Anda di halaman 1dari 14

Kaedah-kaedah dan Teknik-teknik Pengajaran

1.

Pembelajaran melalui Permainan

Permainan berlaku dalam beberapa bentuk.


Peranan utama guru ialah
mengubahsuai permainan spontan murid-murid supaya permainan itu
mempunyai nilai-nilai pendidikan. Terdapat empat jenis permainan: permainan
manipulatif, permainan fizikal, permainan dramatik dan permainan (games).
(a) Dalam permainan manipulatif, murid-murid menggunakan alat-alat kecil
seperti puzzles, counting rods atau peg sets. Tindakan murid-murid
adalah berasaskan diri iaitu tidak ada interaksi di antara aktiviti
manipulatif dan jenis aktiviti yang lain atau terdapat elemen dramatik
dalam permainan itu. Aktiviti permainan manipulatif secara amnya
mempunyai matlamat-matlamat yang sempit dari segi nilai pendidikan.
(b)

Permainan fizikal melibatkan tindakbalas otot-otot besar seperti berlari,


melompat atau menaiki basikal roda tiga. Kegiatan-kegiatan seperti ini
membantu memperbaiki kemahiran fizikal kanak-kanak atau
membantu mereka belajar dalam situasi yang baru. Permainan fizikal
mempunyai komponen dramatik dan guru boleh memperbaiki
permainan ini atau memperkenalkan aspek sosial dalam permainan.

(c)

Permainan dramatik memerlukan murid-murid memain peranan


bersama murid-murid yang lain dalam situasi yang tidak formal tetapi
benar. Guru boleh wujudkan situasi permainan dramatik untuk
membantu murid-murid memain beberapa peranan.

(d)

Permainan adalah satu lagi aktiviti. Permainan adalah berstruktur tinggi


dan terdapat peraturan-peraturan khas yang perlu dipatuhi. Muridmurid perlu diajar strategi-strategi bermain. Guru harus membimbing
kerana murid-murid mungkin tidak cukup matang dalam mematuhi
peraturan-peraturan atau memahami tingkah laku yang sesuai untuk
bermain.

2.

Main Peranan

Main peranan menyediakan peluang penerokaan di mana individu dilatih


menjadi lebih peka terhadap perasaan orang lain melalui respons spontan
bersama perbincangan berpandu dan ianya wujud dalam situasi
berkumpulan (Shaftel & Shaftel, 1967:84, cited in Brady, 1985). Muridmurid main peranan dengan mencurahkan perasaan sebenar tanpa risiko
tentang seorang yang lain berfikir, merasa dan bertindak balas seperti
orang lain melalui dialog.

Semasa main peranan, murid-murid berperlakuan lain daripada peranan


dan tingkah laku biasa. Sebaliknya mereka mengintikan tingkah laku
orang lain. Oleh demikian, mereka adalah kurang egosentrik. Mereka
dapat celik akal tentang diri sendiri dan orang lain.

Tujuan main peranan dalam pembelajaran ialah :


(a) mengembang kepekaan kepada perasaan orang lain;
(b) membantu murid-murid menjelaskan nilai-nilai yang membantu
membuat keputusan;
(c) membantu murid-murid melepaskan tekanan dan perasaan;
(d) mengajar murid-murid menyelesaikan masalah;
(e) mengembangkan tabii menimbang ekoran-ekoran tingkah laku di
kalangan murid-murid;
(f) membantu guru mengenalpasti keperluan murid-murid;
(g) mengembangkan kejelikitan kumpulan;
(h) mempelajari tingkah laku sosial; dan
(i) mengajar murid-murid merasa-berfikir-melakon.

Main peranan ialah satu kaedah yang memerlukan


persediaan yang minimal. Cadangan-cadangan berikut akan membantu guru
dalam proses merancang main peranan:
(a)

Pilih situasi untuk main peranan yang berpusatkan murid-murid yang


melibatkan mereka.

Sampaikan konfik sebenar yang dihadapi oleh watak utama

Melibatkan lebih daripada satu isu moral untuk perbincangan

Menghasilkan ketidaksetujuan di antara murid-murid sebagai satu


penyelesaian yang sesuai

(b)

Guru memutus bahawa situasi hampir sama boleh dimain peranan.


Guru mungkin menukar nama-nama dalam situasi main peranan.

(c) Buat keputusan tentang cara memberi taklimat kepada pemain. Taklimat
mungkin diberi dengan menyoal pemain dan kelas tentang bentuk
peranan tersebut.
(d)

3.

Menentukan sama ada semua main peranan dijalankan secara kelas


atau hanya kumpulan kecil bertanggungjawab atas pemilihan pemain
dan taklimat.

Sumbangsaran

Tujuan sumbangsaran ialah menjana seberapa banyak ide yang boleh,


tanpa mengira ide tersebut sesuai atau tidak. Cara ini mengelakkan
berfokus kepada satu cara penyelesaian sahaja. Oleh demikian, penilaian,

perbincangan dan kritikan ditunda sehingga semua percambahan ide


sudah dibuat.

Dahulu

Kini: Komuniti
kami

Sepanjang
sejarah

Manusia wujud
bersama-sama
Teknologi
maklumat
mempengaruhi
komuniti

Bagaimana
mereka
sedang
berubah?

Sistem
sokongan
berbeza

Mengkaji
contohcontoh
karya
sejarah

Komuniti

Komuniti
biologikal

Keluarga
berbeza
Binatang wujud
sesama

Punca: Sample Planning Web (Modified from Guillaume, 2000: 30)


Rajah 3: Sampel Jaringan Rancangan
Jaringan di atas tidak termasuk perkara tradisional seperti Matematik atau Kajian
Sosial. Jaringan ini harus diasingkan dari pemikiran yang tradisional. Jaringan
bersama rakan-rakan menghasilkan pemikiran divergen.
(c)

Pilih resos: Semasa merancang, masukkan banyak resos seperti


kesenian, kesusasteraan, rujukan bacaan, teknologi dan resos
komuniti.
(d)
Merancang kegiatan-kegiatan: Pilih atau reka kegiatan-kegiatan
berkaitan dengan tema, resos yang banyak dan menggalakkan murid-

murid ke arah matlamat pembelajaran. Beri peluang kepada muridmurid untuk memilih aktiviti pembelajaran mereka.
5.

Integrasi
Kaedah pengajaran integrasi adalah satu cara mengorganisasi program
pengajaran supaya bahan dan kemahiran dalam kurikulum boleh
disalingkaitkan dan digunakan berasaskan fungsinya.
Kaedah ini menyatukan topik-topik dalam kurikulum dengan pengalaman
sekolah seseorang kanak-kanak.
Kaedah ini hampir sama dengan kaedah mengajar mengikut unit dan
berkait rapat dengan kaedah inkuiri berasaskan individu dan harus
diamalkan dalam persekitaran pembelajaran yang bebas.
Kaedah ini juga berorientasikan kaedah penyelesaian masalah. Apabila
guru menggunakan kaedah pengajaran integrasi, seluruh bilik darjah
harus dirancang menurut falsafah kaedah mengajar ini.

Tujuan kaedah pengajaran integrasi adalah:


(a)
(b)
(c)
(d)

mengajar murid-murid menjadi penyelesai masalah yang berdikari;


membantu murid-murid memahami dan menghargai bahawa
pembelajaran sekolah adalah salingkait dan bukan unit-unit tersendiri;
menekankan proses pembelajaran dan bukannya subjek dan
kemahiran spesifik; dan
mementingkan pembelajaran nilai sosial di mana murid-murid
digalakkan bekerjasama di antara satu sama lain secara koperatif.

Peranan guru dalam kaedah pengajaran integrasi adalah:


(a)

(b)
(c)
(d)

Sediakan tempat dan menyediakan persekitaran dimana murid-murid


boleh melibatkan diri dalam kegiatan dari segi minat, keperluan,
kebolehan, personaliti dan motivasi. Persekitaran mestilah mesra dan
bebas dari tekanan.
Menstruktur dan membimbing penerokaan kanak-kanak tetapi
haruslah menggalakkan mereka berinisiatif.
Menyediakan bahan-bahan permainan sesuai untuk membina,
mengguna, memanipulasi, mencuba, meneroka dan memerah otak.
Belajar bersama murid-murid.

(Source: Jarolimek, J.J. & Foster, C.D. (1993). Teaching and learning in the
elementary school. 5th Edition. New York: Macmillan Pub. Co.)

6.

(a)

Bercerita
Aktiviti bercerita boleh mempromosikan minat dalam mana-mana
bahagian kurikulum.
Aktiviti bercerita dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan
untuk menikmati kesusasteraan, pengayaan bahasa, pelbagai
pengalaman, mengembang kemahiran mendengar dan memotivasi muridmurid membaca.
Langkah-langkah berikut telah dicadangkan untuk aktiviti bercerita:
Sebelum bercerita:
i.
ii.

Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, kemas satu


tempat supaya murid-murid boleh duduk mengeliling pencerita.
Jika guru ialah pencerita, ia mesti menimbangkan perkara-perkara
berikut:

iii.

Kalau murid-murid diberi peluang bercerita bersama-sama, mereka


harus

(b)

Pastikan cerita boleh didengar oleh semua murid


Pastikan semua murid dapat lihat pencerita, terutama muka
dan tangan
Bercerita dengan kuat dan jelas dengan ekspresi suara
Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, beritahu kepada
murid-murid supaya tidak tanya soalan sehingga penghabisan
cerita
Pastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu
dimulakan.

Diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita


itu
Diberi peluang berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan
tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita
yang lebih mendalam.

Semasa bercerita:
i. Murid-murid harus diberi peluang mencatat nota untuk perbincangan
lanjut;
ii. Pastikan murid-murid menumpukan perhatian; dan
iii. Pencerita harus bertentangan mata (eye contact) dengan pendengar
dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya.

(c)

Selepas sesi bercerita:

i. Beri peluang kepada murid untuk memberi rumusan cerita; dan


ii. Meminta mereka berkongsikan nilai yang telah belajar.
7.

8.

Memudahcara (termasuk kemahiran fasilitator)


Seseorang fasilitator boleh membantu kanak-kanak belajar dengan
memberi sokongan dari segi kemahiran belajar dan meningkatkan
motivatsi mereka.
Dia boleh menggalakkan komunikasi di kalangan murid-murid, menjawab
soalan yang ditanya oleh murid-murid, membantu murid-murid dengan
tugasan dan menentukan kemajuan mereka.
Dalam usaha meningkatkan kemahiran belajar murid, fasilitator boleh
memberi nasihat tentang pembelajaran, kemahiran belajar dan
pengurusan masa, merancang jadual belajar dan menghasilkan
rancangan individu.
Dari segi motivasi, fasilitator membolehkan murid-murid rasa selesa
semasa berkomunikasi dengannya, mengingatkan murid-murid bahawa
mereka tidak belajar berseorangan, menggalakkan murid-murid
berkomunikasi di samping memberi sokongan, membentuk kumpulan
belajar, mencari bahan pembelajaran tambahan, mengguna bahan dari
laman web, perbincangan forum, mel elektronik dan mengingati muridmurid tentang faedah menyiapkan sesuatu pembelajaran.
Dari segi komunikasi, fasilitator mungkin menggalakkan murid-murid
menjawab soalan dari kalangan mereka semasa perbincangan atau
forum. Dengan ini, murid-murid belajar menerima dan menolak ide secara
bijaksana.

Perbincangan
Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalam
sebuah kelas atau antara sekumpulan murid.
Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat, ide atau maklumat
secara berkesan bersama guru mereka atau di kalangan murid.
Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalak muridmurid yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya melibatkan diri
dalam proses pembelajaran.
Perbincangan boleh digunakan untuk mencapai objektif-objektif kognitif
dan afektif.
Dalam domain kognitif, perbincangan boleh menggalakkan murid-murid
menganalisis ide-ide dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan
mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau.
Dari domain afektif, perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau
pendapat-pendapat mereka, berinteraksi dan menilai ide-ide murid-murid
lain serta mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. Walau

apapun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan


soalan-soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan.
Garispanduan berikut dicadangkan untuk perbincangan:

Ambil kira matlamat perbincangan


Pertimbangkan pengalaman dan perkembangan murid-murid
Kaji isu-isu yang terlibat
Murid-murid diberi orientasi objektif perbincangan
Sediakan persekitaran yang menyokongkan
Bekalkan maklumat baru atau tepat apabila perlu
Ulang, rumus atau jana pendapat dan kenyataan kepada satu
unit yang bermakna
Terapkan unsur jenaka (Use humour)
Garis panduan ini boleh diaplikasikan kepada kaedah kumpulan
dan perbincangan, seperti perbincangan kelas, panel dan
perbahasan serta perbincangan kumpulan kecil.

Pada asasnya, terdapat dua jenis perbincangan:


(a) Perbincangan kelas (Whole-class discussion): Guru harus mengendali
perbicangan kelas. Sebelum perbincangan kelas, adalah penting untuk
memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas tentang aspek yang
dibincangkan.
Panel dan perbahasan: Panel, simposium dan perbahasan melibatkan
sekumpulan murid memperolehi maklumat tentang sesuatu topik,
menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya. Panel dan
perbahasan direka dengan tujuan membantu murid-murid memahami
beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu. Mereka
menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataan yang dirancang
melalui perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam kegiatan bilik darjah
yang besar apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil tidak
dapat dijalankan.
Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal dimana empat hingga enam
orang ahli berbincang satu topik bersama seorang pengerusi sedangkan
murid-murid lain dalam kelas mendengar. Kemudian, satu perbincangan tolak
ansur akan diadakan bersama kelas. Tiap-tiap ahli memberi kenyataan
masing-masing. Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak
formal.
Simposium hampir sama dengan panel tetapi ia melibatkan penyampaian
maklumat yang lebih formal oleh setiap ahli panel.

Perbahasan ialah satu pendekatan perbincangan yang formal. Ia merangkumi


ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli dari dua kumpulan yang
mempunyai pandangan yang bertentangan. Tiap-tiap ahli akan
membangkang ide dari kumpulan lain.
Panel dan perbahasan dijalankan untuk faedah kelas. Kelas melibatkan diri
melalui soal dan jawab selepas panel telah menyampai maklumatnya.
(b) Perbincangan kumpulan kecil: Bilangan yang paling sesuai dalam
perbincangan kumpulan kecil adalah empat hingga lima orang murid.
Perbincangan ini diketuai oleh murid terpilih dengan bimbingan seorang guru.
Selain daripada mempromosi kemahiran pemikiran bertahap tinggi,
perbincangan kumpulan kecil merangkumi perkembangan kemahiran
komunikasi, kepemimpinan, perbahasan dan kompromi. Murid-murid yang
terlibat dalam perbincangan boleh tersesat secara mudah. Organisasi yang
teliti boleh membantu melicinkan proses perbincangan.
Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana guru boleh lakukan
bagi menjamin keberkesanan perbincangan kumpulan kecil:

9.

Pertama, guru harus memantau aktiviti secara teliti dengan meronda


dalam bilik bagi memastikan setiap kumpulan fokus kepada objektif
perbincangan.

Kedua, guru harus pastikan murid-murid mempunyai pengetahuan


asas untuk menyumbang kepada perbincangan tersebut. Oleh
demikian perbincangan kumpulan kecil harus mengikuti satu
pengajaran yang fokus kepada isi kandungan dan yang kembang
berdasarkan topik-topik yang pernah diajar.

Ketiga, guru harus merancang perbincangan yang pendek.

Keempat, murid-murid harus diberi arahan tepat. Pada penghabisan


aktiviti kumpulan kecil, setiap kumpulan harus melaporkan hasil
kepada kelas. Ini boleh dijalankan melalui laporan bertulis atau wakil
dari kumpulan memberi laporan secara lisan.

Inkuiri
Seperti kaedah penemuan, kaedah inkuiri menggalakkan murid-murid
melibatkan diri dalam proses menemui jawapan atau rumusan melalui
pengumpulan data dan pengujian hipotesis. Kaedah ini adalah secara
induktif.

10.

Guru membimbing murid-murid sepanjang mereka menemui makna baru,


mengamalkan kemahiran dan memperolehi pengalaman yang membantu
pembelajaran mereka.
Umumnya, kaedah inkuiri berpusatkan murid dan kurang eksplisit
berbanding dengan kaedah yang lain.
Kaedah inkuiri merupakan penemuan berpandu. Satu kebaikan kaedah ini
ialah isi kandungan dan proses penyiasatan diajar pada masa yang sama.
Langkah-langkah kaedah inkuiri adalah hampir sama dengan pemikiran
reflektif John Dewey. Langkah-langkah ini termasuk (i) mengenalpasti dan
menjelaskan permasalahan. (ii) membentuk hipotesis (iii) mengumpul data
(iv) menganalisis dan menginterpret data untuk menguji hipotesis, dan (v)
merumus.
Demonstrasi

Kuliah memerlukan pelajar mendengar, demontrasi memerlukan pelajar


memerhati. Dalam proses demonstrasi, terdapat satu komunikasi lisan
secara langsung dari guru kepada murid. Ia juga melibatkan pendekatan
visual untuk memeriksa proses, maklumat dan ide.
Demonstrasi membolehkan murid-murid memerhati benda-benda maujud
dan bagaimana mereka berfungsi.
Terdapat demonstrasi tulin, demonstrasi dengan komen atau demonstrasi
dengan penglibatan daripada murid-murid.
Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum
murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu.
Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh
murid-murid.
Demonstrasi boleh digunakan untuk mengilustrasi hujah-hujah atau
prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik,
memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan.
Untuk menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru merancang
demonstrasi secara teliti, mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka
demonstrasi, memastikan setiap murid perhatikan demonstrasi,
memperkenalkan demonstrasi untuk memfokus perhatian, tanya dan
menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan susulan.

1.5.11 Penyelesaian Masalah [Theory of Constraint (TOC)]


Teori Konstrain (TOC) boleh digunakan dalam situasi-situasi tertentu atau
boleh digabungkan untuk membentuk penyelesaian masalah koheren dan
mengubah sistem pengurusan.
Tujuan generik ialah menterjemah intuisi kepada bentuk yang boleh
dibincang secara rasional, disoal tanpa rasa marah dan diubah supaya
dapat mereflek kefahaman sesuatu situasi.

Teori ini digunakan untuk membentuk penyelesaian common sense dan


juga memudahkan komunikasi, kolaborasi dan persetujuan di antara
semua yang terlibat dalam penyelesaian ini.

Untuk meletakkan alat-alat dalam kontek, mereka mesti menyokong satu


daripada tiga objektif generik. Ketiga-tiga objektif bertujuan memastikan:
(a)
(b)
(c)

Apa yang perlu diubah: Penilaian situasi, perihalan tentang realiti


semasa, dan identifikasi masalah utama atau konflik serta andaianandaian yang menyokongnya diagnosis
Apa yang perlu diubah kepada: Visi / penyelesaian diverbalisasikan
dan strategi diperihalkan supaya mencapai status yang diingini -preskripsi, membuat keputusan dan perkembangan penyelesaian
Bagaimana perubahan boleh dilakukan: Perkembangan rancanganrancangan dan taktik-taktik yang terperinci akan menjelaskan apa
yang perlu berlaku dan penyamaan usaha-usaha kumpulan dalam
implementasi strategi merancang, membina kumpulan

Bila-bila masa sesuatu masalah ditemui, penyelesaian selalunya


dikait kepada satu atau lebih daripada tiga tujuan yang tersebut di
atas.
(Punca: http://www.toceducationalforall.com)

12.

Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri ialah satu kaedah pengajaran individu.
Pembelajaran ini menggunakan kurikulum yang berstruktur yang
dibahagikan kepada set-set pengetahuan dan kemahiran yang kecil.
Pembelajaran ini direka untuk memastikan semua murid mencapai
objektif-objektif pembelajaran dan memberi setiap murid masa untuk
mencapainya.
Model Masteri menjaminkan kebanyakan murid akan mencapai taraf
kecekapan kerana masa pembelajaran adalah fleksibel.
Setiap murid menerima arahan, amalan dan maklumbalas.
Pembelajaran Masteri melibatkan arahan kumpulan yang tradisional dan
pengayaan dan pemulihan yang individu.
Guru mendiagnos kebolehan murid-murid dan mencadangkan kegiatankegitan individu yang sesuai.
Pembelajaran Masteri dikemukakan oleh Bloom (1976, dalam Burden &
Byrd).
Pembelajaran Masteri menekankan (a) masa yang fleksibel dan
berstruktur dengan isi kandungan (b) diagnostik / pengajaran preskriptif,
dan (c) penghabisan semua objektif oleh murid-murid.

Pengajaran dan masa adalah dua bahagian yang penting dalam


pembelajaran masteri.
Guru
yang
menggunakan
pembelajaran
masteri
dikehendaki
mengorganisasi pengajaran dalam satu bentuk yang tepat.
Ia menyampai maklumat dan kemahairan menurut suatu corak,
menentukan kemajuan murid-murid, memberi maklumbalas kepada
murid-murid, membantu murid-murid mengatasi masalah melalui
bimbingan dan kerja tambahan.
Ia juga membekalkan pengayaan kepada mereka yang dapat belajar
dengan cepat.
Pembelajaran Masteri memerlukan rancangan yang luas, organsisasi dan
penilaian diagnostik dari guru.
Tugasan dan kegiatan alternatif mesti disediakan atau direkabentuk oleh
guru untuk memenuhi keperluan individu murid-murid.

Bahan Bacaan Asas


Kamarudin, H. (1990). Pedagogi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia.
Mok, S.S. (2002). Ilmu pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah) Semester 1 & 2. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Rujukan
Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn
Bacon.
Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition.
New Jersey: Merrill Prentice Hall.
Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London:
Kogan Page.
Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher
Education Division.
Nanda V.K. (1998). Educational Technology For Adults. New Delhi: Anmol
Publications.
Pembolehubah Konteks

Ciri-ciri guru
Misalnya: jantina, umur,
pengalaman, kelas sosial, latihan,
personaliti

Ciri-ciri murid
Misalnya: umur, kebolehan, nilai,
personaliti, kelas sosial

Ciri-ciri kelas
Misalnya: saiz, jarak kebolehan,
kelas sosial

1.6
Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Ciri-ciri
subjek yang Berkesan
Pengajaran
Misalnya: isi kandunganr, taraf
kesusahan, minat

Ciri-ciri sekolah
Misalnya: saiz, bangunan
kemudahan, ethos, peraturan
disiplin, kemasukan murid-murid
berkebolehan tinggi

Pemilihan

Kaedah

dan

Teknik

Pembolehubah Proses
Persepsi, dan

Persepsi

Strategi
Tingkahlaku
Guru

Strategi,
Tingkah laku
Murid-murid
Ciri-ciri tugas &
Aktiviti-aktiviti
pemebalajran

Pembolehubah Produk
Jangka pendek / Jangka panjang

Hasil Kognitif/ Afektif, Pendidikan


Misalnya: perubahan dalam sikap muridmurid terhadap sekolah atau mata pelajaran;
kemajuan dalam pencapaian tara; tahap
konsep kendiri bertambah; kejayaan dalam
peperiksaan awam; autonomi murid-murid
bertambah

Punca: Kyriacou, C. (1986). Effective teaching in schools. England: Basil


Blackwell Ltd. Pg. 10, Figure 1.
Rajah 4: Rangka Asas untuk Pemikiran tentang Pengajaran yang Berkesan

(a) Pembolehubah konteks merujuk kepada semua ciri yang berkaitan dengan
kegiatan pembelajaran, biasanya dalam bilik darjah. Pembolehubahpembolehubah ini melibatkan ciri-ciri guru (misalnya jantina, pengalaman);
ciri-ciri murid-murid (misalnya umur, personaliti); ciri-ciri kelas (misalnya saiz,
kelas sosial); ciri-ciri subjek (misalnya minat); ciri-ciri sekolah (misalnya ethos,
kemudahan); ciri-ciri komuniti (misalnya lokasi geografi); dan ciri-ciri keadaan
(misalnya sesi akademik).
(b) Pembolehubah proses merujuk kepada semua ciri yang berkaitan dengan
tingkah laku guru (misalnya minat, ganjaran, pengurusan kelas, teknik
disiplin) dan tingkah laku murid-murid (misalnya strategi pembelajaran muridmurid, penglibatan murid-murid) serta tugas pembelajaran dan aktiviti bilik
darjah.
(c) Pembolehubah produk merujuk kepada hasil pendidikan seperti kemahiran
dan pengetahuan, motivasi, minat dalam mata pelajaran dan perkembangan
sosial yang telah bertambah baik.

Anda mungkin juga menyukai