Anda di halaman 1dari 36

EMM 413/Mei 2014

Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

TUGASAN SEMESTER
MEI 2014

KOD KURSUS

EMM 413

NAMA KURSUS

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM


BAHASA MELAYU

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

WAN RAZANA BT WAN ABDULLAH

NO. MATRIK

E30203120146

AKADEMIK

MOHD RAFI BIN HJ. GHAZALI

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN AeU MELAKA

FASILITATOR

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


-1-

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

SEKAPUR SIRIH

Alhamdulillah
Segala puji-pujian bagi ALLAH SUBHANA HU WATA`ALA.
Tidak akan terhasil walau satu huruf apatah lagi ayat demi ayat sehingga terhasilnya tugasan
ini tanpa ada Keizinan dariMU. Syukur ke hadratMU YA ALLAH.
Terlebih dahulu kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izin dan
kurnianya dapatlah saya mengikuti Program Sarjana Muda Pengajaran, Kementerian
Pelajaran Malaysia bersama asiaeuniversity (AeU) Cawangan Melaka.

Dalam kesempatan ini saya ingin mengalunkan setinggi penghargaan dan terima kasih buat
EN MOHD RAFI BIN HJ. GHAZALI atas segala dorongan dan bimbingan serta tunjuk
ajar sehinggalah sempurnanya tugasan ini dihasilkan. Walaupun ianya satu dugaan yang agak
berat kerana telah lama meninggalkan alam belajar dan komitmen lain dalam melayari sebuah
kehidupan, tetapi sokongan daripada pensyarah dan rakan-rakan menguatkan semangat dan
iltizam saya untuk mencapai kejayaan. Semoga segala pengalaman pahit dan manis yang
dilalui dapat menyegar dan memantapkan kembali proses pembelajaran kami dengan kaedah
pembelajaran AeU pada semester yang akan datang.

Akhirnya, saya dengan penuh rasa insaf dan rendah diri ingin melafazkan setinggi
kesyukuran dan terima kasih khusus buat suami dan anak-anak yang amat memahami. Buat
bonda dan ayahnda izinkan anakanda melunaskan dan membayar kembali segala harapan
kalian berdua yang telah di kesampingkan suatu waktu dahulu. Doa dan restu ayah bonda,
suami dan anak-anak diharap mengiringi sebuah kejayaan di masa akan datang.

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


-2-

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

SEKAPUR SIREH
ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN A
Pengenalan

Huraian Artikel

BAHAGIAN B
Pengenalan

12

Cabaran-cabaran

14

Kesimpulan

17

BAHAGIAN C
Rancangan Mengajar

18

Refleksi

26

RUJUKAN

30

LAMPIRAN

31

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


-3-

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

BAHAGIAN A
PENGENALAN
Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan, ayat dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda
baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Kajian yang dijalankan iaitu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis di sekolah rendah ini bertujuan meninjau pendapat guru tentang sikap mereka
terhadap pelaksanaan kemahiran menulis, strategi pengajaran yang diaplikasikan oleh guru
dan menganalisis permasalahan kemahiran manulis yang dihadapi oleh guru dan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan supaya guruguru
bersikap lebih positif terhadap kemahiran menulis dan melaksanakannya dengan strategi yang
lebih berkesan. Guru juga seharusnya berusaha mengatasi masalah masalah yang dihadapi
dalam pengajaran dan pembelajaran dengan pengajaran yang lebih kreatif dan berkualiti.

SIKAP GURU
Kajian yang telah dijalankan terhadap 100 orang guru ini telah menunjukkan pelbagai
sikap guru terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis yang dilaksanakan di
sekolah. Secara keseluruhannya, terdapat 20 sikap guru yang telah dikenal pasti yang terdapat
dalam Jadual 1.
Hampir semua guru bersetuju dan sangat bersetuju dengan sikapsikap positif seperti
yang dinyatakan dalam Jadual 1. Persetujuan ini mewakili lebih 50 % bilangan guru bagi
sesuatu sikap. Secara keseluruhannya, dapatan Jadual 1 menunjukkan tahap skor min yang
tinggi dengan jumlah purata min ialah 4.03 (SP = 670).
Sikap guru yang menyatakan bahawa melaksanakan pengajaran kemahiran menulis
merupakan tujuan guru iaitu penyataan ke8 memperoleh min skor yang tertinggi iaitu
4.61(penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan SP =.509. Skor kedua tertinggi ialah
pernyataan ke14 iaitu saya menyedari kemahiran menulis dapat bantu penguasaan
kemahiran membaca iaitu 4.43 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan SP =. 533.

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


-4-

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

Seterusnya, pernyataan ke5 , saya mengambil berat tentang pengajaran kemahiran


menulis mendapat skor min ketiga tertinggi iaitu 4.40 (penanda tahap bagi min ialah tinggi)
dan SP = .545. Skor ke-4 tertinggi ialah pernyataan ke-2, saya terus menegur kesilapan
semasa murid menulis di kelas iaitu 4.37 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan SP=.522.
Skor ke-5 tertinggi ialah pernyataan ke-11 dan ke-12 iaitu saya mengetahui kepentingan
kemahiran menulis dan saya memberi penekanan terhadap tulisan murid saya berkongsi 4.35
(penanda tahap bagi min ialah tinggi) . Namun berbeza SP iaitu pernyataan ke-11 = .535
manakala pernyataan ke-12 = .499
Skor ke-7 tertinggi ialah pernyataan ke-9 iaitu saya mengajar kemahiran menulus ikut
kemampuan murid dengan 4.31 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan SP= .520.
Pernyataan ke-10 iaitu saya berusaha menarik minat murid supaya rajin menulis pula
merupakan skor ke-8 tertinggi dengan 4.26 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan SP= .
601. Saya berusaha meningkatkan pengetahuan saya dalam kemahiran menulis mendapat
skor ke-9 tertinggi dengan 4.25 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan SP= .532.
Selain itu, pernyataaan ke-19, saya selalu berbincang dengan rakan tentang
pengajaran kemahiran menulis danpernyataan ke-7 saya mengajar kemahiran menulis untuk
merangsang pemikiran murid di skor ke-10 dengan 4.23 (penanda tahap bagi min ialah
tinggi) dan SP= .519 dan .463. Skor ke-12 ialah pernyataan ke-13 , saya mengajar kemahiran
menulis berdasarkan sukatan pelajaran terkini iaitu 4.19 (penanda tahap bagi min ialah tinggi)
dan SP= .723. Skor ke-13 pula ialah 4.16 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan SP= .534
iaitu saya suka buat rujukan sebelum mengajar kemahiran menulis. Skor tertinggi seterusnya
iaitu ke-14 ialah 4.14 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan SP= .566 bagi pernyataan ke6, saya melaksanakan kemahiran menulis dengan baik dalam pengajaran dan pembelajaran.
Skor ke-15 tertinggi ialah pernyataan ke-16, saya puas hati dengan perkembangan
kemahiran menulis iaitu 4.00 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan SP= .519. Skor
tertinggi ke-16, ke-17, ke-18, ke-19 dan ke-20 mendapat di bawah 4.00 iaitu 3.96 (penanda
tahap bagi min ialah tinggi) dan SP= .676, 3.94 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan
SP= .563, 3.93 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan SP= .713, 2.50 (penanda tahap bagi
min ialah tinggi) dan SP= .974 serta 2.08 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan SPnya=
1.197.

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


-5-

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

Secara keseluruhannya, dapatan Jadual 1 menunjukkan tahap skor min yang tinggi.
Ini dibuktikan dengan jumlah purata min ialah 4.03 dengan SP= .670.
Secara keseluruhannya, hampir semua guru yang bertindak sebagai respondan
berfikiran positif terhadap semua sikap yang disenaraikan di dalam Jadual 1. Ramai guru
bersetuju bahawa melaksanakan pengajaran kemahiran menulis merupakan tanggungjawab
guru. Selain itu, ramai juga guru yang setuju bahawa menguasai kemahiran menulis dapat
membantu meningkatkan penguasaan membaca kerana semasa menulis, mereka juga akan
membaca bahan yang ditulis. Kebanyakan guru juga bersetuju bahawa kemahiran menulis
merupakan kemahiran bahasa yang penting. Oleh itu, mereka mengambil berat akannya.
Selain itu, beberapa pernyataan juga disambut positif oleh guru. Contohnya seperti
guru terus menegur kesilapan semasa di kelas, memberi penekanan terhadap tulisan murid,
mengajar kemahiran mengikut kemampuan murid, berusaha menarik minat murid dan guru
sendiri mengetahui kepentingan kemahiran ini kepada murid.
Guru juga bersetuju bahawa mereka perlu selalu berbincang dengan rakan sekerja
tentang pengajaran kemahiran ini, mengajar kemahiran berdasarkan sukatan pelajaran terkini
dan membuat rujukan sebelum mengajar.
Namun begitu, kebanyakan guru tidak bersetuju bahawa matlamat mereka mengajar
hanya untuk menghabiskan silibus pelajaran sahaja, mengajar mengikut buku teks sematamata dan menumpukan kepada format peperiksaan. Ramai guru mengaplikasikan strategi
yang batul dan menggunakan teknik yang sesuai semasa mengajar kemahiran menulis.
Pernyataan mengajar kemahiran menulis kepada murid-murid daripada isi pelajaran yang
mudah dahulu barulah berpindah kepada yang sukar berada di tahap baik dan mendapat skor
min yang tinggi. Memudahkan murid memahami dan menguasai kemahiran menulis yang
diajar. Memperoleh skor min kedua tertinggi ialah guru sentiasa memberi pendedahan kepada
murid sebelum menulis. Membantu memudahkan pemahaman murid terhadap hasil
pembelajaran yang diajar. Skor ketiga tertinggi iaitu guru merancang dahulu sebelum
mengajar kemahiran menulis. Hasil penulisan murid secara terperinci. Dapat mengesan
kesilapan dan kelemahan murid. Guru menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang
sesuai tetapi kurang menggunakan bahan bantu eletronik seperti radio dan televisyen.

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


-6-

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS


GURU
Kajian ini telah dijalankan ke atas responden yang sama seperti dalam bahagian sikap
guru. Masalah pembelajaran dan pengajaran menulis ini dapat dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu untuk guru dan murid.
Hasil dapatan kajian mengenai masalah pengajaran kemahiran menulis bagi guru
dapat dilihat dalam Jadual 3. Secara keseluruhannya, dapatan Jadual 3 menunjukkan tahap
skor min yang tinggi dengan jumlah purata min = 4.07 (SP = 0.687).
Hasil daripada analisis yang telah dijalankan, pernyataan 1 iaitu guru tidak memahami
kandungan sukatan pelajaran memperoleh min skor yang tertinggi iaitu 4.24 (penanda tahap
bagi min ialah tinggi) dan SP=.703. Skor min ke-2 tertinggi ialah 4.21 (penanda tahap bagi
min ialah tinggi) dan SP=.592 ialah pernyataan ke-2 iaitu tidak mahir kemahiran menulis.
Seterusnya skor min ke-3 tertinggi ialah pernyataan ke-7, guru tidah mahir mengajar
kemahiran berformat iaitu 4.15 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan SP=.744.
Selain itu, pernyataan ke-3 iaitu tidak mahir sistem bahasa (tatabahasa) yang betul
mendapat skor min 4.13 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan SP=.622 berada di tempat
ke-4. Seterusnya, skor ke-5 tertinggi ialah pernyataan sukar mengajaar kemahiran menulis
yang terdapat dalam buku teks dengan skor min 3.95 (penanda tahap bagi min ialah tinggi)
dan SP=.734. Pernyataan ke-4, kekurangan masa mengajar kemahiran menulis di tempat ke-6
dengan skor min 3.93 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan SP=.673. Akhir sekali ,
pernyataan ke-5 iaitu tidak mahir teknik penilaian hasil karangan murid dengan skor min 3.88
(penanda tahap bagi min ialah tinggi) dan SP=.739.
Banyak

masalah-masalah

yang

dihadapi

oleh

guru

dalam

menjalankan

tanggungjawabnya setiap hari. Antaranya, guru tidak memahami kandungan sukatan


pelajaran terkini, guru tidak mahir mengajar kemahiran menulis dan guru juga tidak mahir
teknik penilaian hasil karangan murid khususnya karangan murid tahap dua yang lebih rumit.
Masih ramai guru yang mengajar kemahiran menulis mengikut kemahiran lama.

MURID
Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416
-7-

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

Hasil dapatan kajian mengenai masalah pembelajaran kemahiran menulis boleh


diperoleh dalam Jadual 4. Secara keseluruhannya, analisis dalam Jadual 4 menunjukkan tahap
skor min yang sederhana. Ini dibuktikan dengan jumlah purata min=2.93 (SP=.849).
Pernyataan ke-14 iaitu murid tidak memahami bahan rangsangan memperoleh min
skor yang tertinggi iaitu 3.19 (penanda tahap bagi min ialah sederhana SP=.784. Skor ke-2
tertinggi ialah 3.18 (penanda tahap bagi min ialah sederhana) SP=1.051 bagi pernyataan ke19 iaitu murid menyalin soalan sahaja dalam ujian. Terdapat dua pernyataan yang mendapat
skor min yang sama iaitu pernyyataan ke-15 tidak memahami kehendak soalan dalam
penulisan karangan dan ke-21 tidak memahami arahan soalan dengan skor min 3.15 (penanda
tahap bagi min ialah sederhana) SP=.740 dan .917.
Skor min ke-5 tertinggi ialah 3.11 (penanda tahap bagi min ialah sederhana) SP=1.008
dengan pernyataannya murid tidak boleh menulis kerana tidak menguasai kemahiran
membaca. Seterusnya, skor min ke-6 tertinggi ialah 3.10 (penanda tahap bagi min ialah
sederhana) SP=.812 iaitu pernyataan ke-13 tidak mahir membina ayat. Pernyataan ke-12,
murid tidak boleh mengulas nilai murni kerana tidak memahami petikan di skor min ke-7
tertinggi dengan 3.09 (penanda tahap bagi min ialah sederhana) SP=.884.
Skor min ke-8 tertinggi ialah 3.03 (penanda tahap bagi min ialah sederhana) SP=.748
dengan pernyataan murid membuat kesalahan dalam ejaan. Tulisan sukar dibaca pula
mendapat skor min 3.01 (penanda tahap bagi min ialah sederhana) SP= .862.
Sebahagian lagi pernyataan mendapar skor min kurang daripada 3 iaitu pernyataan
ke-17 dan ke-10 yang mendapat skor min yang sama iaitu 2.74 (penanda tahap bagi min ialah
sederhana) SP= .774 dan .885, pernyataan ke-9 skor minnya 2.65 (penanda tahap bagi min
ialah sederhana) SP=.749, pernyataan ke-11 dengan skor min 2.50 (penanda tahap bagi min
ialah sederhana) SP=.955 dan yang terakhir pernyataan ke-8 mendapat skor min 2.41
(penanda tahap bagi min ialah sederhana) SP=.746.
Selain daripada masalah pengajaran oleh guru, terdapat juga masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh murid di sekolah. Hasil analisis yang dikeluarkan dalam Jadual 4
menunjukkan beberapa masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
Masalah-masalah utama bagi murid ialah murid adalah tidak memahami bahan
rangsangan, ada murid yang hanya menyalin soalan sahaja semasa latihan atau ujian,dan
Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416
-8-

