Anda di halaman 1dari 7

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan
Golongan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan luar bilik
darjah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap
lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan
cerita tentang kenakalan pelajar dan pelbagai masalah sosial yang melanda
mereka ini. Menurut Bettelheim (1950), masalah sosial dan perbuatan jenayah
membabitkan pelajar benar-benar membimbangkan.
Pada peringkat pelajar, seseorang individu mengalami perubahan yang amat
pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Golongan pelajar
ini bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau
berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng
sekolah, lari dari rumah, seks bebas serta melepak juga dilakukan. Menurut
Betthelheim (1950), mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah
berat seperti menganggotai kumpulan samseng seperti kumpulan gengsterisme,
membunuh, samun tanpa senjata api mahupun dengan senjata api, merogol,
pelacuran, judi, vandalisme penyalahgunaan dadah, minum minuman keras,
terbabit dalam video lucah dan sebagainya sebagai aktiviti utama waktu
ponteng. Keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di
pinggiran bandar, malah di sekolah luar bandar. Pelajar yang sering melanggar
disiplin atau salah laku sekolah digelar sebagai pelajar devian. Menurut
Rozumah Baharudin (2003), perpindahan pelajar dari satu kelas ke satu kelas
lain menyebabkan ada antara mereka yang mengambil kesempatan untuk tidak
masuk ke kelas dan ini menimbulkan keseronokan kepada pelajar dan akhirnya
akan memberanikan diri untuk terlibat dengan gejala ponteng sekolah yang
sebenar.
Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar selalunya berlaku pada pelajar
yang ibunya tidak bekerja. Pihak pengurusan sekolah perlu berusaha untuk

memastikan sekolah menjadi tempat yang seronok kepada para pelajar mereka
bagi menangani masalah ini. Selain itu, hubungan mesra antara guru dengan
murid, kemudahan untuk menyokong kehadiran mereka ke sekolah serta
keprihatinan ibu bapa dan masyarakat dijangka dapat menyelesaikan isu
tersebut. Menurut Hishammuddin Tun Hussein (2004), terdapat banyak faktor
lain yang menjadi punca masalah ponteng sekolah. Kementerian Pelajaran
menyedari gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar bukan hanya
disebabkan guru yang `dikatakan tidak pandai mengajar' serta ketiadaan aktiviti
berfaedah selepas musim peperiksaan tetapi melibatkan pelbagai faktor lain
seperti pengaruh rakan sebaya, ibu bapa tidak suka pada guru dan subjek, tidak
menyiapkan kerja rumah serta masalah keluarga.

1.2

Latar Belakang Kajian


Ponteng adalah satu masalah disiplin yang semakin berleluasa di sekolah. Ramai
dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun menengah sudah
pandai ponteng sekolah. Sesetengan ibu bapa yang sibuk bekerja tidak
mempunyai masa untuk anak-anak mereka. Kedatangan yang merosot ini boleh
dilihat apabila pelajar beberapa kelas terpaksa digabungkan dan dijadikan
sebuah kelas untuk memudahkan guru-guru. Terdapat pelajar dengan sendirinya
mencari berbagai alasan untuk membolehkannya tidak datang ke sekolah.
Akhirnya mereka akan menganggap bahawa pergi ke sekolah adalah satu
bebanan. Pelajar-pelajar ini mula merancang dengan rakan-rakan untuk ponteng
sekolah dan bercadang untuk melencong dan melepak ke tempat lain. Pelajarpelajar yang ponteng ini juga boleh dianggap dalam kalangan pelajar yang tidak
mempunyai kesedaran diri yang akan melakukan aktiviti jenayah dan mula
melanggar peraturan sekolah untuk menunjukkan sikap agresif mereka.

1.3

Pernyataan Masalah
Permasalahan tentang pencapaian akademik pelajar sering diperkatakan oleh
pemimpin politik, tokoh-tokoh akedemik serta masyarakat. Ianya dapat dilihat
daripada permasalahan yang boleh dikatakan sudah mencapai ke tahap yang
2

membimbangkan. Ianya dilihat daripada bermacam-macam gejala yang tidak


sihat berlaku disebabkan oleh remaja atau pelajar. Masalah ponteng sekolah atau
ponteng kelas adalah merupakan antara masalah paling dominan yang
mempengaruhi pembelajaran dalam kalangan pelajar hari ini. Masalah ini akan
mempengaruhi proses pembelajaran mereka jika ianya tidak dikawal. Proses
pembelajaran yang lemah akibat daripada ponteng yang tidak terkawal dilihat
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Ianya memerlukan pergabungan
tenaga dalam membendung masalah ini.
1.4

