Anda di halaman 1dari 2

Muhammad hanyalah seorang rasul.Sebelum dia pun telah banyak rasul-rasul yang lampau.

Apabila
beliau mati ataupun terbunuh,apakah kamu akan berbalik ke belakang?Barang siapa yang berbalik ke
belakang,ia tidak akan merugikan tuhan walau sedikit pun.Dan Tuhan akan memberikan balasan buat
orang-orang yang bersyukur.(Surah Ali ‘Imran:Ayat 144)

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W.

Khutbah ini telah disampaikan pada 9hb. Zulhijjah 10H.Di Lembah Uranah,Gunung Arafah.

Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan.Aku tidak mengetahui adakah aku
akan bertemu lagi dengan kamu selepas ini.Oleh itu dengarkanlah dengan teliti kata-kata ku ini dan
sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir.

Wahai manusia,seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah
jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci.Kembalikan harta yang diamanahkan
kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Allah telah mengharamkan riba.Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai
sekarang.Berwaspadalah pada syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar.Maka berjaga-jagalah kamu agar tidak
mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.

Wahai manusia.Sebagaimanapun kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu.Sekiranya mereka


menyempurnakan hak ke atas kamu,maka mereka berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam
suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah lembutlah terhadap mereka kerana


sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu keatas mereka
ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah
kamu dan dilarang sama sekali melakukan zina.

Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini.Sembahlah Allah,dirikanlah


sembahyang lima kali sehari.Berpuasalah dibulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dengan harta
kekayaan kamu.Kerjakanlah ‘Ibadah haji’ sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah,setiap muslim adalah saudara dengan muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak
seorang pun yang mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas
setiap apa yang kamu kerjakan.Oleh itu awasilah,agar jangan sesekali kamu terkeluar dari landasan
kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama
baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku
sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikut kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya.Iaitu Al-Quran dan
sunnahku.

Hendaklah orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang
terakhir lebih memahami kata-kataku dan mereka terus mendengar dariku.

Saksikanlah Ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambamu.

Anda mungkin juga menyukai