Anda di halaman 1dari 4

Refleksi Keseluruhan BIG Fasa 4.

Menurut Schon (1987), apabila peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku,
individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah
melakukan refleksi semasa tindakan (reflection-in-action). Apabila seseorang
merenung kembali tindakannya, membuat analisa tentang peristiwa lepas dan
merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke atas
tindakan(reflection-on-action).
Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran
bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi,
pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu
menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan
diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guruguru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan
sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam
arus globalisasi.
Dalam tugasan Bina Insan Guru Fasa 4 ini, kami dikehendaki menganjurkan
satu Bengkel Pengurusan Pendidikan dan Program Lawatan Penanda Aras atau
Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh
guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru Semester 7 di bawah Program Bina
Insan Guru (BIG) Fasa 4 yang merupakan fasa terakhir.
Bagi melaksanakan Bengkel Pengurusan Pendidkan saya dan rakan-rakan
bersetuju untuk menjalankan tugasan ini secara berasingan kerana kami bertugas di
sekolah yang berjauhan. Saya telah mengajurkan bengkel ini dengan rakan-rakan
setugas di SK Rantau Panjang, Sibu. Kerjasama dari pihak pengurusan sekolah iaitu
Guru Besar, Encik Saidal bin Mat serta Penolong Kanan Pentadbiran, Encik John anak
Ugong yang mengaggap bengkel ini penting sebagai pendedahan kepada guru-guru
telah banyak membantu memudahkan tugasan saya. Setelah menyiapkan kertas kerja,

dan menghantarnya untuk kelulusan pihak pentadbir saya mula mencari bahan dan
melantik penceramah bagi menyampaikan perkongsian mengenai Akta 550 (1996),
mandat, guru dan perundangan, pekeliling perkhidmatan, fungsi JPN dan sektor-sektor
serta fungsi dan peranan PPD. Saya telah berhubung rapat dengan Puan wong King
Hua iaitu Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan yang sangat komited menjayakan
program ini memndangkan ianya merupakan sebahagian dari latihan dalam
perkhidmatan bagi memenuhi 7 hari kursus wajib Pegawai Perkhidmatan pendidikan di
sekolah.
Oleh kerana penceramah yang dipilih terdiri daripada guru-guru berpengalaman
di sekolah ini dan juga merupakan barisan pentadbir sekolah yang telah lama
berkhidmat sebagai guru, maka perkongsian mengenai tajuk tajuk berkaitan dapat
disampaikan dalam keaddan yang selesa kondusif dan komprehensif pada 6 Julai 2015
di Pusat Akses SK rantau Panjang Sibu. Dari penganjuran bengkel ini saya mendaat
banyak info baru. Antaranya ialan mengenai Pekeliling Ikhtisas yang merupakan satu
warta kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan
dari semasa ke semasa kepada warga pendidik. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan
bertujuan untuk memberi peringatan dan langkah keselamatan dan langkah kawalan
dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna. Selain itu, Surat Pekeliling
Ikhtisas merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan
tugasan

dan

perkhidmatan.

Manakala

Pekeliling

Perkhidmatan.

suatu

Pekeliling

Perkhidmatan merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu
tugasan dan perkhidmatan. Pekeliling Perkhidmatan juga merupakan satu punca kuasa
yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam.
Secara keseluruhannya, bengkel yang diadakan ini sangat menarik. Banyak
persoalan yang ditimbulkan oleh barisan guru mengenai peranan PPD dan undangundag yang melibatkan tugas guru semasa sesi perkogsian tersebut. Ramai guru yang
memberikan komen positif terhadap input yang terkandung di dalam bengkel yang
dianjurkan ini. Bagi Program lawatan Benchmarking pula kami telah menubuhkan satu
organisasi untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan
diantara kumpulan kami Sains 2 dan Sains 1 dalam usaha untuk melicinkan program

ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada Pesyarah pembimbing BIG
kami iaitu Encik Mcnair Kudang dan Mentor kami iaitu Encik Mohd. Fariq Ariffin. Setelah
mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program lawatan penanda
aras di SJK(C) Kwang Chien, Sarikei memandangkan sekolah tersebut merupakan
sekolah yang terkenal dengan pencapaiannya dalam bidang akademik dan sukan serta
mempunyai dua orang Guru Cemerlang Sains.
Pada 7 Ogos 2015 iaitu pada hari Jumaat, pelajar PPG Kumpulan Sains 1 dan 2
telah berjaya menjalankan Program Lawatan Penanda Aras Sistem Pentadbiran dan
Pengurusan Sekolah. Program ini adalah di bawah kelolaan Encik McNair Kudang
selaku Pensyarah Pembimbing kelas Sains 2 bagi program BIG Fasa4. Seramai 26
orang pelajar PPG Kohort 2 terlibat dalam lawatan ini iaitu masing-masing 10 orang dari
kelas Sains 1 dan 17 pelajar dari Kumpulan Sains 2. Seawal 8.00 pagi semua pelajar
telah tiba dihadapan pintu masuk Sekolah Jenis kebangsaan Cina Kwang Chien.
Rombongan kami telah disambut oleh warga sekolah yang diketuai oleh guru besar
iaitu Encik Wong Mi Hing dengan penuh mesra dan dalam suasana harmoni. Kami
sangat merasa dihargai dalam suasana sekolah yang ceria, nyaman dan selesa mata
memandang.
Pada mulanya kami telah dibawa ke Bilik Mesyuarat yang serba canggih untuk
Mendengar taklimat mengenai pencapaian sekolah, jenis kepimpinan, cara pengurusan,
iklim sekolah, budaya sekolah, infrastruktur dan kemudahan sekolah yang terdapat di
sekolah ini seperti bilik, bilik khas dan sudut khas daripada Guru Besar yang sangat
bersemangat dengan kehadiran kami. Daripada taklimat ringkas yang disampaikan guru
besar, banyak perkara dan amalan guru-guru di sekolah ini yang boleh kami ambil
sebagai iktibar dan inspirasi memandangkan sekolah ini begitu hebat dari segi
kerjasama dan hasil kerja mereka disokong dengan kemudahan yang canggih dan
lengkap.
Seterusnya kami diberi peluang mendengar ceramah mengenai Guru inovatif
dalam satu bengkel yang disampaikan oleh Encik Law Sie Tung yang merupakan
seorang guru cemerlang sains. Selain bertugas sebagai pendidik, beliau turut terlibat
dalam pelbagai tugas lain dalam dunia pendidikan. Anugerah dan penghargaan yang

telah diterimanya ialah Guru Cemerlang Kebangsaan pada tahun 2012 (DG44) dan
2014(DG48). Antara sumbangan beliau di peringkat kebangsaan ialah Coaches dalam
School Improvement Specialist Coaches Program bi bawah NKRA pada tahun 2011
hingga sekarang. Beliau turut dijemput dari semasa ke semasa untuk menyampaikan
ceramah, motivasi, berkongsi pendapat dengan guru-guru dan ibu bapa. Untuk menjadi
seorang yang cemerlang, Beliau memberikan tips iaitu bijak mengambil peluang dan
ikhlas bekerja merupakan rahsia kejayaan ini.
Di samping itu, guru cemerlang ini juga tidak lokek untuk berkongsi maklumat
apa yang perlu dilakukan dan apa yang dilakukan beliau untuk mendapatkan anugerah
Guru Cemerlang. Pertama, mestilah menjadi guru sekurang-kurangnya 5 tahun tempoh
perkhidmatan. Selain itu, guru juga mestilah membuat kajian tindakan dan memiliki
beberapa buah buku yang pernah ditulis terutamanya ialah apa yang guru lakukan di
sekolah.
Misalnya yang dilakukan beliau di sekolah ialah mewujudkan stesen-stesen
mengikut bidang pembelajaran di dalam makmal sains serta menyediakan sebuah
makmal yang mampu memberikan daya tarikan belajar kepada pelajar. Tidak lupa juga
pesanan beliau untuk terus kita menghormati Guru Penolong Kanan dan Guru Besar
walau siapa pun kita dan banyak manapun aktiviti yang kita anjurkan kerana segala
kejayaan kita di dalam kerjaya amtlah bergantung kepada sokonga pihak pentadbir dan
kejasama rakan sekerja.
Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan pelajar
PPG

kerana

mampu

memberi

motivasi

dan

semangat

membangunkan

dan

meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat
memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi
memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum
dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip
hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang. Secara keseluruhannya,
saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 4 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap
program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai