Anda di halaman 1dari 1

4.

0Permainan Kecil
4.1Tujuan
Permainan kecil adalah suatu bentuk latihan yang tidak formal dan aktiviti
yang melibatkan kognitif, psikomotor dan sosial. Dalam konteks sekolah rendah,
sasaran yang bermain permainan ini adalah murid sekolah rendah yangjuga
merupakan kanak-kanak. Bagi mereka, permainan bukanlah suatu bebanan bagi
mereka, malah ia merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan. Melalui aktiviti
permainan, murid dapat mempelajari pelbagai perkara secara tidak langsung.
Selain itu, permainan kecil juga penting bagi membina dan meningkatkan
pergerakan motor halus dan motor kasar murid. Ini adalah disebabkan kordinasi
motor kasar melibatkan pergerakan otot-otot yang besar seperti berlari dan
melompat manakala kordinasi motor halus yang melibatkan pergerakan otot-otot
yang leboh kecil seperti pergerakan jari.
Seterusnya,
mengembangkan

melalui
tahap

permainan,

psikomotor

kanak-kanak

mereka

malah

bukan
mereka

sahaja

dapat

juga

dapat

meningkatkan lagi tahap kognitif dan afektif mereka. Bagi peningkatan tahap
kognitif, murid mampu untuk memahami dan mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan dalam sesuatu permainan yang dialankan. Selain itu, ia juga mampu
meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam mencapai kemenangan dalam
permainan.
Bagi tahap afektif pula, permainan kecil mampu untuk melatih murid
berinteraksi dengan orang lain dalam pelbagai situasi yang memerlukan
kesatuan komuniti. Ia juga menggalakkan semangat kerjasama antara pasukan
untuk mencapai kemenangan. Selain itu, permainan kecil juga mampu untuk
mengetengahkan lagi bakat kepimpinan yang ada sewaktu aktiviti ini dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai