Anda di halaman 1dari 10

Kepimpinan Guru Dalam Menentukan Keberkesanan Proses Pengajaran

Dan Pembelajaran Dan Pelbagai Aspek Pengurusan Dan Pentadbiran


Pendidikan Di Sekolah.
1.0

Pengenalan
Dalam menuju ke arah matlamat negara maju, masyarakat kini mulai

sedar bahawa kemajuan negara baik dari segi pembangunan sosial, politik
dan agama amat bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan sistem
Pendidikan Negara. Perkembangan pendidikan yang menyeluruh dan pesat
pula memerlukan pemimpin dan penampilan ciri-ciri kepemimpinan yang
berkesan ke arah pencapaian aspirasi negara.
2.0

Konsep Asas Kepimpinan

Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan
sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung
dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi. Kepimpinan mempunyai
perkaitan rapat dengan kuasa.Setiap ketua perlu memiliki perancangan
sendiri yang mantap.Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi
menetapkan matlamat, menyusun,mengarah dan menyelaras, mengawal
bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.Kepimpinan merupakan satu
proses mempengaruhi orang bawahan dan merupakan satu proses yang
berterusan. Setiap keadaan memerlukan corak atau gelagat kepimpinan yang
sesuai untuk sesuatu keadaan. Oleh itu kepimpinan ialah fungsi yang bersifat
khusus.Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat
mendorong orang bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi.
Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan
keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja akan
bekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi tercapai.Tekanan
dan hukuman hanya dapat meningkatkan produktiviti dalam jangkamasa
yang pendek, tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan menimbulkan
reaksi negatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang.
Mengadakan perbincangan dan membuka peluang kepada subordinate untuk
mengemukakan idea-idea baru kepada sesuatu perancangan yang dibuat
merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk meningkatkan kepuasan
kerja.Pengikut atau orang bawahan akan lebih terdorong untuk bekerja kuat
dan berdedikasi.
9

Pada amnya, kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan


keupayaan dan kekuatan menyakinkan orang lain. Kepemimpinan adalah
satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan
mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan.
Kepemimpinan akan saling berkaitan dengan pemimpin. Bagi mengekalkan
kepemimpinan orang lain terhadap guru, seseorang guru perlulah sentiasa
meningkatkan kebolehannya dalam bidang yang dipertanggungjawabkan.
Dengan itu, perlaksanaan tugasan melalui kepemimpinan guru memerlukan
kriteria-kriteria seperti keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan
rasa hormat, personaliti yang perlu diperkembangkan, kedudukan yang perlu
dihormati dan kebolehan yang mewujudkan kepercayaan dan amanah.
3.0

Kepimpinan Guru dan Keberkesanan Proses Pengajaran dan


Pembelajaran di sekolah.

3.1

Kepimpinan Pengajaran

Justeru, banyak yang perlu dihuraikan dan difahami daripada konsep


kepemimpinan ini kerana konsep kepemimpinan guru itu sendiri adalah amat
rumit.Kepimpinan pengajaran ialah segala tindakan yang dilakukan oleh
seseorang

pengetua

atau

pihak

pihak

yang

diamanahkan

untuk

menggalakkan pertumbuhan pembelajaran di kalangan murid-murid. Oleh itu,


guru sewajarnya mengambil berat terhadap pengajaran dan pembelajaran
termasuk pembelajaran profesionnya mahupun pertumbuhan pelajar itu
sendiri.Pembelajaran yang berkesan dan bermakna perlu diterajui oleh
pengetua atau guru besar sesebuah sekolah. Smith dan Andrews (1990)
mengatakan peranan pengetua, antaranya memberi araban, sumber dan
sokongan kepada guru dan pelajar bertujuan untuk memperbaiki pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Situasi ini boleh dilihat menerusi peranannya
sebagai kepimpinan pengajaran. lni merujuk kepada kepimpinan yang
mempunyai hubungan secara langsung dengan proses-proses pengajaran di
mana guru, pelajar dan kurikulum saling berinteraksi. Kepimpinan ke arah
proses ini boleh dilaksanakan jika seseorang guru bertindak sebagai penyelia
dan juga penilai perkembangan pelajar.
Oleh itu, Hallinger (1987) telah menyenaraikan sebelas ciri-ciri kepimpinan
pengajaran dikelompokkan kepada tiga dimensi utama iaitu menjelaskan dan
mendefinisikan matlamat sekolah yang merangkumi merangka matlamat
serta menyampaikan dan menyebarkan matlamat sekolah. Dimensi kedua
10

ialah mengurus program pengajaran atau pengajaran mencakupi penyeliaan


dan penilaian pengajaran, menyelaras kurikulum serta memantau kemajuan
murid. Dimensi yang ketiga ialah mewujudkan atau menggalakkan iklim
pembelajaran

positif

merangkumi

tindakan

seperti

mengawal

waktu

pengajaran dan pembelajaran, membudayakan perkembangan profesional


dan staf, mengekalkan ketampakan, menyediakan insentif kepada guru,
menekankan kecemerlangan akademik serta menyediakan insentif kepada
murid.
Secara teori, pemimpin pengajaran bertanggungjawab menyebar
serta memberi penjelasan matlamat sekolah kepada warga sekolah iaitu
guru-guru, kakitangan, pelajar, ibu bapa dan ahli masyarakat supaya mereka
memahami matlamat yang hendak dicapai oleh pengurusan sekolah.
Dengan itu, semua pihak seperti ibu bapa dan guru dapat menyumbangkan
inisiatif dan kerjasama bagi mencapai matlamat sekolah yang telah dibina
secara kolektif. Seterusnya, pemimpin pengajaran turut perlu menyelia dan
menilai proses pengajaran di samping memastikan keutamaan guru diberikan
perhatian selaras dengan matlamat yang ditetapkan oleh sekolah. Pemimpin
pengajaran juga perlu menyemak hasil kerja akademik pelajar malah menilai
proses

pengajaran

dan

pembelajaran

guru

dalam

usaha

untuk

mempertingkatkan mutu pengajaran guru dan pencapaian akademik pelajar.


Selaku pengurus kurikulum, pemimpin turut bertanggungjawab memastikan
mutu pengajaran guru, prestasi akademik pelajar, sumber dan bahan
pengajaran pada tahap yang optimum untuk merealisasikan matlamat
akademik

sekolah.

Di

samping

itu,

pemimpin

pengajaran

turut

bertanggungjawab kepada pelaksanaan kurikulum iaitu melaksanakan proses


membuat keputusan secara kolektif apabila membuat polisi atau arahan
mengenai kurikulum. Peranan pemimpin pengajaran turut mencakupi
peranan sebagai pemantau pembelajaran para pelajar secara berterusan
melalui strategi atau tindakan seperti sering berjumpa secara individu dengan
guru bagi membincangkan mengenai kemajuan akademik pelajar di samping
menggunakan keputusan peperiksaan bagi menilai, melakukan perancangan,
menganalisis malah membuat keputusan dalam penentuan visi dan misi
sekolah pada masa akan datang.
Pemimpin pengajaran juga berperanan mengurus masa aktiviti pembelajaran
di sekolah iaitu memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung
tanpa adanya sebarang gangguan. Di samping itu, mereka juga turut perlu
11

memastikan penguatkuasaan pada waktu pengajaran bagi memastikan guruguru menggunakan masa pengajaran dengan berkesan. Selain itu, pemimpin
pengajaran juga harus mempamerkan tingkah laku terlibatsama atau
tindakan partisipatif dengan guru dan pelajar di kawasan sekolah dalam
menjayakan setiap aktiviti dan program kurikulum seperti memberi galakan,
tunjuk ajar dan bimbingan bersama-sama dengan komuniti sekolah. Selain
itu, pemimpin pengajaran juga perlu memantau serta berbincang dengan
guru dan pelajar mengenai isu-isu dan masalah pembelajaran malah harus
memberi galakan, pujian dan insentif kepada guru-guru yang menunjukkan
komitmen dan tanggungjawab dalam memajukan sekolah. Dalam usaha
memantapkan lagi pembangunan sekolah, pemimpin pengajaran turut perlu
menghargai dan memuji guru yang berpotensi dan berprestasi malah
memberi perhatian kepada perkembangan profesional guru dan kakitangan
sekolahnya dengan memberi mereka peluang kepada guru mengembangkan
kerjaya dan memastikan kegiatan latihan dalam perkhidmatan dilaksana
dengan jaya selari dengan matlamat akademik sekolah.
Jika dilihat dalam konteks guru di sekolah dan peranan hakiki seorang guru
untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan, seorang guru itu haruslah
mempunyai kepimpinan dalam bilik darjah.
3.2

