Anda di halaman 1dari 82

PMM

ANDREW TONY
A/L
ANTTONEYSAMY
JKM
DIS 2014

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

ANDREW TONY A/L ANTTONEYSAMY


14DKM13F1036

NO.84 & 86,JALAN MUTIARA MELAKA 2,TAMAN MUTIARA MELAKA,75350


BATU BERENDAM

LAPORAN INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN SYARAT


PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI DAN PENGANUGERAHAN DIPLOMA
KEJURUTERAAN MEKANIKAL

POLITEKNIK MERLIMAU,MELAKA
DIS 2014

PENGESAHAN PELAJAR

Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

Nama Pelajar

: Andrew Tony A/L Anttoneysamy

No. Pendaftaran

: 14DKM13F1036

Tarikh

: 17 APRIL 2015

PENGHARGAAN

Pada kesempatan ini saya mengambil peluang dan ruang untuk mengucapkan jutaan
terima kasih kepada pengurus Indah Water Konsortium Sdn.Bhd. yang dihormati iaitu
IR.HJ.Ahmad Razak HJ Joffri di atas segala tunjuk ajar ,bimbingan ,nasihat ,pandangan
dan cadangan yang diberikan sepanjang saya menjalani latihan industri di syarikat ini.
Penghargaan dan terima kasih ini juga ditujukan kepada penasihat akademi saya
En.Noor Azlan Bin Ngasman di atas kerjasama,bimbingan dan dorongan yang telah
diberikan.
Tidak lupa juga,ribuan terima kasih kepada keluarga tersayang yang memberi
sokongan,rakan-rakan seperjuangan dan sesiapa jua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung di dalam menyiapkan Laporan Akhir Latihan Industri ini.Semoga Tuhan
memberkati segala usaha dan bakti yang telah saya lakukan.
Sekian,terima kasih.

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Latihan industri merupakan satu komponen utama yang wajib dalam kurikulum
pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar di
syaratkan lulus Latihan Industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan sijil atau
diploma politeknik (KPTM). Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama
satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan sebenar.Untuk
meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program Latihan Industri
diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus Latihan Industri
memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman
praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya.

1.2

Pendahuluan

Bagi melayakkan seseorang pelajar Politeknik dianugerahi Sijil atau Diploma, pelajar
tersebut hendaklah menjalani satu sesi Latihan Industri atau praktikal dimana-mana
syarikat atau organisasi yang ditentukan oleh pihak Politeknik bagi pihak pelajar.
Latihan Industri tersebut dijalankan selama dua puluh minggu di syarikat yang
berkenaan. Bermula dari Jun 2001, semua Politeknik di Kementerian Pendidikan
Malaysia melaksanakan sistem yang memberikan sepuluh masa kredit kepada pelajar
yang menjalani Latihan Industri. Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman
kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan
kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif
professional dan pelaporan. Kursus ini juga membina semangat di kalangan pelajar dan
seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

1.3

Objektif Latihan Industri

Tujuan diadakan latihan industri ini adalah bagi membolehkan para pelajar menerokai
ataupun didedahkan dengan keadaan sebenar alam pekerjaan serta cuba untuk
mempraktikkan ilmu serta pelajaran yang telah diperolehi di Politeknik. Para pelajar
juga secara tidak langsung akan memperolehi pengetahuan yang tidak dapat diperolehi
daripada proses pengajaran dan pembelajaran di Politeknik kerana sebahagian besar
kandungan pembelajaran adalah berbentuk teori di dalam bilik kelas. Sementara itu,
pengajaran teori pula terhad dibandingkan dengan fenomena dan realiti sebenar alam
bidang perakaunan. Secara tidak langsung pula, para pelajar akan memperolehi
pengalaman dan pengetahuan yang tidak ternilai harganya serta menyuntik semangat
diri pelajar untuk terus tingkatkan diri dalam bidang yang diceburi. Ini sedikit sebanyak
akan membantu para pelajar yang telah memperolehi sijil atau diploma untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti atau mencari dan menempuh alam
pekerjaan nanti.

1.4

Objektif Laporan

Laporan ini disediakan sebagai salah satu daripada tugasan yang wajib dibuat bagi
memenuhi kriteria yang ditetapkan setelah selesai menjalani Latihan Industri. Ia
disediakan berdasarkan apa yang telah dilakukan semasa menjalani Latihan Industri
berpandukan segala garis panduan dan format
1.5

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Latihan Industri merupakan salah satu cabang sukatan pelajaran yang diwajibkan
kepada para pelajar.Bagi pelajar-pelajar Politeknik ,mereka wajib menjalani Latihan
Industri pada semester keempat atau keenam bagi kursus Diploma.Pada semester ini,
para pelajar akan menjalani Latihan Industri selama dua puluh minggu. Pelajar juga
akan ditempatkan di syarikat, firma dan jabatan-jabatan kerajaan mahupun awam
bersesuaian dengan kursus-kursus yang diambil oleh para pelajar.
Para pelajar harus faham bahawa Latihan Industri ini adalah satu cabang
sukatan pelajaran mereka. Disebabkan inilah Latihan Industri menjadi syarat
wajib kepada para pelajar Politeknik bagi melayakkan mereka dianugerahkan
Diploma. Sewaktu menjalani latihan industri, penekanan yang diberikan adalah
mengenai aspek disiplin, kerana para pelajar mewakili Politeknik ke syarikat dan
firma tempat mereka menjalani latihan tersebut.
Sikap serta disiplin para pelajar tersebut akan mencerminkan imej dan
reputasi politeknik dimata pihak luar.Pihak Politeknik mahupun syarikat berhak
menghukum pelajar sekiranya melanggar peraturan dan disiplin yang telah
ditetapkan dan pelajar tersebut mungkin terpaksa mengulang semula Latihan
Industri. Akhir sekali, Latihan Industri juga dapat menambahkan pengalaman
dan pengetahuan pelajar tersebut.

BAB II

LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1

Pengenalan

Indah Water Konsortium Sdn Bhd, syarikat Milik Menteri Kewangan Diperbadankan,
merupakan syarikat pembetungan nasional yang telah diamanahkan dengan tugas untuk
membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan efisien
untuk semua rakyat Malaysia.
Pada tahun 1994, Kerajaan Persekutuan telah menganugerahkan konsesi kepada
syarikat untuk mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh negara, di mana
sebelum ini di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan. Sejak itu, Indah Water
telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa
tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis
Perbandaran Pasir Gudang. Sistem pembetungan yang moden dan efisien adalah amat
penting bagi negara demi memastikan air kumbahan dirawat sebelum disalirkan ke
dalam sistem pengairan (sungai, parit dan laut). Ini akan membantu negara untuk
memelihara sumber air, melindungi kesihatan awam dan mewujudkan persekitaran yang
bersih dan selamat.
Pada Jun 2000, sebagai testimoni seriusnya, Kerajaan telah memastikan sistem
pembetungan yang teratur dan efisien dikendali dan diselenggarakan dengan jayanya.
Kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan telah mengambil alih semua ekuiti
dalam Indah Water daripada pemilik persendirian terdahulu

