Anda di halaman 1dari 1

MINGGU 15

TUGASAN 2: contoh aktiviti untuk pembelajaran kontekstual

a) Motivasi Ia bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap
sesuatu tajuk yang akan dibincangkan merangkumi pengenalan, isu perbincangan dan
penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan.

b) Pemahaman Ia merangkumi kemahiran murid dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan


dengannya. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan untuk dapat menarik
minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberi kebebasan mengutarakan perkaraperkara yang berkaitan. Antara contoh pemahaman adalah melalui penerangan konsep dan
perbincangan, pembacaan dan melakukan contoh kajian.

c) Aplikasi Kemahiran yang diperolehi pelajar dapat diolah dan diubahsuaikan mengikut
situasi dimana mereka dapat mengaitkan pengetahuan yang diperolehi untuk
menyelesaikan masalah harian. Pendidik boleh mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan
bidang kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada
mereka dengan situasi sebenar dalam kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset
utama yang mereka perolehi hasil dari pembelajaran secara kontekstual. Ia melibatkan
aktiviti hands on dan penyelesaian masalah.

d) Imbasan kembali dan kemajuan Ia meliputi dua aspek dalam segmen ini. Apabila
seseorang pendidik mengupas sesuatu tajuk, pelajar akan diingatkan semula mengenai
fakta penting. Di sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkayakan lagi
pengetahuan murid. Selepas itu, penilaian kemajuan pelajar perlu dijalankan secara bertulis,
lisan dan pemerhatian. Contoh-contoh aktiviti adalah seperti kuiz berkumpulan,
perbincangan antara kumpulan dan penyediaan portfolio. Perubahan sikap dan perlakuan
yang dapat dilihat juga boleh digunakan sebagai petunjuk bahawa murid telah menghayati
isi pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai