Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi atas limpahan rahmat kurniaNya, saya


iaitu Nur Izattul Niza Binti Mohamed Azmi telah berjaya menyiapkan Tugasan
Projek Asas Kepemimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3083)
ini dengan jayanya.

Selawat serta salam ke atas Rasul junjungan kita Nabi

Muhammad S.A.W.
Di kesempatan yang penuh bermakna ini, saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah yang dihormati, Puan Roslina
Binti Ibrahim selaku pensyarah pembimbing saya. Segala tunjuk ajar dan
panduan yang diberikan beliau dalam menyiapkan tugasan ini amat saya hargai
dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat-Nya di atas segala
jasa baik yang dihulurkan.
Di kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa serta
keluarga yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada saya dalam apa
sahaja yang saya lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada perpustakaan AlGhazali IPG Kampus Pendidikan Islam dan lain-lain kerana menyediakan bahanbahan ilmiah yang berguna. Buat teman-teman seperjuangan, jutaan terima
kasih diucapkan kerana sudi memberi tunjuk ajar dan berkongsi idea serta
memberi komitmen yang baik kepada saya. Semoga segala usaha dan cita-cita
kita diberkati Allah S.W.T hendaknya.
Akhir sekali, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terbabit sama ada secara
langsung atau tidak langsung semasa proses melaksanakan tugasan yang amat
bermakna bagi saya ini. Segala budi dan jasa yang kalian hulurkan hanya Allah
S.W.T yang dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan
daripada Allah S.W.T. Wassalam.
1

Anda mungkin juga menyukai