Anda di halaman 1dari 125

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pendidikan memainkan peranan untuk memenuhi keperluan seorang insan


bagi menempuh kehidupan yang mencabar dewasa ini. Menurut Mok Soon Sang
(2003), pendidikan pada pandangan umum ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani
manusia. Menurut Plato dalam Mok Soon Sang (2003), pendidikan ialah suatu proses
untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau juga menyokong pendapat
Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral dan kewarganegaraan
yang baik. Proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia
kepada undang-undang negara.

Menerusi Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah, rancangan dan perlaksanaan


Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) adalah berlandaskan kepada idealogi
yang memberikan pendidikan secara menyeluruh supaya murid-murid mendapat
1

perkembangan yang seimbang di dalam bidang intelek, rohani, sosial dan jasmani.
Melalui program KBSR mereka akan dapat mengembangkan diri mereka, memupuk
akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai yang murni (Mok Soon Sang, 2003).

Menurut Tun Mahathir Muhamad dalam Pembangunan Pendidikan 20012010 (2001), sudah terbukti negara boleh membangun dan maju jika mempunyai
sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, pula menekankan pembinaan modal
insan melalui perkembangan rohani kanak-kanak sebagai asas untuk menjadi aset
negara yang paling bernilai. Selain itu melalui pendekatan yang menggunakan agama
Islam sebagai teras pembentukan anak-anak sejak dari pendidikan awal perlu
dijalankan. Hal ini berlaku kerana Islam mengkehendaki kita beriman dengan aqidah
yang tulus kepada Allah disamping amalan-amalan yang membuktikan kita adalah
hamba-Nya. Keimanan yang jitu akan melahirkan jiwa-jiwa yang memiliki peribadi
mulia di dalam kehidupan.

Menurut Amina (1995), pelajar bertanggungjawab

meningkatkan keimanan diri mereka dari semasa ke semasa untuk meninggikan taraf
sebagai pelajar yang teguh dengan keperibadian muslim.

Keperibadian muslim

memerlukan pelajar-pelajar yang teguh keimanannya, tinggi budi pekertinya, mulia


akhlaknya dan cintakan bangsa dan agamanya.

Menurut Ahmad (2001), pembinaan akhlak penting dan merupakan satu


daripada sebab mengapa Allah SWT mengutuskan nabi Muhammad SAW ke
dunia.Suatu bangsa atau negara akan berjaya apabila warganegaranya terdiri daripada
2

orang yang berakhlak luhur. Sebaliknya bila warganegara berakhlak buruk, maka
rosaklah akhlak bangsa itu sendiri.

Akhlak yang baik bagi seseorang muslim,

dipengaruhi oleh ketaatannya kepada perintah Allah SWT seperti ibadah solat, puasa,
membayar zakat dan sebagainya.

Hal ini bertepatan dengan mafhum hadith

Rasulullah SAW :

Tidak aku diutuskan melainkan untuk kesempurnaan akhlak


(Bukhari dan Muslim)

Agama Islam menitik beratkan pembentukkan akhlak yang mulia di kalangan


penganutnya. Salah satu amalan yang dapat membentuk akhlak yang mulia adalah
dengan menunaikan solat. Menurut Amina (1995), solat memenuhi pembentukan
peribadi seorang muslim. Tanpa solat, hidup pasti akan terumbang ambing tanpa
perisai untuk melawan anasir jahat.

Ini dikuatkan melalui firman Allah dalam surah Al- Ankabut ayat 45 yang
menyatakan :

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari
Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang
itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati
Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui
akan apa yang kamu kerjakan.

(Al-Ankabut : 45)

Menurut Ahmad (2001), suruhan solat adalah fardhu dan orang yang
meninggalkannya adalah berdosa besar kerana solat adalah rukun islam.

Ini

dikuatkan di dalam Al- Quran:

Maka dirikanlah solat itu, sesungguhnya solat itu adalah kewajiban yang ditentukan
waktunya atas orang-orang yang beriman." (An-Nisa': 103)
Didalam hadis pula RasulullahSAW bersabda :

"Islam itu dibangun berdasarkan rukun yang lima; iaitu: Bersaksi bahwa tidak ada
tuhan disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu utusan-Nya, mendirikan solat,
membayar zakat, melaksanakan ibadah haji ke Baitullah dan berpuasa di bulan
Ramadhan."
(Riwayat Bukhari dan Muslaim)

Selain itu solat juga merupakan penghubung seorang hamba dengan penciptaNya.

Melalui solat, seorang hamba dapat mengagungkan kebesaran Allah,

mendekatkan diri dan menimbulkan rasa tenteram. Solat juga dapat mendisiplinkan
diri dan membuat seseorang itu bersikap jujur dalam kehidupan. Ayat-ayat Al-Quran
dan hadis nabi sentiasa mendidik manusia menjaga masa untuk lebih disiplin. Islam
menggunakan ibadah solat sebagai pendekatan penjagaan masa. Sebagai contoh
firman Allah:

"Peliharalah segala solat(mu) dan (peliharalah) solat wusthaa (solat Ashar)."


(Al-Baqarah:238)
Ketika Rasulullah SAW ditanya tentang amal yang paling utama, baginda menjawab:

"Solat pada waktunya". (Bukhari dan Muslim)

Menurut Ahmad (2001), solat menjadikan sifat orang yang bertaqwa lengkap
dengan sifat-sifat terpuji serta mendapat petunjuk dari Allah SWT dan beroleh
kejayaan. Solat juga merupakan kunci kejayaan dan kebahagiaan hidup. Lebih-lebih
lagi solat yang diikuti dengan rasa syukur dan sabar. Solat inilah yang menjadikan
kita `magnet` segala kebaikan, khususnya bagi mereka yang mendirikan solat dengan
penuh rasa kehambaan dan khusyuk.

Apabila seorang muslim itu solat dengan

khusyuk segala yang dilakukan akan mendapat pertolongan dari Allah (M.Siddiq
Mustika, 2009). Kenyataan ini dikuatkan dalam Al-Quran:

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,(1)


Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (2) (Al-Mukminun : 1-2)

Solat membawa manusia berpendirian, memberikan ketenangan dan


menampilkan peribadi serta akhlak yang mulia . Menurut Yusuf Al Qardawi dan
Ahmad Al- Assal (1983), solat dapat mensucikan badan, menanamkan akhlak mulia,
budi pekerti luhur , membersihkan jiwa dari kemungkaran dan kemaksiatan. Solat
memberikan ketenangan kepada manusia. Ketenangan akan membawa jiwa manusia
lebih terurus dan selesa mengharungi kehidupan walau apa juga cabaran. Firman
Allah dalam surah Ar-Ra`du, ayat 28 yang membawa maksud :
Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati akan tenang
6

Kita tidak menyangkal solat memberi banyak manfaat pada kita. Menurut
Rusdin (2009), solat memberikan pengaruh kuat dalam perjalanan hidup manusia.
Menurut Ahmad (2001), solat memberi kesan pembersihan diri dan mengawalnya dari
terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan membersihkan manusia dari naluri-naluri
yang tidak sihat.

Solat dilihat dapat menghapuskan dosa-dosa kita.

Hal ini

dikukuhkan dalam hadis Rasulullah SAW :

"Bagaimana pendapat kamu sekalian, seandainya di depan pintu masuk rumah salah
seorang di antara kamu ada sebuah sungai, kemudian ia mandi di sungai itu lima
kali dalam sehari, apakah masih ada kotoran yang melekat di badannya?" Para
sahabat menjawab: "Tidak akan tersisa sedikit pun kotoran di badannya.

Bersabda Rasulullah SAWyang mafhumnya:

"Maka begitu pulalah perumpamaan solat lima kali sehari semalam, dengan solat itu
Allah akan menghapus semua dosa."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bersabda Rasulullah SAW lagi:

"Tidak ada seorang muslim pun yang ketika solat fardhu telah tiba kemudian dia
berwudhu' dengan baik dan memperbagus kekhusyu'kannya (dalam solat) serta
rukuknya, akan terhapus semua dosanya yang telah lalu selama dia tidak melakukan
dosa besar, dan hal itu berlaku sepanjang tahun itu."
(Riwayat Muslim)

Daripada dalil-dalil Al Quran dan hadis di atas jelas menunjukkan peranan


solat di dalam hidup kita. Solat berfungsi membentuk rohani dan jiwa kita untuk
menjadi seorang yang berakhlak, berdisiplin, mencapai kejayaan dan menjauhi
perkara-perkara mungkar.

1.2

Latar Belakang Kajian.

Dewasa ini, kecemerlangan akademik sebagai tanda kejayaan seseorang


pelajar merupakan satu isu yang sering diperbincangkan. Perbincangan tentang status
ini sentiasa menjadi perhatian oleh para cendikiawan bagi mewujudkan suatu sistem
pendidikan yang boleh menjuruskan pelajar ke arah kecemerlangan akademik.
8

Walaupun tumpuan bersepadu untuk mencapai matlamat itu telah dibuat namun masih
ada pelajar yang tercicir dan ketinggalan di dalam bidang akademik. Mereka menjadi
golongan terpinggir dengan pencapai akademik yang rendah.

Menurut kajian Amla (2004), pelajar pencapaian rendah akademik lebih


cenderung untuk

menunjukkan tingkah laku negatif dan distruktif seperti gejala

tingkah laku menentang undang-undang, merosakkan harta benda awam, terlibat


dengan kumpulan haram, buli dan pelbagai lagi yang menyumbang kepada gejala
sosial.

Penyumbang gejala sosial ini bukan hanya melibatkan pelajar sekolah


menengah, bahkan pelajar sekolah rendah juga turut terlibat (Siti Zubaidah,1988).
Kes Juvana yang melibatkan perlacuran seperti peras ugut, bergaduh, rogol,
merosakkan harta benda awam turut sama meningkat. Pada tahun 1993, terdapat
11,522 pelajar sekolah rendah yang terlibat dengan kes juvana. Seramai 1,338 pelajar
sekolah rendah terlibat dengan perlakuan menonton video lucah (Berita Harian,
2002). Hal ini menunjukkan gejala seksual sudah mula menular di kalangan pelajar
sekolah rendah. Jika tidak di bendung, ia akan mendatangkan impak negatif kepada
negara.

Menurut Ee Ah Meng (1995), terdapat pelbagai jenis masalah yang dihadapi


pelajar di sekolah, seperti masalah sosioemosi, akademik dan peribadi.

Kajian
9

Lowrey (1940), terhadap kanak-kanak yatim berumur tiga tahun di 28 buah rumah
asrama, mendapati bahawa mereka lebih cenderung mempunyai personaliti yang
memencilkan diri, suka bermusuh, tidak sensitif serta mementingkan diri sendiri.
Masalah seperti ini seterusnya membawa masalah lain seperti vandalisme, ponteng
sekolah, penyalah gunaan dadah dan melepak. Hal ini bertekalan dengan kajian
Goldforb (1943,1947,1949) yang menunjukkan pelajar-pelajar dari rumah anak-anak
yatim menghadapi masalah serius dari segi perkembangan intelektual, personaliti dan
sosial mereka.

Masalah pelajar ini bukan hanya di peringkat sekolah menengah tetapi juga
sudah mula menular di sekolah rendah. Mereka menjadi semakin tidak terkawal,
tanpa panduan serta tiada kekuatan jiwa untuk menghalang dari melakukan perkara
sebegini.

Hal ini jika tidak dibendung akan memberi implikasi negatif

kepada

pembentukan pelajar sekolah. Bak kata pepatah melayu: Melentur buluh biarlah
dari rebungnya.

Penerapan nilai akhlak dan moral di sekolah rendah merupakan satu aspek
yang penting dalam membantu pengurangan masalah moral di sekolah menengah.
Keruntuhan akhlak berkait rapat dengan kehausan jiwa (Abdullah Nasih Ulwan,
1993). Kehausan jiwa atau rohani akan menyebabkan manusia cenderung melakukan
hawa nafsu sehingga menjerumuskan mereka kepada kerosakan akhlak, (AlGhazali,
1991). Kerosakan akhlak ini berpunca dari dari pelajar yang tidak menunaikan solat.
Hal ini ditegaskan didalam Al-Quran surah Al Ankabut ayat 45:
10

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari AlQuran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah
adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa
yang kamu kerjakan. (Al-Ankabut : 45)

Menurut kajian Ummi Rohaiyu (2001), permasalahan sosial yang berlaku pada
masa kini mempunyai hubung kait dengan peribadatan yang belum sempurna. Hal ini
bertekalan dengan kajian Farid bin Hassan (2002), hasil kajian mendapati bahawa
kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kefahaman amalan yang tinggi dalam solat
mempunyai tahap amalan pengurusan masa akademik yang baik manakala pelajar
yang mempunyai tahap kefahaman yang sederhana pula mempunyai tahap
pengurusan masa yang sederhana. Manakala pelajar yang lemah tahap pengetahuan
solat akan mempunyai lemah pengurusan masa dan pencapaian akademik. Dapatan
kajian ini juga bertekalan dengan kajian Norlyana Sulong (2006) yang menunjukkan
bahawa responden yang tidak mempunyai tahap pelaksanaan amalan solat yang baik,
gagal mengurus masa akademik dengan sempurna dan tersusun.

Kegagalan

menyusun masa dengan betul akan memberi implikasi kepada pencapaian akdemik
yang rendah.

11

1.3

Penyataan Kajian.

Solat merupakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam. Peranan
solat kepada umat Islam amat besar dalam pembentukan akhlak, kesucian jiwa,
memberikan ketenangan, mendisiplinkan masa dan memberi kejayaan. Ibadah solat
ini merupakan pertalian yang akrab di antara hamba dengan penciptanya untuk
mencapai makam keimanan yang tinggi (M. Siddiq Mustika, 2009). Keimanan yang
dibentuk melalui ibadah solat juga akan melahirkan akhlak yang mulia sesama
makhluk. Hal ini memberikan implikasi yang besar dalam masyarakat dan negara
bertamaddun untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.

Golongan muda merupakan harapan dan harta negara yang berharga bagi
kepentingan masa depan negara. Menurut Amina (1995) remaja Muslim adalah aset
besar masyarakat bertaqwa dalam usaha membentuk negara yang bertamaddun.
Kecemerlangan pelajar bukan diukur dari aspek intelektual sahaja malah
perkembangan rohani juga turut diutamakan, seperti mana ditegaskan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Justeru, penekanan ibadah solat perlu dalam pendidikan awal kanak-kanak


kerana mereka merupakan aset negara. Solat mampu melahirkan modal insan yang
mampu menghadapi sebarang cabaran bagi mengisi wawasan 2020. Melalui konsep
12

solat yang unggul pelajar akan dapat menjadi insan yang boleh selarikan urusan
kehidupan untuk pengamalan nilai murni dan mendapat kejayaan. Menurut Amina
(1995), ibadah solat mampu memimpin pelajar untuk mencapai kejayaan di dunia dan
akhirat. seperti berikut:

Perlaksanakan amalan solat merupakan tuntutan wajib, manakala bagi mereka


yang mencuaikannya akan mendapat balasan siksa dari Allah SWT. Bahkan bagi
umat islam yang mencuaikannya jugakan mendapat balasan neraka

Jika amalan solat diabaikan kesannya akan memusnahkan peranan pelajar,


remaja dan warganegara yang berperibadi mulia. Masyarakat akan menghadapi isu
gejala sosial yang semakin membarah. Negara pula kerugian dari sudut melahirkan
modal insan yang dapat membina negara bangsa. Di atas kepentingan itulah pengkaji
menjalankan kajian ini mencari hubungan tahap pengetahuan solat dan tahap amalan
solat dengan kecemerlangan akademik pelajar.

13

1.4

Tujuan Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan tahap pengetahuan


dan amalan solat dengan pencapaian akademik dalam kalangan murid Tahun Enam
Sekolah Kebangsaan Gersek, Ledang, Johor.

1.5

Objektif Kajian.

Objektif utama yang dapat diambil kira sepanjang kajian ini ialah :

I.

Mengenal pasti tahap pengetahuan solat di kalangan responden.

II.

Mengenal pasti tahap perlaksanaan solat di kalangan responden.

III.

Mengenal pasti hubungan amalan solat

dengan pencapaian akademik di

kalangan responden.

14

1.6

Persoalan Kajian.

Terdapat empat soalan kajian yang akan dijawab di dalam kajian ini iaitu:

I.

Apakah tahap pengetahuan solat di kalangan responden?

II.

Apakah tahap perlaksanaan solat di kalangan responden?

III.

Adakah terdapat hubungan antara tahap amalan solat dengan tahap


pencapaian akademik di kalangan responden?

IV.

Adakah terdapat hubungan antara pengetahuan solat dengan pencapaian


akademik di kalangan pelajar?

1.7

Hipotesis

Kajian ini mengandungi dua hipotesis. Hipotesis kajian ialah:

Hipotesis 1:
Terdapat hubungan signifikan diantara tahap amalan solat dengan pencapaian
akademik di kalangan pelajar.

