Anda di halaman 1dari 6

Nama Calon : _______________________________________

012
Bahasa
Melayu
PAT
2010
1 jam

Nombor Surat Beranak : ________________

012
Angka Giliran

PENGESANAN TUNTAS PERTENGAHAN TAHUN

MODUL FOLUS : 2010

012 BAHASA MELAYU


Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi tiga
bahagian iaitu BAHAGIAN A, BAHAGIAN
B, dan BAHAGIAN C.

Kod
Pemeriksa:

2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga


bahagian.

Bahagian

3. Bagi BAHAGIAN B, kamu boleh memilih


sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2,
atau Soalan 3.
4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan
yang disediakan. Sekiranya helaian kertas
jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan
kertas
jawapan
tambahan
daripada
pengawas peperiksaan. Kertas jawapan
tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan
dihantar bersama-sama buku soalan.

No. Soalan

Markah

A
B
C
JUMLAH MARKAH

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman yang bercetak

60

Modul Fokus Lulus (FOLUS)

012 KLON UPSR

012 Pengesanan Tuntas Pertengahan Tahun (Modul FOLUS 2010)


Bahagian A
[10 markah]
[Masa yang dicadangkan : 15 minit]
Peta di bawah menunjukkan destinasi-destinasi menarik pelancongan di Malaysia.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang destinasi atau tempat pelancongan tersebut.
Tempat Pelancongan Di Semenanjung Malaysia

Bahagian B
[30 markah]
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak
kurang daripada 80 patah perkataan.
1. Majlis sambutan Hari Keluarga telah diadakan di tempat kamu. Sebagai pemberita, kamu
diminta menulis berita tentang hari tersebut untuk disiarkan dalam akhbar tempatan.
Tuliskan berita kamu itu selengkapnya.
ATAU
PENGESANAN TUNTAS PERTENGAHAN TAHUN KERTAS 012 : MODUL FOLUS TAHUN 2010
DISEDIAKAN OLEH : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN (GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU)

Modul Fokus Lulus (FOLUS)

012 KLON UPSR

2. Pusat permainan video yang banyak terdapat hari ini ada kebaikannya namun, ada pula
keburukannya. Perkara ini jelas dan mampu mempengaruhi budaya hidup para remaja.
Nyatakan pendapat dan pandangan kamu tentang perkara ini.
ATAU
3. Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.
Akhiri karangan kamu dengan Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.

Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

KUALA KUBU BHARU, 23 Februari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, secara
rasminya melancarkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menegaskan, kerajaan
memberi nilai tinggi kepada generasi muda dan mengiktiraf peranan mereka sebagai
bakal pemimpin masa depan. Perdana Menteri berkata, golongan muda yang mewakili 60
peratus rakyat negara ini akan berperanan di barisan hadapan membawa negara ke
mercu kejayaan. Lebih-lebih lagi, apabila Malaysia mencapai status negara maju 15 tahun
akan datang.
PLKN, katanya adalah usaha terbaru kerajaan untuk melahirkan generasi muda
Malaysia yang baik, berdisiplin, berpekerti mulia, bercita-cita tinggi, malah berkeupayaan
untuk berjaya dalam segala bidang yang diceburi. Kita berharap, mereka yang menjalani
Program Latihan Khidmat Negara ini akan menjadi anak muda yang lebih
bertanggungjawab, jujur, amanah, berdisiplin, dan berpekerti mulia, katanya ketika
melancarkan program itu di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor, semalam. Harapan
Perdana Menteri ini juga menjadi satu daripada agenda kerajaan bagi menyediakan
tenaga muda yang berkemahiran tinggi, berketrampilan, berilmu, dan berpekerti mulia.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

PENGESANAN TUNTAS PERTENGAHAN TAHUN KERTAS 012 : MODUL FOLUS TAHUN 2010
DISEDIAKAN OLEH : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN (GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU)

Modul Fokus Lulus (FOLUS)

012 KLON UPSR

PENGESANAN TUNTAS PERTENGAHAN TAHUN


JAWABAN BAHASA MELAYU PENULISAN

BAHAGIAN A - PANDUAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT


1. Peta menunjukkan tempat-tempat pelancongan di Semenanjung Malaysia.
2. Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting cuacanya sejuk dan nyaman.
3. Pulau Langkawi ialah pulau bebas cukai dan sangat sesuai untuk membeli-belah.
4. Port Dickson dan Teluk Cempedak merupakan kawasan percutian yang sungguh indah.
5. Taman Negara ialah kawasan peliharaan habitat flora dan fauna untuk para pencinta alam.

BAHAGIAN B(1) - MENULIS KARANGAN / MENJANA IDEA PENULISAN


KEMAMAN, 16 Februari 2008 Sempena ulang tahun penubuhan Dewan Serbaguna
Kemaman, penduduk di kawasan itu mengadakan Hari Keluarga. Acara sambutan bermula dari
pukul 8.00 pagi hingga dan tamat pada pukul 12.30 tengah hari.
Tujuan Hari Keluarga tersebut diadakan adalah untuk menjalin hubungan antara
penduduk tempatan. Semua kaum terlibat menjayakan program Hari Keluarga ini. Penglibatan
semua kaum ini dapat mengeratkan semangat perpaduan dan semangat kejiranan.
Pelbagai acara diadakan untuk memeriahkan lagi hari tersebut. Acara untuk kanakkanak ialah mengutip wang syiling dalam tepung, makan buah epal dan berjalan dengan
menggunakan kasut tempurung kelapa. Semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan
itu berusaha bersungguh-sungguh untuk merebut gelaran juara.
Para remaja pula menyertai acara memancing, menganyam ketupat dan lumba basikal.
Bagi orang dewasa pula, mereka menyertai acara tarik tali, mengukur kelapa dan membelah
kayu getah. Semua acara yang dipertandingkan mendapat sambutan yang sungguh baik.
Setelah selesai aktiviti sukan, cabutan nama bertuah pula dijalankan. Sebanyak 24
hadiah telah diperuntukkan oleh pihak penganjur. Hadiah-hadiah itu disumbangkan oleh Ahli
Dewan Rakyat Kawasan Kemaman. Mereka yang berjaya memenangi hadiah tersenyum lebar.
Setiap peserta menerima hadiah sagu hati berupa sehelai baju-t dan pemegang kunci.
Pihak penganjur merancang akan mengadakan sambutan sepertinya pada tahun hadapan.
BAHAGIAN B(2) - MENULIS KARANGAN / MENJANA IDEA PENULISAN
Permainan video amat digemari oleh golongan remaja hari ini. Namun begitu,
permainan ini sebenarnya tidak berfaedah kepada perkembangan minda. Permainan ini hanya
bercorak hiburan semata-mata dan melekakan kita.
Aktiviti bermain video ini merugikan masa. Aktiviti ini menjadikan remaja itu terlalu asyik
dan leka. Secara tidak langsung, banyak masa yang dihabiskan untuk bermain video.
Keasyikan ini mendorong para remaja untuk ponteng sekolah. Mereka berpakaian biasa
PENGESANAN TUNTAS PERTENGAHAN TAHUN KERTAS 012 : MODUL FOLUS TAHUN 2010
DISEDIAKAN OLEH : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN (GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU)

Modul Fokus Lulus (FOLUS)

012 KLON UPSR

ketika mengunjungi tempat-tempat ini. Oleh sebab itu, perbuatan mereka sukar dikesan oleh
pihak poilis atau oleh pihak yang berwajib.

Selain itu, banyak wang dihabiskan untuk tujuan tersebut. Malahan, ada remaja yang
sanggup menipu ibu bapa untuk mendapatkan wang belanja yang lebih. Namun demikian,
wang tersebut digunakan untuk bermain video.
Di samping itu, kegiatan ini mendorong kepada pergaulan yang tidak terkawal di
kalangan remaja. Sebagai akibatnya, ada yang terlibat dalam gejala yang tidak sihat dan tidak
bermoral seperti melepak, merokok, berpeleseran, dan sebagainya.
Berdasarkan faktor-faktor di atas, jelas dan terbukti bahawa permainan video banyak
mendatangkan keburukan. Remaja masa kini harus pintar dalam membuat keputusan.

BAHAGIAN B(3) - MENULIS KARANGAN / MENJANA IDEA PENULISAN


Saya perlu berlatih dengan lebih kerap. Lebih-lebih lagi, hari kejohanan olahraga peringkat
daerah semakin hampir. Di samping itu, ibu bapa saya senantiasa memberi dorongan dan
semangat kepada saya.
Saya perlu berlatih dengan lebih kerap. Lebih-lebih lagi, hari kejohanan olahraga
peringkat daerah semakin hampir. Di samping itu, ibu bapa saya senantiasa memberi dorongan
dan semangat kepada saya.
Pada setiap petang, Cikgu Roy akan melatih saya teknik dan cara berlari. Saya berlatih
bersungguh-sungguh tanpa berasa jemu. Tambahan pula, saya tidak mahu menghampakan
harapan ibu bapa dan guru-guru.
Dalam pada itu, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Saya bersemangat dan yakin
dengan persediaan yang dibuat. Namun demikian, saya perlu berhati-hati supaya dapat
memulakan larian dengan baik.
Acara dimulakan, tembakan dilepaskan ke udara. Saya memulakan larian dengan
penuh semangat. Justeru, saya berjaya menamatkan larian 100 meter dengan baik. Saya
menggenggam kad yang diberi oleh hakim penamat.
Selepas itu, saya merenung kad di genggaman. Perasaan saya berbaur antara gembira
dan terharu. Impian dan cita-cita saya tercapai juga akhirnya. Saya muncul sebagai johan
dalam pertandingan itu.

BAHAGIAN C - MEMBUAT RUMUSAN / MEMBUAT ULASAN


Lima nilai murni yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. Antaranya, kita
mestilah memberi sokongan terhadap program (PLKN) yang direncanakan. Selain itu, kita
sepatutnya prihatin bagi menuntut ilmu bagi mewarisi pemerintahan negara. Seterusnya, kita
haruslah bersedia berada di barisan hadapan bagi menjayakan hasrat Malaysia maju pada
Tahun 2020 nanti. Oleh itu, kita dikehendaki berusaha menyediakan pelbagai kemudahan dan
prasarana kepada generasi muda untuk menempah kejayaan. Akhirnya, kita sewajarnya
berdisiplin, bertanggungjawab dan berpekerti mulia bagi melahirkan para pemimpin yang
berkaliber, berilmu pengetahuan, dan berhemah tinggi.

PENGESANAN TUNTAS PERTENGAHAN TAHUN KERTAS 012 : MODUL FOLUS TAHUN 2010
DISEDIAKAN OLEH : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN (GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU)

Modul Fokus Lulus (FOLUS)

012 KLON UPSR

PENGESANAN TUNTAS PERTENGAHAN TAHUN KERTAS 012 : MODUL FOLUS TAHUN 2010
DISEDIAKAN OLEH : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN (GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU)

Anda mungkin juga menyukai