Anda di halaman 1dari 17

Tajuk

: Nombor bulat

Objektif : Mereka dapat menguasai kemahiran;


a.

Menambah 2 nombor bulat

Aras kemahiran : Menambah dan sebarang dua nombor bulat dengan mengumpul
semula dari sa ke puluh sehingga 100.

Bahan Bantu Belajar : kad Catur Operasi, kad arahan, kad penanda , kertas kosong,
Pensel.
Pengetahuan sedia ada murid: murid telah mempelajari dan menguasai kemahiran asas
penambahan.

Dalam permainan catur tersebut, saya menggunakan kad arahan (seperti gambar
dibawah) sebagai syarat mengerakan penanda (token).

Berikut adalah contoh-contoh kad arahan.

Dalam kad arahan ini mempunyai simbol operasi seperti + dan - . Simbol
+ adalah bermaksud bergerak kehadapan/menaik ( ascending).

Kad bertanda + 5 bermaksud pelajar perlu bergerak kehadapan sebanyak 5


mata. Kad-kad ini lah yang menjadi isi pelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik yang dijalankan.

Cara bermain Catur Operasi.


1. Murid membentuk 4 kumpulan, setiap kumpulan mempunyai 4 orang murid.
2. Setiap murid memilih kad penanda (token).
3. Setiap murid diberi kertas kosong untuk menunjukan jalan pengiraannya.
4. Kesemua kad diletakan secara tertutup pada tempat yang disediakan pada papan catur.
5. Setelah menetapkan giliran bermain, murid yang pertama akan mengambilkan 1 arahan
dan kad penanda (token) digerakan mengikut jumlah pada kad arahan tersebut. Jumlah
pada kad tersebut dicatat pada kertas sebagai rekod.

PERATURAN
1. Pemenang boleh ditentukan dengan 2 cara iaitu;
a.

Siapa yang dapat menghabiskan permainan dikira sebagai pemenang.( tamat pada 100 )

b. Siapa yang mendapat jumlah yang paling banyak dikira sebagai pemenang.

Objetif Permainan Catur Operasi.


Permainan catur ini adalah dibina supaya murid dapat mengukuhkan kemahiran;
a.

Menambah 2 nombor bulat

Permainan ini saya cadangkan digunakan selepas habisnya campur .

Kesan Permainan Catur Operasi


Terhadap Pembelajaran Pelajar.
Di dalam artikel Rochdi Simon.et.al. (2007), yang bertajuk Model
Permainan Di Sekolah Dasar Berdasarkan Pendekatan Dap (Developmentally
Appropiate Practice), Moyles (1991) menyatakan bahawa bermain merupakan
proses pembelajaran yang melibatkan pikiran, persepsi, konsep, kemahiran
sosial dan fisik. Selain itu bermain juga dikaitkan dengan ganjaran instrinsik dan
kegembiraan.
Oleh itu, selain dari mengukuhkan kemahiran asas
matematik, saya yakin dengan permainan catur operasi ini murid dapat
keseronokan. Dengan ini secara tidak langsung murid akan melakukan
pengiraan apabila mereka bermain permainan tersebut. Keseronokan inilah yang
dapat menarik serta menanam minat murid terhadap matematik dan persepsi
negatif terhadap matapelajaran matematik juga dapat diubah.
Dalam aspek piskomotor pula, permainan catur memperkembangkan
kordinasi motor halus mereka. Semasa bermain murid akan melakukan
pergerakan seperti jari dan mata. Pada aspek kongnitif pula kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis (KBKK) dapat diperkembangkan kerana semasa bermain
murid akan berfikir, membuat perbandingan, membuat anggaran, dan mengelas.
Selain itu nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam permainan ini seperti
berkerjasama, berdisplin (mematuhi peraturan mainan), toleransi, dan
kepimpinan.
Harapan saya agar permainan catur operasi menjadi satu altenatif dalam
menarik minat pelajar terhadap matematik. Secara tidak disedari murid, ia juga
adalah salah satu bentuk latih-tubi dalam kemahiran matematik. Sama ada
disekolah mahu pun dirumah permainan catur operasi dapat dapat dimain
dimana-mana sahaja.