Hipotesis 2:
Terdapat hubungan signifikan diantara tahap pengetahuan solat dengan tahap amalan
solat di kalangan pelajar.
15

1.8

Kerangka Konsep

Pengetahuan solat

Amalan solat

Pencapaian
akademik

Ujian

Amali

Pencapaian
akademik

16

1.9

Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini memberi input positif kepada pihak tertentu khususnya
bagi pihak pelajar, pihak ibu bapa, Guru Pendidikan Agama Islam, Jabatan
Pendidikan Negeri ( JPN), Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Islam
dan Moral (JAPIM).

1.9.1

Pelajar

Hasil dari kajian ini diharapkan pelajar akan dapat memperbaiki diri dari
sudut memahami solat dan amalan solat. Ini kerana dengan mendirikan solat secara
khusyuk seseorang itu akan dapat meningkatkan prestasi dari sudut rohani dan
kecemerlangan akademiknya. Selain itu para pelajar akan lebih memahami bahawa
bermula dari kefahaman solat akan membawa mereka kepada amalan solat yang

konsisten dengan memberi kesan kepada pencapaian akademik yang cemerlang.


Sebgaimana hasrat bekas Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah dalam buku
Panduan Pengurusan Program j-QAF (2004) untuk melahirkan murid di sekolah
rendah yang khatam Al- Quran, Bahasa arab, Jawi dan asas-asas fardhu Ain sebagai
program untuk memperkasakan pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah rendah.

17

1.9.2

Guru Pendidikan Agama Islam

Hasil dari kajian ini, besar harapannya akan dapat membantu guru-guru
pendidikan Islam terutamanya guru j-QAF untuk menggandakan usaha bagi
memahirkan pelajar dengan pemahaman dan pengamalan solat seharian mereka.
Menerusi kajian ini diharapkan boleh membantu pelajar mengamalkan solat dan
cemerlang di dalam akademik. Guru- guru juga dapat mempelbagaikan pendekatan
yang sesuai dalam kehendak semasa kanak-kanak khususnya di Sekolah Kebangsaan
Bukit Gambir. Sepertimana saranan di dalam buku Panduan Pengurusan Program jQAF (2006), menyarankan guru-guru j-QAF

menggunakan ilmu-ilmu seperti

psikologi, pedagogi dan sosiologi pendidikan ketika membimbing murid-murid.


Hasil dari kajian ini akan turut membantu guru- guru dalam mendalami psikologi dan
sosiologi bagi perkembangan kanak-kanak.

1.9.3

Ibubapa

Hasil dari kajian ini diharapkan para ibubapa dapat menjadikan panduan
untuk memberi penekanan ilmu tentang solat sejak dari awal pendidikan kanak-kanak
lagi. Pihak ibu bapa tidak boleh menyerahkan tugasan pendidikan ini hanya kepada
tanggungjawab pihak sekolah sahaja.

Ibu bapa mesti berganding bahu bersama

memberikan kefahaman awal di rumah tentang solat. Di sekolah tugas guru-guru


khasnya guru agama adalah menyelia dan menunjuk ajar mana yang perlu.
18

Seterusnya ibu bapa memainkan peranan

untuk memasti anak-anak mereka

menunaikan solat pada waktunya di rumah. Ibu bapa juga dapat mendisiplinkan
anak-anak di antara waktu solat dan waktu belajar secara sistematik agar
kecemerlangan akademik dapat ditingkatkan. Hal ini dikuatkan lagi di dalam buku
Panduan Pengurusan Program j-QAF ( 2006) kerjasama dan hubungan erat
denganibu bapa sangat penting untuk memastikan objektif perlaksanaan Kem Bestari
Solat ini tercapai.

1.9.4

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri

Diharapkan dengan terhasilnya kajian ini pihak sekolah akan bekerjasama


dengan pihak Pejabat Pelajaran Daerah untuk untuk mendapat cadangan-cadangan
positif berkaitan dengan program j-QAF yang baru lima tahun berlangsung. Semoga
dengan terhasilnya keputusan kajian akan dapat membantu Kem Bestari Solat di
bawah program j-QAF terus dijalankan. Program ini menitikberatkan pengetahuan
dan amalan solat bagi murid-murid sekolah rendah.

Ia sebagai kesinambungan

program-program khas di bawah Panitia Pendidikan Agama Sekolah.

19

1.9.5

Kementerian Pelajaran Malaysia

Apa yang diharapkan dengan terwujudnya kajian ini akan membantu pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengkaji kekuatan atau kelemahan program
j-QAF. Hasil dapatan kajian ini akan dapat diguna pakai untuk pemurnian program jQAF bagi membantu murid-murid menjadi fardhu muslim sejak di sekolah rendah
lagi. Program j-QAF ini termasuk dalam pembangunan penyebaran kurikulum
Pendidikan Islam. Seperti mana di dalam buku Panduan Pengurusan Program j-QAF
( 2006) Bermula 30 September 2004, pihak Jabatan Agama Pendidikan Islam dan
Moral dan pihak lain yang terlibat dalam perlaksanaan ini telah mengatur langkah
merealisasikan program j-QAF dalam sisitem pendidikan di Malaysia. Pembangunan
Pendidikan 2001-2010 (2001) Program meliputi kemajuan dan pembangunan sekolah
agama di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia serta perancangan, pembinaan dan
penyebaran kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Program ini merangkumi
aktiviti perancangan, perlaksanaan dan pengawalan Pendidikan Islam dan Moral dan
bahasa Arab termasuk aktiviti dakwah di sekolah.

1.9.6

Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral

Diharapkan Jabatan Kemajuan Islam dan Moral dapat menggunakan hasil


kajian sebagai suatu sumber yang dipercayai untuk menjadi penanda aras bagi
program j-QAF yang diusaha sama bersama Kementerian Palajaran Malaysia.
20

Semoga program j-QAF yang murni ini dapat diteruskan lagi sebagai salah satu
langkah menangani isu-isu gejala sosial di kalangan remaja terutamanya yang
beragama Islam.

Menurut Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (2001) terdapat

pertambahan sebanyak 41.6 % pada tahun 1997 untuk program di bawah Jabatan
Agama Islam dan Moral berbanding tahun sebelumnya tetapi untuk tahun-tahun
berikutnya program ini

mendapat pertambahan peruntukan tahunan yang kecil

dengaan purata 1.4 %. Jelas menunjukkan program-program khas di bawah JAPIM


sentiasa diteruskan dari semasa ke semasa dengan peruntukan ekuiti yang berterusan.

1.10

Definisi/ Istilah Operasi.

1.10.1 Tahap

Tahap adalah peringkat atau tingkat (Kamus Dewan, 2002). Dalam bentuk
kajian ini tahap dirujuk sebagai tahap pemahaman solat, tahap pengamalan solat dan
tahap kecermelangan akademik.

21

1.10.2 Pengetahuan

Pengetahuan ialah sebarang maklumat yang berguna bagi tugas yang


dilakukan (Chabris, 1983). Pengetahuan ialah pengabungan set sintatik dan simantik
yang boleh digunakan bagi menerangkan sesuatu (Bench-Capon, 1990).
Pengetahuan adalah informasi atau maklumat yang diketahui atau disedari oleh
seseorang. Dalam pengertian lain, pengetahuan adalah berbagai gejala yang ditemui
dan diperoleh manusia melalui pengamatan pancaindera.

1.10.3 Amalan

Amalan ialah perihal mengamalkan sesuatu perkara, kesungguhan hati


mengerjakan sesuatu atau perlaksanaan. Sepertimana hadis nabi Muhammad SAW
yang mafhumnya:

Setiap amalan mestilah dimulakan dengan niat

Dalam kajian ini amalan yang dimaksudkan adalah amalan solat.

22

1.10.4 Pelajar

Menurut Kamus Dewan (2002), pelajar ialah orang yang belajar seperti murid
sekolah, penuntut maktab dan sebagainya. Dalam konteks kajian ini, pelajar yang
dimaksudkan ialah pelajar islam tahun enam di Sekolah Kebangsaan Gesek, Ledang,
Johor.

1.10.5 Solat.

Solat ialah doa yang baik. Menurut Ahmad (2001), solat membawa maksud
suatu ibadah yang mengandungi ucapan (bacaan) dan perbuatan tertentu dimulai
dengan takbiratulihram (Allahuakbar) dan diakhiri dengan salam (Assalamualaikum).
Dalam kajian ini solat yang dimaksudkan ialah solat lima waktu bagi penganut agama
islam.

Oleh kerana kajian ini tertumpu kepada pelajar Islam, maka adalah penting
bagi penilaian tentang pengamalan solat diambil sepanjang kajian ini dilakukan.

23

1.11

Batasan Kajian.

Lokasi yang dipilih bagi menjalankan kajian ini adalah di Sekolah Kebangsaan
Gersek, Ledang. Ianya melibatkan 32 orang pelajar Islam tahun enam. Sebab utama
lokasi ini dipilih adalah kerana bagi memudahkan proses soal selidik serta penjimatan
kos pengurusan masa dan tenaga. Kajian ini hanya terbatas kepada pelajar Islam
kerana kewajipan menunaikan solat hanya kepada mereka yang beragama Islam.
Oleh itu tahap kecemerlangan akademik bagi pelajar yang bukan Islam tidak akan
diambil kira sepanjang kajian ini dijalankan.

Kajian ini juga tidak memfokuskan kepada masalah sosial yang sedang
berlaku di kalangan pelajar, tetapi ingin mendalami hubungan antara amalan solat,
kecerdasan emosi terhadap kecermelangan akademik pelajar dalam sekolah itu. Oleh
kerana kajian ini tertumpu kepada pelajar sekolah rendah, maka terdapat beberapa
kaedah yang digunakan ketika menjalankan soal selidik bersama mereka. Menerusi
kaedah seperti borang soal selidik juga terdapat batasan yang wujud di mana
Kaedah ini hanya di berikan kepada pelajar beragama Islam sahaja.

I.

Sikap dan identiti sebenar pelajar tidak sepenuhnya dikongsi pelajar itu ketika
soal selidik dijalankan.

II.

Kaedah yang dijalankan memerlukan kejujuran ketika menjawab soalan tanpa


gangguan rakan atau keadaan persekitaran.
24

III.

Oleh kerana soal selidik ini menggunakan aras bahasa yang agak tinggi bagi
nisbah kelas tahap ketiga bagi tahun empat jadi guru membacakan setiap
soalan dan memberikan kefahaman jelas terhadap murid-murid bagi setiap
soalan di dalam soal selidik.

1.12

Kesimpulan.

Dalam bab ini pengkaji telah membincangkan berkenaan latar belakang


masalah,kepentingan kajian, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian,
kepentingan kajian, batasan kajian, serta definasi tajuk kajian. Daripada semua yang
dibincangkan jelaslah bahawa tajuk kajian ini ialah "Hubungan tahap pengetahuan
dan amalan solat dengan pencapaian akademik dalam kalangan murid Tahun Enam
Sekolah Kebangsaan Gersek, Ledang, Johor."

25

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan melihat aspek solat dan kecemerlangan
akademik. Selain itu pengkaji juga akan menerangkan teori-teori yang berkaitan
dengan aspek kajian. Tinjauan melibatkan kajian dilihat dari kajian dalam negeri.
Sorotan kajian yang akan dibincangkan ialah seperti berikut:

i.

Konsep solat

ii.

Teori-teori yang berkaitan

iii.

Kajian-kajian lepas

26

2.1.1

Konsep Solat

Menerusi konsep solat, pengkaji akan menjelaskan pekara-pekara seperti


definisi solat, dalil dan bukti yang terdapat di dalam Al-Quran yang mewajibkan solat,
golongan yang diwajibkan solat, keutamaan solat, kepentingan dan kelebihan serta
balasan terhadap mereka yang meninggalkan solat.

2.1.2

Definisi Solat

Maksud solat yang terdapat di dalam Ensiklopedia Hukum Islam (1997: 1536)
pula, solat ialah suatu ibadah yang mengandungi ucapan (bacaan) dan perkataan
tertentu yang dimulai dengan takbiratulihram dan diakhiri dengan salam. Menurut
Ahmad Rafiq Jabir (2003), sembahyang merupakan ibadah yang meliputi ucapan dan
gerakan-gerakan tubuh yang khusus, dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan
salam.

Ibadat khusus ini dinamakan solat bagi mengingatkan bahawa solat itu

terdapat tawajjuh, iaitu usaha menghadap diri kepada Allah SWT dan juga doa yang
merupakan seruan memohon hajat dan keampunan daripada Allah. (Hasbi AshShiddieqy, 1978).

27

Firman Allah;

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya
engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang
buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi
ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui. ( Al-Taubah ; 103 )

Di dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas di mana Rasulullah SAW bersabda
yang maksudnya:
Islam itu dibina atas 5 pekara iaitu bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah
melainkan Allah dan Muhammad adalah rasulNya, mendirikan solat, menunaikan
zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan ibadat haji di Baitullah bagi
yang mampu.
(Bukhari dan Muslim)

28

2.1.3

Dalil Wajib Mendirikan Solat.

Sebagai salah satu kewajipan bagi mereka yang beragama Islam, terdapat
dalil-dalil yang membuktikan bahawa solat wajib didirikan. Antara dalil-dalil tersebut
ialah ;

Firman Allah ;

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu
semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Al-Baqarah : 43)

Firman Allah ;

29

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari
Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang
itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati
Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui
akan apa yang kamu kerjakan. (Al-Ankabut : 45)

Firman Allah ;

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan
Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. (Taha : 14)

Sabda Rasulullah SAW dari Malik Ibn al-Huwaris yang mafhumnya.

Kami datangkan kepada Rasulullah sedang kami adalah pemuda-pemuda


yang berumur sebaya. Kami berdiam disisi Rasulullah 20 malam. Rasulullah seorang
yang sangat penyayang kepada umatnya lagi sangat berlaku halus, sentiasa
mendatangkan kemaslahatan umat. Setelah sekian lama kami tinggal di Madinah,
Rasulullah merasa bahawa kami telah mulai timbul keinginan hendak kembali ke
kampong masing-masing. Kami telah mula merindui ahli-ahli kami.

30

Maka Rasulullah memanggil kami lalu bertanya tentang hal keluarga kami yang kami
tinggalkan. Kami khabarkan kepadanya maka Baginda bersabda ;

Kembalilah kamu semua ke kampungmu menemui ahli-ahlimu dan


tinggallah tetap di kampung untuk memberi pelajaran kepada mereka dan
perintahkanlah mereka bersolat di waktu ini, solat itu di waktu itu. Apabila telah
datang waktu solat, hendaklah seorang diantara kamu azan dan hendaklah orang
yang paling besar (paling tua) diantara kamu menjadi imam dan bersolatlah
sebagaimana kamu lihat saya bersolat
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2.1.4

Golongan Yang Diwajibkan Solat.

Menurut Hasbi Ash-Shiddieqy (1978), solat itu difardukan ke atas tiap-tiap


orang yang mukalaf kecuali 3 golongan yang tidak termasuk di dalamnya iaitu;

I.
II.
III.

Orang yang pitam (pengsan) hingga keluar waktu.


Orang perempuan yang sedang berhaid dan bernifas
Orang yang tidak boleh mengerjakan solat dengan isyarat lagi.

31

Mafhum hadith dari Aishah Radiallahu Anha:

Ada 3 kelompok yang bebas dari hukum iaitu orang yang tertidur sehingga dia
bangun, anak-anak sehingga dia dewasa dan orang yang hilang ingatan sehingga dia
sedar (Riwayat ; Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, al-Tirmidzi dan al-Hakim).

2.1.5

Keutamaan Solat

Solat adalah tiang agama dan ia merupakan ibadah yang pertama diwajibkan
kepada umat Islam pada masa itu, yang diterima langsung oleh Nabi Muhammad
SAW pada waktu Nabi melakukan Isra dan Mikraj. Rasulullah SAW telah bersabda
yang membawa maksud ;

Solat itu tiang agama. Barangsiapa mendirikan solat, bererti ia telah mendirikan
agama dan barang siapa meruntuhkan solat, bererti ia telah meruntuhkan agama
(Riwayat Baihaqi)

32

Sabda Rasulullah yang mafhumnya menjelaskan solat merupakan ibadat pertama


yang diwajibkan dari Anas ;

Difardukan solat atas Nabi pada malam beliau diisrakkan iaitu 50 waktu.
Kemudian dikurangi sehingga ditetapkan kepada 5. lantas Nabi SAW diseru. Ya
Muhammad, Sesungguhnya perkataan disisiku tidak dapat diubah lagi dan
sesungguhnya bagi engkau dengan solat yang lima ini (dinilai sama) dengan 50
waktu.
( Riwayat : Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmidzi)

Solat ialah ibadat yang memisahkan antara islam dan kafir. Mafhum sabda Rasulullah
SAW:

Beza antara seorang lelaki (Muslim) dengan kafir ialah meninggalkan solat

(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibn Majah)

Mafhumnya lagi:

Janji antara kami dan mereka ialah solat, maka siapa yang meninggalkan solat,
maka sungguh telah kafirlah ia
(Riwayat Ahmad dan Ashabu al-Sunan)
33

2.1.6

Kepentingan dan Kelebihan Solat

Ibadat solat bukan sahaja dilihat sebagai ibadah wajib bagi setiap muslim,
bahkan terdapat banyak kelebihan dan kepentingannya yang dipaparkan melalui ayatayat suci Al-Quran iaitu:

I.