Kepimpinan Bilik Darjah

Kepimpinan dalam bilik darjah merupakan satu set kemahiran di mana guru
menggunakan

kepimpinannya

untuk

mengurus

dirinya

sendiri

dan

berkomunikasi dengan yang lain. Kepimpinan guru dalam bilik darjah


memerlukan tanggungjawab guru untuk mewujudkan suasana iklim bilik
darjah yang kondusif untuk menyampaikan proses pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan kepada murid. Bagi mewujudkan budaya bilik
darjah yang efektif, Mengurus rutin bilik darjah.Mengurus murid menjalankan
tugas mengikut jadual.Mengurus keadaan fizikal bilik darjah menjadi lebih
kondusif untuk aktiviti pangajaran dan pembelajaran.Mengurus murid
mematuhi peraturan bilik darjah.Mengurus bahan pengajaran

agar dapat

digunakan dengan lebih berkesan.Mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat


dilaksanakan mengikut rancangan.
Pengurusan

Pengajaran

dan

Pembelajaran.Guru

perlu

merancang

pembelajarannya secara sistematik sebelum memasuki ke bilik darjah.


Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu menimbangkan
12

terhaap objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan pelajaran dan


pengurusan kemudahan.
Organisasi bilik darjah KBSR dan KBSM mengandungi ciri istimewa iaitu
aktiviti pembelajaran secara kelas. Guru harus memastikan sudut dan ruang
dikelolakan

dalam keadaan kemas dan teratur serta lengkap dengan

bahan pelajaran yang sesuai digunakan oleh murid. Guru boleh melantik
seorang ketua daripada setiap kumpulan untuk membantu menjaga dan
membimbing rakan-rakan menggunakan ruang dan sudut pembelajaran
dengan

cara

yang

betul.Keperluan

perancangan

pengajaran

dan

pembelajaran
i.
ii.
iii.
iv.

memenuhi masa yang diperuntukan


menepati kehendak objektif/matlamat
berkesan sepanjang waktu pengajaran
menarik perhatian dan tidak membosankan

Panduan kepimpinan guru. Menggunakan evidens dan data dalam membuat


keputusan.Melihat peluang dan mengambil inisiatif .Menggerakkan murid
untuk mencapai matlamat bersama .Memantau kemajuan dan mengubahsuai
pendekatan

apabila

keadaan

berubah.Mengekalkan

komitmen

murid

Komitmen kepada pembelajaran Optimis(orang mempunyai harapan yg


tinggi) dan bersikap positif .

Guru-guru perlu mampu membangkitkan minat murid untuk sentiasa


seronok, ceria dan tidak mempunyai tekanan dalam menuntut ilmu. Corak
dan suasana interaksi ini lazimnya boleh dicapai dengan mengambilkira tiga
faktor yang mempengaruhi bilik darjah iaitu faktor fizikal, faktor sosial dan
faktor emosi. Selain itu, cara penyampaian dan stail kepimpinan guru dalam
bilik darjah merupakan aspek utama bagi menghasilkan iklim pembelajaran
yang berkesan. Perkara ini termasuklah suara guru yang sesuai, lantang dan
jelas menyampaikan pengajaran. Di samping itu, sikap positif dan
berekspektasi tinggi yang dipaparkan oleh seorang guru akan membawa
kepada kecemerlangan murid. Cara kepimpinan guru yang demokratik yang
menekankan kerjasama, berinisiatif dan penggunaan pujian juga mampu
membimbing murid ke arah nilai positf. Contoh Kepemimpinan guru dapat
dilihat melalui keadaan seperti ketika suasana kelas sedang bising, dan
apabila guru mengangkat tangan semua murid yang bising dalam kelas
13