Kekuatan
Saya menggunakan bahan bantu belajar yang dibina sendiri dalam permainan
catur untuk mengukuhkan lagi pengiraan murid-murid dalam operasi 100.Gaya
pengolahan saya begitu ringkas dan padat. Oleh sebab itu, semua pelajar saya
dapat menguasai kemahiran dengan berkesan.saya dapat membawa keluar
pemahaman para pelajar tentang tajuk yang diajar dengan mempelbagaikan
latihan dalam kumpulan dan juga individu.ini menyebabkan ramai pelajar dapat
menguasai apa yang saya sampaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada hari ini. Saya dapat mencapai objektif pembelajaran dengan
berkesan.
Dalam aktiviti kumpulan, kesemua anak murid saya telah melibatkan diri masingmasing secara aktif di samping mengamalkan sikap bekerjasama di antara ahli
kumpulan dalam membuat aktiviti yang diberikan.
Bahan bantu belajar yang saya gunakan telah banyak membantu saya dalam
menjalankan aktiviti permainan catur ular.

Kelemahan
Kad-kad nombor yang saya sediakan nampaknya tidak sesuai kerana terlalu
ringan dan mengakibatnya terbang apabila tiupan angin kipas. Saya harus
gunakan kad keras supaya tidak mudah terbang.
Semasa menjalankan aktiviti berkumpulan, saya berasa mempunyai sedikit
bising dan saya tidak mencadangkan latihan semasa mengakhiri pelaksaan
mengajar. Saya akan menjadikan perkara ini sebagai satu pengalaman dan tidak
akan mengulanginya lagi. Saya akan memberi latihan atau tugasan semasa
mengakhiri pelaksanaan mengajar saya.

refleksi
Saya telah menjalankan aktiviti permainan catur untuk operasi tambah pada hari
sabtu ( 21/09/13 ) . semasa aktiviti permainan dijalankan, saya sedar bahawa
cara saya adalah salah dengan menggabungkan 2 operasi iaitu operasi campur
dan tolak. Ini disebabkan oleh murid telah mencabut -2 pada mulanya dan harus
mengundur ke belakang sebanyak 2 petak.
Dibawah penerangan dan mencadang pensyarah, saya sedar bahawa
permainan ini adalah lebih sesuai dengan melibatkan operasi tambah sahaja.
Saya akan menukarkan objektif saya dan mempersuaikannya pada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran saya pada masa yang akan datang.
Tambahan lagi, kertas nombor yang saya sediakan terlalu ringan dan tidak
sesuai digunakan.Saya harus menggunakan kertas tebal atau kad tebal yang
lebih sesuai.
Secara keseluruhan, saya berasa amat bangga dan besar hati kerana bahan
bantu belajar catur ular saya dipuji oleh pensyarah. Di sini, saya ingin
mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah saya kerani sudi memberi pandangandan nasihat kepada saya serta
kawan-kawan sebaya yang membantu saya menjalankan aktiviti permainan ini.
Sekian, terima kasih.