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

murid-murid juga tidak memahami kehendak soalan dalam penulisan karangan.Sebagaimana


menurut Nadrzeni Isa (2001) iaitu penggunaan bahan rangsangan dalam pengajaran penulisan
karangan telah Berjaya meningkatkan prestasi penulisan karangan dalam kalangan murid.
Namun ramai murid yang tidak memahaminya.
Ramai jugadi antara murid yang menyalin soalan sahaja semasa latihan atau ujian
kerana murid tidak dapat menjawab soalan. Kelemahan muird dalam aspek mekanis atau
mentalis menyumbang kepada masalah ini. Kelemahan murid dalam kemahiran menulis ialah
tidak memahami kehendak soalan dalam penulisan karangan. Murid kerap menulis karangan
yang terpesong daripada tajuk yang dikehendaki.
Guru perlu berusaha mengatasi kelemahan murid-murid. Kebanyakan guru mengajar
kemahiran menulis kepada isi pelajaran yang mudah dahulu barulah berpindah kepada yang
sukar. Guru juga perlu memberi pendedahan kepada murid sebelum menulis untuk
memudahkan pemahaman murid terhadap pelajaran yang hendak disampaikan. Seterusnya
guru perlu menyemak hasil penulisan murid secara terperinci. Gunakan alat bantu mengajar.
Dapatan Ruhaida Mansor (2005) , iaitu penggunaan alat bantu mengajar (ABM) sewaktu
mengajar dapat membantu guru meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal dan
menulis abjad.

APLIKASI

STRATEGI

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

DALAM

KEMAHIRAN MENULIS
Jadual 2 menunjukkan analisis dapatan mengenai aplikasi strategi pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis daripada respondan yang sama. Secara keseluruhannya,
Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416
-9-

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

analisis ini menunjukkan tahap skor min yang tinggi tetapi menghampiri tahap sederhana. Ini
dibuktikan dengan jumlah purata min=3.72 (SP=.606).
Dapatan analisis ini menunjukkan pernyataan ke-3 iaitu saya mengajar kemahiran
menulis daripada yang mudah kepada yang sukar mendapat skor min yang tertinggi iaitu 4.20
(penanda tahap bagi min ialah tinggi) SP=.538. Pernyataan ke-5 pula mendapat skor min ke-2
tertinggi iaitu saya sentiasa memberi pendedahan kepada murid sebelum menulis sebanyak
4.09 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) SP=.551. Skor min ke-3 tertinggi ialah 4.03
(penanda tahap bagi min ialah tinggi) SP=.478 iaitu pernyataan 1 saya merancang dahulu
sebelum mengajar.
Seterusnya, skor min ke-4 tertinggi ialah 3.98 (penanda tahap bagi min ialah tinggi)
SP=.606 iaitu pernyataan ke-4, saya terus menyemak hasil penulisan murid secara terperinci.
Pernyataan ke-6, saya mengadakan pemulihan kepada murid lemah semasa mengajar
kemahiran menulis menduduki skor min ke-5 tertinggi dengan 3.86 (penanda tahap bagi min
ialah tinggi) SP=.710. Skor min ke-6 tertinggi ialah 3.76 (penanda tahap bagi min ialah
tinggi) SP=.557 dengan pernyataan bahan bantu mengajar yang saya gunakan sangat sesuai
dengan kemahiran menulis.
Pernyataan ke-2, strategi pengajaran kemahiran menulis saya berpusatkan murid dan
ke-7, saya menggunakan pelbagai bahan dan sumber semasa mengajar kemahiran menulis
mempunyai skor min yang sama iaitu 3.71 (penanda tahap bagi min ialah tinggi) SP=.596
dan .564. 2 pernyataan terakhir mendapat skor min terendah iaitu pernyataan ke-9, saya
menggunakan Internet sebagai bahan bantu mengajar kemahiran menulis dan ke-8, saya
selalu menggunakan bahan bantu mengajar elektronik seperti radio dan televisyen semasa
mengajar kemahiran menulis dengan skor min 2.98 dan 2.90.
Daripada dapatan kajian di atas, aplikasi strategi pengajaran guru menggunakan
teknik yang sesuai semasa mengajar kemahiran menulis.

Guru mengajar daripada isi

pelajaran yang mudah kepada yang sukar. Dengan cara demikian murid akan mudah
memahami dan menguasai kemahiranmenulis ini. Seperti pendapat Ahmad Khair Mohd. Nor
(2005), dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan
dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami
apabila dibaca.

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 10 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

Guru juga sentiasa memberi pendedahan sebelum murid menulis. Murid akan dapat
kefahaman yang lebih terhadap pelajaran yang diajar. Selain itu, guru sentiasa merancang
dahulu sebelum mengajar supaya proses pengajaran dan pembalajaran dapat berjalan dengan
berkesan. Guru juga terus menyemak hasil kerja murid secara terperinci untuk mengesan
kesilapan dan kelemahan murid.
Oleh yang demikian, jika ada murid yang lemah atau tidak menguasai kemahiran ini,
guru akan mengadakan pemulihan agar dapat memperbaiki kemahiran menulis murid
tersebut. Ramai juga guru yang menggunakan teknik pengajaran yang berpusatkan murid
supaya murid boleh memberi pendapat sendiri di samping menggalakkan murid berinteraksi
dengan lebih bebas.
Kepelbagaian bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan tetapi kurang
menggunakan bahan bantu elektronik. Penggunaan komputer dan internet tidak digunakan
secara meluas.