2.2

Latar Belakang Organisasi

Nama Syarikat

Indah Water Konsortium Sdn.Bhd

Nombor Pendaftaran :

211763-P

Tahun Ditubuhkan

1994

Alamat Berdaftar

No 44, Jalan Dungun, Damansara Heights,50490 Kuala


Lumpur, MALAYSIA

Nombor Telefon

+603 2780 1100

Nombor Fax

+603 2780 1101

Jenis Perniagaan

Rawatan Kumbahan

2.3

Aktiviti Organisasi

2.3.1 Ciri-ciri Kumbahan

Rajah 2.1 Pengeluaran air najis

Rajah 2.2 Tempat pengeringan

Kumbahan dibezakan berdasarkan kepada komposisi fizikal, kimia dan biologi. Bahanbahan utama dalam komposisi fizikal, kimia dan biologi boleh dirumuskan seperti
berikut: Sifat-sifat fizikal: warna, bau, pepejal, suhu.
Bahan-bahan kimia : Organik Karbohidrat, Lemak, Minyak, gris, protein, surfactants.
Bukan organik pH, klorida, citrogen, phosphorus, sulfur
Gas hidrogen sulfida, metana, oksigen

2.3.2 Objektif-objektif Rawatan Kumbahan


Dengan bertambahnya bilangan penduduk, ini akan memberikan tekanan kepada alam
sekitar, mengancam sumber air bersih dan ini menunjukkan bahawa masalah sisa
pembuangan manusia memerlukan pengurusan yang lebih teratur.
Sejak awal tahun 1900, evolusi rawatan kumbahan kepada loji olahan kumbahan
moden menghasilkan efluen yang berkualiti tinggi yang boleh dilepaskan ke perairan
dengan selamat.
Lebih banyak pembangunan rawatan kumbahan telah dijalankan demi
meningkatkan tahap kebolehpercayaan dan kecekapan sesuatu sistem rawatan
kumbahan. Ini adalah untuk memenuhi piawaian-piawaian dan mengurangkan kawasan
yang digunakan untuk kerja-kerja rawatan dengan mempercepatkan kadara rawatan
biasa di bawah syarat-syarat terkawal.
Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan kumbahan masih tertumpu kepada
penyingkiran bahan-bahan terapung, rawatan organik terbiodegradasikan dan
penyingkiran organisma-organisma patogenik.
Kaedah-kaedah rawatan kumbahan boleh diklasifikasikan kepada operasioperasi unit fizikal, proses-proses unit kimia dan proses-proses unit biologi.

Rajah 2.3 Permukaan loji

Rajah 2.4 Tempat surface aerator

2.3.3 Operasi-operasi Unit Fizikal


Operasi unit fizikal adalah kaedah-kaedah rawatan, yang menggunakan aplikasi
kekuatan fizikal untuk merawat kumbahan. Ini meliputi pemeriksaan, pencampuran,
pemberbukuan, pemendapan, penurasan dan pengapungan.
2.3.4 Proses-proses Unit Kimia

Rajah 2.5 Proses-proses penukaran bahan cemar dengan kimia


Kaedah-kaedah rawatan penyingkiran atau penukaran bahan cemar dengan penambahan
bahan kimia atau reaksi kimia adalah dikenali sebagai proses-proses unit kimia. Ini
meliputi pemendakan, penjerapan dan penyahjangkitan.

2.3.5 Proses-proses Unit Biologi


Proses-proses unit biologi menerangkan kaedah-kaedah yang menghilangkan bahan
cemar melalui aktiviti biologi. Bahan organik terbiodegradasikan ditukar kepada gasgas yang dilepaskan ke udara dan tisu sel disingkirkan secara pemendapan.
Kolam Pengoksidaan

Rajah 2.6 Kolam pengoksidan

Tindak balas Biologi Asas di dalam Kolam Pengoksidaan

Rajah 2.7 Tindak balas di kolam pengoksidan

2.3.6 Kaedah-kaedah Rawatan Kumbahan


Dari segi sejarah, operasi-operasi unit telah dikumpulkan untuk menyediakan pelbagai
tahap rawatan. Rawatan permulaan dan/atau rawatan utama merujuk kepada operasioperasi unit fizikal dan merupakan peringkat pertama rawatan yang digunakan ke atas
sebarang kumbahan. Rawatan peringkat sekunder pula merujuk kepada proses-proses
unit biologi dan kimia manakala rawatan peringkat tinggi merujuk kepada kombinasi
ketiga-tiga proses.
i.Rawatan Permulaan Kumbahan
Rawatan permulaan kumbahan didefinisikan sebagai penyingkiran unsur-unsur
kumbahan yang mungkin menyebabkan masalah-masalah penyelenggaraan atau operasi
dengan operasi-operasi rawatan. Ini termasuk pemeriksaan dan pengisaran untuk
penyingkiran serpihan dan kain buruk, penyingkiran batu-batu halus menerusi
pemendapan dan juga penyingkiran minyak dan gris menerusi proses pengapungan.
ii.Rawatan Utama Kumbahan
Di dalam rawatan utama, proses pemeriksaan dan pemendapan akan menyingkirkan
sedikit pepejal terapung dan bahan organik. Efluen daripada rawatan utama akan
mengandungi kandungan pepejal terapung atau bahan organik yang tinggi.
iii.Rawatan Sekunder Tambahan
Rawatan sekunder kumbahan tertumpu kepada penyingkiran bahan organik
terbiodegradasikan dan pepejal terapung dan kebanyakannya menggunakan prosesproses unit biologi. Penyahjangkitan mungkin dimasukkan di dalam rawatan sekunder
kumbahan.

iv.Rawatan Peringkat Tinggi Kumbahan


Rawatan peringkat tinggi kumbahan melibatkan penyingkiran nutrien-nutrien, bahanbahan toksik termasuk logam-logam berat dan penyingkiran seterunya bagi bahan
organik dan pepejal terapung. Efluen daripada rawatan peringkat tinggi adalah
berpiawaian tinggi dan sesuai untuk diguna semula.
Di Malaysia, masih belum ada rancangan untuk membina sistem-sistem rawatan
peringkat tinggi. Tumpuan diberikan untuk menyediakan piawaian asas untuk rawatan
permulaan, utama dan sekunder.

Jadual 2.1 Peringkat rawatan


Pengaliran
masuk
kumbahan

Rawatan

Rawatan

Rawatan

Permulaan

Utama

Sekunder

Pemeriksaan

Pemendapan

enapcemar

Rawatan
Peringkat
Tinggi
penurasan

teraktif
penyingkira

Pengapungan

penurasan bio

penyahjangkitan

pemendapan

kolam-kolam

n batu-batu
halus
tangki gris

peringkat tinggi

Pelepasan
efluen

2.3.7 Sistem-sistem Rawatan Kumbahan


Sejak lima puluh tahun dahulu, pelbagai kaedah sistem-sistem rawatan kumbahan telah
dibangunkan untuk memelihara kesihatan awam dan persekitaran. Bagi kawasan bandar,
di mana populasi adalah padat dan persekitaran tidak dapat menampung bahan buangan,
sistem-sistem rawatan yang canggih telah berkembang dan ini menghasilkan efluen
berkualiti tinggi. Sistem-sistem yang lebih mudah telah digunakan untuk memberikan
perkhidmatan kepada komuniti-komuniti kecil walaupun piawaian-piawaian
persekitaran yang selalu meningkat menunjukkan komuniti-komuniti ini juga
memerlukan sistem-sistem rawatan yang lebih baik.

i.Sistem-sistem Rawatan Kumbahan untuk Kawasan-Kawasan Bandar


Proses-proses rawatan dibahagikan kepada rawatan yang menggunakan oksigen untuk
memecahkan bahan organik (aerobik) dan rawatan yang tidak menggunakan oksigen
(anaerobik). Pemecahan bahan organik boleh berlaku semasa di dalam keadaan terampai
(pertumbuhan terampai) atau di atas permukaan sesuatu bahan perantara (pertumbuhan
terikat). Kadang-kadang proses yang menggunakan kolam-kolam juga digunakan jika
terdapat kawasan yang luas.Enapcemar teraktif, lagun-lagun pengudaraan, penyentuh
biologi berputar dan penapis cucuran merupakan sistem-sistem rawatan yang selalu
digunakan.

ii.Sistem-sistem kumbahan untuk komuniti-komuniti kecil


Disebabkan oleh saiz, komuniti-komuniti kecil menghadapi masalah-masalah kos per
kapital yang tinggi, kewangan, operasi dan belanjawan yang terhad untuk
rawatankumbahan.
Di kawasan yang mempunyai populasi padat, persekitaran boleh menampung
dengan peringkat-peringkat rawatan yang kurang dan selalunya hanya rawatan utama
yang akan disediakan. Walau bagaimanapun, dengan bertambahnya bilangan penduduk,
sistem-sistem rawatan utama ini perlu digantikan dengan sistem-sistem rawatan
sekunder.Kini, loji-loji rawatan kumbahan untuk komuniti-komuniti kecil telah dipasang
siap sebelum dihantar ke tapak dan ini dipanggil "loji-loji pakej".

Jadual 2.2 Jenis rawatan


Rawatan Utama

Tangki Septik Individu


Tangki Septik Komunal
Tangki Imhoff

Rawatan Sekunder

Loji-loji Pakej (pasang siap) - sistem-sistem enapcemar teraktif


- reaktor kelompok penjujukan
- penstabilan sesentuh
- penyentuh biologi berputar
Loji-loji yang direkabentuk secara individu
- sistem-sistem enapcemar teraktif
- kolam-kolam pengoksidaan
- reaktor kelompok penjujukan
- penyentuh biologi berputar
- penurasan cucuran
- "facultation lagoons"
- lagun-lagun pengudaraan

Penggunaan loji-loji pakej dikawal ketat untuk memastikan kebolehpercayaan loji


tersebut untuk jangka masa panjang. Di kawasan bandar, penggunaan tangki septik
individu (IST), Tangki septik komunal (CST) dan tangki Imhoff (IT) akan dihentikan
secara berperingkat.

2.3.8 Piawaian Efluen

Rajah 2.8 Ujian efluen

Rawatan enapcemar domestik adalah direkabentuk untuk menghasilkan efluen yang


mempunyai kandungan pepejal dan organik yang rendah.Walau bagaimanapun,
rawatan-rawatan lain, yang menyingkirkan nutrien, mengubah pH atau menyahjangkit
efluen mungkin akan ditambah bergantung kepada persekitaran yang menerima efluen
tersebut.
Piawaian tertentu telah diwujudkan untuk kualiti efluen yang dilepaskan
daripada loji olahan ke sistem pengairan. Ia mengambilkira tahap penerimaan tertinggi
untuk pelbagai efluen bahan cemar. Sampel efluen daripada loji olahan akan diambil
dan diuji di makmal untuk memastikan piawaian-piawaian ini ditepati dan loji-loji
olahan beroperasi dengan betul.

Jadual 2.3 Jenis-jenis efluen


Piawaian
Parameter

Unit
A

Suhu

40

40

Nilai Ph

6.0-9.0

5.5-9.0

BOD5 pada 20C

mg/l

20

50

COD

mg/l

50

100

Pepejal Terampai

mg/l

50

100

Mercuri

mg/l

0.005

0.05

Kadmium

mg/l

0.01

0.02

Kromium, Hexavalent

mg/l

0.05

0.05

Arsenik

mg/l

0.05

0.10

Sianida

mg/l

0.05

0.10

Lead

mg/l

0.10

0.5

Kromium, Trivalent

mg/l

0.20

1.0

Copper

mg/l

0.20

1.0

Mangan

mg/l

0.20

1.0

Nikel

mg/l

0.20

1.0

Tin

mg/l

0.20

0.10

Zink

mg/l

1.0

1.0

Boron

mg/l

1.0

4.0

Iron (Fe)

mg/l

1.0

5.0

Phenol

mg/l

0.001

1.0

Free Chlorine

mg/l

1.0

2.0

Sulfida

mg/l

0.50

0.5

Minyak dan Gris

mg/l

Tidak Dapat Dikesan

10.0

Bahan cemar di dalam kumbahan diukur untuk pemahaman yang lebih jelas dan
memudahkan rawatan kumbahan dan juga memeriksa kesan-kesan efluen atau
kumbahan terawat kepada persekitaran.
Sampel efluen daripada loji-loji olahan kumbahan awam diambil pada masamasa yang tertentu dan diuji di makmal untuk memastikan ia menepati piawaian yang
ditetapkan. Ujian-ujian dijalankan sebagai sebahagian daripada program pengawasan
dalam memenuhi syarat-syarat lesen operasi Indah Water dan memastikan operasi
proses-proses rawatan yang efisien.
Ini akan menyediakan persekitaran yang bersih dan selamat dan meningkatkan
tahap kehidupan penduduk Malaysia. Dua parameter utama yang diukur adalah
Permintaan Oksigen Biokimia (BOD) dan Pepejal Terampai (SS).
BOD adalah ukuran kandungan oksigen yang diserap oleh bahan kumbahan
dalam tempoh masa tertentu. Kandungan BOD tinggi adalah ketara kerana ia
menunjukkan bahan kumbahan itu akan menyerap oksigen di sungai dan tasik dengan
pantas, dan ini akan membunuh hidupan laut, membuatkan air menjadi septik dan
berbau busuk.
SS adalah ukuran bahan-bahan tidak larut di dalam kumbahan. Kandungan SS
yang tinggi akan menyebabkan penyimpanan enapcemar di perairan, dan ini akan
menyebabkan kemerosotan yang ketara kepada persekitaran.
Efluen yang dilepaskan ke hulu sungai perlu menepati Piawaian A, manakala
efluen yang dilepaskan ke hilir sungai perlu menepati Piawaian B. Piawaian-piawaian
ini ditetapkan oleh Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Jadual2.4 Lepasan efluen
Piawaian

BOD (mg/L)

SS (mg/L)

20

50

50

100

2.3.9 Kitaran Air

Rajah 2.9 Kitaran air

2.3.10 Tangki Septik Individu (IST)

Rajah2.10 Tangki septik individu


Tangki septik individu (IST) merupakan jenis sistem pembetungan yang paling 'ringkas'
dan mula dibangunkan di Perancis pada tahun 1860.Sesebuah IST itu meliputi dua
ruang yang bersambung secara bersiri. Di dalam ruang yang pertama, pepejal daripada
kumbahan akan mendap dan membentuk "enapcemar" manakala gris dan minyak akan
terapung di permukaan dan membentuk lapisan skum. Efluen di antara lapisan skum
dan enapcemar akan mengalir ke ruang kedua di mana pemendapan seterusnya akan
berlaku. Akhirnya, efluen akan meninggalkan ruang yang kedua dan akan dilepaskan ke
longkang atau dibenarkan untuk menyerap ke dalam tanah.
Enapcemar di dalam tangki akan melalui proses pencernaan anaerobik dan
ditukarkan kepada sebatian organik yang lebih stabil dan gas-gas seperti karbon
dioksida (CO2), metana (CH4) and hidrogen sulfida (H2S). Selalunya, IST direkabentuk
untuk masa pengekalan 24 jam. Muatan simpanan yang mencukupi disediakan supaya
skum dan enapcemar najis boleh disimpan di dalam tangki selama 2 tahun yang mana
selepas itu ia perlu dikosongkan untuk tangki itu beroperasi dengan baik.
IST adalah sesuai untuk sesuatu kediaman atau bangunan individu dengan
kesetaraan penduduk (PE) sehingga 150 yang tidak mempunyai sistem pembetungan
terpusat dan pengaliran efluennya tidak akan memberikan kesan buruk kepada
persekitaran. Ini merupakan penyelesaian termurah untuk membuang enapcemar. Walau
bagaimanapun, IST hanya merawat enapcemar secara separa dan tumpuan dari
kumpulan tangki-tangki ini akan membebankan kapasiti penerimaan alam sekeliling
mengakibatkan masalah-masalah kesihatan dan bau. Pada masa kini, terdapat lebih

daripada 1 juta IST di Malaysia, membuatkannya jenis sistem pembetungan yang paling
biasa digunakan.

Kiraan biasa untuk IST adalah seperti berikut: -

Jadual 2.5 Kiraan IST


(mg/L)

Kumbahan

Efluen

Piawaian B JAS

Permintaan Oksigen Biokimia

200-400

150-200

50 } tidak berkait dengan

Pepejal Terampai

200-350

50-100

100 } ISTs

Rajah 2.11 Proses IST

2.4

Halatuju Organisasi

Rajah 2.12 Wawasan dan misi

2.5

Carta Organisasi

Rajah 2.13 Carta organisasi

BAB III

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1

Pendahuluan

Bab ini menerangkan mengenai rumusan ringkasan harian yang dilakukan. Pelatih
melihat skop industri ini telah menjadi salah satu di antara industri terpenting yang
menyumbang kepada sumber pendapatan negara iaitu menjadi penyumbang utama
pendapatan wang.Bab ini menyenaraikan mengenai perkara-perkara yang telah di
pelajari dari minggu pertama sehingga minggu terakhir dalam Latihan Industri.
Pelbagai pendedahan mengenai industri sebenar dapat diketahui.

3.1.1 Pada 1/12/2014, saya mendaftar diri untuk menjalani latihan industri di dalam
Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. Didalam menjalani latihan industri, saya telah di
dedahkan dengan banyak perkara yang baru.Selain mempraktikkan apa yang telah
dipelajari di politeknik,saya juga telah didedahkan dengan peraturan-peraturan serta
etika syarikat.Ketika menjalani latihan industri di syarikat ini, saya telah ditempatkan di
bahagian M&E iaitu Mekanikal dan Elektrik.Dalam menjalani latihan industri, saya
telah diberi masa selama 9 jam dalam sehari, bermula dari jam 8.00 a.m hingga 5.10
p.m setiap hari dari hari Isnin hingga Jumaat.Indah Water Konsortium beroperasi secara
beragihan dengan 4 jenis unit iaitu:-

i. Mekanikal&Elektrik
ii. Unit merawat air kumbahan
iii. Unit sedutan tangki najis
iv. Unit rangkaian paip pebentungan bawah tanah

3.1.2 Saya telah ditugaskan di Bahagian M&E dibawah pengawasan En.Hamirazim


Hamid. Dimana unit M&E juga terbahagi kepada 4 kumpulan iaitu:i. Bengkel
ii. 2 Kumpulan Servis
iii. 2 Kumpulan Chargeman
Saya diarahkan bahawa perlulah mengikut setiap kumpulan setiap bulan selama tempoh
Latihan Industri.

3.2

Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

Jadual 3.1 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 1


Minggu
i.

Aktiviti
Melapor diri dan mendaftar di tempat
Latihan Industri iaitu Indah Water
Konsortium Sdn. Bhd.Telah membaca
prosedur-prosedur keselamatan firma.

Minggu 1

ii.

(1/12/2014 5/12/2014)

Saya telah megikut Executive saya ke


loji untuk mengetahui tentang kegunaan
loji rawatan dan bahan-bahan yang
digunakan di dalam loji.

iii.

Telah membuat pengisihan data


berkenaan kehilangan dan keadaan
bahan-bahan di loji.

iv.

Saya telah menghadiri ke taklimat


keselamatan yang disampaikan oleh
Pegawai Keselamatan,En.Rafi.

v.

Saya telah membelajari tentang jenis


jenis motor induksi.

Jadual 3.2 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 2

Minggu
i.

Aktiviti
Saya telah ditugaskan untuk membuat
persembahan powerpoint bagi motor
induksi.

Minggu 2
(8/12/2014 12/12/2014)

ii.

Saya telah menyambung untuk


membuat persembahan powerpoint
bagi menyempurnakan tugasan yang
diberi.

iii.

Saya telah membuat persembahan


tentang motor induksi kepada
Executive saya.Beliau juga memberi
banyak pengetahuan tentang motor
induksi.

iv.

Saya telah membuat persembahan


tentang stator dan rotor .

v.

Cuti Sakit.

Jadual 3.3 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 3


Minggu

Aktiviti

i.

Saya telah mempelajari tentang


ciri-ciri yang membolehkan motor
cepat rosak.Cara-cara penjagaan

Minggu 3
ii.

diketahui.
Saya telah mempelajari cara-cara

(15/12/2014 19/12/2014)
untuk membaik pulih motor yang
rosak.Gegelung yang berlebihan
panas membolehkan motor cepat
iii.

rosak.
Saya telah membuat pengagihan
bahan-bahan yang telah hilang

iv.

daripada loji.
Saya telah menyambung kerja-

v.

kerja pengagihan.
Saya telah membuat pengagihan
bagi laporan polis bagi kes-kes
kecurian.

Jadual 3.4 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 4


Minggu
i.