PENdahuluan

Matematik adalah salah satu subjek yang sangat penting dalam kokurikulum
sekolah. Gagalnya dalam matapelajaran matematik sama ada dalam UPSR,
PMR atau SPM maka gagalah statusnya dalam keputusan peperiksaan itu.
Sebenarnya matematik bukan sahaja penting dalam kokurikulum sekolah, tetapi
ia penting dalam kehidupan seharian. Segala teknologi yang kita kecapi pada
hari ini tidak akan wujud tanpa adanya matematik.
Menurut Abdul Latif Samian, (1997) matematik mementingkan nombor,
hubungan, bentuk, geometrik dan aktiviti peniskalaan. Dalam skop
pembelajaran, matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda
seseorang berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan sesuatu
masalah serta membuat keputusan. Ini bukan sesuatu yang mudah!
Menurut Sabri Ahmadi.et.al (2006), pendidikan matematik di sekolah
yang tidak menyeronokan adalah salah satu punca kegagalan pelajar dalam
matapelajaran matematik. Begitu juga dengan pendapat Mok Soon Sang (1994),
salah satu penyebab kegagalan penguasaan pembelajaran oleh pelajar ialah
bahan pengajaran yang disediakan kurang menarik minat pelajar. Dikukuhkan
lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Tay Lay Eng (1993), menunjukan satu
kajian kes mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang mempunyai pencapaian
rendah dalam matapelajaran matematik adalah di kalangan mereka yang
menganggap matapelajaran matematik adalah suatu matapelajaran yang sukar
dan membosankan.(Johari Bin Hassan dan Norsuriani Binti Ab Aziz, 2011).
Dalam menarik minat murid dalam pembelajaran matematik, guru-guru
perlu bijak dan kreatif mencipta aktiviti pembelajaran.Terdapat banyak teori dan
cadangan dikalangan ahli-ahli pendidikan untuk meningkatkan minat dan
pembelajaran matematik dikalangan pelajar.Seperti dalam Jurnal Pendidikan
Dasar, Kami (Turmudi, 2002) menyarankan permainan digunakan sebagai suatu
bentuk pendekatan dalam pembelajaran matematika. Ernest (1986b)
menjelaskan bahwa (1) permainan mampu menyediakan reinforcement dan
latihan keterampilan, (2) permainan dapat memotivasi, (3) permaianan
membantu pemerolehan dan pengembangan konsep matematika, serta (4)
melalui permainan siswa dapat mengembangkan strategi untuk pemecahan
masalah. (Maulana 2010).Jelas disini menunjukan bahawa permainan dapat
menarik minat pelajar dalam matematik dan murid boleh belajar matematik
melalui permainan.

Definisi Permainan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) main bermaksud sesuatu


yang dilakukan untuk bersenang-senang atau bersuka-suka.Manakala bermain
bermaksud berbuat sesuatu untuk menyukakan atau menyenangkan hati.
Mainan pula bermaksud benda yang digunakan untuk bermain dan permainan
adalah sesuatu yang digunakan untuk bermain , sesuatu untuk bermain-main
sahaja atau mainan. Menurut Rini Mulyani (2006), dalam tugasan akhirnya yang
bertajuk, Permainan Edukatif Dalam Perkembangan Logik- Smart Anak,
menyatakan bahawa Soegeng Santoso (2002) mendifinisikan bermain sebagai
suatu kegiatan atau tingkah laku yang dilakukan anak secara sendirian atau
berkelompok dengan menggunakan alat atau tidak untuk mencapai tujuan
tertentu.

Definisi Matematik.
Menurut Sharipah Ab.Rahman et.al. (2006), matematik membawa maksud
kajian pola dan hubungan, bahasa dan suatu cara berfikir. Dalam Kamus Pelajar
Edisi Kedua pula matematik adalah ilmu pengetahuan mengenai nombor,
bentuk, susunan, hubungan dgn menggunakan simbol.Dalam laman web
http://www.oocities.org/hypatia07/masha2/ilmiahmate.html,
menyatakan
Descartes mendefinisikan matematik sebagai kajian tentang pola.

Permainan Matematik.
Daripada definisi-definisi di atas, saya simpulkan permainan matematik
adalah suatu benda yang digunakan untuk menyenangkan hati sambil
menguasai sesuatu kemahiran terhadap nombor, pola, bentuk hubungan dan
simbol.Objektif utama dalam permainan matematik bukan lah untuk bergembira
tetapi adalah untuk mengembangkan kognitif kanak-kanak dengan kemahiran
matematik.Memandangkan kanak-kanak suka bermain yang telah menjadi satu
naluri bagi mereka, maka ilmu-ilmu dan kemahiran matematik diserapkan
didalam permainan supaya mereka mempelajari secara tidak langsung. Kita
sering dengar kenyataan seperti, matematik itu susah, murid tidak minat dengan
matematik, nombor adalah membosankan. Oleh itu matlamat permainan
matematik pula adalah untuk menarik minat pelajar untuk melakukan aktiviti
matematik yang kurang digemari mereka.

Permainan
Matematik.

Dalam

Pembelajaran

Bagaimana permainan dapat digunakan dalam pembelajaran matematik,


kita perlu berbalik kepada teori konstruktivime. Perspektif konstruktivime adalah
hasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psikologi Gestalt, Bartlett, Bruner, Von
Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert Dan Confrey. (Prof. Dr. Khadijah Rohani
Mohd.Yusuf, 2006;143). Konstruktivime mengambil kira bagaimana individu
membina kefahaman terhadap bahan yang mereka pelajari. Dalam pendekatan
konstruktivime amat menekankan peranan aktif pelajar semasa proses
pembelajaran.
Dengan pengetahuan sedia ada murid, dengan bahan iaitu alat mainan,
murid akan membina kefahaman terhadap bahan yang mereka guna (bahan
yang mereka pelajari). Bagi mengaplikasikan konstruktivime ini dalam
matematik, bahan yang murid pelajari itu haruslah ditukar dengan bahan
matematik.Maka disinilah wujudnya permainan dalam pembelajaran matematik.
Dikukuhkan lagi oleh Mok Soon Sang, (1996) menyatakan bahawa salah satu
teorem pembelajaran matematik dalam teori Bruner adalah Teorem Pembinaan
dan teorem pembinaan menjelaskan bahawa cara yang paling berkesan bagi
kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina
perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit.
Kaedah Bermain Sambil Belajar adalah salah satu permainan dalam
pembelajaran.Ia dijalankan secara santai tetapi masih dalam pengawasan guru.
Kaedah bermain sambil belajar dapat memberi kepuasan kepada murid secara
sedar atau tidak.Ini kerana dalam kaedah bermain sambil belajar, terdapat unsurunsur santai, suka-suka, gelak ketawa, tiada paksaan, tiada tekanan dan
menghiburkan.Walau bagaimanapun dalam keseronokan mereka, secara tidak
sedar mereka telah melalui pembelajaran.Sebagai contoh kanak-kanak bermain
batu sermban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina
kemahiran dalam mengira mata yang diperolehi.
Dalam pedagogi pembelajaran matematik terdapat pelbagai jenis
permainan dalam seperti role-play, small-world play, play-trays, dramatic
play dan construction play. Perkara yang penting, guru haruslah bijak dalam
memilih atau mencipta jenis permainan agar ia bersesuaian dengan minat, tahap
umur murid dan pembelajaran yang hendak disampaikan dalam permainan
tersebut. Dalam tugasan saya, saya mengutarakan mainan yang saya namakan
Catur Operasi

Tajuk : Perpuluhan
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan dapat
i)

Mendarab nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan


dengan bimbingan guru serta dengan menggunakan alat bantu
mengajar yang disediakan.

Aras kemahiran : Mendarab perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan


Pengetahuan sedia ada : murid sudah menguasai operasi pendaraban dalam
perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan
Bahan bantu belajar : carta pendaraban , lembaran kerja, powerpoint

Langkah-langkah :
1) Mula-mula guru akan memasukkan nombor-nombor dalam petak poket
berdasarkan soalan yang diberikan.
2) Guru menamakan seorang murid keluar dan buat soalan.
3) Kemudian ,guru masukkan nombor bulat untuk didarab.
4) Jalankan proses pendaraban seperti biasa.
5) Murid menyemak tempat titik perpuluhan.
6) Ulangkan langkah yang sama untuk menyelesaikan semua soalan yang
disediakan.

Huraian Carta Poket Pendaraban Dalam


Perpuluhan
Carta poket ini telah direka khas bagi memudahkan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah bagi subjek matematik.Carta poket ini amat
mudah, ringkas dan efektif untuk digunakan.Carta poket pendaraban ini telah
direka khas bagi pendaraban dalam perpuluhan pada tiga tempat perpuluhan.
Cara cara untuk menggunakan carta ini adalah mudah. Minat murid murid
dapat ditarik dan aktiviti ini tidak mengakibatkan kebisingan yang teruk.Muridmurid berasa tenang dan gembira semasa aktiviti ini dijalankan.
Carta ini juga saya gunakan dalam sub-topik tambah dan tolak dalam
perpuluhan.Akhirnya, saya berasa bangga kerana peratus salah letak titik
perpuluhan adalah begitu rendah dan boleh dikatakan tidak ada murid yang
membuat salah dalam masalah ini.

Tajuk : Peratus
Objektif
dapat

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan

i)
ii)
iii)

Menama dan menyebut peratus


Melorek petak seratus mengikut peratus yang diberi.
Melorek petak seratus mengikut peratus yang
diberikan.