CADANGAN
Diharap kajian ini dapat membantu guru, ibu bapa, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah
dan Kementerian Pelajaran Malaysia pelaksanaan. Kreativiti seseorang guru memainkan
peranan penting dalam kecekapan guru mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Untuk itu,aspek psikologi dan profesional perlu diambilkira. Guru bukan sahaja
Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416
- 11 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

diharapkan komited dengan program pengajaran yang dan di sekolah malah perlu bijak
menggunakan pelbagai kaedah dan bahan pengajaran yang berkesan. Segala kemudahan yang
ada seharusnya digunakan dengan sepenuhnya bersesuaian dengan tempat dan tahap
kebolehan murid untuk memastikan sesi pengajaran berjalan dengan ldan murid tidak berasa
bosan untuk mengikuti. Guru juga seharusnyasentiasa memantau pemahaman dan pencapaian
murid dari semasa ke semasa. Untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan,penggunaan bahan bantu mengajar yang realistic dan nyata serta berbentuk
audio visual perlu lebih kerap digunakan supaya murid dapat memahami sesuatu konsep
dengan jelas. Pihak pentadbir sekolah perlu memberi galaakan dan menyediakan kemudahan
kepada panitia bahasa melayu untuk menganjurkan kursus dalaman kepada guru-guru lama
yang sudah biasa dengan sukatan lama. Pihak panitia mata pelajaran bahasa melayu pula
berperanan besar membantu dalam pemilihan,kesesuaian dan penggunaan bahan bantu
mengajar terutama dari segi bahan kemahiran menulis. Bantuan ini boleh dilaksanakan
dengan sesi perbincangan dengan guru,mesyuarat panitia dan kursus dalaman di peringkat
sekolah. Guru bahasa melayu tidak dilibatkan dengan tugas yang terlalu banyak serta berat
sehingga mengakibatkan mereka kekurangan masa untuk merancang aktiviti pengajaran
dengan lebih berkesan.

BAHAGIAN B
PENGENALAN
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut ditekankan
dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu kurikulum lama yang
disemak semula pada tahun 2002 dan dilaksanakan pada tahun 2003. Menurut Noorazman
Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416
- 12 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara
ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan juga dalam bentuk ayat.
Sehubungan dengan itu, murid perlu menguasai kemahiran menulis untuk menghuraikan
data-data dengan tepat, berupaya menyusun jawapan dalam bentuk yang mudah difahami,
teratur dan menyakinkan.
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai
kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai setelah seseorang itu menguasai
kemahiran mendengar, bertutur dan membaca. Penguasaan kemahiran ini melibatkan aspek,
teknikal, mekanikal juga aspek psikolagi dan kognitif. Menulis juga bermaksud menzahirkan
apa-apa yang ada dalam minda melalui media tulisan agar dapat dibaca dan seterusnya
difahami oleh orang lain.
Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang
pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru
dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial,
penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.
Ketua Pengarah Pelajaran (mantan), Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak kenal erti jemu dalam usaha
mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama,
bangsa dan negara.
Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem
pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing,
berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat. Masyarakat
meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap
tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum juga pembinaan
sahsiah anak didik.
CABARAN-CABARAN
Namun, pada masa kini tugas guru telah dipersoalkan dalam semua bicara. Tugas guru
yang dahulunya diangkat terlalu tinggi oleh masyarakat sekeliling telah menjadi satu bidang
yang telah dipersoalkan mutunya. Ramai masyarakat berpendapat profesion keguruan tidak
mencapai standard yang telah ditetapkan dan ini merupakan salah satu isu yang tidak patut

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 13 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

timbul dalam kalangan masyarakat. Siapakah yang patut dipersoalkan? Guru, murid, staf
sekolah ataupun masyarakat sekeliling?
Dewasa ini guru menghadapi banyak cabaran-cabaran yang menghimpit dan
mencabar kewibawaan guru dalam melaksanakan

tanggungjawab mereka. Cabaran ini

datangnya daripada diri guru sendiri, murid, sekolah, ibu bapa dan masyarakat sekeliling.
Kebanyakan murid di dalam sesuatu bilik darjah itu mempunyai tahap pembelajaran
yang berlainan sama ada murid bijak, sederhana ataupun lemah. Kebanyakan guru terpaksa
tidak mempedulikan tahap murid di dalam kelas masing-masing. Mereka berasa culas untuk
mengasingkan murid-murid yang lemah ini. Mereka terpaksa berbuat demikian kerana mahu
menghabiskan silibus mata pelajaran. Bagi mereka, yang penting sekali adalah untuk
menghabiskan silibus yang diwajibkan ke atas mereka tanpa mempedulikan murid-murid
yang ketinggalan. Tekanan terhadap guru ini semakin memuncak menjelang hari peperiksaan.
Silibus pelajaran yang tidak dapat dihabiskan, tugasan atau kursus yang terpaksa diikuti dan
masa yang semakin suntuk menyebabkan guru terpaksa mengambil tindakan sedemikian.
Murid yang tidak mendapat pendidikan asas dari awal (prasekolah) sehingga
menyukarkan mereka menyesuaikan diri dengan kelompok murid pintar juga mendatangkan
cabaran. Sebagaimana menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran
yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Hal ini juga melibatkan peranan ibu bapa sebagai guru di rumah. Ibu bapa perlu
mendedahkan anak mereka dengan pendidikan awal untuk membiasakan mereka dengan
keadaan pembelajaran di sekolah. Ramai murid yang baru memasuki Tahun 1 tidak dapat
menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran yang baru dan ini mengakibatkan mereka
berasa janggal dan tidak dapat mengikuti pembelajaran di dalam bilik darjah.
Cabaran seterusnya ialah kelainan tahap pembelajaran murid di dalam sesuatu bilik
darjah. Tahap pembelajaran yang berlainan mewujudkan kelompok murid yang mempunyai
daya pemikiran yang pantas dan juga lemah. Jika tidak diasingkan, yang lemah akan terus
ketinggalan. Manakala yang pandai akan terus ke hadapan. Guru terpaksa menyediakan
pelbagai aktiviti yang berbeza yang bersesuaian dengan setiap tahap pembelajaran. Guru
perlu peka dan prihatin terhadap kemampuan murid sendiri. Jika terdapat murid yang
mempunyai daya pemikiran yang tajam dan pantas, mereka perlu diasingkan dari murid yang
lain. Guru perlu sensitif dan mengambil berat akan masalah ini. Kadang-kadang guru berasa
Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416
- 14 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

