Anda di halaman 1dari 8

Draf awal huraian - jangan salin bulat-bulat.

ini cadangan saya sahaja


1. Tajuk rencana - Perpaduan kaum di Malaysia
2. Nama penulis Nama kita
3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki
(a) Pengenalan
Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan
dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek yang penting
dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum dan
etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang perpisahan .
Pada zaman pemerintahan British di negara ini , mereka mengamalkan dasar pecah dan
perintah terutama membiarkan penduduk negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi
masing-masing mengikut komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang
terlibat dalam bidang pertanian dan penanaman padi serta menangkap ikan manakala tenaga
buruh di ladang diambil dari negara India dan di kawasan lombong bijih timah tenaga
imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul disebabkan kegiatan
ekonomi yang diusahakan di samping tempat tinggal yang berbeza . Keadaan ini
mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersama-sama dalam satu
lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum.
Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka yang
dibawa ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yang
membawa masuk guru, buku dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara
ini telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama ,
Inggeris, Cina , Tamil dan aliran Melayu. Kesan langsung wujudnya sistem pendidikan
zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan
pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna.
Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941-1945
juga tak kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di negara
ini. Pihak Jepun pula mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata
mengeruhkan lagi keadaan semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan benci dan
prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina bertindak mengambil
kesempatan utuk membalas dendam dengan menganggotai Bintang Tiga atau lebih dikenali
sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah kalah dan
sebelum kedatangan kembali pihak British. Ketika inilah berlakunya keganasan 14 hari
seperti membunuh, menculik, membakar masjid dan bangunan sebagai cara membalas
dendam . Keadaan ini menyebabkan berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu
dan orang Cina. Lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila kebanyakan orang Cina
terlibat dalam pergerakan PKM manakala orang Melayu kebanyakannya merupakan anggota
pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948-1960.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik
dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia
berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa
orang Melayusebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini
telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah
dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNOMCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya
membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai
satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya
dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti
Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah
kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah


meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak
bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut
perarakan telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut
dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu,
melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang
yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakanyang
menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan
di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan
melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk
perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang
Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya
kapal Perikatan . Orang Melayu memandang perisitiwa ini sebagai kaduk naik junjung.
Natijahnya berlaku kemarahan yang meluap-luap dalam kalangan orang Melayu sehingga
menumpahkan darah .Maka berlakulah kejadian yang dinamakan Tragedi 13 Mei
1969. Kepanasan isu ini cepat menular sehingga ke seluruh negara dalam masa yang begitu
singkat sahaja.
Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan soal
hak kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di
negara ini . Ianya dibawa dan dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba
mendapatkan nama dalam usaha mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh
pilihanraya akan datang. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai
terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia ada pada masa sekarang.
(b) Kepentingan perpaduan kaum
Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan
untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini
berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini
seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada
rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa
berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang.
Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan

kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat
nasionalisme dan patriotik yang tinggi.
Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan
cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan
etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada
ancaman luar dan dalam negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan
melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar
seterusnya memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini
seterusnya.
Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling
menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir
dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur begitu
sahaja jika semua anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak
kita kecil lagi.
(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )
Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian
kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika
ada tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan
secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi
bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian
anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah
untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di
negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota
masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba
diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.
Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang
berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran
yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum.
MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun
ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis
Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie
telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah
perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan
kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk
menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan
JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang
kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan
untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang
kaum
Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran
politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di negara ini.
Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya bermaksud untuk membela masyarakat

atau kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula
dibentuk apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC
yang merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam
usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai
1948 hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum
dibentuk bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai dengan penduduknya dapat
bekerjasama antara satu sama lain.
Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaansebagai landasan mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub
sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya
dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor
Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan
tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai
matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa
pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi
semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya.
(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )
Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu politik perkauman boleh
menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika
sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman
seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan
untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu
padu.Ianya ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang mengemukakan ideologi
Malaysian Malaysia bagi mendapatkan hak yang sama rata dalam kalangan penduduk di
negara ini.Sekali pandang ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini
berlawanan dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini mencapai kemerdekaan.
Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa
penjajahan British. Mereka menjalankan dasar divide and rule iatu dasar pecah dan
perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang
memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan.
Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu
di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan
bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka.
Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini
telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi
bertambah renggang.
Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana
perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana
dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah
mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta
oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor
perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi

tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara
mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri
daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan
berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan
prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum
terbabit.
Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat
yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi
kesedaran kebangaaan pemuda pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah
bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport
dari negara China dan berkiblatkan China.
Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal.
Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh
syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka
menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah
Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan
sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak
sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam
masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting
mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua
golongan terdidik berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular yang tidak
mempunyai pandangan dunia (world view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan
objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan
sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran
kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan
tenaga dan ekonomi.
Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial
seperti web dan blog serta face book menyebabkan timbulnya kerenggangan kaum kerana
banyak menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah
memperkatakan begitu banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita
palsu menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa
kenyataan bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang.
Keadaan ini pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan
bidang kuasa antara badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi. Penyebaran berita
palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota
masyarakat di negara ini. Isu kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa
Melayu contohnya menyebabkan berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di
negara ini. Ianya bakal menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat
yang mampu mengguggat keamanan negara.
Campurtangan kuasa luar juga boleh menlunturkan perpaduan di negara ini.Beberapa
individu yang dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika
Syarikat dan Australia dalam usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap
permasalahan yang mereka hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin dari luar ini boleh
dianggap cuba mencampuri urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu hubungan
sesama jenis dan hak golongan lesbian, gay dan transgender di negara ini.Segelintir anggota
masyarakat juga mengaitkan isu di atas sebagai isu hak asasi manusia di negara ini. Dengan

menjadikan isu ini sebagai isu hak asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian daripada
anggota masyarakat.
(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( pilih
3 sahaja )
Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal
dan memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi
Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia
merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk
memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi
pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi,
pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah,
Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa,
Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan
Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat
Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri
(JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat
Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan
bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat
antara rakyat di negara ini.
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada
awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua
sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya
dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud
kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik
sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt
resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid
pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat
dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini
dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia
hidup bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil
belajar, kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan
persembahan pentas.
Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang
berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul
kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam
sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara.
Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui
aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat
disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk
perpaduan kaum.
Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan
setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat

memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan
menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.
Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang
hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk
semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus
dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk
menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek
kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat
perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama
Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta
akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan
kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi
dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini
mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati
ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya,
Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,
Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysiakeenam, Datuk Seri Najib Tun
Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira
kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama
menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia
adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan
2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan
perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan
TunAbdullah Ahmad Badawi
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di
antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui
'1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Prinsip utama yang
mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Oleh
yang demikian slogan ini sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada perpaduan rakyat
di negara ini.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah
melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan
rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di
negara ini.
(f) Rumusan
Pengetahuan
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi
sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai
ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh
dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di
negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di
negara yang kita cintai ini.

Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara
negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin
penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .
Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika
semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota
masyarakat
Harapan
Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/
peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak
berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih
bermakna akhirnya.
(g) sumber rujukan
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
https://www.google.com.my/?gws_rd=ssl#q=RIMUP

Anda mungkin juga menyukai