Aras kemahiran : menamakan dan menyebut peratus


Pengalaman sedia ada : murid telah menguasai konsep pecahan
Bahan bantu belajar : katelog jualan promosi, kertas petak seratus, kad peratus

Langkah-langkah
1. Murid melihat gambar-gambar yang mempunyai symbol peratus yang
ditunjukkan oleh guru.
2. Murid ditanya tentang pengalaman mereka samaada pernsh melihat
tanda peratus atau tidak.
3. Guru menyebut perkataan peratus kemudian diikuti oleh murid.
4. Murid diajar untuk menulis symbol peratus.
5. Murid diberi kad-kad peratus dan diminta menyebut dan melekat kad
tersebut pada papan putih.
6. Tampalkan kad petak seratus di papan putih dan bimbing murid melorek
bilangan petak mengikut peratus yang diberi.
7. Murid dibimbing untuk menulis pecahan berdasarkan petak yang dilorek.
8. Murid diterangkan tentang perkaitan antara pecahan perseratus dengan
peratus dengan menggunakan petak seratus.
9. Murid dibimbing untuk menukarkan pecahan perseratus kepada peratus
dan sebaliknya.
10. Murid diminta melakukan aktiviti meletakkan kad mengikut padanan
pecahan perseratus dan peratus yang sesuai secara kumpulan.

Gambar- gambar

Tajuk : pecahan
Objektif :
Aras kemahiran :
Bahan bantu belajar :

Kekuatan
Saya menggunakan bahan bantu belajar yang dibina sendiri dalam menjelaskan
konsep pecahan dengan mengkonsepkan pengangka dan penyebut. Gaya
pengolahan saya begitu ringkas dan padat. Oleh sebab itu, semua pelajar saya
dapat menguasai kemahiran dengan berkesan.saya dapat membawa keluar
pemahaman para pelajar tentang tajuk yang diajar dengan mempelbagaikan
latihan dalam kumpulan dan juga individu.ini menyebabkan ramai pelajar dapat
menguasai apa yang saya sampaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada hari ini. Saya dapat mencapai objektif pembelajaran dengan
berkesan.
Dalam aktiviti kumpulan, kesemua anak murid saya telah melibatkan diri masingmasing secara aktif di samping mengamalkan sikap bekerjasama di antara ahli
kumpulan dalam membuat aktiviti yang diberikan.
Bahan bantu belajar dan tayangan video yang saya gunakan telah banyak
membantu saya dalam menerangkan membanding bezakan pecahan dengan
ringkas dan jelas.

Kelemahan
Semasa menjalankan aktiviti berkumpulan, saya berasa mempunyai sedikit
bising dan saya tidak mencadangkan latihan semasa mengakhiri pelaksaan
mengajar. Saya akan menjadikan perkara ini sebagai satu pengalaman dan tidak
akan mengulanginya lagi. Saya akan memberi latihan atau tugasan semasa
mengakhiri pelaksanaan mengajar saya.

ISI KANDUNGAN

1. BIODATA MURID
2. PENDAHULUAN
3. PENGENALAN
DEFINISI PERMAINAN
DEFINISI MATEMATIK
DEFINISI PERMAINAN MATEMATIK
PERMAINAN DALAM PEMBELAJARAN
MATEMATIK
4. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PECAHAN
PERATUS
PERPULUHAN : HURAIAN CARTA POKET
PENDARABAN DALAM
PERPULUHAN
5. PERMAINAN MATEMATIK
NOMBOR BULAT : CATUR OPERASI
CARA BERMAIN CATUR OPERASI
PERATURAN
KESAN PERMAINAN CATUR OPERASI
TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJAR
6. HURAIAN TENTANG BBM
HURAIAN BBM
CARTA GRAFIK BAHAN BANTU BELAJAR
KEBERKESANAN PENGGUNAAN RESOS
BAGAIMANA RESOS DAPAT MEMBENTUK
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DALAM BILIK DARJAH.
7. KESIMPULAN
8. REFLEKSI
9. RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
10.
LAMPIRAN
NOTA-NOTA

GAMBAR-GAMBAR

Gambar-gambar

Anda mungkin juga menyukai