Kepentingan Kajian
Kajian ini dibuat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan golongan pelajar yang baik kepada negara kita seiring dengan
hasrat dan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju dengan
pembangunan, namun kemajuan ini akan terbantut sekiranya negara asyik
dihambatkan oleh gejala sosial yang disebabkan oleh masalah ponteng dalam
kalangan pelajar.
Kajian ini dapat membantu menangani masalah ponteng ini dengan memberi
kesedaran tentang perlunya permuafakatan di antara ibu bapa dan sekolah yang
erat. Ini mampu dapat mengurangkan masalah ponteng dan salah laku pelajar
dan pada masa yang sama dapat meningkatkan pencapaian akademik dan
kokurikulum mereka. Permuafakatan itu boleh menjadikan anak yang belajar di
sesebuah sekolah merasakan bahawa diri mereka adalah penting. Mereka akan
takut untuk melakukan perbuatan ponteng dan salah laku kerana mereka berasa
diri mereka diperhatikan oleh kedua-dua pihak, ibu bapa dan guru.

1.5

Limitasi Kajian
Penyelidikan ini tertumpu kepada masalah ponteng yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar di sekolah rendah. Oleh itu, penyelidik telah
memilih sebuah sekolah rendah dalam daerah ....... untuk kajian ini.
Persampelan dilaksanakan dalam kajian ini yang melibatkan dua orang murid
tahun lima yang telah menduduki peperiksaan pertengahan tahun di sekolah
masing-masing.
3

1.6

Objektif Kajian
Antara objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini termasuklah:
i.
Mengenalpasti faktor-faktor utama masalah ponteng sekolah muridii.

murid.
Mengenalpasti jenis ponteng yang paling dominan dalam kalangan

iii.

murid yang terlibat dalam kes ponteng.


Mengenalpasti masalah ponteng sekolah memberi impak terhadap
pencapaian akademik murid.

1.7

Persoalan Kajian
i.
Apakah faktor-faktor utama masalah ponteng sekolah murid-murid?
ii.
Apakah jenis ponteng yang paling dominan dalam kalangan murid yang
iii.

terlibat dalam kes ponteng?


Sejauh manakah masalah ponteng sekolah memberi impak terhadap
pencapaian akademik murid.

1.8

Definisi Istilah
Kajian yang dijalankan ini melibatkan penggunaan beberapa istilah penting.
Dalam kajian ini terdapat beberapa konsep dan istilah yang perlu dijelaskan
serta penggunaan beberapa takrifan khusus yang mempunyai pengertian
tertentu. Definasi takrifan tersebut adalah seperti yang diberikan di bawah:
1.8.1

Sikap Pelajar
Sikap didefinisikan sebagai satu predisposisi atau kecenderungan untuk
sesuatu respon dengan cara-cara tertentu terhadap dunia sekitarnya, baik
berupa individu-individu atau objek-objek tertentu (Baharom, 1999).
Keperibadian menyangkut semua aspek daripada seseorang, ianya
meliputi fizikal mahupun mental, baik yang dibawa sejak lahir mahupun
yang diperoleh daripada pengalaman (Wayan, Sunartana, 1986). Menurut
Kamus Dewan (1996) menakrifkan pelajar sebagai murid atau penuntut.

Pelajar adalah golongan orang yang belajar atau menuntut di sekolah,


maktab atau universiti.
1.8.2

Ponteng
Yaakub (1976, dalam Aminah, 1994) pula mentakrifkannya sebagai
murid yang tidak hadir di sekolah atau belajar tanpa keizinan guru atau
ibu bapa. Ini termasuklah muridmurid yang meninggalkan kelas tanpa
izin guru, lari atau keluar dari kawasan sekolah pada waktu yang
sepatutnya mereka wajib mengikuti pelajaran mereka di dalam bilik
darjah masing-masing. Mohamed Yunus (1994) mendefinisikan ponteng
sebagai tidak datang ke sekolah tanpa apa-apa sebab yang munasabah
dari segi sekolah atau tuang dengan tidak diketahui oleh ibubapa atau
guru. Menurut Ibrahim Saad (1982), ponteng adalah mereka yang
sengaja tidak ke sekolah. Mereka keluar dari rumah dengan berpakaian
sekolah dan beg berisi namun sebaliknya pergi ke kebun, memancing
ikan, mandi di lombong atau berfoya-foya dipanggung wayang atau
kompleks membeli belah.
Mengikut Unit Disiplin Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia (1994), ponteng sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran
daripada pengetua atau guru besar. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga
(1997)

bermaksud

lari

dari

tanggungjawab

dan

meninggalkan

tanggungjawab tanpa kebenaran. Dalam kajian ini, ponteng terdiri


daripada empat jenis:
i.
Ponteng sekolah iaitu keluar rumah dengan pakaian seragam
ii.

tetapi tidak ke sekolah.


Ponteng kelas iaitu ke sekolah tetapi pada masa pengajaran

ii.

subjek-subjek tertentu dia menghilangkan diri. I


Ponteng hati iaitu berada dalam bilik darjah tetapi hati dan
fikirannya tidak di sana, sebaliknya hanya menunggu loceng

iv.

waktu akhir untuk keluar sekolah.


Ponteng kerana bangun lewat.

1.8.3 Sekolah
Mengikut Hussein (1993), sekolah ialah sebuah organisasi sosial
yang kompleks dan unik. Mengikut Atan Long (1982), sekolah
5

adalah satu institusi masyarakat yang mempunyai tujuan tertentu


iaitu membentuk dan mengubah tingkahlaku para pelajar ke arah
yang dikehendaki. Mengikut Farrant J.S. (1981), sekolah adalah
sebuah masyarakat manusia yang hidup dan aktif. Bilik darjah,
bangunan dan halaman sekolah menyediakan persekitaran fizikal
bagi kerja dan kehidupan masyarakat bersama. Mengikut Abdul
Rahman dan Chong (1994), sekolah sebagai agen sosiolisasi yang
melaksanakan peraturan yang preskriptif dan juga berfungsi
menyediakan seorang murid supaya dapat memainkan peranan
sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab. Menurut Kamus
Dewan edisi ketiga (1997), sekolah adalah tempat untuk belajar
dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran.
1.8.4 Pencapaian Akademik
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), pencapaian adalah
sesuatu yang didapati dari keupayaan. Ini bermaksud pencapaian
akademik sebagai kemampuan untuk mendapatkan gred yang
baik bagi satu-satu mata pelajaran yang diambil oleh pelajar.
Manakala Kerlinger (1993), pencapaian akademik merujuk
kepada prestasi kepada skor-skor yang dicapai oleh pelajar dalam
sesuatu ujian atau peperiksaan yang standard. Melalui keputusan
peperiksaan, maka kita dapat mengkategorikan pencapaian
akademik tinggi atau rendah.
1.9

Kesimpulan
Kesimpulan dari bab pengenalan ini, dapat dirumuskan bahawa gejala ponteng
dalam kalangan murid-murid mahu pun pelajar perlulah dipandang serius oleh
semua pihak terutamanya ibu bapa dan pihak sekolah yang terdiri daripada
pihak pentadbir dan guru-guru. Gejala ini bukan sahaja memberikan kesan
negatif kepada murid atau pelajar yang melakukannya tetapi juga kepada
Negara dalam jangkamasa panjang.

RUJUKAN
Azizi, Y., Shahrin, H., Jamaludin, R., Yusof, B., Abdul R, H. (2007). Menguasai
penyelidikan dalam Pendidikan: Teori Analisis dan Interpretasi Data. Kuala
Lumpur: PTS Publishing Sdn Bhd
Azizi, Y., Jamaludin, R., Shahrin, H., Mohd, A. I., Raja, R. A., Noordin, Y. (2009).
Discipline Problems among Secondary School Students in Johor Bahru
Malaysia. European Journal of Social Sciences.
Ee Ah Meng, (1991). Aplikasi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Siri Pendidikan
Fajar Bakti.
Idris Ahmad, (1997). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang Darul Makmur: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd
Irwin A. Hyman, (1997). School Discipline and School Violence. Boston: Allyn and
Bacon.
Mohd Najib Ghafar, (2003). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit UTM
Patterson, C. H., (1971). An Introduction to Counseling in the School. New York:
Harper and Row.
Wan Azmi, (1987). Faktor-faktor Yang mempengaruhi Tingkah Laku Melanggar
Disiplin.

Anda mungkin juga menyukai