Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok


yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di
bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti
golongan etnik di negara ini. kenyataan ini membawa kefahaman yang secukupnya
setelah saya mempelajari subjek WAJ 3106 pada semester tiga kali ini. Segala topik
yang

diajar

oleh

pensyarah

En.

Aziz

telah

dicernakan

dengan

baik.

Walaubagaimanapun, matapelajaran ini telah mencapai matlamat sendiri, setelah


menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya.
Semester ini, saya telah mengkaji tajuk tugasan tentang pengalaman Malaysia
dalam membina tamadun membuktikan terdapat hubung kait yang jelas antara
kestabilan politik dan etnisiti, khususnya memelihara hubungan etnik yang harmonis.
Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya tugasan ini dapat disiapkan dengan
lancar dan tepat pada masanya. Berbanyak terima kasih juga saya ucapakan kepada
semua pihak yang telah memberi bantuan sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, terdapat pelbagai halangan dan
rintangan yang terpaksa ditempuhi.
Salah satu daripadanya ialah dari segi kekangan masa. Oleh sebab terlalu sibuk
dengan tugasan yang lain perlu dihantar pada tarikh yang sama, saya menghadapi
masalah dari segi menguruskan masa dengan betul. Untuk mengatasi masalah ini,
saya telah membuat satu jadual harian di mana saya akan memperuntukkan masa
untuk membuat tugasan. Selain daripada itu, saya juga menghadapi masalah dari
pencarian bahan. Menghadapi masalah semasa mencari bahan yang diperlukan sama
ada dari internet mahupun sumber rujukan yang lain.
Tugasan yang diberi telah mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada saya
tentang cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh negara kita Malaysia dalam
mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum. Saya juga menyedari betapa
besarnya

pengorbanan pemimpin-pemimpin negara kita dalam merealisasikan

Wawasan negara. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, saya juga sedar

akan tanggungjawab saya untuk berusaha mengekalkan keharmonian dan perpaduan


negara. Tanpa kerjasama yang erat, sudah tentu rakyat Malaysia tidak akan dapat
hidup dengan aman dan bersatu-padu. Sesungguhnya, saya berbangga menjadi rakyat
Malaysia.
Selain daripada, mengkaji tentang perpaduan dan intergrasi dalam kalangan
etnik di Malaysia, saya juga telah melawat ke kawasan penempatan masyarakat
minoriti Siam di Daerah Pendang Kedah. Saya dikehendaki melaksanakan kajian
lapangan berdasarkan pemerhatian, temubual, kajian perpustakaan untuk mengumpul
data dan maklumat berhubung

dengan penempatan masyarakat minoriti Siam di

Daerah Pendang Kedah. Melalui temu bual yang telah dijalankan saya telah mendapat
banyak maklumat baru tentang masyarakat Siam. Saya berpendapat masyarakat Siam
masih mengekalkan tradisi mereka. Tetapi persaingan antara masyarakat Siam dengan
kaum lain terlalu rendah dengan kaum-kaum majoriti di Malaysia.
Perapaduan antara kaum adalah sangat baik daripada pemerhatian saya. Saya
juga memahami bahawa perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan
anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap
anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Sejak merdeka sehinggalah
mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan bertujuan mencapai perpaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia.
Melalui segala tugasan yang telah saya lakukan, saya dapati secara tidak
langsung banyak perkara yang telah saya pelajari. Antaranya ialah saya dapat
mengetahui dengan lebih mendalam tentang bagaimana perlembagaan yang menjadi
tonggak utama dalam perpaduan di Negara Malaysia dibentuk. Walaupun saya telah
pelajarinya semasa berada di sekolah dahulu, namun, pendedahan ini telah
meningkatkan lagi pemahaman saya melalui tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai