Anda di halaman 1dari 7

Lampiran 1a

KERTAS CADANGAN PROGRAM INTERNSHIP


NAMA PELAJAR :

ROSMIZAN BIN JAHAWI

PROGRAM :

PPG SAINS PENDIDIKAN RENDAH AMBILAN FEBRUARI 2015

NAMA SEKOLAH :

SK RANTAU PANJANG SIBU

NAMA PROJEK/AKTIVITI:
PENGGUNAAN KAEDAH SPKG (SENARAI PILIH KAIT GUNA) DALAM MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MEMBUAT INFERENS
TEMPOH PELAKSANAAN: 10 OGOS HINGGA 4 SEPTEMBER 2015

RASIONAL:

Murid-murid dalam kelas 5A terdiri daripada murid-murid yang sederhana. Daripada


pemerhatian setelah lima bulan mengajar kelas tersebut, mendapati mendapati bahawa
kebanyakkan murid dalam kelas Tahun 5 Amanah mengalami masalah dalam membuat
inferens bagi pemerhatian ekperimen yang dijalanakan dan juga soalan Kemahiran
Proses Sains bagi Bahagian B semasa Ujian Perkara ini saya dapati berdasarkan
penyemakkan lembaran-lembaran kerja dan latihan yang dihantar oleh murid-murid
serta jawapan murid di dalam Ujian Diagnostik yang disemak oleh guru.
Kekeliruan murid mengenai tajuk bagi rangsangan soalan yang diberikan serta
kurangnya pendedahan murid kepada soalan jenis Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KBAT
juga banyak mempengaruhi kesilapan murid dalam membuat inferens dan menjawab
soalan yang memerlukan mereka memberikan inferens yang releven bagi pemerhatian.
Soalan-soalan UPSR kebelakangan ini yang lebih menumpukan kepada soalan
inferens yang memerlukan murid untuk berfikir secara kritis di samping menggunakan
pengetahuan yang telah dipelajari sepanjang 6 tahun berada di sekolah rendah juga
merisaukan saya

Sejak kebelakangan ini, saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiarkan
berlarutan memandangkan kumpulan sasaran masih berada di tahun 5 dan masih

Lampiran 1a

boleh dibentuk seelum mereka menduduki UPSR yang akan ditempuhi apabila mereka
melangkah ke Tahun 6.
Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang digunakan dalam pembelajaran sains
dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Seseorang murid dikira menguasai
kemahiran proses sains sekiranya ia dapat memerhati, membeza, mengelas, membuat
inferens dan seumpama dengannya (Lawson, A.E., 1995; Trowbridge, L.W. et.al.,1981).
Kebanyakan para pendidik bersepakat mengatakan bahawa perkembangan kemahiran
proses sains patut menjadi matlamat utama dalam pendidikan ( Gagne, 1970; Lawson,
A.E., 1995; Trowbridge, L.W., 1981; Zeitler 1981). Oleh itu, pengajaran sains perlu
menerapkan

kemahiran

proses

bersama-sama

dengan

isi

kandungan

yang

disampaikan.
Kemahiran Proses Sains ialah proses minda yang mengalakkan pemikiran secara kritis,
kreatif, analitis, dan sistematik untuk melahirkan pelajar yang boleh berfikir secara
berkesan (Padilla et al, 1991 seperti yang dinyatakan oleh Noraini Yazib, 2010).
Kemahiran Proses Sains yang ditekankan dalam kajian ini adalah kemahiran
memerhati, meramal dan meningferens. Oleh itu, penekanan terhadap kemahiran ini
adalah penting kerana murid perlu mahir dalam kemahiran proses sains agar mereka
dapat menguasai pembelajaran sains dengan baik.
Menurut Yeam Koon Peng (2007) kemahiran-kemahiran proses sains yang disebutkan
itu merupakan subset kepada kemahiran berfikir yang digunakan oleh sama ada
seorang ahli sains guru ataupun pelajar apabila mempelajari sains. Maka dapatlah
disimpulkan bahawa kemahiran proses sains merupakan asas kepada penguasaan
ilmu sains yang baik.
Noraini Yazib (2010) menyatakan melalui kajian yang dibuat bahawa kemahiran proses
sains tidak boleh dipelajari melalui pembacaan sahaja sebaliknya murid perlu
mengalami, mempraktik dan menghayatinya. Justeru itu, dengan pengunaan kaedah
SPKG yang diilhamkan saya ini, murid dapat membuat inferens dengan lebih baik dan
berkesan.

Lampiran 1a

Menurut kajian yang dibuat oleh Kamariah (2005) beliau mendapati bahawa murid yang
gagal dalam ujian sains adalah kerana mereka menghadapi masalah dalam menjawab
soalan

BahagianB.

Kebanyakan

soalan

berkaitan

memerhati,

meramal

dan

menginferens terdapat didalam soalan Bahagian B, oleh itu, jika penguasaan murid
dalam kemahiran memerhati, meramal dan menginferens adalah lemah, ini akan
menyukarkan mereka dalam menjawab soalan tersebut.
Bersasarkan pendapat-pendapat pakar di atas saya mendapat ilham untuk berusaha
untuk mencari cara penyelesaian bagi kelemahan-kelemahan yang dapat dikesan hasil
dari refleksi pengajaran di mana mereka didapati lemah

dalam Kemahiran Proses

Sains terutamanya menjawab soalan berbentuk inferens ataumembina inferens dari


pemerhatian eksperimen yang dijalankan semasa PdP di dalam kelas Sains. Di
samping itu saya bertekad untuk membantu mereka dalam meguasai kemahiran
kemahiran tersebut sebelum mereka melangkah ke Tahun 6 pada tahun hadapan.

OBJEKTIF :

a. Mengenalpasti punca masalah membuat inferens yang salah dan tidak berkaitan
dengan tajuk pelajaran yang sepatutnya.
b. Merancang dan melaksanakan pengajaran menggunakan kaedah SPKG (Senarai
Kait Pilih Guna) yang telah dinovasikan
c. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan kaedah Kaedah Senarai Pilih Kait
Guna (SPKG) ke atas pelajar semasa menjawab soalan yang memerlukan mereka
membuat inferens atau memberi inferens bagi pemerhatian semasa aktiviti PdP.
d. Mengenalpasti kelemahan dan membuat cadangan penambahbaikan bagi inovasi
yang telah dirancang dan dilaksanakan

STRATEGI PELAKSANAAN

Tindakan yang dirancang akan dijalankan dalam jangka masa 4 minggu dan
menggunakan masa dua masa pengajaran (4 jam). Satu sesi pengajaran dan
pembelajaran mengambil masa satu jam. Dalam program ini, saya telah menyediakan

Lampiran 1a

dan mengatur beberapa langkah bagi membantu murid-murid membuat inferens


dengan lebih tepat daripada pemerhatian yang dibuat.
Kaedah SPKG adalah singkatan bagi
a) Senarai (menyenaraikan sebab yang mungkin bagi pemerhatian)
b) Kait (mengaikan sebab dengan tajuk penyiasatan/eksperimen)
c) Pilih ( memilih sebab yang paling tepat bagi fenomena atau pemerhatian yang
dibuat dan,
d) Guna. (menggunakan sebab bagi membina ayat inferens yang lengkap)

Langkah 1:
Guru menyediakan 4 set rangsangan yaang terdiri dari gambarajah, jadual, graf dan
pernyataan pemerhatian bagi sesuatu eksperimen untuk tajuk-tajuk yang telah dipelajari
oleh murid. Rangsangan ini dicetak dalam 2 saiz iaitu bersaiz besar F4 yang akan
dilekatkan pada papan tulis dan dalam saiz A4 yang mengandungi ruang jawapan
sebagai edaran pelajar. Hanya 1 set rangsangan akan digunakan pada satu-satu masa
untuk membimbing pelajar membuat inferens bermula dari rangsangan yang lebih
mudah iaitu jadual sehinggalah rangsangan yang lebih sukar seperti gambarajah
pemerhatian.
Langkah 2:
Guru turut menyediakan kad imbasan yang mengandungi kata kunci bagi menjawab
soalan inferens seperti yang telah penyelidik perolehi dari pengalaman lepas, dan
ceramah teknik menjawab soalan UPSR Sains semasa Klinik UPSR pada tahun lepas
dan Penataran Penyemakan Kertas Ujian Diagnostik anjuran Pejabat Pelajaran Daerah
Sibu yang dikendalikan oleh pegawai SISC dan SIP Plus pada Januari 2015 yang lalu.
Kad imbasan tersebut adalah seperti di dalam Rajah 4.1 di bawah. Kad imbasan ini
akan digunakan untuk membimbing pelajar membina inferens dan dilekatkan di dalam
kelas pada sudut sains bagi memberikan pengukuhan kepada pelajar.

INFRENS = PEMERHATIAN + SEBAB

Lampiran 1a

Rajah 4.1 Kad imbasan kata kunci bagi menjawab dan membuat Inferens bagi
pemerhatian
Langkah 3:
Guru akan melekatkan 3 kad imbasan yang mengandungi nama nama

tajuk yang

telah dipelajari pelajar sebelum ini dalam matapelajaran sains di atas rangsangan.
Murid berbincang untuk memilih tajuk yang bersesuaian dengan rangsangan tersebut.
Nama tajuk yang tidak sesuai akan disingkirkan. Guru perlu membimbing pelajar untuk
memilih tajuk yang sesuai dan pelajar boleh merujuk buku teks atau buku kerja untuk
memastikan tajuk yang sesuai.
Langkah 4:
Guru meminta pelajar untuk membaca pemerhatian bagi eksperimen yang terdapat
dalam rangsangan seperti yang telah dinyatakan di dalam Langkah 1. Kemudian murid
diminta untuk menyenaraikan sebab bagi pemerhatian tersebut. Murid menuliskan
senarai sebab bagi pemerhatian pada lembaran kerja mereka. Murid diberi masa 2
minit untuk menyenaraikan sebab mereka. 5 pelajar akan dipilih secara rawak untuk
menulis 1 sebab terbaik mereka di tepi Rangsangan Kelas yang dilekatkan pada papan
tulis.Kemudian murid akan memilih 1 daripada sebab-sebab yang telah dituliskan oleh
rakan mereka. Sekiranya semua senarai yang dikemukakan pelajar tidak bersesuaian
pelajar boleh diberikan peluang untuk menyenaraikan semula sebab sebab yang
mungkin untuk pemerhatian tersebut.
Langkah 5:
Selepas memastikan bahawa pelajar telah memilih sebab yang terbaik bagi
pemerhatian, murid akan dibimbing untuk membina ayat menggunakan kata kunci bagi
membuat inferens seperti yang telah dinyatakan dalam langkah 2. Murid perlulah
menggabungkan penyataan pemerhatian dengan sebab yang telah mereka pilih
dengan ayat yang betul.

Lampiran 1a

PELAN TINDAKAN PROJEK INOVASI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
(Senarai semak aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pelajar)

BIL

AKTIVITI / PERKARA

TARIKH

1.

Memaklumkan Guru Besar dan Mentor mengenai 3 Ogos 2015

2.
3.

Program Internship
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan maklumat
10 Ogos 2015
Menulis Proposal Projek Inovasi Pengajaran dan 11-13 Ogos

4.

Pembelajaran
Merancang tindakan

2015
14-16 Ogos

5.

Melaksana pengajaran menggunakan Inovasi

2015
16 -27 Ogos

6.

2015
Membincangkan masalah yang timbul dalam projek 28 Ogos 2015

7.

inovasi bersama mentor


Pencerapan
pengajaran

8.

mengunakan Inovasi oleh Mentor


Menulis Laporan Internship

9.

2015
Menghantar Porfolio Internship kepada Unit Praktikum 10 September

dan

CATATAN

pembelajaran 3 september
2015
4-6 September

IPG Kampus Rajang


Persediaan sebelum aktiviti dilaksanakan

2015

KOMEN MENTOR/PENSYARAH :

Lampiran 1a

Disemak oleh Mentor

Disahkan oleh Guru Besar

Catatan:

Catatan:

Tandatangan :
Nama
:
Tarikh
:

Tandatangan :
Nama
:
Tarikh
:

Anda mungkin juga menyukai