Anda di halaman 1dari 4




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang




Selamat sejahtera ke atas kamu dan semoga dirahmati Allah dan diberkati

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD


S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah


Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung
Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa


yang hendak ku katakan. Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi
dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh
itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan
sampaikanlah ia kepada orang-orang yang
tidak hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu


menganggap bulan ini dan kota ini suci, maka
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim
sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang
diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya
yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa
pun agar orang lain tidak menyakiti kamu.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan
menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat
perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu
segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan
mulai sekarang.

Berwaspadalah kamu terhadap syaitan demi


keselamatan agama kamu. Dia telah berputus
asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-
perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya
kamu tidak mengikutinya dalam perkara-
perkara kecil. Wahai manusia , sebagaimana
kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu
kamu mereka juga mempunyai hak ke atas
kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan
hak mereka ke atas kamu maka mereka juga
berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam
suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik


dan berlemah-lembutlah terhadap mereka
kerana sesungguhnya mereka adalah teman
dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu
atas mereka ialah mereka sama sekali tidak
boleh memasukkan (memberi masuk) orang
yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu
dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-


sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah solat 5 kali sehari, berpuasalah di
bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari
harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji
sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap
Muslim adalah saudara kepada Muslim yang
lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang
pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali
dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah,
bahawa kamu akan menghadap Allah pada
suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di
atas segala apa yang telah kamu kerjakan.
Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu
terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau


Rasul yang akan datang selepasku dan tidak
akan lahir agama baru. Oleh itu wahai
manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada
kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kamu 2
perkara, yang sekiranya kamu berpegang
teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya
kamu tidak akan tersesat selamanya. Itulah Al-
Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar


ucapanku, menyampaikan pula kepada orang
lain. Semoga yang terakhir lebih memahami
kata-kataku dari mereka yang terus
mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah,
bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu
kepada hamba-hamba-Mu...



‫ شهر هو عند‬،‫ إنه قد أقبل إليكم شهر ال بالبركة والرحمة والمغفرة‬،‫أيها الناس‬
‫ وساعاته‬،‫ ولياليه أفضل الليالي‬،‫ وأيامه أفضل اليام‬،‫ال من أفضل الشهور‬
‫ وجعلتم فيه من أهل‬،‫ هو شهر دعيتم فيه إلى ضيافة ال‬.‫أفضل الساعات‬
‫كرامة ال‪ .‬أنفاسكم فيه تسبيح ونومكم فيه عبادة‪ ،‬وعملكم فيه مقبول‪ ،‬ودعائكم‬
‫فيه مستجاب‪ .‬فاسألوا ال ربكم بنيات صادقة‪ ،‬وقلوب طاهرة‪ ،‬أن يوفقكم‬
‫لصيامه وتلوة كتابه‪ ،‬فإن الشقي من حرم غفران ال في هذا الشهر العظيم‪.‬‬
‫واذكروا بجوعكم وعطشكم فيه جوع يوم القيامة وعطشه‪..‬وتصدقوا على‬
‫فقرائكم ومساكينكم‪ ،‬ووقروا كباركم‪ ،‬وارحموا صغاركم‪ ،‬وصلوا أرحامكم‬
‫واحفظوا ألسنتكم‪ ،‬وغضوا عما ل يحل النظر إليه أبصاركم‪ ،‬وعما ل يحل‬
‫الستماع إليه أسماعكم‪ ،‬وتحننوا على أيتام الناس يتحنن على أيتامكم‪ ،‬وتوبوا‬
‫إلى ال من ذنوبكم‪ ،‬وارفعوا إليه أيديكم بالدعاء في أوقات صلواتكم‪ ،‬فإنها‬
‫أفضل الساعات‪ ،‬ينظر ال عز وجل فيها بالرحمة إلى عباده‪ ،‬يجيبهم إذا‬
‫ناجوه‪ ،‬ويلبيهم إذا نادوه‪ ،‬ويعطيهم إذا سألوه‪ ،‬ويستجيب لهم إذا دعوه‪.‬أيها‬
‫الناس‪ ،‬إن أنفسكم مرهونة بأعمالكم ففكوها باستغفاركم‪ ،‬وظهوركم ثقيلة من‬
‫أوزاركم فخففوا عنها بطول سجودكم‪ .‬واعلموا أن ال تعالى ذكره أقسم بعزته‬
‫أل يعذب المصلين والساجدين‪ ،‬وأن ل يروعهم بالنار يوم يقوم الناس لرب‬
‫العالمين‪.‬أيها الناس‪ ،‬من فطر منكم صائما مؤمنا في هذا الشهر‪ ،‬كان له بذلك‬
‫عند ال عتق نسمة ومغفرة لما مضى من ذنوبه‪ .‬فقيل‪ :‬يارسول ال‪ ،‬وليس كلنا‬
‫يقدر على ذلك‪ .‬فقال‪ :‬اتقوا النار ولو بشق تمرة‪ ،‬اتقوا النار ولو بشربة من‬
‫ماء‪..‬أيها الناس‪ ،‬من حسن منكم في هذا الشهر خلقه‪ ،‬كان له جوازًا على‬
‫الصراط يوم تزل فيه القدام‪ ،‬ومن خفف في هذا الشهر عما ملكت يمينه خفف‬
‫ال عليه حسابه‪ ،‬ومن كف فيه شره كف ال عنه غضبه يوم يلقاه‪ ،‬ومن أكرم‬
‫فيه يتيما أكرمه ال يوم يلقاه‪ ،‬ومن وصل فيه رحمه وصله ال برحمته يوم‬
‫يلقاه‪ ،‬ومن قطع فيه رحمه قطع ال عنه رحمته يوم يلقاه‪ ،‬ومن تطوع فيه‬
‫بصلة كتب ال له براءة من النار‪ ،‬ومن أدى فيه فرضا كان له ثواب من أدى‬
‫سبعين فريضة فيما سواه من الشهور‪ ،‬ومن أكثر فيه من الصلة علي ثقل ال‬
‫ميزانه يوم تخف الموازين‪ ،‬ومن تل فيه آية من القرآن كان له مثل أجر من‬
‫ختم القرآن في غيره من الشهور‪.‬أيها الناس إن أبواب الجنان في هذا الشهر‬
‫مفتحة‪ ،‬فاسألوا ربكم أن ل يغلقها عليكم‪ ،‬وأبواب النيران مغلقة‪ ،‬فاسألوا ربكم‬
‫أن ل يفتحها عليكم‪ ،‬والشياطين مغلولة فاسألوا ربكم أن ل يسلطها عليكم‬

Anda mungkin juga menyukai