selesa dengan murid yang selalu faham dan tidak pernah bertanyakan mengenai isi
pembelajaran dan langsung melupakan murid-murid yang lemah dan tidak faham akan
pengajaran guru. Di sinilah cabaran guru untuk memberi perhatian terhadap murid lemah ini
dalam menerapkan kemahiran menulis kepada mereka.
Cabaran guru yang seterusnya apabila bahasa Melayu merupakan bahasa kedua di
sekolah tersebut. Murid tidak mudah faham akan pelajaran yang disampaikan kerana tidak
biasa bertutur dalam bahasa Melayu. Selain itu, pertuturan murid banyak dipengaruhi oleh
bahasa ibunda. Apabila pertuturan murid tidak fasih dan banyak dipengaruhi oleh bahasa
ibunda, maka kemahiran menulis murid juga akan mengikut bahasa yang dipertuturkan.
Bahasa yang ditulis tidak mengikut bahasa Melayu yang standard. Bukan mudah bagi guru
untuk mengajar bahasa kedua ini.
Ketidakupayaan murid menguasai bahasa dan dipengaruhi bahasa ibunda akan
menimbulkan perasaan tidak minat untuk belajar bahasa Melayu. Jika perasaan ini timbul, ia
akan mempengaruhi semua kemahiran bahasa termasuk kemahiran menulis. Masalah ini
merupakan masalah yang paling berat dan perlu dipandang serius oleh setiap guru. Jika
timbul sekelumit perasaan ini dalam diri murid mereka, maka tugas guru akan menjadi lebih
mencabar dan rumit. Guru dan ibu bapa perlu bekerjasama untuk memastikan masalah ini
tidak timbul dalam sanubari murid-murid walaupun sekelumit. Guru perlu mmenarik minat
murid terhadap bahasa Melayu melalui kaedah pengajaran yang pelbagai dan menarik.
Selain itu, guru menghadapi kesukaran untuk menyediakan kaedah pengajaran yang
bersesuaian dan berkesan untuk mengajar kemahiran menulis ini. Keadaan ini menimbulkan
masalah menulis dalam kalangan murid. Masalah dalam kaedah pengajaran guru yang dapat
dirumuskan kepada tiga punca utama iaitu kurang pengalaman, tiada pengetahuan terhadap
kemahiran menulis dan tidak ada kaedah yang berkesan dalam pengajaran guru. Kegagalan
murid menulis dengan baik seringkali dikaitkan dengan kegagalan dalam peperiksaan.
Kegagalan dalam peperiksaan ini banyak dipengaruhi oleh kesukaran murid-murid untuk
memahami isi kandungan pelajaran yang dipelajari disebabkan oleh kegagalan mereka
membaca dan kemudiannya menulis dengan baik.
Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca
dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Sebagai guru, mereka akan
Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416
- 15 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

berhadapan dengan tekanan dari pelajar yang ramai sepanjang hari. Antara penyebab tekanan
kepada guru ialah kejayaan diri sendiri, kurang emosi, bebanan tugas yang melampau,
hubungan rakan sekerja dan persekitaran tempat kerja.
Bilangan murid yang ramai di dalam bilik darjah, juga merupakan cabaran kepada
guru. Guru tidak dapat memberi tumpuan terhadap semua murid dengan cara yang berkesan.
Guru hanya dapat mengajar secara sama rata dengan andaian bahawa semua murid dapat
memahami dan mengikuti pelajaran dengan baik. Bagi murid yang bijak, mungkin tidak
menjadi masalah. Tetapi bagaimana pula dengan murid sederhana dan lemah? Murid akan
kurang atau tidak memahami langsung isi pelajaran yang disampaikan. Jika perkara ini
berlaku pada setiap hari, bagaimana prestasi murid ini?

Mereka akan semakin jauh

ketinggalan berbanding murid bijak. Lama kelamaan , perasaan bosan dan malas akan
muncul.
Begitu juga latar belakang murid merupakan cabaran kepada guru. Latar belakang
murid yang pelbagai juga memberikan cabaran kepada guru semasa pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis dijalankan. Murid-murid yang mempunyai latar belakang
keluarga yang mementingkan pelajaran tidak menghadapi masalah untuk mempelajari
kemahiran ini di rumah. Keluarga murid akan memberi perhatian dan bimbingan sehingga
mereka berjaya menyelesaikan segala tugasan yang diberi. Kebiasaannya, tugasan di rumah
adalah dalam bentuk kemahiran menulis. Walau bagaimanapun, latar belakang murid
adalah pelbagai. Bagi murid yang mempunyai keluarga yang tidak mementingkan pelajaran,
murid-murid akan terabai dan tidak berminat menyiapkan tugasan. Ini menjadikan kemahiran
menulis tidak dipraktikkan di rumah. Murid ini akan lemah dalam kemahiran menulis.
Faktor masa juga merupakan cabaran kepada guru. Guru tidak mempunyai masa yang
mencukupi untuk mengajar kemahiran menulis ini. Setiap minggu, hanya diperuntukan satu
jam yang khusus untuk mengajar mengikut kemahiran menulis. Adakalanya, kemahiran
menulis ini juga diselitkan dalam kemahiran bahasa yang lain. Walau bagaimanapun masanya
amat terhad dan biasanya di akhir pembelajaran. Jika murid tidak dapat menghabiskannya,
maka mereka perlu membuatnya di rumah. Sebahagian murid membuatnya tetapi sebahagian
lagi culas. Oleh itu, kemahiran menulis menjadi terabai. Guru perlu melipat gandakan usaha
supaya kemahiran ini dapat dikuasai oleh murid.

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 16 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

KESIMPULAN
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis harus dijalankan
dengan berkesan agar usaha untuk meningkatkan penguasaan 3M khuususnya kemahiran
menulis dalam kalangan murid-murid dapat dicapai. Kelemahan murid menguasai kemahiran
ini akan menjejaskan potensi serta motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam
mata pelajaran bahasa Melayu.
Terdapat banyak cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dewasa ini. Semakin
moden arus pembangunan, semakin mencabar profesian keguruan ini. Cabaran-cabaran ini
datangnya daripada diri guru sendiri, murid, rakan sejawat, sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
Murid-murid sekolah rendah merupakan asset negara pada masa hadapan bagi
meneruskan kesinambungan bangsa dalam memajukan negara menjelang Wawasan 2020.
Walau bagaimanapun, wujud jurang pemisah dalam membangunkan generasi muda dalam
keseimbangan potensi individu. Oleh itu, guru sebagai penyampai ilmu, pencorak minda,
pembangun sahsiah serta agen pperubahan perlu menggembling tenaga untuk bersama-sama
menghadapi segala cabaran dalam dunia pendidikan ini agar dapat melahirkan anak bangsa
yang produktif, berakhlak, mampu berdaya saing dan berpandangan jauh. Sesungguhnya
sesuatu kejayaan itu tidak akan dapat dicapai dengan mudah tanpa usaha yang bersungguhsungguh seperti kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

BAHAGIAN C
Rancangan Mengajar Harian (RPH)
( Pengajaran Kemahiran Menulis Tahun 2 )
Tarikh/Hari

: 10/07/2014 (Khamis)

Tahun

: 2 Arif

Bilangan Murid

: 20 orang

Masa

: 8.20 9.20

Mata Pelajaran

: Bahasa Malaysia

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 17 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

Tema

: Kesihatan

Tajuk

: Kebersihan Diri

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa 3.3.1


dan ayat dengan betul.

Membina dan menulis perkataan dan


frasa dengan cara yang betul dan
kemas.

Objektif:
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. Membina frasa dengan betul.
2. Menulis frasa dengan cara yang betul dan kemas.
Sistem bahasa:

Tatabahasa

: frasa

Kosa kata

: sabun wangi, sikat rambut

Pengisian Kurikulum

Ilmu

- Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Moral

Nilai murni

- Menjaga Kebersihan, Kerjasama

Kreativiti

- Pergerakan kreatif

Elemen keusahawanan - EK 1:1.4 Daya kreativiti dan inovasi: memerhati


dengan tujuan dan menghasilkan banyak idea.

Kepelbagaian Kaedah dan teknik

KB

: Penyoalan, menghubungkait, mencirikan, menilai dan menjana idea

KP

: Verbal linguistik, interpersonal, intrapersonal

BCB

: Mengumpul maklumat dan memproses maklumat tentang petikan


lagu yang dinyanyikan.