Aktiviti
Saya telah mempelajari tentang
blower.Blower akan beroperasi dengan
bantuan motor.Blower mempunyai

gearbox di dalamnya.
ii.

Saya telah menghadiri satu sesi

Minggu 4

perbualan bersama dengan

( 22/12/2014 26/12/2014)

Executive.Beliau telah berbual dengan


saya tentang keadaan dan suasana
bekerja di firma.
iii.

Saya telah mempelajari tentang


pump.Terdapat banyak jenis pump di
industri.

iv.

Cuti Krismas

v.

Cuti Krismas

Jadual 3.5 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 5


Minggu
i.

Aktiviti
Saya telah mempelajari lebih lanjut
tentang pump.Pump digunakan
untuk mengalirkan air kumbahan
ke pelbagai tempat di loji untuk
rawatan.

ii.
Minggu 5

Hari pertama di Pusat


Laporan.Saya telah diletakkan

(29/12/2014 2/01/2015)
iii.

bawah penyeliaan staf bengkel.


Saya telah menhgadiri kursus
keselamatan di RC.Pegawai
Keselamatan telah memberikan
saya but keselamatan dan topi

iv.
v.

keselamatan.
.Cuti Tahun Baru
Saya telah memasang bearing
dalam motor.Terdapat 2 jenis
bearing iaitu covered & opened.

Jadual 3.6 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 6


Minggu
i.

Aktiviti
Saya telah membuat lawatan ke
loji.Saya telah mempelajari cara-cara
surface aerator berfungsi.

ii.

Saya telah membuka selongsong pump


untuk mengeluarkan rantai yang

Minggu 6
(5/01/2015 9/01/2015)

tersangkut di dalamnya.
iii.

Saya telah memeriksa insulation dan


resistance bagi pump yang dihantar ke

RC.
iv.

Saya telah membaiki pump yang


dilaporkan bahawa rantai telah
tersangkut di dalam pendesak.

v.

Saya telah membuat kertas kerja bagi


peralatan yang ada bawah tanggungan
bengkel.

Jadual 3.7 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 7


Minggu
i.

Aktiviti
Saya telah membuat koleksi peralatan
daripada kontraktor.Dijalankan 3 hari
seminggu.Sebelum mengumpul datadata perlatan perlulah dicatat.

ii.
Minggu 7
(12/01/2015 16/01/2015)

Saya telah membuat pengagihan


peralatan melalui SAP.SAP merupakan
system yang digunakan oleh IWK
untuk memasukkan data dan membuat
work order.

iii.

Cuti Ponggal.

iv.

Saya telah mengikut juruteknik untuk


menghantar peralatan kepada
kontraktor.

v.

Saya telah membuat kertas kerja.Saya


telah membuat mengisi borang
pengumpulan bagi peralatan-peralatan
yang dikumpul.

Jadual 3.8 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 8


Minggu
i.

Aktiviti
Saya telah pergi ke scrapper
section.Saya dengan juruteknik
telah membersihkan tempat tersebut
yang baru dibaik-pulih.

ii.

Saya telah membantu juruteknik

Minggu 8

untuk membaik pulih motor.Motor

(19/01/2015 23/01/2015)

tersebut dilaporkan bahawa bearing


telah rosak.Saya telah menukarkan
bearing baru.
iii.

Saya telah mengikut chargeman


untuk membuat PDC.PDC

bermaksud pemeriksaan status loji


yang hendak diambil alih oleh
IWK.
iv.

Kerenjatan elektrik boleh berlaku


jika terdapat sambungan dawai
yang salah.Saya telah mengikut
chargeman untuk menyelesaikan
laporan renjatan elektrik.

v.

Saya telah mengikut juruteknik


untuk memasang pump di makmal
yang ada di RC.

Jadual 3.9 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 9


Minggu
i.

Aktiviti
Saya telah membuat pengumpulan
peralatan.Saya telah memeriksa
resistance dan insulation dengan
menggunakan clamp meter dan
megatester.

ii.

Saya telah mengikut juruteknik


untuk membuka motor.Saya telah

Minggu 9

membawa bahan seperti align

(26/01/2015 30/01/2015)

key,tukul,pahat,bearing puller untuk


proses pembukaan.
iii.

Saya telah memasukkan borang


pengumpulan peralatan di dalam

fail untuk memudahkan proses


pengambilan data.
iv.

Saya telah membantu juruteknik


untuk memasang bearing di dalam
motor.Saya juga membuat welding
bagi key motor.

v.

Saya telah membuat pengumpulan


peralatan daripada syarikat ABS
dan GRUNDFOS.

Jadual 3.10 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 10


Minggu
i.

Aktiviti
Saya telah membuat pump flow
yang digunakan untuk
mengklasifikasikan peralatan yang
diterima daripada kontraktor.

ii.

Saya telah pergi ke loji untuk


membaiki motor yang dilaporkan

Minggu 10

mengalami renjatan.Saya juga

(2/02/2015 6/02/2015)

memeriksa panel untuk memastikan


bahawa tiada mempunyai kesalahan
pemasangan.
iii.

Saya telah membuat kerja


penggerudian di atas plat besi.

iv.

Hari ini,saya telah membuat kerja

yang ringan seperti kemasukan


kertas kerja dalam fail disebabkan
juruteknik menghadiri kursus.
v.

Saya telah membuat pengumpulan


peralatan.

Jadual 3.11 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 11


Minggu
i.

Aktiviti
Saya telah mengikut chargeman
untuk membuat PDC.Selepas itu,
saya telah pergi ke loji untuk
memeriksa keadaan float switch
yang akan berfungsi di dalam air.

ii.

PDC dan pemeriksaan keadaan


genset.Genset digunakan sebagai

Minggu 11

punca alternate jikalau berlaku

(9/02/2015 13/02/2015)

renjatan elektrik.
iii.

Genset berfungsi dengan bantuan


enjin.Enjin itu akan bermula dengan
pengunaan diesel.

iv.

Saya telah mengikut chargeman


untuk memeriksa keadaan capbank.

v.

Capbank digunakan untuk

mengurangkan beban induktif dari


peralatan di loji.

Jadual 3.12 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 12


Minggu
i.

Aktiviti
Saya telah membuka sebuah pump
untuk membuat

Minggu 12
(16/02/2015 20/02/2015)

perbaikan.Dibiarkan kering.
ii.

Cuti sakit

iii.

Saya telah menyambung membuat


kerja perbaikan pump yang dibuka
hari itu.Impeller jam disebabkan
sumbatnya enapcemar dan keadaan
yang berkarat.

iv.

Cuti Tahun Baru Cina

v.

Cuti Tahun Baru Cina

Jadual 3.13 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 13


Minggu
i.

Aktiviti
Saya telah mengisi borang
pengumpulan bagi peralatan yang
dikumpul hari ini.

ii.

Hari ini,saya telah mengikut


chargeman untuk memeriksa
keadaan genset di
SG.Udang.Genset dilaporkan

Minggu 13
(23/2/2015 27/2/2015)

bahawa tidak berfungsi secara auto.


iii.

Pengumpulan peralatan.

iv.