menjadi senyap dan kembali fokus kepada pengajaran guru.Bagaimana


kepimpinan seorang guru boleh menghasilkan iklim bilik darjah yang dipenuhi
aura

positif

akan

mempengaruhi

keberkesanan

pengajaran

dan

pembelajaran.Peranan guru dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang


memberangsangkan proses pengajaran dan pembelajaran melalui;
Mencari Keseimbangan antara Dorongan dengan Teguran.Ketika P & P
sedang berjalan, iklim bilik darjah yang mesra dan harmoni perlu dicipta oleh
guru. Ini

kerana pelajar

perhatian.Pelajar akan

memang

suka jika dipuji dan diberi

merasa dirinya menjadi penting dalam

bilik darjah

apabila dipuji. Kesilapannya mungkin boleh dimaafkan dan diberi tunjuk ajar
yang

sewajarnya.

Sekiranya

guru

boleh

berhenti

di

pertengahan

penyampaian kandungan kurikuIum dan diseling dengan aktiviti tepuk tangan


atau permainan, semangat pelajar dapat ditingkatkan untuk terus belajar.
Pelajaryang

berjaya

membuat

sesuatu

dengan

betuI

perlu

diberi

penghargaan supaya kepuasan diri pelajar meIaksanakan sesuatu aktiviti


dapat ditingkatkan. Imej guru juga dapat dit-ingkatkan bahkan pelajar akan
menunggu-nunggu kehadiran guru untuk belajar bersama guru tersebut.
Membangunkan Rapport bersama Pelajar.Perhubungan antara guru
dengan pelajar di dalam bilik darjah perlu diwujudkan supayapembelajaran
berkesan dapat dipraktikkan. Situasi ini akan mendorong seseorang guru
mengamalkan tingkah Iaku

yang

efektif

dan

berkualiti.

Fenomena

ini memerIukan kemahiran, keupayaan dan komitmen yang tinggi.


Selain dari itu, terdapat percubaan guru untuk memasuki dunia peIajar
dengan

hasrat

mempengaruhi

dan

memimpin

mereka.

Kejayaan

memasuki dunia peIajar dapat menghasilkan persefahaman dengan pelajar


khususnya pada tahap emosi yang mesra. Akhirnya, dua pihak yang terlibat
akan saling bersedia dalam hal berkongsi pengalaman dan saling
bekerjasama.
Mengaitkan Pelajar dengan Harapan.Harapan yang tinggi adalah
penting bagi pelajar menuju ke arah pencapaian tugasan dan pembelajaran
yang berkesan. Ramai orang percaya bahawa harapan merupakan salah
satu cara

meningkatkan daya motivasi yang tinggi.Oleh itu, guru perlu

memberi perasaan optimisme yang didesak. Ini adalah penting untuk


memastikan kelangsungan kejayaan pelajar dan mencetus iklim bilik darjah
yang sihat. Guru perlu mempunyai kepimpinan dalam mengekalkan
14

hubungan

kerja

yang

sempurna.Rogers

(dim.

Hook &

Vass,

2000)

menghuraikan proses ini sebagai proses memperbaiki dan membangun


semula. Faktor personaliti yang berbeza perlu diambil kira yang mana usaha
ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu guru mesti menunjukkan bahawa
beliau

tidak menyimpan perasaan

dendam

sebaliknya menunjukkan

teladan yang berkualiti.Mengikis perasaan dendam terhadap pelajar yang


telah membuat

kesilapan

sinonim

dengan perlakuan guru menerima

kesilapan yang dilakukan sebagai kelainan yang

terdapat

pada

setiap

pelajar. Guru menunjukkan teladan terutamanya menggunakan kuasa yang


diperuntukkan dan jelas dalam pengurusan penyelesaian konfiik di kalangan
pelajar.
Guru Mengamalkan Cara Membuat Pilihan yang Bererti.Guru
seharusnya

memberi

peluang kepada pelajar untuk

membuat

pilihan bagaimanakah tugasan mereka akan disampaikan. Apabila sesuatu


tugasan

diberi,

contohnya

dalam

mata

pelajaran Bahasa

Melayu

buku skrap yang bertajuk "kata ganda," pelajar diberi kebebasan memilih
cara

penyampaian

tugasan

tersebut.

Selanjutnya,

berbincang dengan pelajar tentang isi-isi penting,sumber

guru

harus

maklumat dan

objektif tugasan.Pelajar dibenarkan menentukan cara mengumpulkan


maklumat dan penghasilan tugasan.Kepimpinan bilik darjah menyarankan
guru digalakkan berperanan sebagai pembimbingdan pakar rujuk sahaja
berbanding sebagai tukang cerita.
Mengambil

Kira

Faktor

Keselamatan

dan

Keyakinan.Aspek

keselamatan sangat penting diberi perhatian sewaktu proses P&P dijalankan.


Oleh itu, kepimpinan guru di dalam bilik darjah perlu menitikberatkan tentang
keselamatan ini. Selain itu, persekitaran yang bersih, selamat dan selesa
yang akan menjamin kelancaran aktiviti eksperimen sains perIu diberi
perhatian. PP juga memerlu-kan guru menanam keyakinan diri di kalangan
pelajar dengan memberi penerangan yang jelas, penekanan pada kerangka
kerja serta norma-norma yang perlu diikuti. Perihal pem-belajaran sains
adalah untuk menemui dan melakukan sesuatu yang barn dan mencabar
sungguhpun ada

kemungkinan

memastikan pelajar berasa

selesa

menghadapi
dan

eksperirnen.

15

selamat

risiko.
dalam

Guru perIu
melakukan

Membantu

Pelajar

Rasa

Dirinya

Sebahagian

daripada

Bilik

Darjah.Pakar psikologi pernah rnengatakan bahawa hasrat inti sari rnanusia


adalah

rnenjadi

seba-hagian

daripada

alam

sosial dan

perasaan

intelektual, Oleh itu, guru perIu rnenggerakkankeinginan pelajar rnelibatkan


diri

dalam

suasana

bilik

darjah

rnengikut

Mereka mengharapkan peranan rnereka dipuji

hasrat

hati

sernula jadi.

dan diperhatikan. Interaksi

sekurang-kurangnya dua hala adalah amat diperlukan dalam sesuatu


pengajaran dan pernbelajaran.
Guru

sewajarnya,fokus

kepada

perkara

baik

yang

dilakukan.Guru harus sentiasa merefleks pergerakan dan percakapan diri.


Adakah pe1ajarmengikuti arahan di dalam kelas? Pastikah diri setiap guru
melakukan aksi yang betul?Pada masa yang sama, guru harus sentiasa
rnengesan perkara baik yang telah dilakukanoleh pelajar sehingga rnencetus
suasana emosi positif bilik darjah. Sebagai contoh, guru memuji pelajar
selepas

rnembantu

membersih

dan

menyusun

radas

setelah

menamatkansesuatu eksperimen.
Cara penyampaian dan stail kepimpinan guru di dalam bilik dajah adalah
aspek utama menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Ia termasuk suara
guru seperti nada yang sesuai, lantang, jelas dan terang. Sikap positif dan
berekspektasi tinggi yang dipaparkan seseorang guru akan membawa pelajar
ke arah cemerlang sarna ada dari segi intelek,afektif dan psikornotor. Selain
itu, stail kepimpinan demokratik yang menekan kepada kerjasama, berinisiatif
serta bertoleransi dapat membimbing pelajar dengan lebih berkesan.
Penggunaan
kerana