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran konstruktivisme

: menghubung kait dengan kehidupan seharian

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 18 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

Pengetahuan sedia ada

Murid telah didedahkan dengan penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian.

Bahan bantu mengajar

Bil

Jenis

Bilangan

Komputer

Petikan lagu

Kad perkataan

10

Lembaran kerja pentaksiran

20

Lembaran kerja pemulihan

Lembaran kerja pengayaan

18

Langkah/
Masa
Set Induksi
(5 minit)

Aktiviti Pengajaran dan

Isi Pelajaran

Catatan

Lirik lagu

Pembelajaran
Menyanyikan lagu

BBB

Jagalah Kebersihan

1.

Guru menayangkan dan

Lirik lagu (LCD)

memperdengarkan lagu

Jagalah

Jagalah Kebersihan.

Kebersihan

2.

Murid mendengar lagu yang


diperdengarkan sambil melihat
senikata lagu yang dipaparkan
pada skrin.

Lampiran A
KB
Menghubungkait

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 19 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

3.

4.

Murid diminta menyanyikan

BCB

lagu dengan jelas secara kelas

Memproses

mengikut gerak alunan muzik.

maklumat

Guru membimbing murid


menyanyikan lagu dengan

Ilmu

sebutan yang betul.

Muzik
Nilai murni
Kebersihan diri

Bacaan kuat berdasarkan

Membaca dan menjawab soalan

BBB

Langkah 1

lirik lagu

1. Guru meminta murid meneliti

Lirik lagu

(10 minit)

Lirik Lagu

sekali lagi lirik lagu yang

Jagalah

Jagalah Kebersihan

dipaparkan di skrin.

Kebersihan

2. Murid diminta membaca kuat


dalam kumpulan secara kelas,

Pendidikan

kumpulan dan individu dengan

Kesihatan

sebutan dan intonasi yang betul


tanpa iringan muzik.
Contoh soalan
1. Bilakah kita perlu
gosok gigi?
2. Mengapakah kita perlu
cuci tangan sebelum
makan?
3. Apakah kegunaan

Ilmu

3. Guru bersoal jawab bersama

Strategi
Induktif

murid tentang cara-cara

Nilai

menjaga kebersihan diri.

Kebersihan

4. Guru membimbing murid

KP

menjawab dengan betul soalan

Interpersonal

yang dikemukakan.

Intrapersonal

sabun mandi?
4. Mengapakah kita perlu
menjaga kebersihan diri?
Menjawab solan
kefahaman
Jangkaan jawapan

Pembelajaran
Kontekstual
Menghubungkait
kan dengan
kepentingan
menjaga

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 20 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

1.

Pada awal pagi

kebersihan dalam

2. Supaya tangan bersih

kehidupan

dan tidak dijangkiti

seharian

kuman.
3. Untuk membersih
dan mewangikan
badan.
4. Supaya badan kita
sentiasa cergas dan
sihat.

Langkah/

Aktiviti Pengajaran dan

Isi Pelajaran

Masa

Pembelajaran

Langkah 2

Memadankan Perkatan Membentuk

(20 minit)

Frasa
Contoh Perkataan

1.

Catatan

Guru memaparkan perkataan di


slaid dan meminta murid

(Baca perkataan di bawah)

membaca perkataan dengan


jelas.
tuala

berus

sikat

rambut

membaca perkataan dengan

tangan

gigi

betul.

cuci

mandi

wangi

sabun

2.

3.

Guru membimbing murid

Dengan menggunakan
perkataan yang sama, guru

BBB : LCD
- Perkataan
- Kad Perkataan

KP
Verbal linguistik

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 21 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

melekatkan perkataan di papan


hitam.
Mencantumkan perkataan

4.

Murid dikehendaki
memadankan perkataan yang

membentuk frasa

terdapat di papan hitam untuk

BCB
Memproses
maklumat

membentuk frasa. Aktiviti ini


sikat

mandi

sabun

gigi

tuala

rambut

berus

wangi

cuci

tangan

dilakukan secara individu.


5.

Guru membimbing murid


membina frasa dengan betul.

6.

Nilai murni

Sebagai pengukuhan murid


dikehendaki mencantumkan
perkataan yang diberikan pada

Contoh lembaran
kerja
Lampran B

lembaran kerja yang

7.

disediakan.

Pentaksiran

Murid dikehendaki menulis

Nilai murni

semula frasa yang dibina

Kerajinan

berdasarkan latihan yang diberi


dengan betul dan kemas
menggunakan buku tulis garis
empat.
8.

Guru membimbing murid


menulis dengan cara yang betul
dan kemas.

9.

Guru memberi ganjaran kepada


murid yang dapat menulis
dengan betul, kemas dan
teratur.

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 22 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

Langkah/

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan

Masa

Catatan

Pembelajaran

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 23 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

Langkah 3
(20 minit)

Jangkaan Jawapan

Mengisi Tempat Kosong dengan

Lampiran C

1. cuci tangan

Jawapan yang Betul

-Contoh

2. sikat rambut

1. Guru mengedarkan lembaran

Lembaran Kerja

3. berus gigi
4. sabun mandi

kerja kepada setiap murid.


2. Murid dikehendaki menjawab

5. kuku tangan

lembaran kerja yang diberikan

6.tuala mandi

dengan mengisi tempat kosong

7. syampu rambut

dengan frasa yang betul.

BCB
memproses
maklumat dan
mengumpul
maklumat

3. Guru membimbing murid


menjawab soalan yang

KB

diberikan.

- mencirikan

4. Murid menyemak hasil kerja

- menjana idea

yang dibuat bardasarkan

Ilmu

jawapan yang diberi oleh guru.

Pendidikan
Kesihatan

Pengayaan
Murid dikehendaki membina frasa
berdasarkan gambar tunggal yang
diberi dengan cara menulis dengan

Nilai Murni
Kerajinan
Lampiran D

betul dan kemas menggunakan


garis empat.
Pemulihan
Murid dikehendaki mencantumkan

Lampiran E

perkataan menjadi frasa yang betul


berdasarkan perkataan yang diberi
berpandukan gambar tunggal.

Langkah/

Isi Pelajaran

Masa

Aktiviti Pengajaran dan

Catatan

Pembelajaran
Rumusan

Membuat rumusan

KB

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 24 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

Penutup
(5 minit)

Jangkaan Jawapan

1. Guru meminta murid

- Penyoalan
- Menghubungkait

Kepentingan Menjaga

menyanyikan semula lagu

Kebersihan Diri

Jaga Kebersihan Diri

dengan

dengan gaya yang sesuai.

pengalaman

1. Supaya badan

sihat dan cergas.


2. Supaya tidak
dijangkiti penyakit
3. Badan yang sihat
dapat melahirkan
otak yang cerdas

2. Murid diminta menyatakan


kepentingn menjaga
kebersihan diri dalam
kehidupan seharian.
3. Guru menerapkan nilai

KP
- Verbal linguistik
BCB
- Mengumpul
maklumat dan

murni dengan memberi

memproses

pujian dan galakan kepada

maklumat

murid kerana berani


memberi jawapan dan
pendapat apabila diminta.

Ilmu
- Pendidikan
Kesihatan
Nilai murni
- Berani mencuba
Teknik
- Soal jawab

REFLEKSI PENGAJARAN

Pengenalan

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 25 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

Refleksi sering digunakan secara intensif di dalam proses pengajaran. Refleksi


dianggap sebagai komponen yang penting di dalam meningkatkan profesionalisme guru di
dalam perkhidmatan. Dewey (1983) merupakan pemikir pertama yang memperluaskan
konsep refleksi di dalam pendidikan. Kini refleksi telah digunakan sebagai komponen utama
di dalam pendidikan guru.
Refleksi adalah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kolb, 1984).
Kepentingan menyediakan refleksi terbentuk hasil daripada sesetengah tingkah laku guru
yang hanya menyendiri di dalam konteks pembelajaran murid. Keadaan apabila berhadapan
dengan bilangan murid-murid yang ramai (kadang-kala sehingga lebih daripada 30 orang)
menyebabakan kadang kala guru hampir tidak dapat berfikir tentang apa yang telah dilakukan
di dalam proses pengajaran mereka. Namun, kini guru-guru sedar tentang kepentingan
membuat refleksi iaitu menganalisa semula apa yang telah dilakukan di dalam proses
pengajaran mereka. Guru perlu memikirkan tentang cara-cara yang lebih kritikal untuk
memperbaiki amalan pengajaran mereka. Cara produktif menulis refleksi dengan mengimbau
kembali apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran jarang dilakukan (Dewey,
1933).
Gibbs (1988) berpendapat bahawa tindakan membuat refleksi adalah peri laku
membuat peta minda terhadap apa yang telah dilakukan di dalam kelas. Proses refleksi akan
membolehkan seseorang guru belajar tentang asas pembelajaran. Refleksi akan membolehkan
guru untuk mengenal pasti pelbagai kaedah baru yang berguna untuk memperbaiki amalan
pengajaran.
Untuk menyiapkan tugasan yang diberi, saya telah memilih murid Tahun 2 Arif bagi
sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan rancangan pengajaran harian
yang dirangka mengikut format KSSR. Sepanjang pengajaran tersebut, saya telah meminta
jasa baik seorang rakan untuk merakamkan pengajaran saya dalam bentuk gambar. Refleksi
pengajaran akan saya sentuh adalah berkisar tentang kekuatan, kelemahan dan langkah
mengatasi yang dapat saya simpulkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
tersebut.
Kekuatan
Tugasan ini banyak membantu saya meningkatkan dan menambahkan lagi ilmu
pengetahuan saya sebagai seorang guru walaupun telah 16 tahun berkecimpung dalam bidang
Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416
- 26 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

ini. Diharapkan segala pengetahuan dan pengalaman ini akan saya praktikkan kepada anak
didik saya di sekolah dalam usaha bersesuaian dengan transformasi masa kini.
Secara amnya, saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Secara
keseluruhannya saya juga berpuas hati dan berbangga dengan objektif pengajaran pada hari
itu tercapai dengan agak baik. Murid-murid Tahun 2 Arif juga bersemangat dan memberi
kerjasama yang sepenuhnya walaupun ada sedikit kelemahan dalam pengawalan kelas
sewaktu menjalankan aktiviti berkumpulan. Fizikal kelas pada hari pengajaran juga sangat
ceria dan di sini dapatlah memberi keselesaan kepada murid-murid saya belajar dengan lebih
kondusif dan aktif. Proses pengajaran juga berlaku dua hala. Murid-murid memberi respon
kepada soalan-soalan yang yang dikemukakan oleh saya walaupun berada dalam bulan puasa.
Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana masih diberi kekuatan oleh Alah S.W. T
dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran ini.
Sebenarnya, bagi menjayakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran tercapai, respon
yang baik dari murid diperlukan bagi memudahkan objektif pembelajaran dapat dicapai. Ini
kerana guru dapat mengulang dan menerangkan semuala tentang topik yang murid kurang
jelas. Saya juga berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama murid-murid
kerana ia dapat menguji kefahaman dan daya berfikir murid. Contohnya aktiviti
mencantumkan perkataan untuk membina frasa. Manakala soalan lembaran kerja yang
disediakan pula melibatkan tahap kemampuan murid di dalam kelas tersebut. Contohnya
soalan latihann, lembaran kerja pentaksiran, pemulihan dan pengayaan. Melalui lembaran
kerja yang diberikan, secara tidak langsung saya dapat menguji tahap kefahaman murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Keadaan ini dapat saya perhatikan
semasa menjalankan aktivti dan menjawab soalan yang diberikan. Murid dapat menjawab
soalan yang diberikan melalui penerangan secara tidak langsung oleh guru. Secara jujurnya,
saya merasakan kemahiran menulis dengan betul dan kemas perlu dititikberatkan oleh guru
dalam setiap kali pembelajaran. Langkah ini dapat melatih murid menulis dengan kemas
setiap masa bukan sekadar untuk menyiapkan kerja yang diberikan. Guru juga perlu
membimbing murid duduk dengan cara yang betul ketika menulis supaya dapat menimbulkan
keseronokan ketika menulis.
Saya juga seringkali memberi peneguhan positif kepada pelajar sebaik pelajar
menyatakan jawapan yang serta memberi maklum balas apabila saya mengemukan
pertanyaan. Perkataan yang baik yang mempunyai nilai-nilai murni seperti bagus, terima
Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416
- 27 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

kasaih, pandai, tahniah dan sebagainya perlu diterjemahkan dengan mimic muka yang manis
seperti menyebut perkataan bagus sambil tersenyam. Ini membuatkan murid menerima
mesej tersebut dengan hati yang girang dan gembira kerana mereka merasa besar hati dan
dihargai. Seterusnya, dapat mengekalkan minat dan tumpuan murid untuk terus belajar.

Kelemahan Serta Langkah Mengatasi


Setelah diteliti dan dinilai semuala saya rasa masih ada kekurangan pada makro
pengajaran saya ini. Pertamaya adalah penggunaan papan tulis. Saya tidak menulis tajuk
pelajaran setelah memperkenalkan tajuk pelajaran kepada murid-murid. Tajuk pelajaran
sepatutnya perlu ditulis dengan jelas pada papan tulis. Kecuaian saya ini menyebabkan murid
yang sederhana dan lemah mungkin tertanya-tanya mengenai tajuk yang diperkenalkan oleh
saya selepas set induksi dilaksanakan. Oleh itu, dalam pengajaran yang akan datang saya
akan pastikan perkara ini tidak akan berlaku dengan mengamalkan pengajaran yang
terancang dan tidak tergopoh-gapah.
Setelah diteliti, saya juga kurang prihatin dengan aktivti atau kaedah pengajaran saya.
Saya hanya menggunakan beberapa kaedah biasa sahaja iaitu penyoalan, perbincangan,
pembentangan dan membaca semula teks yang diberi. Selain itu juga, saya banyak
menggunakan kaedah syarahan. Jika dilihat semula kaedah atau teknik lakonan atau simulasi
juga boleh digunakan agar murid-murid menjadi lebih cergas.
Pada langkah pengukuhan pula, saya kurang melibatkan semua murid. Murid yang
lemah tidak dapat dibimbing sepenuhunya walaupun dikumpulkan satu tempat kerana
kesuntukan masa. Saya hanya membimbing murid yang bertanyakan soalan sahaja. Oleh itu,
perkara sebegini akan saya elakkan pada pengajaran yang akan datang.
Saya juga terkilan kerana suara saya pada hari itu agak kurang memuaskan dan
kurang menarik. Hal ini berlaku kerana saya mengalami selesema dan batuk. Bila banyak
menggunakan suara, batuk saya akan datang dan ini menimbulkan gangguan dalam proses
pengajaran saya. Seperti yang kita maklum suara guru juga merupakan satu aspek penting
dalam proses mengajar. Suara yang lemah, kurang jelas, menggunakan nada yang yang sama
juga akan menyebabkan murid-murid jemu mendengarnya. Hal ini perlu dititikberatkan
kerana suara yang bertenaga dapat menarik minat murid untuk belajar.