Lawatan ke loji dengan kumpulan


servis untuk membuat siasatan
masalah yang dialami di loji.

v.

Saya telah mengikut kumpulan


servis untuk membuka motor
blower yang disiasat
semalam.Masalah yang berlaku

ialah gearbox jam.

Jadual 3.14 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 14


Minggu
i.

Aktiviti
Saya telah mengikut kumpulan
servis untuk membuka pump di loji
dan memasang supporting pump.

ii.

TNC bermaksud memeriksa


keadaan peralatan di loji.Kontraktor
perlulah bertanggungjawab dalam

Minggu 14
( 2/03/2015 6/03/2015)

menjaga peralatan.
iii.

Saya mengikut kumpulan servis


untuk membuka pump.Disebabkan
gate valve tidak boleh ditutup pump
tidak boleh dibuka.Jikalau gate
valve tidak ditutup air boleh
memasuk dalam dry-well.

iv.

Saya telah mengikut kumpulan


servis untuk menukar kipas surface
aerator .

v.

Saya telah mengikut juruteknik

untuk memasang dawai bagi ejector


dari panel.Saya telah memeriksa
resistance bagi setiap sambungan di
panel.

Jadual 3.15 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 15


Minggu
i.

Aktiviti
Pengumpulan peralatan seperti
motor dan pump daripada
kontraktor.

ii.

Saya telah mengikut kumpulan


servis untuk membaiki kipas

Minggu 15

surface aerator dan mechanized

(9/03/2015 13/03/2015)

screen.
iii.

Saya telah bersama kumpulan servis


pergi ke loji untuk membuka motor
yang dilaporkan bahawa putaran
pulley yang tidak lancar.Kami
membawa pulang motor tersebut ke
RC untuk membaik-pulih.

iv.

TNC pada hari ini tentang aerator


yang dilaporkan melakukan
renjatan elektrik.1 daripada 4
aerator tidak berfungsi dan
melakukan renjatan.

v.

Hari ini saya telah bersama

kumpulan servis untuk membuka


surface aerator dan memasang
supporting bagi aerator tersebut.
Jadual 3.16 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 16
Minggu

Aktiviti
i.

Hari ini,saya telah mengikut


kumpulan servis untuk memasang
motor di sebuah loji di Bukit
Beruang.

ii.

Hari ini,pensyarah telah melawat


saya di pejabat IWK di Batu

Minggu 16

Berendam.Pensyarah telah

(16/03/2015 20/03/2015)

memeriksa buku jurnal saya dan


menandatangani.Beliau juga kumpul
borang DLI 7.
iii.

Saya telah menukar bearing bagi


sebuah motor.Saya telah
menggunakan bearing puller untuk
mengeluarkan bearing lama.

iv.

Saya telah menggunakan bearing


fitting tool untuk memasang
bearing.Saya juga menggunakan
bearing heater untuk
mengembangkan bearing supaya
mudahkan pemasangan.

v.

Cuti sakit.

Jadual 3.17 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 17


Minggu
i.

Aktiviti
Saya telah membaiki motor bersaiz
dan berkilowatt besar.Saya

Minggu 17

menukarkan bearing baru dan saya

( 23/03/2015 27/03/2015)

juga menyembur warna baru bagi


megelakkan daripada motor
tersebut mudah berkarat.
ii.

Cuti sakit.

iii.

Cuti sakit.

iv.

Cuti sakit dan pembedahan.

v.

Cuti sakit.

Jadual 3.18 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 18


Minggu

Aktiviti
i.

Cuti sakit.

ii.

Cuti sakit.

Minggu 18

iii.

Cuti sakit.

(30/03/2015 3/04/2015)

iv.

Cuti sakit.

v.

Cuti sakit.

Jadual 3.19 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 19


Minggu
i.

Aktiviti
Saya telah mebuat pengumpulan
peralatan seperti biasa.Pemeriksaan
insulation dan resistance dilakukan.

ii.

Mendapatkan tagging dari


scrapper.Tagging diperlukan untuk

Minggu 19

membuat data dan menjadikan

(6/04/2015 10/04/2015)

rujukan untuk membelikan


peralatan baru.
iii.

Pengumpulan peralatan dan


pengisian borang pengumpulan.

iv.

Saya telah memasang bearing dan

memeriksa keadaan terminal block


dalam motor.Kesalahan
pemasangan dawai akan membakar
terminal block.
v.

Pengumpulan peralatan dan


briefing.

Jadual 3.20 : Jadual menunjukkan aktiviti minggu 20


Minggu
i.

Aktiviti
Bekerja dalam store untuk
menyusun bahan ganti bagi
peralatan yang digunakan di loji.

ii.

Penyambungan kerja di dalam store


untuk menyusun bahan.

Minggu 20

iii.

(13/04/2015 17/04/2015)

Pengumpulan peralatan dan bekerja


di store untuk membuat tagging
bagi setiap bahan ganti.

iv.

Tagging perlu mengandungi


nombor aset,jenama,nombor serial
bagi.

v.

Hari terakhir Latihan Industri,saya

telah memyiapkan kerja saya di


dalam store dengan membuat
tagging dan menyusun bahan ganti
mengikut setiap loji.

Rajah 3.1 Papan panel

Rajah 3.2 Rotor

Rajah 3.3 Motor blower

Rajah 3.4 Penyambung fleksibel

Rajah 3.5 Bearing

Rajah 3.6 Motor kompresor

Rajah 3.7 Motor

Rajah 3.8 Bearing fitting tool

Rajah 3.9 Inlet diffuser

Rajah 3.10 Diffuser

Rajah 3.11 Pemasangan dawai di motor

Rajah 3.12 Pemasangan dawai di panel

Rajah 3.13 Membuat drilling

Rajah 3.14 Genset

Rajah 3.15 Relay

Rajah 3.16 Surface aerator

Rajah 3.17 Terminal block

Rajah 3.18 Stator

Rajah 3.19 Rotor dengan bearing

Rajah 3.20 Pembukaan motor

BAB IV

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pendahuluan
Dalam bab ini, anda akan mengenapasti tentang membuat sendiri sebuah panel kapasitor
bank industri sederhana yang tentunya tidak menggunakan komponen yang
sederhana.Langkah-langkahnya sebagai berikut:
4.2 Penyelengaraan kapasitor bank
Pada projek ini, Kita memasang Transformator Step Down indoor 3 Phasa, 20kV/ 400V,
dengan daya 1250 kVA. Transformator tersebut mampu mencapai arus normal 1820
Ampere pembebanan, dan Pelanggan menggunakan MCCB pada panel utamanya
sebesar 2000A yang terbagi lagi ke MCCB pembagi kebeban dalam area-area bangunan
pabrik pelanggan.
Beban listrik yang digunakan pelangggan memiliki ka rakteristik dapat berubahubah arus beban pemakaiannya secara mendadak, kerana memang pelanggan
mempunyai mesin-mesin yang bertipikal mampu mencapai arus maximumnya beberapa
saat.