Solat dapat mencegah dari melakukan pekara yang keji dan mungkar. Firman
Allah

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan


kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun);
sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan
mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya
dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu
Kerjakan. (Al-Ankabut : 45)

34

II.

Solat dapat memberi ketenangan jiwa


Firman Allah :

Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; (20)


Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; (21)
Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang (22)
(Al-Maaarij : 20-22)

III.

Membina jiwa dan membersihkan ruh

Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada


dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang
berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal
kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintahperintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang
yang mahu beringat. (Hud : 114)
35

IV.

Mendidik manusia berdisplin dan mematuhi peraturan

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka


hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau
duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa
tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu
(dengan sempurna sebagaimana biasa).

Sesungguhnya sembahyang itu

adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang
tertentu waktunya. (Al-Nisa : 103)

V.

Membawa kejayaan

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,(1)


Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (2)
(Al-Mukminun: 1-2)
36

2.1.7

Balasan Terhadap Mereka yang meninggalkan Solat.

Sebagai tiang agama kepada mereka yang beragama Islam, solat merupakan
ibadat yang wajib dilakukan lima kali sehari, pada tempoh masa yang ditetapkan.
Terdapat banyak bukti yang membuktikan kemurkaan Allah SWT terhadap hambaNya
yang meninggalkan solat. Allah SWT telah mengemukakan ancaman yang berat
terhadap mereka yang meninggalkan solat. Firman Allah :

(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang
menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" (42)
Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan
orang-orang yang mengerjakan sembahyang; (43)
(Al-Muddaththir : 42-43)

37

Firman Allah :

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan


sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka
akan menghadapi azab (dalam neraka), (Maryam : 59)
Manakala dalam sebuah hadith, Rasulullah telah bersabda mafhumnya;

Barangsiapa memelihara solatnya, jadilah solat itu bagai cahaya keterangan dan
sebab memperoleh kelepasan di hari qiamat.

Barang siapa tidak memelihara

solatnya tidak ada baginya yang demikian itu bahkan adalah ia di hari qiamat
bersama-sama Qarun, Firaun, Haman Ubai ibn Khalaf
(Riwayat : Ahmad)

38

2.2

Teori-Teori berkaitan

Terdapat beberapa teori yang diguna pakai oleh penyelidik bagi membantu
menjayakan kajian yang dijalankan ini.

2.2.1

Teori teori mengenai Tingkah Laku

Teori belajar behavioristik adalah sebuah teori yang dicetuskan oleh Gage dan
Berliner tentang perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman. Teori ini
berkembang menjadi aliran psikologi belajar yang berpengaruh terhadap arah
pengembangan teori dan pembelajaran yang dikenal sebagai aliran behavioristik.
Aliran ini menekankan pada terbentuknya perilaku sebagai hasil belajar.

Teori behavioristik dengan model hubungan rangsangan dan responnya,


menjelaskan orang yang belajar merupakan individu yang pasif. Respon atau perilaku
tertentu akan muncul dengan menggunakan kaedah latihan.

Tingkah laku akan

muncul bila diberikan ransangan dan akan hilang bila di beri hukuman. Belajar
merupakan kesan adanya interaksi antara rangsangan dan respon (Slavin, 2000:143).
Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan
perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah rangsangan dan
output yang berupa respon. Rangsangan adalah apa saja yang diberikan guru kepada
pelajar, sedangkan respon berupa reaksi atau tanggapan pelajar terhadap apa yang
39

diberikan oleh guru tersebut. Yang dapat perhatikan dalam teori ini ialah rangsangan
dan respon, oleh karena itu apa yang diberikan oleh guru (rangsangan) dan apa yang
diterima oleh pelajar adalah (respon) yang harus diukur. Teori ini mengutamakan
pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi
atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut.

2.2.2

Teori Belajar Menurut Thorndike

Menurut Thorndike, belajar adalah proses interaksi antara rangsangan dan


respon. Rangsangan kegiatan belajar seperti fikiran, perasaan, atau hal-hal lain yang
dapat ditangkap melalui pancaindera.

Sedangkan respon adalah reaksi yang

dimunculkan pelajar ketika belajar berupa fikiran, perasaan atau tindakan.

Jadi

perubahan tingkah laku akibat kegiatan belajar dapat diwujudkan secara konkrit iaitu
yang dengan diamati. Aliran behaviorisme sangat mengutamakan pengukuran. Teori
Thorndike ini disebut pula dengan teori koneksionisme (Slavin, 2000).

Ada tiga hukum belajar yang utama, menurut Thorndike iaitu :


I.
II.
III.

hukum efek
hukum latihan
hukum kesiapan (Bell, Gredler, 1991)

Ketiga-tiga hukum ini menjelaskan bagaimana hal-hal tertentu dapat memperkuatkan


sesuatu respon.
40

2.2.3

Teori Belajar Menurut Watson

Watson pula mendefinisikan belajar sebagai proses interaksi antara rangsangan


dan respon. Namun rangsangan dan respon yang dimaksudkan harus dapat diamati
(observable) dan dapat diukur. Watson adalah seorang behavior terbuka karena
kajiannya tentang belajar disejajarkan dengan ilmu-ilmu lain seperi Fisik atau Biologi.
Teori ini berorientasi pada pengalaman emperika iaitu sejauh mana ia dapat diamati
dan diukur.

2.2.4

Teori Belajar Menurut Clark Hull

Clark Hull juga menggunakan variabel hubungan antara rangsangan

dan

respon untuk menjelaskan pengertian belajar. Namun dia sangat terpengaruh oleh
teori evolusi Charles Darwin. Bagi Hull, semua fungsi tingkah laku bermanfaat untuk
semua organisme meneruskan kehidupan. Oleh sebab itu Hull mengatakan keperluan
biologi (drive) dan keperluan biologi (drive reduction) adalah penting dan bertepatan
dengan seluruh kegiatan manusia, sehingga rangsangan dalam belajar pun dikaitkan
dengan keperluan biologi.Tingkah laku dalam teori ini dan dikaitkan dengan
keperluan biologi (Bell, Gredler, 1991).

41

2.2.5

Teori Belajar Menurut Skinner

Konsep-konsep yang dikemukakan Skinner tentang belajar lebih menyokong


konsep pendapat sebelumnya.

Ia mampu menjelaskan konsep belajar secara

sederhana, namun lebih komprehensif. Menurut Skinner hubungan antara rangsangan


dan respon yang terjadi melalui interaksi persekitarannya sehingga terhasilnya
perubahan tingkah laku.
konsekuensi.

Respon yang diberikan ini memiliki konsekuensi-

Konsekuensi-konsekuensi inilah yang nantinya mempengaruhi

munculnya perilaku (Slavin, 2000). Oleh karena itu dalam memahami tingkah laku
seseorang secara telus kita harus memahami hubungan rangsangan, konsep dan
respon yang berlaku.

Merujuk kajian ini, teori teori behaviorisme diguna pakai oleh pengkaji
dalam mencapai objektif kajiannya. Menurut teori ini, manusia dilihat boleh berubah
melalui rangsangan untuk menghasilkan respon. Sebagai contoh rangsangan yang
dibarikan oleh guru ialah menyenaraikan setiap hari pelajar yang menunaikan solat
subuh, zohor ,asar, maghrib dan isyak. Manakala respon dari pelajar ialah menjaga
waktu solat mereka dari subuh hinggalah ke isyak setiap hari. Melalui teori ini pelajar
akan lebih aktif untuk melakukan solat sekiranya perlakuan solat mereka itu diberi
rangsangan oleh guru samada dalam bentuk pujian dan hadiah.

42

Hikmah dari solat lima waktu ini mereka akan menjaga masa untuk rutin
seharian mereka, berdisiplin dan memenuhkan kehidupan seharian mereka dengan
aktiviti-aktiviti yang baik. Cuma persoalannya di sini sejauhmanakah rangsangan
yang diberikan oleh guru kepada pelajarnya dalam menghasilkan rangsangan yang
baik dari sudut amalan, penjagaan masa, pendisiplinan diri dan akhlak yang mulia.
Melalui kajian ini pengkaji mengklasifikasikan solat mempunyai hubungan secara
langsung untuk mencapai kecemerlangan akademik melalui :

I.

Penjagaan Masa

Menurut Muhammad Farid Kamsan ( 2002) menepati masa dalam


islam

merupakan satu petanda keimanan.

Ketepatan waktu dan

kepentingannya dalam suasana pembelajaran diperlukan pada diri seorang


pelajar. Pelajar yang tidak menghargai dan menghormati ketepatan masa
tidak akan dapat membentuk dirinya sebagai seorang yang beriman dan
cemerlang.

Menurut Muhammad Zakariyya (tiada tahun) Dalam Hadis lain yang


diriwayatkan oleh Ali,

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang

mafhumnya :

43

Jangan melengah-lengahkan dalam tiga perkara : pertama solat apabila


telah masuk waktunya. Kedua pengkebumian mayat apabila mayat telah siap
dikapan.

Ketiga, perkahwinan anak perempuan apabila jodohnya sudah

tiba

Menurut Noraini (1994), menepati masa dalam aktiviti akademik


seseorang pelajar sangat berkaitan dengan bentuk perlakuan yang memerlukan
pendisiplinan diri yang mantap dari seorang pelajar. Secara tidak langsung
sikap pelajar yang suka menangguhkan kerja, suka memberikan pelbagai
alasan, suka berkhayal, pengagihan kerja yang lemah dan sikap tidak tegas
membawa

pembentukan

disiplin

diri

yang

buruk.

Bagi

Noraini

(1994),terdapat tiga kaedah yang membantu pelajar mengatasi masalah ini


iaitu pelajar hendaklah menjadikan sesuatu kerja itu sebagai rutin dan
melaksanakannya sebagai satu tanggungjawab, pelajar perlu sesuaikan diri
dengan sesuatu alternatif baru yang lebih baik dan pelajar membuat sesuatu
dengan gembira

44

II.

Disiplin diri

Solat

mempunyai

mengerjakannya.

waktu-waktu

yang

ditetapkan

untuk

kita

Ketentuan waktu yang disyariatkan mendidik kita

berdisiplin dan mengutamakan perintah Allah dari yang lain.


Firman Allah ;

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka


hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau
duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa
tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu
(dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu
adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang
tertentu waktunya.
(An-Nisa : 103)

45

III.

Menjauhkan diri dari perbuatan mungkar

Menurut Mohd Zaid Mohamed Salleh (2002)Allah SWT dalam


firmanya telah menegaskan bahawa amalan solat yang dilaksanakan dapat
mencegah seseorang itu dari melakukan perbuatan yang keji dan salah di sisi
syarak.

Menurut Azli Yusuf (2001), amal ibadat yang dapat membentuk

pribadi mulia sebagai seorang ialah solat dan zikir. Amalan tersebut akan
mencegah perbuatan dosa, menghindarkan penyakit-penyakit kalbu, jasmani,
menjernihkan air muka, memberikan semangat pada jiwa, memberikan
kekuatan pada anggota badan, menghapuskan berbagai-bagai syahwat,
menarik rahmat Allah dan menghapuskan kesusahan.

IV.

Membawa kejayaan

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,(1)


Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (2) (Al-Mukminun : 1-2)

46

Allah menjanjikan kejayaan kepada orang-orang Islam yang solat


dengan khusyuk. Janji Allah ini merupakan rangsangan untuk pelajar yang
mahu berjaya. Bukan hanya melakukan solat bahkan digalakkan melakukan
solat tersebut dengan khusyuk.

2.3

Kajian Berkaitan

2.3.1

Kajian Dalam Negara

Abd Rauf (1994), kajian mengenai kehidupan mereka seharian dan sewaktu
menjalani latihan Universiti Malaya, sama ada latihan tempatan, latihan tahunan atau
latihan lanjutan. Kajian mendapati bahawa 80% menunaikan solat Zuhur manakala
20% lagi tidak menunaikan solat. Kajian tersebut menyimpulkan bahawa masih
ramai responden tidak solat, bukan sahaja semasa latihan malah dalam kehidupan
seharian. Tindakan yang dilakukan oleh responden terhadap solat yang ditinggalkan
ialah sebahagian besar mengqada solat selepas menjalani latihan. Walau
bagaimanapun, terdapat ramai juga responden yang tidak mengqada solat yang
ditinggalkan.

47

Humaira (1997) dalam Umi Rohaiyu (2001), kajian mengenai Amalan Solat
Di Kalangan Remaja Di Sekitar Daerah Temerloh. Hasil kajian kekerapan remaja
meninggalkan solat adalah lebih tinggi berbanding mereka yang tidak pernah
meninggalkan solat. Iaitu sebanyak 68.9%. Melalui kajian yang dijalankan faktor
utama responden meninggalkan solat ialah kerana sifat malas.

Sofiah (1999), kajian Pengurusan Konsep Kendiri Ke Arah Kecemerlangan


Akademik. Responden seramai 165 pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah
Sultan Abdul Halim, Jitra. Kajian menunjukan bahawa terdapat hubungan yang
lemah antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik.

Di dalam satu lagi kajian bertajuk Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Amalan


Pendidikan Islam Seseorang Pelajar oleh Kamarizan (2000), kecemerlangan
akademik pelajar dipengaruhi oleh faktor diri sendiri, ibu-bapa dan faktor
persekitaran.

Kajian yang bertajuk Sikap Pelajar terhadap Amalan Perlaksanaan Solat yang
telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai oleh Ummi Rohaiyu (2001), menunjukkan bahawa keseluruhan
pelajar mengetahui tentang hukum wajib menunaikan solat dan mereka mempunyai
sikap yang positif terhadap tanggungjawab menunaikan solat.

Kajian ini dibuat

menggunakan instrumen soal selidik dengan melibatkan 272 responden dari tahun
48

satu hingga empat. Hasil dari soal selidik yang dijalankan oleh Ummi Rohaiyu
(2001) mendapati 92.7% daripada responden menyatakan mereka tidak pernah
meninggalkan solat. Manakala terdapat 3.7% yang tidak pasti samada mereka pernah
meninggalkan solat atau tidak dan seterusnya terdapat juga 3.7% pelajar yang masih
meninggalkan solat. Hasil kajian menunjukkan pelajar mempunyai sikap positif
terhadap kewajipan solat. Rangsangan mengerjakan solat mampu memberikan respon
positif untuk pelajar menjaga masa dan mencari kejayaan.

Siti Fatimah Sudin (2002) kajian mengenai hubungan pembacaan Al-Quran


dan perlaksanaan solat di kalangan mahasiswa Melayu di UiTM Shah Alam, populasi
kajian ini melibatkan 67 orang pelajar bahagian Satu, Fakulti Pengurusan Ladang,
Universiti Teknologi Mara, Kampus Jengka, Pahang. Populasi terdiri dari 30 orang
lelaki dan 37 orang perempuan.

Beliau mendapati bahawa 72% pelajar boleh

membaca al-Quran secara sederhana, 21% lancar dan 7% tidak lancar. Di samping
itu, 93% daripada mereka dapat merasakan ketenangan apabila membaca al-Quran,
2% tidak merasa apa-apa dan 5% tidak pasti. Dapatan kajian menjelaskan bahawa
mahasiswa yang boleh membaca Al-Quran membolehkan mereka menunaikan solat.

Dalam kajian yang lain, Perkaitan Solat dengan Amalan Pengurusan


Akademik Pelajar Islam yang dijalankan ke atas 46 orang pelajar lelaki Kolej
Rahman Putra oleh Muhammad Farid bin Hassan (2002), 23 orang pelajar yang
istiqamah mendirikan solat dan 23 orang lagi merupakan pelajar yang mendirikan
solatsendirian di asrama. Hasil kajian mendapati bahawa kumpulan pelajar yang
49

mempunyai tahap kefahaman amalan yang tinggi dalam solat mempunyai tahap
amalan pengurusan masa akademik yang baik. Manakala pelajar yang mempunyai
tahap kefahaman yang sederhana pula mempunyai tahap pengurusan masa yang
sederhana.

Kajian juga mendapati terdapat hubungkait amalan solat dalam

membentuk displin pelajar. Hasil kajian ini, menunjukkan bahawa amalan solat yang
membentuk displin pelajar sehingga mampu menguruskan masa dengan baik.

Zukina Binti Yusoff (2003), Hubungan Antara Latar Belakang Keluarga


Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Melayu Dalam PMR. 200 orang responden
daripada 4 buah sekolah yang mewakili kategori bandar dan luar bandar telah dipilih
Hasil ujian korelasi menunjukkan tahap pendidikan ibubapa, jenis pekerjaan, saiz
keluarga, persekitaran keluarga dan pendapatan ibubapa mempunyai hubungan yang
signifikan dengan pencapaian akademik pelajar.

Mohd Suhardi (2004), mengkaji tahap pengamalan solat fardhu adalah


berbeza-beza di kalangan remaja Islam. Buktinya ialah peratusan pelajar remaja yang
mengerjakan solat fardhu secara konsisten hanyalah sebanyak 53.2% manakala
bakinya iaitu sebanyak 46.7% lagi berpendapat mereka tidak konsisten di dalam
mengerjakan solat fardhu. Sifat malas dan sibuk dengan urusan lain merupakan di
sebab utama kebanyakkan pelajar remaja meninggalkan solat fardhu. Kenyataan ini
terbukti apabila seramai 77.8% responden memberi jawapan bahawa punca utama
mereka meninggalkan solat fardhu adalah kerana malas dan sibuk dengan urusan lain.
Kajian di mana respondennya adalah terdiri dari pelajar tahun enam.
50

Mohamad Shafiee (2004), membuat kajian tentang perlaksanaan solat


terhadap pelajar tahun enam, mendapati bahawa hanya 36.3% responden sahaja yang
mendirikan solat fardhu cukup 5 waktu sehari semalam. Antara faktor-faktor yang
membuatkan mereka tidak menunaikan solat fardhu ialah kerana malas (7.95%), tidak
tahu bersolat (15.91%), sibuk belajar (42.05%) dan lain-lain (34.09%).

2.3.2

Kajian luar Negara

Coan (1973) kajian perkaitan hubungan di antara personaliti dengan


tingkahlaku merokok. Seramai 361 orang sampel di pilih dalam kajian. Sampel
terdiri dari 83 pelajar lelaki yang merokok manakala 87 orang pelajar yang tidak
merokok, 92 orang merupakan perokok wanita dan 99 pelajar wanita bukan perokok.
Hasil kajian menunjukkan bahawa perokok adalah lebih ekstravert , lebih liberal,
lebih terbuka kepada pengalaman yang cenderung untuk melakukan sesuatu perkara
yangmengikut perasaan. Mereka juga merupakan pelajar yang cenderung merasa
sedih jika di bandingkan dengan bukan perokok. Dalam kajian ini sikap ekstravet,
menurut Mok Soon Sang (2003) mempengaruhi sikap kanak-kanak semasa awal umur
6 -10 tahun akan terbawa-bawa sehingga mereka membesar ke alam remaja dan
dewasa.

51

Bishop dan Ingersoll (1989), pula mengkaji kesan konflik rumah tangga dan
struktur konsep kendiri remaja berumur 8 hingga 12 tahun. Subjek terdiri daripada 16
pasang ibu remaja dari keluarga normal dan 17 pasang ibu-remaja dari keluarga tiri.
Keputusan kajian mendapati remaja dari keluarga yang bahagia dan hubungan iburemaja yang rapat mempunyai konsep kendiri yang positif. Konsep kendiri yang
positif jika dikaitkan dengan dengan definasi solat iaitu boleh membawa individu
yang mengerjakannya kearah pribadi mulia dan positif.

Menurut kajian Jabatan Pendidikan Iowa (1989) yang dipetik oleh Lamport
dan Andre (1993) hubungan pencapaian akademik dengan sikap pelajar berkaitan
HIV. Hasil kajian mendapati pelajar yang mempunyai pengetahuan tinggi yang
mengamalkan sek bebas tanpa memakai pelindung 66 %. Pelajar yang mempunyai
pencapaian akademik yang tinggi tetapi mereka masih mengamalkan tingkah laku
berisiko di mana 54 % dari pada mereka mempunyai hubungan seks yang aktif.
Kajian ini menunjukkan pencapaian akademik bukanlah satu tanda aras kepada
tingkah laku yang baik. Namun bagi mereka yang mendirikan solat dengan khusyuk
dapat membimbing pelajar ke arah tingkah laku yang bermoral. Pendidikan awal
berkaitan seks dimulakan dari alam kanak-kanak lagi barulah memberikan kefahaman
yang jitu bagi mengelakkan perlakuan gejala seks bebas apabila mereka melalui
zaman remaja.

52

Menurut kajian Kurz, Kurtz&Jarvist (1991), mendapati remaja yang


lari dari rumah disebabkan terinaya 87.3%. Penderaan seks di dalam keluarga, 83.9%
berpunca dari penderaan seks dan fizikal di dalam keluarga. Menurut Olson, Mannina
& Shore (1991) mendapati individu yang lari dari rumah mempunyai sejarah kerja
yang tidak setabil, terasing dari keluarga, terlibat di dalam masalah jenayah serta tidak
berkeinginan untuk berkahwin.

Salah satu masalah remaja lari dari masalah

pergelutan negatif di dalam keluarga. Dalam konsep solat melaksanaan solat secara
khusyuk akan membawa sesorang insan itu lebih elok dari segi pergaulan dalam
keluarga dan diri individu itu sendiri.

Eysenck, Mohan dan Virdi (1994), mengkaji personaliti perokok dan peminum
arak di kalangan pelajar universiti. Seramai 500 sampel (250 lelaki dan 250 wanita)
telah menjawab soal selidik EPQ. Keputusan kajian menunjukkan bahawa sampel
yang merokok dan minum arak mendapat skor yang tinggi pada tret dan psikoti.
Dalam kajian ini juga membabitkan personaliti ekstrovert mempengaruhi sikap
pelajar bermula dari kanak-kanak sehingga terkesan ke alam remaja dengan membuat
tingkah laku tidak bermoral.

53

2.4

Kesimpulan.

Sorotan kajian adalah penting bagi sesuatu kajian yang akan dijalankan
kerana ia akan memberi rasional bahawa teori-teori yang digunakan dalam sesuatu
kajian itu bukanlah teori ciptaan pengkaji sendiri. Bagi kajian ini, pengkaji memilih
Teori Behavoir sebagai asas dan rujukan utama. Dalam bab ini juga, pengkaji telah
menyatakan tentang kajian-kajian lepas termasuklah dalam dan luar negeri. Namun
kajian lepas ini hanyalah tentang solat, gejala sosial dan pencapaian akademik.

54

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan

membincangkan tentang metodologi iaitu

berkenaan dengan cara dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini bagi
memperolehi keputusan yang sah serta boleh dipercayai.

Pengkaji akan

membincangkan aspek-aspek seperti reka bentuk kajian, populasi sampel kajian,


lokasi kajian, instrumen penyelidikan yang digunakan, prosedur pengumpulan data,
penganalisian data dan jangka masa kajian. Keesahan serta kebolehpercayaan alatalat kajian akan diterangkan oleh pengkaji. Kebanyakkan perkara yang akan diulas
juga adalah berkaitan dengan pengkaedahan dan prosedur kajian ini akan dijalankan.
Metodologi kajian mempunyai maksud yang luas berkaitan dengan prosedur dan cara
pengolahan data bagi menyelesaikan atau menjawab persoalan penyelidikan termasuk
menguji hipotesis Azizi Yahaya et al, (2006).

Jackson (2006) memberi takrif

metodologi adalah syeksyen yang menerangkan secara terperinci tentang cara


sesebuah kajian dijalankan dan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti peserta,

55

peratus dan prosedur. Setiap perkara ini akan dijelaskan secara terperinci untuk
menggambarkan metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

3.2

Reka Bentuk Kajian

Penyelidikan ialah satu proses yang djalankan untuk menjelaskan situasi yang
berlaku di persekitaran mereka.

Menurut Mohamad Najib Abd Ghaffar (1999)

bahawa reka bentuk sesuatu kajian adalah teknik dan kaedah tertentu untuk
memperolehi maklumat yang diperlukan untuk menjelaskan objektif sesuatu kajian.
Borden dan Abbott (2008) menerangkan reka bentuk dalam kajian merupakan
peringkat penting menentukan ketepatan dalam kesimpulan tentang perkara yang
dikaji yang diperolehi dari dapatan kajian. Menurut Muhammad Najib Abd. Ghaffar
(2003) penggunaan statistik tidak banyak bergantung kepada reka bentuk tetapi
kepada jenis data yang diperolehi.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kajian berbentuk kuantitatif. Kajian


berbentuk kolerasi digunakan dalam menentukan hubungan penngamalan solat dan
pencapaian akademik. Menurut Muhammad Najib Abd. Ghaffar ( 2003) dari segi
kuantitatif perbandingan antara min adalah cara paling senang. Bagi Sidek Mohd.
Noah (2003) menyifatkan kajian kolerasi merupakan satu kajian untuk menyiasat
setakat mana variasi dalam satu faktor seimbang dengan variasi-variasi dalam satu
56

atau lebih faktor lain berasaskan pekali korelasi. Menurut Borden dan Abbott (2008)
kajian kolerasi merupakan kajian yang merangkumi pemerhatian terhadap nilai dua
atau lebih pembolehubah dan menentukan hubungan yang wujud antara
pembolehubah tersebut Borden dan Abbott (2008), dalam kajian kolerasi, perubahan
dalam

sesuatu

pembolehubah

akan

menyebabkan

perubahan

dalam

satu

pembolehubah yang lain tetapi pengujian yang terperinci belum lagi dijalankan untuk
mengkaji samada satu pembolehubah mempengaruhi pembolehubah yang lain.

3.3

Lokasi Kajian

Pengkaji telah memilih Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir, Ledang, Johor,


sebagai pilihan tempat kajian utama. Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir, Ledang
adalah kerana pelajar tahun empat di sekolah ini dijalankan pada sesi petang maka
pelajar ini dapat menjalankan solat Zohor dan solat Asar secara berjamaah sepanjang
sesi persekolahan. Penyelidik ingin mengenalpasti adakah perlaksanaan aktiviti solat
berjamaah di sekolah mampu membantu pihak sekolah dalam melahirkan para pelajar
yang cemerlang dari sudut pengamalan solat akademik. Namun sebab utama kenapa
sekolah ini menjadi tempat untuk menjalankan kajian adalah diambil kira dari segi
kemudahan menjalankan urusan dan proses kajian.

Ini mengambil kira faktor

jarak, masa, tenaga dan penjimatan perbelanjaan sepanjang kajian ini dijalankan.

57

3.4

Sampel Kajian

Menurut Ary (1985), dalam Siti Noorazzura (2009) terdapat dua kriteria bagi
menentukan sesuatu sample yang baik iaitu perwakilan dan kecukupan.
Populasi ialah semua kes atau subjek yang kita minat untuk mengkajinya Sidek
Mohd. Noah (2003). Sample kajian yang dipilih ialah pelajar tahun enam yang
sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan Gersek, Ledang Johor.

Pengkaji menggunakan persampelan purposif yang bertujuan dalam kajian ini


bagi kumpulan sampel yang mewakili pelajar tahun enam dalam Sekolah Kebangsaan
Gersek, Ledang, Johor. Persampelan ini digunakan adalah kerana bagi mendapatkan
data dan maklumat yang dikehendaki dalam menjawab persoalan , Azizi et al. (2007).

3.5

Instrumen Kajian

Menurut Mohd Majid Konting (2004) soal selidik digunakan untuk


mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan
sebagainya. Soal-selidik juga dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran. Bagi
Skager dan Weinberd dalam Majid, 1993, dalam Ummi Rohaiyu (2004) soal selidik
merupakan instrumen yang kerap digunakan dalam kajian deskriptif.

Menurut

Muhammad Majid, 2000, dalam Noorazura ( 2009) soal selidik merupakan alat ukur
58

yang digunakan di dalam penyelidikan pendidikan.

Soal selidik adalah suatu

instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta,


kepercayaan, perisian kehendak dan sebagainya. Menurut Najib, 1999, dalam Ummi
Rohaiyu (2004) soal selidik selalu digunakan untuk mengetahui sikap seseorang iaitu
dengan menggunakan soal selidik secara terbuka (bebas-jawab), senarai semak dan
skala kadar.

Instrumen yang akan digunakan oleh penyelidik dalam kajian

ini ialah

berbentuk soal selidik. Soal selidik yang diedarkan adalah berkaitan pengetahuan
pelaksanaan solat dengan amalan solat. Soal selidik ini dibina oleh Norlyana Sulong,
(2006) mengandungi 20 item yang telah disahkan nilai kebolehpercayaan Cronbach
alfpa 7.5. Satu aras yang tinggi nilai kebolehpercayaanya.

3.5.1

Bahagian A (Maklumat Latar Belakang Sampel)

Bahagian ini mengandungi item yang berkaitan dengan maklumat diri pelajar
seperti jantina, bangsa, dan keputusan peperiksaan terkini.

59

Jadual 3.1 Skor bagi faktor demografi


Demografi
Jantina

Faktor
Lelaki

Bangsa

Keputusan terkini

3.5.2

Kod
1

Perempuan
Melayu

2
1

Cina

India
5A

3
4

3A-4A

1 A-2A

Tiada A

Bahagian B (Soalan Kajian)

Bahagian ini mengandungi item berkaitan dengan tahap pengetahuan tentang


ibadah solat dan tahap amalan ibadah solat. Soal selidik ini dibina oleh Norlyana
Sulong, (2006) dan mempunyai aras kebolehpercayaan Cronbach alfpa 7.5 . Soal
selidik ini mengandungi 20 item dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu tahap
pengetahuan dan tahap amalan solat. Item-item tersebut dinilai dengan menggunakan
skala lima mata daripada sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju dan
sangat setuju.

Jadual 3.2

Taburan Soalan Kajian

Pembolehubah

Nombor item

Jumlah item
60

Tahap

pengetahuan

pelajar
1, 3, 5, 7, 9, 11, 13, 15, 17 & 19

10

2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18 & 20

10

terhadap ibadah solat


Tahap amalan pelajar terhadap
ibadah solat

Skala likert 5 mata digunakan yang kemudiannya dibahagikan kepada lima


peringkat iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju.
Nilai-nilai bagi setiap skala adalah seperti jadual di bawah :

Jadual 3.3 Skala Likert


Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Kurang setuju

Setuju

Sangat setuju

3.6

Kebolehpercayaan Dan Keesahan Intrumen

Soal selidik yang diedarkan adalah berkaitan tahap pengetahuan solat dengan
tahap amalan solat, mengandungi 20 item yang telah disahkan nilai kebolehpercayaan
61

dan dibina oleh Norlyana Sulong, (2006).

Soal selidik ini mempunyai

aras

kebolehpercayaan Cronbach alfpa 7.5, satu aras yang tinggi nilai keboleh
percayaanya.

Hayes (2000) memberitahu kebolehpercayaan merupakan prinsip penting


dalam pembinaan item yang akan menentukan sesuatu alat ukur

memberikan

keputusan yang konsisten dalam sesuatu situasi yang boleh dijangkakan kosistensi
alat ukur. Menurut Sidek Mohd. Noah (2005), nilai kebolehpercayaan yang terendah
yang boleh di guna pakai ialah 0.5 dan yang paling tinggi ialah yang boleh di terima
pakai ialah 0.9.

Manakala Francis (2004) menyatakan bahawa semakin hampir

sesuatu nilai alfha ke satu, maka semakin tinggi nilai keboleh percayaan sesuatu alat
ukur dan nilai terendah pekali kebolehpercayaan yang boleh diguna pakai ialah 0.7.
Menurut Mohd Salleh dan Zaidatun (2001) menyatakan intrumen yang mempunyai
nilai alfpa lebih dari 0.6 sudah boleh dianggap tinggi dan diterima. Ini bermakna soal
selidik yang di bina oleh Norlyana Sulong, (2006) dengan aras kebolehpercayaan
Cronbach alfpa 7.5, satu aras yang tinggi nilai kebolehpercayaannya.

3.7

Tatacara Pemerolehan Data

Menerusi kajian yang dijalankan ini data akan dikumpulkan

secara

berperingkat. Borang soal selidik akan disediakan mengikut jumlah keseluruhan


62

responden yang ingin dikaji. Sebelum soal selidik ini diedarkan pengkaji terlebih
dahulu berbincang dengan guru agama, guru bimbingan kaunseling dan Guru
Penolong Kanan Pentadbiran.

Beberapa saranan telah diberikan kepada pengkaji bagi memudahkan proses


penyebaran dan pengumpulan semula borang soal selidik ini.

Semasa sesi soal selidik dijalankan pengkaji membacakan soalan satu persatu
untuk membantu murid aras tiga memahami maksud soalan yang dikehendaki agar
mereka dapat memberikan jawapan yang tepat.