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 28 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

Seterusnya saya juga kurang menyentuh kepintaran semua murid secara terperinci.
Saya lebih banyak memberi ruang kepada murid yang aktif sahaja menyertai pengajaran
saya.Murid-murid yang berada pada aras sederhana dan lemah tidak berperanan kerana tidak
diberi peluang kepadanya secara khusus. Untuk pengajaran yang akan datang, saya akan
pastikan semua murid menyertai proses pengajaran dan pembelajaran yang saya jaalankan.
Seterusnya saya juga kurang menitik beratkan masa yang patut diambil bagi sesi
pengajaran saya kali ini. Justeru saya terkejar-kejar menggunakan setiap masa yang ada
dengan keadaan yang agak kalut sedikit. Contohnya, saya menggunakan terlalu banyak masa
untuk menjalankan set induksi. Sepatutnya, masa yang diperuntukkan untuk menjalankan set
induksi adalah 5 minit sahaja. Saya telah menggunakan hampir 7 minit bagi aktiviti set
induksi tersebut. Jadi penyampaian bagi isi pengajaraan berkurangan masa 2 minit. Jadi,
untuk pengajaran yang akan datang, saya akan pastikan setiap langkah yang dirancang dapat
diikuti sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan supaya dapat
memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid.
Sebagai kesimpulannya, kekuatan dan kelemahan atau kekurangan dalam pengajaran
yang telah dilaksanakan memang sudah menjadi kebiasaan dalam dunia pengajaran. Dengan
adanya pengesanan kelemahan melalui aktiviti refleksi kendiri sudah pasti sedikit sebanyak
membantu saya sebagai guru bertindak lebih baik untuk memperbaiki kelemahan tersebut
supaya kita dapat melaksanakan pengajaran yang lebih baik pada masa akan datang. Kita
dapat merancang pengajaran dengan lebih baik berdasarkan tahap kebolehan murid yang ada
di dalam kelas tersebut untuk membolehkan murid-murid kita memahami apa yang diajar
dengan lebih mudah. Dengan cara ini, kita dapat menjalankan pengajaran dengan lebih
berkesan dan dapat memberi manfaat yang berguna kepada murid-murid
RUJUKAN

_________, (2010), Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
_________, (2012), Dokumen Standard Sekolah Rendah, bahasa Melayu Tahap 1, Kuala
Lumpur, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 29 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

Abdul Rasid Jamian, (

). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis

Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar, Jurnal


Bahasa, UKM. Online www.ukm.my/jpbm/pdf/1-12_Rasid_UPM.pdf (Capaian 28

Jun 2014)
Atan Long (1982). Pedagogi Kaedah Am Mengajar . Amiza Publising Sdn Bhd.
Petaling Jaya.

Nik Safiah Karim et.al, (2011), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan, (2004). Psikologi Pendidikan, Pahang,
PTS Publications & distributors Sdn. Bhd
S. Nathesan, (2010), Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu Edisi Kedua, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://wajip.blogspot.com/2012/08/kemahiran-berbahasa-kemahiran-menulis.html. ( Capaian
28 Jun 2014 )
http://www.google.com.my/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&ved=0CC8QFjAC&url=http%3A%2F
%2Fstudentsrepo.um.edu.my
%2F2450%2F2%2FBAB_1.pdf&ei=RlHJU7fDBsK8ugTa2YHYDQ&usg=AFQjCN
HrKthAS248cb6_UP-SJ4BXsb1KpA&bvm=bv.71198958,d.c2E. (Capaian 28 Jun
2014)

LAMPIRAN
A

LAMPIRAN

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 30 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

LIRIK LAGU:
TAJUK LAGU : KEBERSIHAN DIRI

Bginilah caranya gosok gigi,


Gosok gigi, gosok gigi,
Beginilah caranya gosok gigi, di waktu pagi.
Di waktu awal pagi.

Beginilah caranya cuci tangan,


Cuci tangan, cuci tangan,
Beginilah caranya cuci tangan,
Cucilah tangan sebelum makan.

Beginilah caranya kita mandi,


Kita mandi, kita mandi,
Beginilah caranya kita mandi,
Gunakan sabun wangi.

LAMPIRAN B

Baca perkataan di bawah:

tuala

berus

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 31 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

ramb
ut

sabun

tanga
n

gigi

cuci

mandi

wangi

sikat

Cantum perkataan menjadi frasa.

tuala

berus

ramb
ut

sabun

tanga
n

gigi

cuci

mandi

wangi

sikat

LAMPIRAN C
NAMA :: ______________________________________

TARIKH : _______________.

KELAS:: ___________..

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 32 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

isi tempat kosong dengan frasa yang betul.

tuala mandi

cuci tangan

syampu rambut

sikat rambut

kuku kaki

sabun mandi

berus gigi

1. Kita hendaklah _________________ sebelum dan selepas


makan..
2. Kita mestilah __________________ supaya sentiasa kemas
dan rapi..
3. Kita perlulah __________________ setiap hari.
4. Kita hendaklah menggunakan ________________ ketika
mandi supaya badan bau wangi.
5. ________________ dan tangan yang panjang perlu dipotong
supaya bersih.
6. Gunakan _________________ yang bersih semasa mengelap
badan selepas mandi.
7. ____________________untuk mengelakkan kelemumur dan
jangkitan kutu.

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 33 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

LAMPIRAN D
NAMA :: ______________________________________

TARIKH : _______________.

KELAS:: ___________..

Bina dan tulis lima frasa berdasarkan gambar dengan tulisan yang kemas.

( Menguasai / Tidak menguasai )


LAMPIRAN E
Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416
- 34 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu
NAMA :: ______________________________________

TARIKH : _______________.

KELAS:: ___________..
Bina dan tulis lima frasa berdasarkan gambar dengan tulisan yang kemas..

..
mesin

meja

surat

cerita

buku

jahit

lampu

mata

cermin

khabar

Tuliskan dua frasa di atas dengan tulisan yang kemas.

( Menguasai / Tidak menguasai )


LAMPIRAN F

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 35 -

EMM 413/Mei 2014


Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu

Hasil Kerja Murid

Wan Razana bt Wan Abdullah / 690115035416


- 36 -

Anda mungkin juga menyukai