Anda di halaman 1dari 3

KONSEP ASAS PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Menurut Mok Soon Sang (2009) lagi, perkembangan merupakan suatu


proses berterusan dari peringkat lahir sehingga mencapai peringkat kematangan.
Mengikut kajian ahli psikologi, kajian manusia dari aspek perubahan jasmani,
kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu
faktor baka dan faktor persekitaran. Ia sering dikaitkan dengan pertumbuhan
yang asasnya merupakan perubahan fizikal tubuh badan. Manakala konsep
perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental.
Dari aspek jasmani, secara pertumbuhannya dapat diperhati dengan
melihat bertambahnya saiz badan, berat, gigi, organ deria dan lain-lain. Secara
perkembangannya pula boleh dilihat dari kemahiran menggunakan pertumbuhan
fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar dan sebagainya. Sementera itu dari
aspek mental pula, secara pertumbuhannya dapat dilihat dengan bertambahnya
keupayaan berfikir kanak-kanak tersebut. Perkembangannya pula dapat dilihta
dari kemahiran berfikir, mengingat, menaakul dan sebagainya. Aspek yang ketiga
iaitu aspek emosi, secara pertumbuhannya dapat dilihat dari wujudnya perasaan
takut, gembira, sedih dan sebagainya. Perkembangannya pula dapat dilihat dari
kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu. Aspek yang terakhir iaitu
sosial, secara pertumbuhannya dapat dilihat dengan meluasnya perhubungan
komunikasi dan pergaulan dengan orang-orang lain. Perkembangan aspek
emosi pula bagi kanak-kanak boleh dilihat dengan wujudnya kemahiran
mendisiplinkan dan penyesuaian diri dalam berinteraksi dan bergaul bersama
masyarakat

luar.

PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dalam Perkembangan KanakKanak Edisi Kedua, prinsip asas perkembangan kanak-kanak dapat dibahagikan
kepada 5 jenis. Prinsip asas perkembangan yang pertama ialah proses
perkembangan

ini

berlaku

mengikut

aturan.

Sebagai

contohnya

pada

permulaannya seorang bayi pada mulanya boleh duduk dengan bantuan,


kemudian merangkak dan seterusnya diikuti dengan kebolehan berdiri dan

seterusnya berjalan tanpa dipimpin. Perkembangan juga dapat dilihat dari


perkembangan konkrit kepada abstrak. Iaitu bayi atau kanak-kanak hanya
mampu membayangkan sesuatu yang berada di hadapan mereka sahaja,
namun akhirnya dapat memikirkan sesuatu yang lebih kompleks iaitu yang sukar
untuk digambarkan.
Prinsip kedua perkembangan kanak-kanak ialah perubahan dalam
pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada
yang lebih spesifik. Pertumbuhan secara lahiriahnya akan berlaku dari otot-otot
yang besar dahulu sebelum berlakunya perkembangan ke otot-otot halus.
Sebagai contohnya seorang bayi hanya mampu menggengam sesuatu objek
dengan tangannya tanpa menggerakkan jari, namun setelah sekian lama dia
mampu memegang sesuatu dengan jari-jemarinya seperti memegang sebutir
kacang dengan jari telunjuk dan ibu jarinya.
Prinsip ketiga perkembangan kanak-kanak ialah pertumbuhan dan
perkembangan adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan. Ini
bermakna perkembangan kanak-kanak adalah suatu proses yang berterusan
selagi mereka hidup. Sebagai contoh sesuatu kemahiran asas pada waktu kecil
akan menjadi suatu kemahiran yang lebih rumit dan kompleks di masa hadapan.
Prinsip keempat perkembangan kanak-kanak ialah, corak dan aturan
perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia
berbeza untuk setiap individu. Ini kerana adanya perbezaan individu dalam
setiap masyarakat walaupun mungkin mempunyai umur yang sama. Sebagai
contohnya perkembangan kanak-kanak dari merangkak kepada berjalan.
Mungkin ada sesetengah bayi dapat merangkak dalam 18 bulan, namun ada
juga yang mengambil masa yang lebih lama. Ini semua bergantung kepada
faktor baka dan persekitaran kanak-kanak tersebut.
Prinsip kelima dalam perkembangan kanak-kanak ialah perkembangan
adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. kematangan
adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam seseorang individu, misalnya
merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-

faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau
identifikasi dan memerlukan usaha.
Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan
potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf
anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang jika
berlatih atau meniru cara-cara berenang.
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Mok Soon Sang (2009) telah menyatakan bahawa secara keseluruhannya
perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama
iaitu peringkat bayi iaitu berumur 0 hingga 2 tahun. Peringkat awal kanak-kanak
iaitu berusia sekitar 2 hingga 6 tahun. Manakala peringkat ketiga ialah peringkat
kanak-kanak iaitu berusia 6 hingga 11 tahun. Setiap peringkat kanak-kanak
tersebut biasanya mengalami perkembangan yang unik dalam aspek-aspek
seperti psikomotor, mental, emosi, sosial dan bahasa.
Selain itu Mok Soon Sang turut menghuraikan keadaan pertumbuhan,
pertumbuhan berlaku dari dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke
tepi. Pada kebiasaannya struktur fizikal wujud mendahului kemahiran fungsinya.
Corak pertumbuhan setiap individu adalah sama namun yang membezakannya
hanyalah kadar bagi setiap individu. Pertumbuhan pada kebiasaannya berlaku
sehingga mencapai mencapai tahap hadnya, tetapi perkembangan berlaku tanpa
mempunyai

had

sehinggalah

seseorang

individu

itu

meninggal

dunia.

Pertumbuhan dan perkembangan saling bersaing dan berinteraksi. Pertumbuhan


jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan
social. Ciri-ciri pertumbuhan boleh dikelaskan kepada beberapa peringkat seperti
pralahir, bayi, awal kanak-kanak, pertengahan kanak-kanak dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai