Anda di halaman 1dari 1

SINOPSIS

Mohd. Harraz (adik) ialah mutiara bonda. Dia dibelai dengan limpahan kasih
sayang, diasuh untuk menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun
dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak
lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak
mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan
tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam
kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis semasa serbuan
polis di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd.
Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia
telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya,
impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai, begitu
juga dengan wasiat ayahnya.
Tema
Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya.
Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik)
sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan.

Anda mungkin juga menyukai