Cara ini amat penting bagi

memastikan keputusan kajian akan didapati dengan cepat dan betul. Setelah borang
soal selidik dikembalikan dan bilangan yang di terima memenuhi syarat persampelan,
data dimasukkan ke dalam perisian Statistical Packages For Social Sciens (SPSS)
14.0 untuk diproses dan dimanupulasikan berdasarkan kehendak objektif yang
dinyatakan. Kesemua hasil keputusan data akan dibincangkan berdasaran objektif
dan hipotesis yang diterjemahkan dalam bentuk laporan projek yang lengkap.

3.8

Tatacara Menganalisis Data

Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical


Packages For Social Sciens (SPSS) 14.0 for Windows. Data yang diperoleh akan
63

ditransformasikan dengan menggunakan analisis secara deskriptif dan inferansi. Data


yang telah diproses akan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Menurut Bordens &
Abbott (2008) analisis deskriptif membantu pengkaji dalam merumuskan data yang
diperolehi dengan menggunakan angka yang ringkas.

Penganalisaan data dalam

kajian ini di bahagikan kepada dua iaitu dan kaedah statistik inferensi digunakan
untuk menjawab persoalan kajian. Statistik inferensi yang akan digunakan adalah
pekali korelasi pearson .

3.8.1

Statistik Deskriptif

Menurut Bordens & Abbott (2008) analisis deskriptif membantu pengkaji


dalam merumuskan data yang diperolehi dengan menggunakan angka yang ringkas.
Menurut Azizi Yahaya et. al (2006) analisis deskriptif ialah analisis yang digunakan
bagi menghuraikan atau membuat ringkasan

pada maklumat atau data yang

diperolehi bagi populasi atau sampel.

Data-data yang dikumpulkan melalui soal selidik bahagian (A) iaitu berkaitan
dengan butir-butir diri responden akan dianalisis secara deskriptif dan hasilnya
diterangkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan kekerapan dan peratusan data.
Kiraan frekuensi dan pemeratusan digunakan bagi mengetahui taburan responden
berdasarkan maklumat pemahaman solat, amalan solat dan keputusan terkini pelajar.

64

Bahagian (B) pula soal selidik yang mengandungi soalan-soalan berkaitan


tahap pemahaman solat dan tahap amalan solat pelajar. Sebanyak 20 item soalan
disediakan.

Bahagian ini dianalisis dengan menentukan kiraan min skor dan

peratusan. Dalam kajian ini pengkaji akan menggunakan jadual dan keterangan untuk
merumus data yang diperolehi.

Merujuk kepada kajian ini nilai min yang ditetapkan ialah :

Rajah 3.4 Kriteria nilai skor mean


Tahap
Tahap Pengetahuan

Tahap Amalan

3.8.2

Julat
10.00 - 23.33

Mean
Rendah

23.34 36.66

Sederhana

36.67 50.00
10.00 - 23.33

Tinggi
Rendah

23.34 36.66

Sederhana

36.67 50.00

Tinggi

Statistik Inferensi

Menurut Coolican (2006) menyatakan kolerasi merupakan perhubungan antara


dua pembolehubah. Menurut Coolican (2004) hubungan kolerasi merupakan satu
pernyataan yang mengandungi dua pembolehubah yang berkaitan, perubahan dalam
satu pembolehubah akan menyebabkan pembolehubah yang satu lagi berubah dan
65

perubahan yang berlaku ini boleh dijangkakan.

Definasi ini diperkukuhkan lagi

dalam Azizi Yahaya et.al (2006), yang menyatakan tujuan sebenar kajian kolerasi
dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan antara pembolehubah dan
menggunakan perkaitan itu bagi membuat ramalan pada keputusan kajian yang
dilakukan.

Hubungan kolerasi boleh berlaku dalam bentuk yang positif dan negatif,
Coolican (2004). Kolerasi positif berlaku apabila peningkatan dalam pembolehubah
yang dikaji. Manakala kolerasi negatif berlaku apabila peningkata hanya berlaku
dalam satu pembolehubah sahaja dan satu lagi berlaku penurunan, Coolican (2004).
Menurut Beins (2004) menyatakan dalam kajian kolerasi pengkaji tidak akan tahu
hubungan antara punca-akibat kerana dalam kajian kolerasi pengkaji tidak dapat
memastikan hubungan (A) menjadi penyebab kepada (B) atau (B) menjadi menyebab
kepada (A).

Menurut Norrazzura (2009), bagi menginterprestasi secara signifikan


hubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam kajian samada
mempunyai kolerasi rendah atau tinggi maka nilai p dirujuk iaitu terdapat hubungan
signifikan apabila nilai p< 0.05. Petunjuk kekuatan suatu pekali kolerasi di rujuk
dalam jadual di bawah di mana nilai yang menghampiri 1.0 adalah sangat kuat dan
nilai yang menghampiri 0 adalah sangat lemah berdasarkan skala yang dibentuk oleh
Rowntree (1981) dan jadual menunjukkan kaedah penentuan pemilihan statistk bagi
proses penganalisian data, (Norrazzura, 2009).
66

Jadual 3.5 Klasifikasi kekuatan kolerasi ( Rowntree, 1981)


Bil
1
2
3
4
5

Julat ( + atau -)
0.0 hingga 0.2
0.2 hingga 0.4
0.4 hingga 0.7
0.7 hingga 0.9
0.9 hingga 1.0

Kekuatan Hubungan
Sangat Lemah
Lemah, Rendah
Sederhana
Tinggi, Kuat
Sangat Kuat,Sangat Tinggi

Hipotesis yang akan dikaji dengan menggunakan analisis kolerasi ialah seperti yang
terdapat dalam jadual 3.6.

Jadual 3.6 Kaedah Penentuan pemilihan statistik bagi proses penganalisian data
Bil Hipotesis
Ho1 Tidak terdapat hubungan

Pembolehubah
Tahap Pengetahuan

Skala
Sela

signifikan diantara tahap


amalan solat dengan tahap Tahap Amalan

Analisis
Pekali Kolerasi
Pearson

Sela

pencapaian akademik di
kalangan pelajar

67

Ho2 Tidak
signifikan

terdapat
diantara

hubungan Tahap amalan

Sela

tahap

pengetahuan solat dengan tahap Tahap

Pekali Kolerasi
Pearson

pencapaian Sela

amalan solat di kalangan pelajar. akademik

3.9

Kesimpulan

Kajian yang dijalankan ini melibatkan penganalisian data secara deskriptif


dan statistik inferensi. Populasi dan sampel kajian, lokasi kajian, reka bentuk kajian,
pengujian, keesahan dan kebolehpercayaan alat ukur yang digunakan, prosedur
pemunggutan data serta penganalisian data adalah aspek penting bagi membantu
memastikan pengkaji menjalankan kajian secara lebih terperinci. Kajian jenis kolerasi
telah dilaksanakan bagi kajian ini.

Data-data yang diperolehi dianalisis dengan

menggunakan SPSS versi 14.0 bagi menjawab hipotesis-hipotesis kajian, ujian kolerasi
Pearson ` r` digunakan dalam kajian ini.
68

BAB 4

HURAIAN DAN ANALISIS DATA

4.1

Pengenalan.

69

Bab ini akan membentangkan hasil dapatan kajian yang diperolehi


berdasarkan penganalisian data yang telah dilaksanakan ke atas responden kajian yang
terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Gersek, Ledang, Johor.
Sebanyak 32 set soal selidik telah diedarkan kepada responden kajian dan telah
dijawab dengan lengkap dan dikembalikan oleh responden kepada pengkaji. Hasil
dapatan yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package
For The Social Science (SPSS) versi 14.0.

Data yang diperolehi di analisis

berdasarkan kekerapan, peratusan dan juga min. Penganalisan data kajian secara
keseluruhannya terbahagi kepada ;

I.
II.

Analisis Persoalan Dapatan Kajian (1)

III.

Analisis Persoalan Dapatan Kajian (2)

IV.

Analisis pengetahuan pelajar tentang solat.

V.
VI.

4.2

Analisis profil responden.

Analisis tahap pengamalan solat di kalangan pelajar.


Analisis inferensi.

Bahagian A : Profil Responden.

Beberapa aspek telah dilihat oleh pengkaji bagi menganalisis secara deskriptif
maklumat peribadi responden. Analisis secara deskriptif ini akan dinyatakan dalam
bentuk kekerapan dan peratusan. Maklumat-maklumat tersebut ialah aspek jantina,
70

keturunan, tahap pengetahuan tentang solat, tahap pengamalam tentang solan dan
pencapaian akademik pelajar.

4.2.1

Taburan Responden Mengikut Jantina.


Jadual 4.1 : Analisis taburan responden mengikut jantina.
JANTINA
Lelaki
Perempuan
JUMLAH

N
16
14
30

%
53.33
46.67
100

Jadual 4.1 menunjukkan taburan bilangan responden dan peratusannya


mengikut jantina yang terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan Tahun Enam Sekolah
Kebangsaan Gersek, Ledang, Johor.
4.2.2

Taburan Responden Mengikut Tahap Pencapaian Akademik


Jadual 4.2 : Analisis responden mengikut tahap pencapaian akademik.
KEPUTUSAN
Tiada
1A 2A
3A 4A
5A
JUMLAH

N
23
53
32
9
117

%
19.7
45.3
27.7
7.7
100

IV.2.3 Analisis Persoalan Dapatan Kajian (1)

Terdapat 10 item yang disenaraikan oleh pengkaji dalam soal selidik yang
berkaitan dengan tahap pengetahuan pelajar tentang solat. Item 3 adalah item yang
mempunyai nilai min yang tertinggi iaitusebanyak 4.79 serta nilai sisihan piawaian

71

adalah 0.565 dengan peratusan setuju yang tinggi iaitu 98.3% yang menyatakan
hukum melaksanakan solat adalah wajib.
Selain itu item kedua mempunyai dapatan nilai min yang tinggi juga adalah
item 10. Iaitu solat adalah penghubung antara hamba dengan pencipta-Nya. Nilai
minnya adalah sebanyak 4.63 dengan sisihan piawai 0.749. Peratusan skor pula
adalah sebanyak 91.4%.
Bagi item yang mempunyai dapatan rendah pengertian solat iaitu solat ialah
perkataanperkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri
dengan salam. Peratus yang bersetuju bagi item ini ialah 13.7% dengan minnya 1.99
dan sisihan piawai sebanyak 1.214.
Jadual 4.3: Analisis tahap pengetahuan solat di kalangan responden
TS
N

Item Pernyataan

Solat ialah rukun Islam yang 50

S
N

Min

S.D

42.8 67

57.3 3.64

1.163

101 86.4 16

13.7 1.99

1.214

kedua.
Solat ialah perkataan-perkataan
dan perbuatan yang dimulakan
2
dengan takbir dan diakhiri dengan
salam.

Hukum

melaksanakan

solat
2

1.8

115 98.3 4.79

0.565

6.9

109 93.2 4.62

0.935

adalah wajib
4

72

Solat wajib itu ada lima waktu.

Berdosa besar jika meninggalkan


5

10

8.6

107 91.5 4.48

1.030

27

23.1 90

77.0 4.08

1.110

28

23.9 89

76.1 4.09

1.033

54

46.1 63

53.9 3.59

1.091

solat tanpa sebarang keuzuran.

Sakit bukan alasan untuk tidak


6
menunaikan solat.

Solat yang ditinggalkan wajib


7
diqadakan (digantikan) semula

Anda memahami setiap maksud


8
ayat bacaan dalam solat.

Solat jamak dan qasar adalah


rukhsah
9

(keringanan)

kepada 11

9.4

106 90.6 4.47

0.760

10

8.6

107 91.4 4.63

0.749

orang yang bermusafir.

10
Solat adalah penghubung antara
hamba dengan penciptaNya.

73

JUMLAH

4.2.4

4.03

1.020

Analisis Persoalan Dapatan Kajian (2)

Terdapat 10 item yang disenaraikan oleh pengkaji dalam soal selidik yang
berkaitan dengan tahap pengetahuan pelajar tentang solat. Item 3 adalah item yang
mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu sebanyak 4.59 serta nilai sisihan piawaian
adalah 0.731 dengan peretusan setuju yang tinggi iaitu 92.3% yang menyatakan anda
akan pastikan diri anda dalam keadaan suci sebelum solat.

Selain itu item kedua yang mempunyai dapatan nilai min yang tinggi juga
adalah item 7. Iaitu anda akan berhenti menonton rancangan kegemaran anda untuk
menunaikan solat apabila masuk waktu. Nilai minnya adalah sebanyak 4.22 dengan
sisihan piawai 1.167. Peratusan skor pula adalah sebanyak 82.1%.
Bagi item yang mempunyai dapatan rendah anda sentiasa melaksanakan solat
lima waktu dalam sehari. Peratus yang bersetuju bagi item ini ialah 8.6% dengan
minnya 1.88 dan sisihan piawai sebanyak 1.123.

Jadual 4.4: Analisis tahap pengamalan solat di kalangan responden


Item Pernyataan
1

TS
S
N
%
N
107 91.5 10

%
8.6

Min

S.D

1.88

1.123

Anda sentiasa melaksanakan solat

74

lima waktu dalam sehari.

Anda

tetap

mendirikan

solat

27

23.1 90

76.9 4.09

0.973

108 92.3 4.59

0.731

walaupun sakit.

Anda akan pastikan diri anda


3

dalam

keadaan

suci

sebelum 8

6.8

menunaikan solat.

Anda selalu melakukan solat


4

70

59.9 4.7

40.2 3.21

1.143

50

42.7 67

57.3 3.61

1.165

menunaikan 30

25.7 87

74.4 4.04

1.227

21

17.9 96

82.1 4.22

1.167

fardhu pada awal waktu.

Anda akan mengantikan solat


5
fardhu yang tertinggal.

Tugas
6

yang

menghalang

banyak
anda

tidak

tanggungjawab solat.
7
Anda akan berhenti menonton
rancangan kegemaran anda untuk
menunaikan solat apabila masuk.
75

Anda akan menunaikan solat


8

terlebih dahulu sebelum menatapi 22

18.8 95

81.2 4.14

1.060

23.0 90

76.9 4.11

1.026

18.8 95

81.2 4.08

1.063

3.79

1.067

bahan bacaan.

Anda mengutamakan solat anda


berbanding dengan aktiviti harian 27
9
anda yang lain.

Anda sentiasa berusaha untuk


10

22
khusyuk dalam solat.

JUMLAH

4.3

Bahagian B

: Analisis Pengetahuan Pelajar Tentang Solat.

Jadual 4.5 : Taburan skor item 1


STS TS
K
K

KS S
K
K

SS
K
76

Item Soalan

MIN SD

Solat ialah rukun Islam yang 7

11

32

34

33

3.64 1.163

kedua

9.4

27.4 29.1 28.2

6.0

Sumber : Soal Selidik Pengkaji

Bagi item pertama, seramai 7 orang atau 6.0 % sangat tidak bersetuju
menyatakan solat ialah rukun yang kedua. Manakala 11 orang pelajar atau 9.4 peratus
tidak bersetuju, 32 orang atau 27.4% kurang bersetuju, 34 orang atau 29.1 setuju dan
33 atau 28.2 sangat bersetuju bahawa solat merupakan rukun Islam yang kedua.Min
bagi item ini tinggi iaitu 3.64 dengan sisihan piawaiannya 1.163.

Jadual 4.6 : Taburan skor item 2

STS TS
K
K

KS S
K
K

SS
K

Item Soalan

MIN SD
%

77

Solat

ialah

perkataan- 56

29

perkataan dan perbuatan yang 47.9 24.8

16

1.99 1.123

13.7 7.7 6.0

dimulakan dengan takbir dan


diakhiri dengan salam.
Sumber : Soal Selidik Pengkaji

Bagi item ke dua ini pula, seramai 56 orang pelajar atau 47.9% menyatakan
mereka tidak bersetuju dengan soalan yang menyatakan solat ialah perkataan dan
perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. 29 orang pelajar
atau 24.8% tidak bersetuju, 16 atau 13.7 orang pelajar memilih kurang setuju, 9 orang
atau 7.7 % bersetuju dan akhir sekali sebanyak 7 orang atau 6.0 % menyatakan sangat
setuju dengan soalan diatas. Min bagi item ini rendah iaitu 1.99 dengan sisihan
piawaiannya 1.123.

Jadual 4.7 : Taburan skor item 3

ST TS
Item Soalan

S
K

KS S

SS
MIN SD

K
78

% %
3

Hukum

melaksanakan

solat 1

adalah wajib

% %

98

0.9 0.9

17

14.5 83.8

4.79 1.21
4

Sumber : Soal Selidik Pengkaji

Hanya 1 orang pelajar memilih jawapan sangat tidak bersetuju dan tidak setuju
terhadap soalan hukum melaksanakan solat adalah wajib. Seramai 17 orang atau 14.5
% pelajar bersetuju dan seramai 98 orang pelajar atau 83.8% memilih jawapan sangat
bersetuju dengan soalan ini. Min bagi item ini tinggi iaitu 4.79 dengan sisihan
piawaiannya 1.214.

Jadual 4.8 : Taburan skor item 4

STS TS KS S
K
K K K

SS
K

Item Soalan

MIN SD
%

Solat wajib itu ada lima 5

% %

16

93

4.62 0.973
79

waktu.

4.3

1.7 0.9

13.7

79.5

Sumber : Soal Selidik Pengkaji

Bagi item ini, seramai 5 orang pelajar atau 4.3% yang menyatakan sangat
tidak bersetuju dengan soalan yang menyatakan solat itu ada lima waktu. Manakala 2
orang pelajar atau 1.7 % tidak bersetuju, seorang atau 0.9 % kurang bersetuju, 16
orang atau 13.7 setuju dan akhir sekali 93 orang pelajar atau 79.5% bersetuju dengan
kenyataan mengatakan solat itu ada lima waktu. Min bagi item ini tinggi iaitu 4.62
dengan sisihan piawaiannya 0.973.

Jadual 4.9 : Taburan skor item 5

ST
Item Soalan

Berdosa

besar

TS

KS S

SS

S
K

25

82

jika 7

MIN SD

4.48 0.565
80

meninggalkan

solat

tanpa 6.0

0.9

1.7

21.4 70.1

sebarang keuzuran

Sumber : Soal Selidik Pengkaji

Seramai 82 orang pelajar atau 70.1% sangat bersetuju dengan soalan diatas. 25
orang atau 21.4 bersetuju, 2 orang pelajar kurang setuju, seorang atau 0.9 % tidak
bersetuju dan 7 orang pelajar atau 6.0 % sangat tidak bersetuju dengan soalan yang
menyatakan adalah berdosa besar jika meninggalkan solat tanpa sebarang keuzuran.
Min bagi item ini tinggi iaitu 4.48 dengan sisihan piawaiannya 0.565.

Jadual 4.10 : Taburan skor item 6

Item Soalan

STS TS
K
K

KS
K

S
K

SS
K

16

36

54

5.1

4.3

13.7 30.8 46.2

MIN SD

Sakit bukan alasan untuk tidak


menunaikan solat.
6

4.08 0.731

81

Sumber : Soal Selidik Pengkaji

Seramai 6 orang pelajar atau 5.1% menyatakan jawapan sangat tidak bersetuju
dengan soalan bahawa sakit bukan alasan untuk tidak menunaikan solat. 5 orang
pelajar atau 4.3 peratus tidak bersetuju, 16 orang atau 13.7 % kurang bersetuju, 36
orang pelajar atau 30.8% dan seramai 54 orang pelajar atau 46.2 peratus masingmasing dengan jawapan setuju dan sangat setuju. Min bagi item ini tinggi iaitu 4.08
dengan sisihan piawaiannya 0.731

Jadual 4.11 : Taburan skor item 7

Item Soalan

STS TS
K
K

KS
K

S
K

SS
K

21

38

51

4.3

1.7

17.9 32.5 43.6

MIN SD

Solat yang ditinggalkan wajib


7

4.09 0.935

diqadakan (digantikan) semula.

82

Sumber : Soal Selidik Pengkaji

Soalan yang menyatakan bahawa solat yang ditinggalkan wajib diqadakan


(digantikan) semula menunjukkan hanya 5 orang pelajar atau 4.3 % menyatakan
sangat tidak setuju. Hanya 2 orang pelajar atau 1.7 % tidak bersetuju, 21 orang
pelajar atau 17.9 kurang setuju. Manakala 38 orang atau 32.5 % bersetuju dan akhir
sekali seramai 51 orang atau 43.6 % sangat bersetuju dengan soalan tersebut. Min
bagi item ini tinggi iaitu 4.09 dengan sisihan piawaiannya 0.935.

Jadual 4.12: Taburan skor item 8

STS
K

TS
K

KS
K

S
K

SS
K

42

36

27

3.4

35.9 30.8 23.1

Item Soalan

Anda

MIN SD

memahami

setiap 8

maksud ayat bacaan dalam 6.8

3.59 1.148

solat.

83

Sumber : Soal Selidik Pengkaji

Soalan yang mengatakan anda memahami setiap maksud ayat bacaan dalam
solat menunjukkan seramai 8 orang iaitu 6.8 % sangat tidak bersetuju, 4 orang atau
3.4 % tidak setuju, 42 orang pelajar atau 35.9% kurang bersetuju. Manakala seramai
36 orang pelajar atau 30.8% setuju dan seramai 27 orang atau 23.1% sangat setuju
dengan soalan yang ditujukan. Min bagi item ini sederhana iaitu 3.64 dengan sisihan
piawaiannya 1.148.

Jadual 4.13 : Taburan skor item 9

STS TS
K
K

KS
K

S
K

SS
K

Solat jamak dan qasar adalah -

36

70

rukhsah (keringanan) kepada

3.4

6.0

30.8 59.8

Item Soalan

MIN SD

4.47 1.030

orang yang bermusafir


Sumber : Soal Selidik Pengkaji
84

Tiada jawapan sangat tidak setuju yang diisi untuk soalan ini. 4 orang pelajar
atau 3.4% menyatakan tidak setuju dan seramai 7 orang pelajar atau 6.0% kurang
setuju. Seramai 36 orang pelajar atau 30.8% setuju dan akhir sekali seramai 70 orang
atau 59.8% sangat bersetuju. Min bagi item ini tinggi iaitu 4.47 dengan sisihan
piawaiannya 1.030.

Jadual 4.14 : Taburan skor item 10

STS TS
K
K

KS
K

S
K

SS
K

Item Soalan

MIN SD
%

10

Solat
antara

adalah

penghubung 1

hamba

dengan 0.9

19

88

1.7

6.0

16.2 75.2

4.63 1.195

penciptaNya.
Sumber : Soal Selidik Pengkaji

85

Bagi item terakhir untuk bahagian ini, hanya seorang pelajar atau 0.9 %
menjawap sangat tidak setuju dengan soalan diatas. 2 orang atau 1.7% tidak setuju,
dan 7 orang atau 6.0% kurang setuju. Manakala seramai 36 orang pelajar atau 30.8 %
setuju dan 70 orang pelajar atau 59.8 % menyatakan sangat setuju. Min bagi item ini
tinggi iaitu 4.63 dengan sisihan piawaiannya 1.195.

4.4

Bahagian C : Analisis Tahap Pengamalan Solat di Kalangan Pelajar.

Jadual 4.15: Taburan skor item 11

STS TS
K
K

KS S
K
K

SS
K

Anda sentiasa melaksanakan solat 57

34

16

Item Soalan

11

lima waktu dalam sehari.

MIN SD

1.88 1.110

48.7 29.1 13.7 2.6 6.0

Sumber : Soal Selidik Pengkaji


86

Bagi item pertama untuk bahagian ini, seramai 57 orang pelajar atau 48.7%
menyatakan sangat tidak setuju yang mereka sentiasa melaksanakan solat lima waktu
dalam sehari. 34 orang atau 29.1% tidak bersetuju, dan 16 orang pelajar atau 13.7%
kurang bersetuju. Hanya 3 orang atau 2.6% dan 7 orang atau 6.0% sangat bersetuju
dengan soalan tersebut.

Min bagi item ini rendah iaitu 1.88 dengan sisihan

piawaiannya 1.110.

Jadual 4.16: Taburan skor item 12

STS TS
K
K

KS S
K
K

SS
K

Item Soalan

MIN SD
%

12

Anda tetap mendirikan solat 3

20

42

48

walaupun sakit.

3.4

17.1 35.9 41.0

2.6

4.09 1.227

Sumber : Soal Selidik Pengkaji

Bagi item soalan diatas, hanya 3 orang pelajar atau 2.6% yang sangat tidak
bersetuju, dan 4 orang atau 3.4 % tidak bersetuju, diikuti dengan seramai 20 orang
87

atau 17.1% kurang bersetuju. Manakala seramai 42 orang atau 35.9% setuju dan 48
orang atau 41.0 % menyatakan sangat setuju dengan soalan bahawa sebagai seorang
Islam adalah wajib untuk mendirikan solat walaupun dalam keadaan sakit. Min bagi
item ini tinggi iaitu 4.09 dengan sisihan piawaiannya 1.227

Jadual 4.17 : Taburan skor item 13

STS TS
K
K

KS S
K
K

SS
K

Item Soalan

MIN SD
%

13

Anda akan pastikan diri anda 4

28

80

dalam

3.4

23.9 68.4 0.9

keadaan

suci

sebelum 3.4

4.59 1.033

menunaikan solat.
Sumber : Soal Selidik Pengkaji

Seramai 4 orang pelajar atau 3.4% menyatakan jawapan sangat tidak bersetuju
dan tidak bersetuju dengan soalan diatas. Manakala seramai 28 orang atau 23.9%
88

menyatakan kurang setuju, 80 orang atau 68.4% setuju dan hanya seorang atau 0.9%
memilih jawapan sangat setuju. Min bagi item ini tinggi iaitu 4.59 dengan sisihan
piawaiannya 1.033.

Jadual 4.18 : Taburan skor item 14

STS TS
K
K

KS S
K
K

SS
K

Item Soalan

14

MIN SD
%

Anda selalu melakukan solat 12

14

44

31

16

fardhu pada awal waktu.

3.21 1.167

10.3 12.0 37.6 26.5 13.7

Sumber : Soal Selidik Pengkaji

Bagi item soalan ini pula, seramai 12 orang atau 10.3% dan 14 orang atau
12.0% memilih jawapan sangat tidak setuju dengan amalam melakukan solat fardhu
pada awal waktu. 44 orang atau 37.6% kurang bersetuju. Manakala seramai 31 orang
atau 26.5% setuju dan 16 orang atau 13.7% sangat bersetuju melakukan solat fardhu

89

mengikut waktu. Min bagi item ini sederhana iaitu 3.21 dengan sisihan piawaiannya
1.167.

Jadual 4.19 : Taburan skor item 15

STS TS
K
K

KS S
K
K

SS
K

Item Soalan

MIN SD
%

15

Anda akan mengantikan solat 6

17

27

33

34

fardhu yang tertinggal.

14.5 23.1 28.2 29.1

5.1

3.61 1.091

Sumber : Soal Selidik Pengkaji

Seramai 6 orang atau 5.1 sangat tidak setuju dalam mengantikan solat fardhu
yang ditinggalkan diikuti dengan 17 orang atau 14.5% dan 27 orang atau 23.1%
masing-masing memilih jawapan tidak bersetuju dan kurang bersetuju. Seramai 33
orang pelajar atau 28.2% dan 34 orang atau 29.1 % masing-masing memilih jawapan

90

setuju dan sangat setuju untuk mengantikan solat fardhu yang tertinggal. Min bagi
item ini tinggi iaitu 3.61 dengan sisihan piawaiannya 1.091.

Jadual 4.20 : Taburan skor item 16

STS TS
K
K

KS S
K
K

SS
K

Item Soalan

MIN SD
%

16

Tugas

yang

banyak

tidak 9

menghalang anda menunaikan 7.7

16

29

34

4.3

13.7 24.8 29.1

4.02 1.060

tanggungjawab solat.

Sumber : Soal Selidik Pengkaji

Bagi item ini menunjukkan seramai 9 orang atau 7.7% dari responden memilih
jawapan sangat tidak setuju dengan soalan yang mengatakan tugas yang banyak tidak
menghalang kita dari menunaikan tanggungjawap solat. Seterusnya 5 orang atau
91

4.3% dan 16 orang atau 13.7% dengan jawapan tidak setuju dan kurang setuju. 29
orang atau 24.8% setuju dan 34 orang atau 29.1% sangat bersetuju dengan soalan di
atas. Min bagi item ini tinggi iaitu 4.02 dengan sisihan piawaiannya 1.060.

Jadual 4.21 : Taburan skor item 17

STS TS
K
K

KS S
K K

SS
K

Anda akan berhenti menonton 8

29

67

rancangan

3.4

7.7 7.7 57.3

Item Soalan

17

MIN SD

kegemaran

anda 6.8

4.22 0.760

untuk menunaikan solat apabila


masuk.

Sumber : Soal Selidik Pengkaji

Bagi item soalan yang menyatakan bahawa responden akan berhenti menonton
rancangan kegemaran untuk menunaikan solat apabila masuk waktu menunjukkan
jumlah jawapan sangat setuju yang tinggi iaitu seramai 67 orang pelajar atau 57.3%.
92

dan hanya 8 orang pelajar atau 6.8 yang memilih jawapan sangat tidak bersetuju. Min
bagi item ini tinggi iaitu 4.22 dengan sisihan piawaiannya 0.760.

Jadual 4.22: Taburan skor item 18

STS TS
K
K

KS S
K
K

SS
K

Anda akan menunaikan solat 6

13

41

54

terlebih

2.6

11.1 35.0 46.2

Item Soalan

18

MIN SD

dahulu

sebelum 5.1

4.14 1.026

menatapi bahan bacaan.

Sumber : Soal Selidik Pengkaji

Dalam soalan di mana responden akan menunaikan solat terlebih dahulu


sebelum menatapi bahan bacaan menunjukkan seramai 54 orang pelajar atau 46.2%
memilih jawapan sangat setuju, 41 orang atau 35.0 setuju. Diikuti pula dengan 13
orang atau 11.1 %, 3 orang atau 2.6% dan 6 orang atau 5.1% masing-masing dengan

93

jawapan kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Min bagi item ini tinggi
iaitu 4.11 dengan sisihan piawaiannya 1.026.

Jadual 4.23 : Taburan skor item 19

STS TS
K
K

KS S
K
K

SS
K

Anda mengutamakan solat anda 4

19

37

53

berbanding

3.4

16.2 31.6 45.3

Item Soalan

19

MIN SD

dengan

aktiviti 3.4

4.12 0.749

harian anda yang lain.

Sumber : Soal Selidik Pengkaji

Untuk item seterusnya menunjukkan jawapan yang positif dimana seramai 53


orang pelajar atau 45.3% memilih jawapan dimana mereka mengutamakan solat
berbanding dengan aktiviti harian yang lain. Diikuti dengan 37 orang atau 31.6%
setuju, 19 orang atau 16.2% kurang setuju, 4 orang atau 3.4% masing-masing dengan
94

jawapan tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju. Min bagi item ini tinggi iaitu 4.12
dengan sisihan piawaiannya 0.749.

Jadual 4.24 : Taburan skor item 20

STS TS
K
K

KS S
K
K

SS
K

Anda sentiasa berusaha untuk 7

13

47

48

khusyuk dalam solat.

1.7

11.1 40.2 41.0

Item Soalan

20

MIN SD

6.0

4.08 1.063

Sumber : Soal Selidik Pengkaji


Bagi soalan terakhir untuk bahagian B ini, seramai 7 orang atau 6.0% sangat
tidak bersetuju untuk berusaha khusyuk dalam menunaikan solat. Diikuti dengan 2
orang atau 1.7% dan 13 orang atau 11.1% dengan jawapan tidak setuju dan kurang
bersetuju. Seramai 47 orang atau 40.2% dan 48 orang pelajar atau 41.0% yang
menyatakan mereka khusyuk ketika menunaikan solat. Min bagi item ini tinggi iaitu
4.08 dengan sisihan piawaiannya 1.063.

4.5

Bahagian D : Analisis Inferensi.


95

Bahagian ini akan menerangkan dapatan analisis inferensi berdasarkan kepada


pengujian hipotesis yang telah dibina oleh pengkaji. Keputusan penganalisisan data
telah diperolehi melalui pekali kolerasi Pearson terhadap hipotesis-hipotesis nol satu
hingga tiga.
4.5.1

Hubungan antara tahap amalan solat dengan pencapaian akademik

dikalangan responden.

Ho 1

Tidak terdapat perhubungan signifikan antara amalan solat dengan pencapaian

akademik di kalangan responden.

Jadual 4.25 : Analisis hubungan antara amalan solat dengan pencapaian akademik di
kalangan responden.

HUBUNGAN

PEMBOLEHUBAH
Perlaksanaan
Solat 0.64
dengan

p
0.49

Pencapaian

akademik
Singfikan pada aras < 0.01

Jadual 4.25 di atas menunjukkan keputusan kajian bagi hubungan antara tahap
amalan solat dengan pencapaian akademik di kalangan responden. Analisis kolerasi
Pearson menunjukkan bahawa nilai pekali kolerasi r, bagi kedua-dua pembolehubah
96

tersebut ialah r =0.64 dan p = 0.49 adalah lebih besar daripada aras signifikan yang
ditetapkan iaitu 0.01.

Sehubungan dengan itu, hipotesis nol menunjukkan tidak

terdapat hubungan signifikan antara tahap perlaksanaan solat dengan pencapaian


akademik dikalangan responden.

4.5.2

Hubungan antara tahap pengetahuan solat dengan tahap amalan solat di

kalangan responden.

Ho 1

Tidak terdapat hubungan signifikan antara tahap pengetahuan solat dengan

amalan solat di kalangan responden.