pujian

dalam billik darjah

menghasilkan peneguhan positif

pelajar yang sering dipuji akan berasa seronok dan bermotivasi

tinggi.
3.3

Kepimpinan Guru dan Budaya sekolah

Dalam konsep kepimpinan guru dan budaya sekolah, guru merupakan


pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan. Perubahan yang
dimaksudkan adalah melibatkan perubahan ke atas sekolah dan pengajaran
dalam bilik darjah. Guru juga adalah individu yang menggariskan hala tuju
dan membentuk murid ke arah merealisasikannya dengan nilai-nilai
kepimpinan yang positif. Guru sebagai pengajar perlu berusaha untuk
memahamkan murid berkaitan konsep dengan mudah, sistematik, seronok
dan bermakna. Di samping itu, guru turut sama berperanan sebagai individu
16

yang menjadi jambatan rujukan pengetahuan dan maklumat para murid.


Justeru, guru perlulah menunjakkan kepimpinannya dengan sentiasa
bersedia dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan iaitu mempamerkan
corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai. Contohnya, dalam zaman
globalisasi pendidikan yang mencabar ini, rata-rata murid terlebih dahulu
terdedah dan mahir dalam penggunaan TMK. Maka, sebagai guru, kita perlu
lah mengambil langkah yang lebih besar untuk mempelajari kemahiran TMK
dan berada seiring dengan perkembangan budaya dan persekitaran murid.
Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada pendekatan dan
kesungguhan guru-guru di sekolah bekerjasama dalam mendukung hasrat
misi dan visi sekolah. Kerjasama dalam kalangan guru bukan sahaja
menyerlahkan profesionalisme keguruan malah turut menjulang kepimpinan
guru. Seorang guru yang berkarisma dalam memimpin sesuatu organisasi
juga berupaya untuk memupuk nilai kepimpinan dalam diri rakan sejawatnya
dan seterusnya mewujudkan suasana yang fleksibel untuk sebarang bentuk
kerjasama antara mereka. Sekolah yang berjaya dan berkesan biasanya
dibantu oleh penglibatan aktif guru-guru dalam tugas berkumpulan dan
lazimnya wujud kerjasama harmoni dalam kalangan komuniti tersebut.
Contoh yang boleh dikaitkan dengan daya kepimpinan sesama guru ini
adalah seperti keupayaan seseorang guru untuk bekerjasama, berinteraksi
serta mendorong rakan sejawatanya dengan menggunakan kuasa pujukan
daripada paksaan untuk mencapai matlamat sesebuah aktiviti yang telah
dirancangkan.
Konsep kepemimpinan guru ini juga turut meliputi ruang lingkup yang
lebih luas dengan melibatkan masyarakat umum. Guru yang mengamalkan
kepimpinan yang berkesan dapat menarik kepercayaan masyarakat untuk
bekerjasama dengan pihak sekolah. Ahli masyarakat yang dimaksudkan di
sini adalah golongan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada
kehidupan sosial murid. Guru yang berwibawa memiliki keupayaan untuk
melibatkan ibu bapa dalam proses memberikan pendidikan formal kepada
anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dan guru yang tidak hanya terbatas
di atas meja mesyuarat PIBG akan membuka ruang kolaborasi yang lebih
dinamik serta mengikis kebimbangan ibu bapa terhadap kreadibiliti guru
dalam aspek pembentukan disiplin dan jati diri anak mereka. Kepemimpinan
guru yang berkesan juga mengurangkan beban individu kerana kerjasama
kumpulan lebih dititikberatkan. Sebagai contoh, pengagihan tugas dalam
17

mesyuarat agung PIBG antara pihak guru dan pihak ibu bapa akan
mengurangkan beban tugas sesama ahli dan pada masa yang sama
memupuk kerjasama dua hala melalui kepimpinan guru.
Kesimpulannya, Sebagai pemimpin dalam konteks pengajaran di
dalam kelas, guru perlulah bijak memilih mana-mana jenis kepemimpinan
supaya pengajaran menjadi satu pengajaran yang kondusif dan dapat
diterima oleh murid-murid.

18

Anda mungkin juga menyukai