Anda di halaman 1dari 4

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SUNSUI.

PETI SURAT 136, 89108 KOTA MARUDU SABAH.

Tarikh : 7 April 2015


Masa

: 1.00 petang

Tempat

: Kelas Tahun 4 dan 5

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG TAHUN 2015


Kehadiran : 56
AGENDA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Ucapan Guru Besar


Ucapan YDP PIBG
Ucapan dan taklimat pegawai PPD
Laporan Setiausaha dan Bendahari
Pembubaran AJK PIBG 2013-2014
Pembentukan AJK PIBG Sesi 2015-2016
Hal-hal lain
Penutup

Agenda 1
Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih, menjelaskan harapan sekolah dan
matlamat sekolah yang menjurus kepada peningkatan UPSR, tumpuan kepada
program LINUS 2.0, disiplin murid, usaha guru dan ibu bapa serta kehadiran murid
bagi merealisasikan matlamat sekolah pada tahun 2015.
Agenda 2

YDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan menyentuh dua
perkara sepanjang menjawat jawatan YDP PIBG SK Sunsui berkaitan disiplin dan
kerjasama ibu bapa dan guru adalah amat digalakkan bagi mencapai matlamat
sekolah dan keluarga masing-masing.
Agenda 3
Mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput untuk memberi taklimat.
Taklimat yang berikan adalah berkaitan, visi dan misi sekolah, anjakan ke 5 dan ke 9,
kerjasama ibu bapa dan guru, 6 acara utama penglibatan ibu bapa yang amat
digalakkan, kepentingan PIBG, sumbangan Ibu bapa, sarana ibu bapa, sokongan
moral kepada anak-anak bersekolah di SK Sunsui dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Sunsui 2015.

Pengesahan Minit Mesyuarat Tahun Lalu


Pencadang : Hussin Hj Mayasin
Penyokong : Saidi Goleis

Agenda 4
Setiausaha dan bendahari membentangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang
tahun lalu dan kos perbelanjaan yang digunakan oleh PIBG SK Sunsui dengan
meminta ibu bapa merujuk bahagian lembaran laporan Setiausaha yang telah
diedarkan.
Pengesahan Laporan
Pencadang : Metto Mositoh
Penyokong : Tumburon bin Jalah

Agenda 5
YDP PIBG 2013-2014 menjemput semua AJK PIBG untuk berdiri di hadapan dan
seterusnya membubarkan AJK PIBG 2015.

Agenda 6

Encik Hussin Hj Mayasin mencadangkan YDP dan AJK PIBG 2014 diteruskan untuk
sesi 2015-2016. Para ibu bapa menyokong sebulat suara agar YDP dan AJK PIBG
2014 diteruskan bagi sesi 2015-2016.
AJK PIBG Sesi 2015-2016

Ahli jawatankuasa Induk


Penasihat PIBG

En Sudin Maidin

YDP PIBG

En Metto Mositoh

TIM YDP

En Saidin Goleis

Setiausaha Kehormat

En Mothy Majitol

Bendahari

En A.Alam Said

Juruaudit Dalam

Pn Marinah Lambutan

Juruaudit Luar

En Jinggah Garibau

Ahli Jawatankuasa Pelaksana


Biro Hal Ehwal Murid

En Sunny Lantuag
En Jeniau Soibin

Biro Pembinaan dan Kemudahan

En Mosungkil Ladong
En Saidi Golies

Biro Pengurusan Sukan

En Losius Ginsos
En Raymond Akang

Biro Kebudayaan

Pn Rozita Ekas
Pn Dolisi

Biro Pengurusan Kemudahan Paip Graviti

En Saidi Golies
En Jinggah Garibau

Biro Gotong-royong

En Yorgan
En Akin

Biro Disiplin

En Tumburon
En Hussin

Agenda 7

1. Encik Saidi Goleis mencadangkan pelajar SK Sunsui selepas tamat tahun 6


bersekolah di SMK Kota Marudu dan bukan di SMK Bandau. Namun masih
belum dapat keputusan sebulat suara daripada semua ibu bapa untuk
mengemukan surat rayuan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu
atas sebab-sebab tertentu.
2. Guru Besar Encik Sudin Maidin mencadangkan untuk mewujudkan tabung
PIBG SK Sunsui iaitu setiap keluarga yang mempunyai anak bersekolah di SK
Sunsui oerlu membayar Yuran PIBG sebanyak RM 10.00 setahun. Cadang
terima sebulat suara oleh semua ibu bapa.
Penutup
YDP PIBG Encik Metto Mositoh mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan
para ibu bapa dan guru untuk mengalas sekali lagi jawatan YDP PIBG SK Sunsui
pada tahun 2015. Beliau juga berharap agar kerjasama dan komitmen daripada
semua pihak adalah berada dalam keadaan baik dan konsisten pada setiap tahun
bagi membantu apa-apa sahaja program sekolah dalam memastikan perkembangan
akademik dan gerak kerja kokurikulum yang dinamik.

Dicatat Oleh,
(MOTHY MAJITOL)
Setiausaha Kehormat PIBG 2015/2016
SK. Sunsui, Kota Marudu, Sabah.

Disemak Oleh,
(METTO MOSITOH)
YDP PIBG 2015/2016
SK. Sunsui, Kota Marudu, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai