Anda di halaman 1dari 2

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

1.0 Pendahuluan
Sebagai seorang guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah amat penting
mengetahui dan memahami keempat-empat bidang daripada segi alatan dan teknik
untuk membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran PSV.Pengajaran
dan pembelajaran tersebut mestilah dirancang berlandarkan Kurikulum KBSR/KSSR.
Keempat-empat bidang tersebut ialah

bidang menggambar,membuat corak dan

rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional.


Bidang Menggambar
Bidang menggambar menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan
komposisi dalam sesuatu hasil karya. Antara aktiviti menggambar ialah lukisan, catan,
kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek.
Menggambar juga meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat
bahan dan kegunaannya. Ini .membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi
pelbagai

kemahiran

asas

dan

teknik

dalam

proses

rekaan.Seterusnya

dapat

memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka
seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.

Membuat Corak dan Rekaan


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk
menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan
rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang
kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.
Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
i. Corak tidak terancang
Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia
boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup , mengayak menggolek dan
sebagainya.Contoh Corak teknik pualaman, corak tiupan, coak stensilan dan corak
teknik cerminan.
ii. Corak terancang secara:
Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam
susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis

PSV

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Contohnya


corak teknik resis, corak teknik anyaman dan corak menggunakan garisan grid.
Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan
Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian
kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang,
struktur, imbangan dan kestabilan.
Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam
perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah
bentuk bahan seperti plastersin, tanah liat, tepung dan papier mache.
Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk
atau membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan,
cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknikteknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.

Bidang Mengenal Kraf Tradisional


Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam
budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan
teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja
diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses
pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.

PSV

Anda mungkin juga menyukai