Jadual 4.26 : Analisis hubungan antara tahap pengetahuan solat dengan amalan solat
di kalangan responden.

HUBUNGAN

PEMBOLEHUBAH
Tahap pengetahuan solat 0.45
dengan

p
0.00

perlaksanaan

solat
Singfikan pada aras < 0.01

Jadual 4.26 menunjukkan hasil kajian bagi hubungan tahap pengetahuan solat
dan tahap amalan solat di kalangan responden.

Analisis kolerasi Pearson

menunjukkan bahawa nilai pekali, r bagi kedua-dua pembolehubah tersebut ialah


97

0.45. bagi nilai signifikan pula iaitu p = 0.00 adalah lebih kecil daripada aras
signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Maka disebabkan itu, hipotesis kedua diterima.
Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara
tahap pengetahuan solat dengan perlaksanaan solat di kalangan pelajar.
4.6

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bab ini telah menerangkan dapatan kajian berdasarkan


penganalisisan data secara deskriptif dan inferensi. Aspek demografi seperti jantina,
keturunan, tahap pengetahuan solat, tahap perlaksanaan solat dan pencapaian
akademik telah dianalisis secara deskriptif dengan mengunakan kekerapan dan
peratusan. Faktor pemilihan kursus responden juga turut dianalisis secara deskriftif
mengunakan min, kekerapan dan peratusan dalam kajian ini. Selain itu, pekali
kolerasi Pearson r turut digunakan bagi pengujian hipotesis-hipotesis kajian.

98

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan.

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan secara ringkas hasil dapatan
kajian, merumus dan mengemukakan beberapa cadangan berdasarkan dapatan yang
diperolehi daripada dapatan pada bab 4 dalam kajian ini. Manakala cadangan yang
dikemukakan pula adalah berdasarkan apa yang dirasakan perlu oleh pengkaji untuk
dijadikan rujukan atau panduan kepada mereka yang terlibat.

5.2

Ringkasan Kajian.

99

Berdasarkan kepada keseluruhan dapatan kajian yang telah diperolehi oleh


pengkaji, dapatlah dirumuskan bahawa secara keseluruhannya pelajar mempunyai
pengetahuan yang tinggi terhadap pengertian dan bagaimana mengerjakan solat.
Selain dari itu, para responden juga menunjukkan pandangan yang positif tentang
tahap perlaksanaan solat serta kewajipan menunaikannya.

Hasil dapatan kajian

terdapat hubungan signifikan di antara tahap pengetahuan solat dengan tahap amalan
solat. Ini bermakna pelajar yang memahami solat melakukan solat dengan baik.
Begitu juga tahap amalan solat dilihat tidak mempengaruhi mutu pencapaian
akademik mereka. Walau bagaimanapun,apa yang dapat kita lihat, keputusan
akademik mereka tinggi di mana peratusan mereka yang mendapat 1A dan 2A adalah
lebih tinggi berbanding yang tiada A.

5.3

Perbincangan Dapatan Kajian

Secara umumnya, bab ini mempunyai 5 bahagian utama untuk dibincangkan


iaitu :

i. Latar Belakang Responden


ii. Tahap Pengetahuan Pelajar terhadap Solat
iii. Tahap Pengamalan Solat Di kalangan Pelajar.
iv. Hubungan antara tahap amalan solat dengan pencapaian akademik di kalangan
responden.

100

v. Hubungan antara tahap pengetahuan solat dengan tahap amalan solat di


kalangan responden.

5.3.1

Latar Belakang Responden.

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dianalisis, bilangan keseluruhan


responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 117 orang pelajar.
Responden ini terdiri daripada 50.4 % yang merupakan 59 orang pelajar lelaki dan 58
orang pelajar perempuan atau 49.6 %. Ini menunjukkan bilangan pelajar lelaki darjah
4

yang menjadi responden adalah lebih ramai dari pelajar perempuan.

Bagi

keturunan pula, kesemua pelajar yang turut serta dalam kajian ini adalah berketurunan
Melayu seramai 117 orang pelajar. Bagi keputusan pencapaian akademik pula mereka
yang mendapat keputusan antara 1A dan 2A adalah tinggi iaitu seramai 53 orang
pelajar di mana peratusannya ialah 45.3 %.

Daripada latar belakang responden yang diperolehi ini, didapati, bahawa


kebanyakan responden terdedah dengan dengan ilmu agama. Ini dapat dilihat bahawa
kebanyakan daripada responden masih mengambil berat tentang pengamalan dan
kewajipan menunaikan solat.

Ini merupakan satu peringkat yang penting

memandangkan kewajipan solat ini harus dititikberatkan terutama sekali pada mereka
di usia yang muda. Selaras dengan pendapat Yusuf Qardhawi (1986), usaha yang
101

khusus terhadap kehidupan akhirat seperti ibadah solat dan semua ibadat-ibadat yang
lain, perlu dibuat dengan kadar yang segera tanpa boleh ditangguh-tangguhkan lagi.
Ini adalah dari sudut keutamaan mana yang perlu disegerakan dalam pendidikan
kanakkanak semasa kecil.

5.3.2

Tahap Pengetahuan Pelajar terhadap Solat.

Penilaian bahagian ini dibuat daripada keputusan analisis keseluruhan yang


terdapat pada jadual 4.3. Keputusan yang diperolehi menunjukkan sebahagian besar
daripada responden mempunyai tahap pengetahuan tentang solat yang rendah dengan
nilaian min 1.77 dan sisihan piawai 0.304. Ini merupakan penemuan yang penting
kerana responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar yang
masih muda, iaitu pelajar tahun 4, dan masih boleh di tolong bantu. Namun begitu
seramai 109 dengan peratusan 93.2% daripada 117 orang pelajar bersetuju
menyatakan bahawa solat itu mempunyai lima waktu dalam sehari Ini menunjukkan
mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang asas solat. Menurut Johari Alias
(1997), kanak-kanak yang telah berumur tujuh tahun hendaklah diajar dan diasuh
untuk mendirikan solat lima waktu, semoga mereka akan terlatih dan menjadi
kebiasaan serta cintakan solat sebagai tiang agama.

Dalam contoh yang lain dilihat 107 orang pelajar atau 91.5% sangat bersetuju
bahawa adalah berdosa besar jika meninggalkan solat tanpa sebarang keuzuran.
Menurut Amina (1995), solat wajib ditunaikan dalam perjalanan atau dalam
102

kesibukan.

Solat boleh dikerjakan dalam keadaan berdiri, berbaring atau hanya

isyarat saja bila anda berada dalam keadaan sakit dan tidak berdaya.

Namun begitu, terdapat juga beberapa pelajar yang masih mempunyai tahap
pengetahuan solat yang rendah. Dalam jadual 4.3, masih terdapat 2 pelajar yang
menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa solat adalah wajib dengan
peratusan 1.8%. Kelemahan tahap pengetahuan solat dapat dilihat pada item 8 dengan
nilaian peratusan 46.1% dalam tahap pemahaman maksud setiap ayat yang dibaca
dalam solat di kalangan sebilangan besar pelajar adalah masih lemah.

Disini kita dapat lihat bahawa masih ada pelajar yang tidak mengetahui solat
merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan. Sedangkan kita tahu akan kewajipan
menunaikan solat ini. Salah satu daripadanya ialah seperti firman Allah SWT dalam
surah An-Nisa, ayat 103 ;

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah


kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa
kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam
keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana

103

biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas
orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Selain itu, setiap muslim untuk memahami serta mendalami makna setiap
bacaan dalam solat. Menurut Mustafa Suhaimi (1991) di dalam bukunya bertajuk
Khusyu dalam solat. Untuk khusyuk dalam solat, beliau telah mengariskan tiga
cara, antaranya ialah dengan memastikan segala zikir dan doa yang dibaca difahami
maksudnya serta setiap kalimah dan ayat Al-Quran yang dibaca hendaklah difahami
sambil meresapkan ayat-ayat itu ke dalam hati. Jadi penting bagi pelajar untuk cuba
mempelajari dan memahami ayat-ayat yang dibaca dalam solat.

Secara

keseluruhannya, responden mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap solat.

5.3.3

Tahap Amalan Solat Di kalangan Pelajar.

Tahap amalan solat dilihat pada nilai min keseluruhan yang rendah iaitu 1.75.
Nilaian ini dilihat pada jadual 4.4, sebanyak 91.5% daripada jumlah 117 orang pelajar
yang gagal melaksanakan solat lima waktu dalam sehari. Sementara itu min yang
sederhana 3.21

pada item 4, dimana masih ramai lagi responden yang tidak

melakukan solat fardhu pada awal waktu.

104

Dapatan ini bertepatan dengan kajian yang di jalankan oleh Humaira (1997)
dalam Umi Rohaiyu (2001), kajian mengenai Amalan Solat Di Kalangan Remaja Di
Sekitar Daerah Temerloh. Hasil kajian kekerapan remaja meninggalkan solat adalah
lebih tinggi

berbanding mereka yang tidak pernah meninggalkan solat.

Iaitu

sebanyak 68.9%. Keputusan kajian juga bertekalan dengan kajian Mohamad Shafiee
(2004), tentang perlaksanaan solat terhadap pelajar tahun enam, mendapati bahawa
hanya 36.3% responden sahaja yang mendirikan solat fardhu cukup 5 waktu sehari
semalam. Antara faktor-faktor yang membuatkan tidak bersolat fardhu ialah malas
(7.95%), tidak tahu bersolat (15.91%), sibuk belajar (42.05%) dan lain-lain (34.09%).
Keputusan ini juga bertekalan dengan

Mohd Suhardi (2004), mengkaji tahap

pengamalan solat fardhu adalah berbeza-beza di kalangan remaja Islam. Buktinya


ialah peratusan pelajar remaja yang mengerjakan solat fardhu secara konsisten
hanyalah sebanyak 53.2% manakala bakinya iaitu sebanyak 46.7% lagi berpendapat
mereka tidak konsisten di dalam mengerjakan solat fardhu.

Namun begitu dapat dilihat tahap pengamalan solat dikalangan responden juga
tinggi dengan nilaian min 4.04 pada item 6 iaitu bahawa tugas yang banyak tidak
menghalang mereka untuk menunaikan tanggungjawab solat. Begitu juga apabila
melihat keputusan 96% daripada respoden akan berhenti menonton rancangan
kegemaran mereka untuk menunaikan solat apabila masuk waktu dengan nilaian min
yang tinggi iaitu 4.22.

Menurut Yusuf Al-Qardhawi (1986), sebaik-baik pelajar

muslim ialah mereka yang dapat menyusun waktunya dengan teratur. Seluruh aktiviti
hariannya dapat disusun diantara yang amat penting dengan yang kurang penting.
Begitu juga di antara aktiviti yang perlu disegerakan atau ditangguhkan. Responden
105

juga menunjukkan usaha untuk mendalami kelebihan dan kekhusyukan dalam solat
dengan bilangan pelajar seramai 87.2%.

Menurut DJamaluddin Ancok dalam M. Siddiq Mustika (2009), solat adalah


asas kehidupan yang menjadikan manusia berguna pada alam semesta. Ini dapat
dilihat seramai 95% responden setuju menyatakan mereka sentiasa berusaha untuk
khusyu dalam solat.

5.3.4

Hubungan antara tahap amalan solat dengan pencapaian akademik

dikalangan responden.

Melalui pekali kolerasi Pearson juga, mendapati tiada hubungan signifikan


antara tahap amalan solat dengan pencapaian akademik dikalangan responden. Ini
menunjukkan tidak kira samada jika seseorang pelajar itu menunaikan ibadat solat
dengan tekun dan menepati masa, atau jika pelajar itu tidak menjalankan ibadat solat,
ianya tidak mempengaruhi mutu pencapaian akademik mereka.

Dapatan ini bertentangan dengan Sofiah (1999), kajian Pengurusan Konsep


Kendiri Ke Arah Kecemerlangan Akademik.Responden seramai 165 pelajar
tingkatan empat Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra. Kajian menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang lemah antara konsep kendiri dengan pencapaian
106

akademik. Konsep kendiri di sini boleh diertikan sebagai pembangunan jiwa melalui
solat.

Dapatan ini juga berlawanan dengan kajian Perkaitan Solat dengan Amalan
Pengurusan Akademik Pelajar Islam yang dijalankan ke atas 46 orang pelajar lelaki
Kolej Rahman Putra oleh Muhammad Farid bin Hassan (2002), 23 orang pelajar yang
istiqamah mendirikan solat dan 23 orang lagi merupakan pelajar yang mendirikan
solat sendirian di asrama. Hasil kajian mendapati bahawa kumpulan pelajar yang
mempunyai tahap kefahaman amalan yang tinggi dalam solat mempunyai tahap
amalan pengurusan masa akademik yang baik. Manakala pelajar yang mempunyai
tahap kefahaman yang sederhana pula mempunyai tahap pengurusan masa yang
sederhana.

5.3.5

Hubungan antara tahap pengetahuan solat dengan tahap amalan solat di

kalangan responden.

Berbanding dapatan kajian di atas, terdapat hubungan signifikan antara tahap


pengetahuan solat dengan tahap amalan

solat di kalangan responden.

Ini

menunjukkan tahap pengetahuan solat dan tahap amalan solat memainkan peranan
penting dalam mendalami kewajipan solat. Dengan kata lain, seseorang itu tidak akan
dapat mengerjakan solat dengan sempurna jika mereka tidak memahami dan
mempunyai pengetahuan tentang solat itu sendiri.
107

Keputusan ini bertekalan dengan Zukina Binti Yusoff (2003), Hubungan


Antara Latar Belakang Keluarga Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Melayu
Dalam PMR. 200 orang responden daripada 4 buah sekolah yang mewakili kategori
bandar dan luar bandar telah dipilih.

Hasil ujian korelasi menunjukkan tahap

pendidikan ibubapa, jenis pekerjaan, saiz keluarga, persekitaran keluarga dan


pendapatan ibubapa mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian
akademik pelajar

Keputusan ini juga bertekalan dengan kajian bertajuk Faktor-Faktor yang


Mempengaruhi Amalan Pendidikan Islam Seseorang Pelajar oleh Kamarizan (2000),
iaitu kecemerlangan akademik pelajar dipengaruhi oleh faktor diri sendiri, ibu-bapa
dan faktor persekitaran.

Kedua-dua kajian ini dikatakan bertekalan dengan keputusan kajian pengkaji


kerana melihat dari sudut persekitaran dan pengaruh keluarga.

Pendidikan solat

boleh kita kaitkan dengan pengaruh dua faktor ini.

5.4

Cadangan.

108

Dalam bab ini, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan yang


dirasakan boleh diguna pakai oleh pihak tersebut mengikut hasil dapatan kajian.
Antaranya ialah :
5.4.1

Pelajar.

Pelajar seharusnya mengambil berat dalam soal agama terutamanya berkaitan


dengan tanggungjawab solat. Tanggungjawab solat merupakan ibadat penting dalam
kehidupan setiap muslim. Ia merupakan rukun islam yang kedua dan solat juga
dilambangkan sebagai tiang agama.

Pelajar meneliti adakah mereka sudah betul-bebetul menjalankan suruhan


Allah. Mereka disarankan menghayati amalan-amalan kerohanian seperti solat. Solat
yang dilakukan dengan ikhlas dan taqwa dapat meninggalkan kesan yang mendalam
di dalam jiwa mereka.

Menurut Lathief Rousydiy (1997), solat itu mempunyai

pengaruh dalam kehidupan seseorang insan.

Antara pengaruh-pengaruh yang

dinyatakan ialah :

i)

Dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

ii)

Dapat membina jiwa dan membersihkan roh.

iii)

Dapat mendidik manusia menjadi lebih berdisiplin dan mematuhi peraturan.

iv)

Dapat menanamkan ketenangan dan ketenteran didalam jiwa.

109

v)

Dapat melatih kosentrasi berfikir, memahami permasalahan dan membuat


keputusan dengan tepat.

vi)

Dapat membina persatuan dan persamaan antara manusia.

5.4.2

Ibu-Bapa

Sebagai ibu-bapa, merekalah seharusnya memainkan peranan pelajar dalam


melahirkan generasi yang cemerlang dari segi agama dan juga akademik. Mereka
perlu mendidik anak-anak dengan didikan agama bermula daripada usia yang masih
kecil. Menurut Noor Shakirah Mat Akhir (2001), Ibu bapa adalah dua individu
terpenting dalam hidup seseorang.

Mereka adalah dua insan pertama yang

berinteraksi dengan kanak-kanak. Oleh itu didikan ibu bapa adalah penentu utama
dalam perkembangan anak-anak mereka. Dalam konteks pendidikan ada kata-kata
yang selalu diungkapkan iaitu melentur buluh biarlah dari rebung.

