Anda di halaman 1dari 2

Doa Majlis ALUMNI SMK BERSIA FELDA

Engkaulah yang memiliki kuasa pemerintahan dan Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang
dikehendaki. Kami bersyukur kehadrat-Mu ya Allah di atas limpah kurnia-Mu kami dapat
berhimpun pada malam ini bagi meraikan perjumpaan bekas-bekas pelajar SMK BERSIA
FELDA

Di malam yang mulia ini, di saat perjumpaan yang bersejarah dan mengharukan ini, kami
menadah tangan memohon doa restu dari-Mu agar apa yang telah kami lalui sebelum ini dan
yang akan datang dijadikan pengalaman yang penuh bermakna dan mendapat keberkatan dan
perkenan olehMu. Mudah-mudahan Pertuturan kami, pertuturan yang disenangi, pendengaran
kami, pendengaran yang direstui, penglihatan kami, penglihatan yang diberkati, amalan kami
amalan yang dirahmati, pengorbanan kami pengorbanan yang disyukuri dan jasa kami jasa
yang akan tetap diingati.

Kami memohon kepada-Mu agar khidmat bakti kami ini sentiasa diberi petunjuk dan hidayah
dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Bukakanlah pintu hati kami untuk menjadi
insan yang paling sempurna, insan yang berhati waja dan berjiwa merdeka, sentiasa sanggup
menghadapi rintangan dan cabaran kea rah memartabatkan agama, ketuanan bangsa dan
negara Malaysia yang tercinta.

Kekalkanlah nikmat perpaduan, keamanan dan kesejahteraan negeri dan negara kami ini
untuk generasi hari ini dan akan datang. Kurniakanlah kepada kami kekuatan, semangat,
keberanian dan kesabaran yang unggul semoga tercapai hasrat membina sebuah negara yang
lebih makmur, lebih maju, lebih progresif, dan lebih dinamik.

Jadikanlah khidmat bakti kami ini suatu perkhidmatan yang dicontohi dan disegani,
eratkanlah kasih sayang di kalangan kami, limpahkanlah cahaya petunjuk untuk kami terus
melaksanakan tanggungjawab dengan adil demi untuk kesejahteraan masyarakat dan
menjayakan usaha Negara-bangsa.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami mengangkat tangan bermohon kepadamu agar dikurniakan kepada kami

Ketabahan sesabar Rasul ulul azmi

Keimanan sekental Iman Abu Bakar Al Siddiq

Keberanian sehebat Umar Al Khattab

Budi Perkerti sesantun Uthman Ibn Affan

Keilmuan sebijak Ali Ibn Abi Talib


Tanggungjawab seamanah Umar Ibnu Abd Aziz
Perwatakan kami sezuhud Uwais Al Qarni
Pemikiran setinggi Al Imam Al Ghazali
Pengetahuan sealim Al Imam As Syafie
Kepakaran semahir Ibnu Sina dan Al Khawarizmi
Semangat juang sekental Salahuddin Al Ayyubi

Ya Allah Jadikanlah kami para ibu bapa dan anak-anak yang dianugerahi dengan kebaikan di
dunia dan akhirat yang mana ;

Jika kami ada kami disayangi

Jika kami tiada kami dicari

Jika kami berkata kami didengari

Jika kami menasihat kami dituruti

Jika kami berbuat kebaikan kami diteladani

Jika kami berbuat kebajikan kami diganjari

Jika kami berbuat kesalahan kami diampuni

Jika kami datang kami dirai

Jika kami pergi kami dirindui

Kami hidup kami berbakti

Dan jika kami mati, kami dirahmati , diredhai dan dikenangi

Anda mungkin juga menyukai