IV

Rumah itu kosong semenjak pemiliknya berpindah.

I dan II sahaja

II dan III sahaja

I dan IV sahaja

I, III dan IV sahaja

22. I

Setiap pagi pemuda itu akan memerah susu lembunya untuk dijual.

II

Pak cik saya memerah wang gajinya untuk menyekolahkan anaknya.

III

Para petani terpaksa memerah keringat untuk menjayakan projeknya.

IV

Adnan terpaksa memerah otaknya untuk menyelesaikan masalah Matematik itu.

I dan III sahaja

III dan IV sahaja

1 ,III dan IV sahaja

1,II,III dan IV

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


23. Saya serahkan buku catatan pengakap itu kepada Muhamad.
A

Bilakah kamu serahkan buku catatan pengakap itu?

Di manakah kamu letakkan buku catatan pengakap itu?

0112014 Hak Cipta


[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT
011

Siapakah yang mengambil buku catatan pengakap kamu itu?

Apakah yang kamu lakukan pada buku catatan pengakap itu?

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah


24. Sudah berapa lamakah kamu bergiat dalam bidang penulisan puisi?
A

Sejak dahulu saya berminat dalam penulisan puisi.

Sepanjang yang saya ingat ,sudah hampir lima tahun.

Saya akan bergiat dalam bidang penulisan puisi ini selama lima tahun.

Sudah lima tahun keluarga saya mendorong saya bergiat dalam penulisan puisi .

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


25. Corak batik yang cantik itu dilukis oleh seorang pereka yang terkenal.
A

Pereka yang terkenal telah menghasilkan corak batik yang cantik itu.

Pereka batik yang termasyhur telah mengeluarkan batik yang cantik itu.

Corak batik yang terkenal itu telah dihasilkan oleh pereka yang cantik itu.

D
terkenal.

Batik yang termasyhur itu dikeluarkan oleh seorang pereka yang

26. Marilah kita pergi sekarang sebelum terlambat,kata Ali kepada adiknya,
A

Ali menyuruh adiknya pergi cepat supaya tidak terlambat.

Ali dan adiknya diarahkan pergi cepat sebelum terlambat.

Ali memberitahu adiknya supaya pergi pada masa itu sebelum terlambat.

Ali mengajak adiknya pergi pada waktu itu juga supaya mereka tidak terlambat.

Pilih ayat yang betul.

27. A
B

Mereka-mereka akan sampai pada petang nanti.


Para penonton-penonton telah memenuhi stadium itu.

0112014 Hak Cipta


[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT
011

28

29

Banyak tetamu-tetamu yang diundang ke majlis perkahwinan itu

Sesetengah murid tidak mementingkan soal kebersihan dan kesihatan.

Halim mengulang kaji pelajarannya dari masa ke semasa.

II

Orang tua itu berasal dari mana?

III

Mereka semua datang dari pulau itu.

IV

Burung-burung itu terbang ke utara.

I dan II sahaja

II dan III sahaja

II dan IV sahaja

III dan IV sahaja

Pak Badang terpaksa menjual tanahnya yang hanya ___________ itu untuk
menampung perbelanjaan anaknya yang belajar di universiti.
Simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan ialah

30

terang tanah

dapat terpijak

menyekang mata

sekangkang kera

Jangan jadi ___________ kalau kamu kurang mahir dengan alat itu.
A

seperti mendukung biawak hidup.

seperti kambing dihalau ke air.

seperti lembu dicucuk hidung

seperti tikus membaiki labu.

0112014 Hak Cipta


[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT
011

10

Soalan 31 -35
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Guru
Masamu dihabiskan
Agar muridmu mendapat pendidikan
Pedoman diberi tanpa jemu
Agar muridmu akan sentiasa serba tahu.

Guru
Muridmu menganggapmu sebagai lilin dan cahaya
Yang menerangi hidup mereka
Yang memandu mereka.

Guru
Muridmu tahu akan pengorbananmu
Pengorbanan yang hanya sanggup dilakukan oleh ibu
Mereka tidak pasrah melupaimu
Kerana ilmu di dada ialah hasil titik peluhmu.

Guru
Kini muridmu telah menjejakkan kaki ke menara gading
Dengan ribuan murid lain terpaksa bertanding
Kata-katamu sentiasa berdesing di telinga
0112014 Hak Cipta
[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT
011

11

Bekerja keras dan berdisiplin bukanlah lagi asing.

Guru
Segulung ijazah ada padaku sekarang
Merapatkan jurang
Untuk menaburkan baktiku tidak kira siapa orang
Agar rakyat Malaysia semua senang

31. Mengapakah guru dikatakan berjasa kepada penyajak?


A

Guru dianggap sebagai lilin dan cahaya

Guru mendidik muridnya tanpa jemu

Guru banyak menghabiskan masa di sekolah

Guru banyak ilmu pengetahuan

32. Mengapakah guru dianggap sebagai lilin dan cahaya yang menerangi hidup mereka?
A

Guru mengajar mereka

Hidup mereka akan gelap tanpa guru yang diibarat lilin dan cahaya

Tugas guru amat berat

Guru memberi ilmu kepada mereka yang dapat mencerahkan hidup mereka

33. Mengapakah penyajak menyamakan guru dengan seorang ibu?


A

Mereka sanggup berkorban

Mereka mendidik murid

Mereka member ilmu pengetahuan

Mereka mengambil berat tentang murid

0112014 Hak Cipta


[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT
011

12

34. Apakah yang diperoleh oleh murid seperti digambarkan pada rangkap terakhir?
A

Dia mendapat pekerjaan

Dia menjadi pemimpin Negara

Dia berbakti kepada Negara

Dia mendapat segulung ijazah

35. Frasa menara gading dalam petikan bermaksud


A

sekolah

maktab

pejabat

universiti

0112014 Hak Cipta


[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT
011

13

Soalan 36 - 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Di sebuah pekan kecil yang terletak di seberang Sungai Kelantan itu terdapat makam
Tok Janggut, pahlawan terbilang pada zaman awal penjajahan Inggeris di negeri Kelantan.
Namun demikian, makam ini tidak dijaga dengan baik. Tok Janggut atau nama sebenarnya
Haji Hassan bin Munan lahir di Jeram. Beliau guru agama dan juga guru silat. Oleh yang
demikian, tidak hairanlah jika beliau mempunyai ramai pengikut. Kebencian beliau terhadap
penjajah Inggeris bermula apabila Inggeris menjajah negeri Kelantan. Kebencian itu
bertukar menjadi penentangan apabila Inggeris mengisytiharkan hendak mengutip cukai
tanam-tanaman.
Tok Janggut serta para pengikutnya kemudian menyerang Balai Polis Pasir Puteh. Abdul
Latif, Ketua Jajahan yang dilantik oleh pihak Inggeris terbunuh dalam serangan mengejut
itu. Berita serangan itu merebak ke Kota Bharu. Pihak Inggeris lalu meminta bantuan askar
upahan dari Singapura. Sementara menanti bantuan

tiba,

pihak

Inggeris telah

mengeluarkan surat perintah untuk menangkap Tok Janggut. Namun langkah ini tidak
mendapat sambutan. Dalam pada itu, Tok Janggut memperkukuhkan kedudukannya di
Jeram.
Askar upahan seramai 150 orang tiba di bandar Pasir Puteh dan terus mara ke Jeram.
Di sinilah berlakunya suatu pertempuran yang hebat. Tok Janggut yang sebelum

ini

didakwa kebal oleh para pengikutnya telah dibunuh dalam pertempuran tersebut. Pihak
Inggeris telah membawa mayat beliau ke Kota Bharu dengan menggunakan kereta lembu.

0112014 Hak Cipta


[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT
011

14

Mayat itu digantung kepala ke bawah dan kaki ke atas di sebuah padang untuk tontonan
orang ramai. Tindakan Inggeris itu merupakan satu penghinaan.
Oleh sebab itu, pada suatu malam dua orang pengikut beliau telah melarikan mayat
tersebut. Mayat itu dibawa dalam sampan menyeberangi Sungai Kelantan. Mayat itu
disempurnakan dan dimakamkan di Pasir Puteh.

36. Bagaimanakah keadaan pusara Tok Janggut pada masa kini?

A Tidak dipedulikan oleh ahli sejarah


B Suatu tanda sejarah yang menarik
C Terletak di tebing Sungai Kelantan
D Tidak dipelihara dengan baik

37. Mengapakah Tok Janggut bangkit menentang Inggeris?


A Beliau tidak suka pihak Inggeris menindas rakyat
B Beliau benci pemerintahan Inggeris
C Beliau mempunyai ramai pengikut
D Beliau memiliki ilmu silat

38. Para pengikutnya telah bertindak membawa lari mayat Tok Janggut kerana
A tidak sanggup melihat mayat Tok Janggut ditonton oleh orang ramai
B mayat itu perlu disembahyang dan dimakamkan
C Tok Janggut perlu dikebumikan di Pasir Puteh
D pengikutnya amat menyanjung ketua mereka

0112014 Hak Cipta


[Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT
011

15

39. Berikut ialah maklumat yang benar tentang Tok Janggut, kecuali...
A beliau lahir di Jeram.
B beliau mempunyai ilmu kebal.
C beliau mempunyai ramai pengikut.
D beliau dikebumikan di Pasir Puteh.
40. Maksud perkataan terbilang dalam petikan adalah
A dimaklumi
B terkemuka
C dapat dibilang
D dapat dihitung

KERTAS SOALAN TAMAT

0112014 Hak Cipta


[Lihat halaman sebelah

SULIT

Anda mungkin juga menyukai