Untuk mendapatkan keberkesanan dalam pendidikan seseorang itu mestilah


bermula daripada zaman kanak-kanak lagi. Rasulullah SAW bersabda maksudnya ;

Suruhlah anak-anak kamu solat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka
ketika berumur 10 tahun (jika masih tidak bersolat)

110

Anak-anak adalah anugerah Allah yang dikurniakan kepada ibu-bapa. Ibubapa diberikan tanggungjawab dalam mencorakkan anak-anak melalui didikan dan
asuhan yang betul. Ini bertepatan dengan hadis s.a.w yang bermaksud ;

Setiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibu-bapanyalah yang
menjadikannya Yahudi, nasrani atau Majusi
Asuhan yang baik adalah melalui kasih sayang, didikan agama, disiplin,
kerohanian dan menerapkan nilai sakhsiah yang selari dengan perkembangan dan
cabaran masa kini bagi pembinaan modal insan yang berkualiti.

5.4.3

Guru Pendidikan Agama Islam

Guru juga sebagai pendidik memainkan peranan penting dalam memberikan


didikan yang sempurna samada dari segi akademik mahupun agama. Menurut Ibnu
Abd Rahman (1999), didikan solat secara tidak langsung telah membawa kita ke
matlamat :

i)

Agar solat itu benar-benar menjadi ibadat disisi Allah SWT.

ii)

Agar solat yang didirikan itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan
mungkar, zahir dan batin.

iii)

Agar solat yang didirikan itu benar-benar melahirkan rasa kehambaan dan
bertuhan di dalam diri kita.
111

iv)

Agar solat dapat mendorong diri kita untuk membangunkan semua aspek
ajaran islam di dalam kehidupan kita sehari-hari.

v)

Agar solat itu dapat membentuk, mendidik dan membimbing kita menjadi
hamba yang soleh dan selamat dari azab api neraka.

Tanggungjawab memberikan didikan agama seharusnya tidak hanya menjadi


tanggungjawab guru-guru Pendidikan Agama Islam sahaja sebaliknya semua guru
perlu berganding bahu memberikan nilai-nilai kefahaman agama Islam kepada pelajar
muslim. Selain ibu-bapa, gurulah yang banyak menghabiskan masa bersama pelajar
di sekolah. Guru mempunyai pengaruh yang amat besar kepada pelajar. Agar murid
berminat dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru mestilah
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Menurut Raven (1977) yang
dipetik dari kajian Khairul Bahariah (1999) apabila kanak-kanak tidak berminat di
dalam mata pelajaran tertentu mereka akan hilang semangat belajar dan akan
melakukan apa sahaja yang terlintas di hati mereka. Menurut Abdullah Ismail (1995)
bahawa guru merupakan agensi yang paling berkesan dalam pengajaran dan
pendidikan. Menjadi kewajipan kepada guru-guru untuk menunjukkan contoh yang
baik kepada murid-murid.

5.4.4

Pihak Jabatan Pelajaran Negeri

112

Diharapkan dengan terhasilnya kajian ini pihak sekolah akan bekerjasama


dengan pihak Pejabat Pelajaran Daerah untuk mendapat cadangan-cadangan positif
berkaitan dengan program j-QAF yang baru lima tahun berlangsung. Semoga dengan
terhasilnya keputusan kajian akan dapat membantu Kem Bestari Solat di bawah
program j-QAF terus dijalankan.

Program ini menitikberatkan pengetahuan dan

amalan solat bagi murid-murid sekolah rendah. Ia sebagai kesinambungan programprogram khas di bawah Panitia Pendidikan Agama Sekolah.
5.4.5

Kementerian Pelajaran Malaysia

Apa yang diharapkan dengan terwujudnya kajian ini akan membantu pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengkaji kekuatan atau kelemahan program
j-QAF. Hasil dapatan kajian ini akan dapat diguna pakai untuk pemurnian program jQAF bagi membantu murid-murid menjadi fardhu muslim sejak di sekolah rendah
lagi.

Program j-QAF ini termasuk dalam pembangunan penyebaran kurikulum

Pendidikan Islam. Seperti mana di dalam buku Panduan Pengurusan Program j-QAF (
2006) Bermula 30 September 2004, pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral yang
terlibat dalam perlaksanaan ini telah mengatur langkah merealisasikan program jQAF dalam sisitem pendidikan di Malaysia. Pembangunan Pendidikan 2001-2010
(2001) Program meliputi kemajuan dan pembangunan sekolah agama di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia serta perancangan , pembinaan dan penyebaran
kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Program ini merangkumi aktiviti
perancangan, perlaksanaan dan pengawalan Pendidikan Islam dan Moral serta Bahasa
Arab termasuk aktiviti dakwah di sekolah.

113

5.4.6

Jabatan Pedidikan Islam Dan Moral

Diharapkan Jabatan Pedidikan Islam dan Moral dapat menggunakan hasil


kajian sebagai suatu sumber yang dipercayai untuk menjadi penanda aras bagi
program j-QAF yang diusaha sama bersama Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semoga program j-QAF yang murni ini dapat diteruskan sebagai salah satu langkah
menangani isu-isu gejala sosial di kalangan remaja terutamanya yang beragama Islam.
Menurut Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (2001) terdapat pertambahan sebanyak
41.6 % pada tahun 1997 untuk program di bawah Jabatan Pembangunan Agama Islam
dan Moral berbanding tahun sebelumnya

5.5

Cadangan Kajian Lanjutan.

Melalui kajian yang telah dijalankan, di sini pengkaji mengemukakan


beberapa cadangan untuk kajian lanjutan :

I.

Oleh kerana kajian ini hanya dilakukan dalam satu sekolah sahaja, pengkaji
mencadangkan agar pengkaji yang lain dapat melakukan kajian yang sama
pada sekolah yang lain, bukan saja dalamdaerah yang sama malah dalam
negeri yang berlainan.
114

II.

Diharapkan para pengkaji lain dapat menambah dan memilih responden


berdasarkan faktor latar belakang mereka, pendapatan dan juga persekitaran
keluarga. Ini penting bagi menilai suasana Islam dan juga pengamalan solat di
sesebuah kawasan itu.

III.

Cadangan bagi pengkaji agar pengkaji lain mengkaji hubungan diantara


personaliti responden serta persekitaran tempat pembelajaran dan solat dengan
tahap pengamalan solat di kalangan pelajar.

IV.

Pengkaji juga mencadangkan agar kajian yang dilakukan pada masa hadapan
dibuat secara kualitatif.

Instrumen kajian seperti kaedah temuduga atau

temubual boleh dilakukan bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci


berkenaan kajian yang dilakukan.

V.

Oleh kerana kajian ini hanya tertumpu pada pelajar dan juga tahap yang
tertentu sahaja, pengkaji mencadangkan agar para pengkaji yang lain dapat
meluaskan lagi skop tumpuan kajian kepada sikap ibu-bapa dan juga peranan
guru di sekolah tentang pengetahuan dan juga pengamalan solat.

VI.

Kajian yang telah dilakukan hanya mencari hubungan di antara pengetahuan


dan pengamalan solat dengan pencapaian akademik sahaja. Di masa hadapan,
pengkaji mencadangkan kajian bagi mencari jalan penyelesaian di kalangan
pelajar yang lemah dalam ilmu pengetahuan solat, lemah dalam pencapaian
akademik, dan juga pelajar yang tidak peka dalam pengamalan solat.
115

VII.

Akhir sekali, kajian yang lain boleh dilakukan berkenaan dengan solat
berjemaah dan juga pembelajaran secara berkumpulan.

5.6

Kesimpulan

Kajian ini memberi tumpuan kepada hubungan antara tahap pengetahuan dan
amalan solat dengan pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian telah dihuraikan
berdasarkan dapatan yang diperolehi pengkaji daripada soal selidik yang telah
diedarkan. Hasil daripada analisis yang dibuat, kajian ini telah mencapai objektif
yang ingin dikaji oleh pengkaji iaitu berkaitan dengan tahap pengetahuan, tahap
amalan dengan pencapaian akademik pelajar.

116

RUJUKAN

Abdullah Ismail (1995). Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya Di Malaysia. Kuala


Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ahmad b. Mohd.Salleh (2001). Pendidikan Islam Asas Dinamika Guru. Selangor.


Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Al-Ghazali,Abu Hamid Muhammad (1991). Akhlak Muslim ( terjemahan). Kuala


Lumpur. Victory Agencie.

Al-Quran dan Terjemahannya.

Amina Hj Noor (1995). Ciri-ciri Remaja Muslim. Kuala Lumpur. Dinie Publisher

Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim, Yusuf Boon dan Abdul Rahim
Hamdan (2006). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan: Teori, analisis
& interpretasi data. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
117

Azizi, Shahrin, Jamaludin, Yusuf danAbdul Rahim (2007). Menguasai Penyelidikan


Dalam Pendidikan.

Kuala Lumpur.

PTS Profesional

Publishing Sdn.

Bhd.

Azli bin Yusuf (2001). Hubungan Amalan Ibadah Harian Dengan Pencapaian
Akademik : Satu Tinjauan Di Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan UTM.

Beins, B. C. (2004). Research Methods : A Tool For Life. Boston, MA : Allyn And
Bacon.

Bishop dan Ingersoll(1989). Effect of Marital Conflict and Family Structure on the
Selfconcept of Pre and Early Adolescents.

Jurnal of Youth and

Adolescence 18(1): 23-38.

Borden,K. S. & Abbott, B. B. (2008). Research Design And Methods: A Process


Approach. New York. The Mc Graw Hill Companies, Inc.

Coolican, H.(2004). Research Methtods And Statistics in Psychology ( 4th ed.).


Tottenham. Court road: Hodder Arnold

Coolican, H. (2006). Instroduction To Research Methtods in Psychology ( 3th ed.).


Oxon. Ox : Hodder Arnold.

Ee Ah Meng ( 1995). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak(Asas Pendidikan 4 ).


118

Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Fathi Yakan (1996). Apa Ertinya Saya Menganut Islam ( terjemahan). Selangor.
Dewan Bahasa Pustaka.

Francis, G. (2004). Introduction To SPSS For Windows Version 12.0 & 11.0 With
Note For Student Ware( 4th ed. ). Frenchs Forest, NSW : Pearson Education.

Hall ( 1976 ). International Conference. Boston. Thinker Publisher.

Hayes, N. (2000). Doing Psychologycal Research : Gathering And Analysing Data.


Buckingham : Open Univercity Press.

Ibnu Abd Rahman (1999). Sembahyang dan Persoalannya. Kulim. Penerbitan


Senada.

Iran Herman (2000). Psikologi Dan Pendekatan Dakwah. Kuala Lumpur. Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Ishak Hj. Din (1991). Mutiara Ibadat. Kuala Lumpur : Pustaka Al-Mizan.

Ismail Haji Ibrahim, Dr ( 1990). Ibadah Dan Pembangunan. Bahagian Agama, J


abatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur.

119

Jacksond, S. L (2006). Research Method and statistics: A Critical Thingking


approach (2nd ed). Belmont, CA : Thomson Higher Education.

Janus, Burgess dan McCormack, A.

,Burges, A.w.

& Hartman, C.

Adolescent Runaways: Causes and Consequences.

London.

(1987).
Lexington

Books.

Johari b.Hj Alias (1994). Panduan Lengkap Ibadah Solat Lelaki dan Wanita. Kuala
Lumpur. Darul Nu`man.

Johari El Yamani dan Ustaz Janaid Talip (1999). As Solat : Naskah Lengkap
Bimbingan Ibadah Solat yang Menuntut Ke Arah Kesempurnaan Iman,
Perlaksanaan Hukum, Kemuliaan Akhlak dan kedaulatan Kehidupan
Sejagat. Selangor : Puncak Aktif Sdn Bhd.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia( 2001 ). Pembangunan Pendidikan 2001-2010.


Putra Jaya. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khairul Bahariah (1999). Persepsi Pelajar Terhadap Pendidikan Islam (Akhlak


Islamiyyah) Dalam Pembentukan Akhlak Remaja; Satu Tinjauan di Kolej Islam
Melaka. UTM. Tesis Sarjana Muda.

120

Lathief Rousydiy T.A (1997). Roh Solat dan Hikmahnya.Kuala Lumpur. Penerbit
Edaran Kalam.

M.Siddiq Mustika (2007). Solat Khusyuk Solat S. M. A. R. T. Selangor. PTS


Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mahmood Nazar Muhamad (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur. Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Mansur Haji Sukimi (1998). Apa,Mengapa & Bagaimana II, Cara Meningkatkan
Intelek Anak- Kaedah & Program Nury-. Singapura. Konsultancy Nury.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003). Penyelidikan Pendidikan. Skudai. Penerbit


Universiti Teknologi Malaysia.

Mohammad Zakariyya ( tiada tahun). Fazaile- Amal Tablighi Nisab No.1. ( tiada
penerbit). Saharanpur.

Mohd Zaid bin Mohamaad Salleh (2002). Amalan Solat Terhadap Pembentukan
DisplinPelajar : Satu Kajian Di Sekolah Menengah Ayer Baloi, Pontian
Johor. Tesis

Sarjana Muda.

121

Mok Soon Sang (2003).Ilmu pendidikan untuk KPLI, (Komponen 3

Profesionalisme Keguruan) Sekolah Rendah. Selangor. Kumpulan Budiman


Sdn. Bhd.

Muhammad Abdul Latiff (2001). Solat, Kesannya Ke Atas Iman dan Nafsu. Kuala
Lumpur : Darul Numan.

Muhammad Farid bin Kamsan (2002). Perkaitan Amalan Solat dengan Amalan
Pengurusan masa Akademik Pelajar-Pelajar Islam Di Surau Kolej Rahman
Putra, UTM : Satu Kajian Kes. UTM. Tesis Sarjana Muda.

Norlyana Sulong, (2006). Tahap pengamalan Pelajar Terhadap Tanggung Jawab


Solat : Satu Kajian Di Kolej 11. UTM. Tesis Sarjana Muda.

Noraini Ahmad (1994). Kaunseling Remaja. Selangor. Budaya Ilmu sdn. Bhd.

Noraini Ahmad (1994).

Pengurusan Masa.

Kuala Lumpur.

Penerbit Bata

Publishing sdn. Bhd.

Noor Shakirah Mat Akhir (2001). Pengaruh Ibu Bapa Terhadap Tingkah Laku Anak.
Berita Harian.---2.

Prosiding Seminar Kebangsaan Ke-3, Psikologi Dan Masyarakat (2004). Gejala Sosial
Dalam Masyarakat. Selangor. Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM.
122

Rashidah bte Ahmad Danari (1999). Program Tunas Bestari Negeri Johor. UTM.
Tesis Sarjana Muda.

Rusnani Abd. Kadir ( 2001). Tingkah Laku Bilazim. Kuala Lumpur. Pro-Office
Shoppe Sdn. Bhd.

Rusdin S. Rauf (2009). Quranic Law Of Attraction. Selangor. PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Siti Noorazzura bt Ahmad (2009). Hubungan Trait Personaliti Dengan Pemilihan


Kursus Di Kalangan Pelajar Sarjana muda Teknologi Serta Pendidikan
Elektrik. UTM. Tesis Sarjana Muda.

Siti Zubaidah bt Abd Rahman (1988).

Boleh Saya Tolong Anda? Pengenalan

Konsep Pembimbing Rakan Sebaya dan Program Latihannya. Singapore.


Times Books International.

Sidek Mohd. Noah ( 1998). Inventori Gaya Bercinta: The Liking and loving Scale.
Bahan yang tidak diterbitkan.

Sidek Mohd. Noah ( 2005). Pengujian & Penilaian Dalam Kaunseling Teori &
Aplikasi. Serdang. Universiti Putra Malaysia

123

Ulwan, Abdullah (1993). Al-Shabab Al-Muslim fi Muwahajat Al-Tahadiyyat. AlGhoria. Darul Salam.

Ummi Rohaiyu Binti Mohd Bakhair (2001). Sikap Pelajar Terhadap Tanggungjawab
Solat : Kajian di Kolej Tun Fatimah, Universiti Teknologi Malaysia :
Tesis Sarjana Muda.

Yusuf Al -Qardawi ( 1980). Al- Ibadah Fil Islam. Beirut. Muassasah Ar-Risalah.

Yusuf Al- qardawi dan Ahmad Al Assal (1983). Meluruskan Salah Faham Terhadap
Islam ( Edisi Terjemahan Bahasa Indonesia ). Surabaya. Penerbitan Bina
Ilmu.

Yusuf Al- Qardawi (1986). Detik-detik Masa Dalam Kehidupan Manusia. Kuala
Lumpur. Penerbit , Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkiple Abd Ghani (2000). Peranan Dakwah Dalam Menghadapi Kesan Media
Massa Terhadap Perubahan Sosio Budaya. Kuala Lumpur. Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Berita Harian, 27 Mei 2000.


Berita Harian, 2002.
Utusan Melayu , 27 Desember 1994.
New Straits Times, 6 September 1999.
124

New Straits Times, 22 May 2000.


The Sun, 27 Disember 1999.

LAMPIRAN

125

Anda mungkin juga menyukai