Dalam projek ini saya menggunakan cara menghitung kebutuhan kapasitor bank
maximumnya dengan cara menghitung 60% dari kapasitas trafo yang digunakan. Itu
ertinya bahawa, Jumlah kVAr yang harus disediakan sebesar 750 kVAr. Bila
menggunakan PF Controller 12 step, maka kapasitor yang digunakan sebesar 12 x 60
kVA.

4.2.2 Pembuatan Box Panel


Ada beberapa model panel kapasitor yang harus dipertimbangkan dalam pembuatannya,
antara lain sejajar , namun mengingatkan untuk projek ini digunakan peralatan dan
komponen yang berukuran cukup besar, maka saya menyarankan untuk lebih memilih
model bertumpuk terpisah.
Disini saya tidak menjelaskan secara lebih jelas mengenai ukuran panel
kapasitor bank yang akan dibuat, dikarenakan terbatasnya software dan waktu yang saya
miliki. Namun sebagai gambaran dasarnya akan saya berikan seperti gambar-gambar
dibawah ini.

Rajah 4.1 Panel kawalan

Rajah 4.2 Panel kapasitor

4.2.3 Pendawaian interkoneksi Main Panel dan Panel Kapasitor


Pendawaian interkoneksi panel utama dengan panel kapasitor ini dapat dilihat pada
gambar garis tunggal diagram dibawah ini..

Rajah 4.3 Penyambungan panel kapasitor dan utama


Dan untuk gambar visualisasi penyambungan dari panel kapasitor ke panel utama, dapat
dilihat pada gambar dibawah ini.

Rajah 4.4 Interkoneksi panel utama dan kapasitor


Anda dapat menyesuaikannya sendiri dengan panel utama yang anda tangani dengan
memperhatikan letak dan posisinya, agar tidak berada pada posisi yang menyulitkan
ketika mengalami perbaikan.

4.2.4 Rajah panel kawalan pendawaian


Rajah panel kawalan pendawaian tunggal sederhananya dapat dilihat pada gambar
dibawah ini, dengan menggunakan RVC ABB.

Rajah 4.5 Pendawaian tunggal


Rajah pendawaian punca kuasa atau sering juga disebut kawalan punca kuasa diatas,
tidak menggunakan Led Pushbutton Switches 220V sebagai tombol on off manual
untuk kontaktor kapasitornya. Kerana secara fungsi RVC ABB.
Dan untuk membuat pendawaian diagram RVC ABB dengan memindah fungsikan
timbol on off secara benar.
4.3 Peralatan dan Operasi

Jadual 4.1 Komponen

Peralatan

Bilangan

i.

Kabel

ii.

Kabel single Core 240mm

iii.

Kabel NYAF (serabut) 35mm

iv.

Kabel single core NYAF wire 1.5mm

v.

Skun SC kabel 240mm

vi.

Skun Ring kabel 35mm

vii.

Skun garpu kabel 1.5mm

Komponen Utama
viii.
ix.

Power Factor Controller RVC ABB


Kontaktor khusus kapasitor ABB

UA95 240V

12

Kapasitor Bank CLMD 63 ABB

12

50Hz,

xi.

(60kVAr, 525 Volt) atau

36

xii.

(80kVAr, 525 Volt plus Detuned

Reactornya)

xiii.

MCCB 1000A

xiv.

NH Fuse 125A dan NH Holder

xv.

CT 2000A/5A

xvi.

Amperemeter Analog 2000A/5A

xvii.

Voltmeter Analog 400V

x.

xviii.

Busbar 3mm x 20mm

xix.

Busbar 5mm x 50mm

xx.

Busbar Insulator

12

xxi.

Komponen Control

xxii.

MCB 6A

xxiii.

Kontaktor Mitsubishi S-N11 220V

12 (Merah) 12 (Hijau)

xxiv.

Relay 8 pin 220V Omron MK2P-I

xxv.

Relay 11 pin 220V Omron MK3P-I

xxvi.

Selector Switch 0|0

xxvii.

Led Pushbutton Switches 220V

xxviii.

Pilot Lamp (green, yellow, red)

xxix.

Peralatan Pelengkap Wiring Control

xxx.

Rel Component

xxxi.

Kabel Duck

xxxii.

Kabel Ties

xxxiii.

Terminal Kabel TR-10

xxxiv.

Exhaust Fan

xxxv.

Mata Bor 3, 6, dan 13

xxxvi.

Mata Bor Holesaw 25mm

xxxvii.

Mur Baut Ring M2, M5 dan M12

xxxviii.

Tang Skun

xxxix.

Peralatan Pembantu

xl.

Tang kombinasi

xli.

Tang potong

xlii.

Multi tester

xliii.

Obeng + dan -

xliv.

Tespen

xlv.

Pahat Baja

xlvi.

Gerinda

xlvii.

Bahan Box Panel

xlviii.

Siku 60

Rajah 4.6 Komponen kapasitor bank

BAB V

KESIMPULAN

5.1 Kesimpulan
Setelah menjalani Latihan Industri selama 20 minggu ini, saya dapat mengetahui dan
memahami bagaimana syarikat ini memainkan peranan penting dalam bidang industri
kepada masyarakat dan juga Negara. Pendedahan yang telah diperolehi oleh kakitangan
Indah Water Konsortium Sdn.Bhd. berkaitan aspek kerja dan teknikal begitu bermakna
sekali untuk menyediakan diri saya sebelum saya melangkah ke alam pekerjaan yang
sebenar. Diharap, dengan adanya Latihan Industri ini, saya tidak lagi merasa janggal
apabila saya mula bekerja setelah tamat pengajian saya nanti.
Saya banyak diberi pendedahan tentang bidang tugas serta.Pendedahan yang
diberikan di firma ini akan dapat memberi gambaran yang sebenar tentang situasi
sebenar dalam tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh seseorang pekerja
dalam bidang ini.
Seterusnya, penglibatan pelajar dalam latihan seumpama ini dapat membuktikan
dan mengukuhkan lagi identiti pelajar dalam menjalani latihan di bidang teknikal,
sekaligus menjadikan politeknik sebagai platform pendidikan yang praktikal. Selain itu

format laporan selepas menjalani Latihan Industri dapat melatih setiap pelajar dalam
menghasilkan laporan teknikal yang lengkap, padat dan teratur untuk dijadikan sebagai
petunjuk yang penting apabila mereka berada di dalam situasi yang sebenarnya.

Ini adalah bersesuaian dengan matlamat politeknik itu sendiri yang mahu
melahirkan tenaga pekerja yang berkualiti dan separa profesional.Akhir sekali, apa yang
saya dapat simpulkan bahawa pelajar dapat mengetahui dengan lebih mendalam dan
melihat situasi dan keperluan pasaran kerjaya yang berkaitan dalam bidang pemasaran
dan juga berlandaskan tahap pendidikan pelajar. Ia dapat memberi ruang bagi pelajar
menilai kelemahan dan memperbaiki kekurangan yang ada agar memenuhi kriteria
yang diperlukan oleh organisasi syarikat itu. Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan
bahawa Latihan Industri yang dijalankan oleh para pelajar bukanlah semudah yang
disangkakan. Dengan itu, para pelajar mestilah inisiatif dan memandang lebih serius
dalam perkara tersebut.

BAB VI

KOMEN DAN CADANGAN

6.1 Komen dan cadangan


Semasa saya menjalani Latihan Industri selama 20 minggu, saya telah mempelajari
serba sedikit tentang peranan syarikat Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. Banyak
perkara yang telah saya pelajari di syarikat Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.
terutamanya dalam bidang teknikal.
6.1.1 Di sini, saya ingin memberi cadangan / komen untuk melatih / menghasilkan
pekerja yang berkualiti di pihak industri dan politeknik iaitu:
i.

Meningkatkan kemahiran pekerja seperti memberi kursus berkaitan kemahiran

ii.

dalam pekerjaan.
Meningkatkan keselamatan pekerja. Memberi peluang untuk pelatih dari IPT
membuat tugas atau kerja untuk memahirkan diri dalam bidang teknikal ini.

6.1.2 Bagi saya, sesi Latihan Industri seperti ini amat bersesuaian diberikan kepada
bakal-bakal graduan untuk memberikan pendedahan awal terhadap alam pekerjaan
kepada mereka. Semasa latihan tersebut, para pelajar berpeluang untuk menimba
pengalaman kerja, mendapat pendedahan kepada situasi sebenar alam pekerjaan yang
bakal mereka tempuhi kelak, disamping memberi mereka peluang untuk
mengaplikasikan segala ilmu yang telah ditimba semasa berada di politeknik. Antara
cadangan lain yang ingin saya kemukakan ialah:

i.Memberi kerja sebanyak mungkin yang dapat dilaksanakan oleh pelatih. Kemampuan
pelatih tidak hanya kepada teori semata-mata.
ii.Selain daripada lawatan pensyarah melawat pelajar, pihak politeknik bolehlah
menghubungi pihak syarikat untuk menanyakan keadaan pelajar ditempat Latihan
Industri khususnya bagi pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri ditempat yang
jauh dan sukar dibuat pemantauan oleh penyelia.
iii.Pengajar dari politeknik seharusnya memantau perkembangan pelajar serta membuat
lawatan sekurang-kurangnya 2 kali selama 5 bulan pelajar menjalani Latihan Industri
ini.
iv.Pihak majikan seharusnya menyediakan jadual sepanjang pelatih menjalani Latihan
Industri ini supaya dari masa ke semasa pelajar dapat menjalankan kerja dengan
jayanya. Sehubungan itu, pendekatan yang diambil oleh Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) telah mengambil langkah yang bijak dengan mewujudkan sesi Latihan
Industri kepada pelajar-pelajar seperti saya.Program Latihan Industri amat berguna
kepada pelajar-pelajar sebagai salah satu syarat bagi pelajar-pelajar untuk mendapatkan
mana-mana penganugerahan setelah menamatkan pengajian.
6.1.3 Namun demikian saya mempunyai beberapa komen berkenaan program Latihan
Industri antaranya :
i.Program Latihan Industri ini adalah lebih sesuai jika dijalankan pada semester akhir
pengajian bagi menggalakkan atau memudahkan pengambilan pelajar yang menjalani
latihan industri akan terus bekerja dengan syarikat tempat melakukan Latihan Industri.
ii.Sebelum program Latihan Industri ini dijalankan Unit Penyelaras Latihan Industri
hendaklah memaklumkan dan menerangkan terlebih dahulu kepada syarikat tempat
pelajar menjalani Latihan Industri berkenaan objektif latihan industri agar majikan
dapat menyediakan program / jadual sepanjang pelajar-pelajar menjalani Latihan
Industri supaya dapat menyelaras pelajar dengan lebih teratur.
iii.Pelajar seharusnya diberi lebih penerangan mengenai cara membuat laporan
eksekutif.

iv.Para pelajar seharusnya dimaklumkan lebih awal daripada tarikh keluar Latihan
Industri dan surat pengesahan iaitu 6 bulan sebelum tarikh menjalani Latihan Industri
supaya para pelajar dapat mencari dan memohon lebih awal tempat Latihan Industri.

RUJUKAN

1. www.iwk.com.my
2. Bahagian Kecemerlangan Instruksional. 2012. Garis Panduan Latihan Industri
(Pelajar),
3. Edisi 2009. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
4. Bahagian Kecemerlangan Instruksional. 2011. Garis Panduan Pengurusan Dan
Kaedah
5. Penilaian Latihan Indsutri Politeknik, Edisi 2011. Jabatan Pengajian Politeknik,
Kementerian Pengajian Tinggi.
6. Kementerian Pengajian Tinggi. 2011. Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian
Tinggi.

KANDUNGAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL

PENGESAHAN PELAJAR

ii

PENGHARGAAN

iii

ISI KANDUNGAN

iv

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

vi

BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI


1.1

Pendahuluan

1.2

Objektif Latihan Industri

1.3

Objektif Laporan Latihan Industri

1.4

Kepentingan Latihan Industri

BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI


2.1 Pengenalan Organisasi
2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi
2.3 Aktiviti Organisasi
2.4 Halatuju Organisasi
2.5 Carta Organisasi
BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
3.1 Pengenalan
3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pengenalan
4.2 Penyelenggaraan
4.3 Peralatan dan Operasi
BAB 5 KESIMPULAN
BAB 6 KOMEN DAN CADANGAN
RUJUKAN

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL

TAJUK

2.1

Peringkat rawatan

2.2

Jenis rawatan

2.3

Jenis-jenis efluen

2.4

Lepasan efluen

2.5

Kiraan IST

3.1 3.20
4.1

Aktiviti mingguan
Komponen

MUKA SURAT

SENARAI RAJAH
NO.RAJAH

TAJUK

2.1

Ciri-ciri kumbahan

2.2

Ciri-ciri kumbahan

2.3

Rawatan kumbahan

2.4

Rawatan kumbahan

2.5

Proses unit kimia

2.6

Kolam pengoksidan

2.7

Tindak balas biologi

2.8

Ujian efluen

2.9

Kitaran air

2.10

Tangki septic individu

2.11

Proses IST

2.12

Halatuju organisasi

2.13

Carta organisasi

3.1

Papan panel

3.2

Rotor

3.3

Motor blower

3.4

Penyambung fleksibel

3.5

Bearing

3.6

Motor kompresor

3.7

Motor

3.8

Bearing fitting tool

3.9

Inlet diffuser

3.10

Diffuser

3.11

Pemasangan dawai di motor

3.12

Pemasangan dawai di panel

MUKA SURAT

3.13

Membuat drilling

3.14

Genset

3.15

Relay

3.16

Surface aerator

3.17

Terminal block

3.18

Stator

3.19

Rotor dengan bearing

3.20

Pembukaan motor

4.1

Panel kawalan

4.2

Panel kapasitor

4.3

Penyambungan panel kapasitor dan utama

4.4

Interkoneksi panel utama dan kapasitor

4.5

Pendawaian tunggal

4.6

Komponen kapasitor bank

Anda mungkin juga menyukai