Anda di halaman 1dari 15

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI

VISUAL KBSR
Kajian Masa Depan
Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar
lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini,
dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta
mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.
Pengajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk
menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat
keputusan. KMD dapat dianalogikan seperti kita yang sedang memandu kereta. Sepanjang
pemanduan itu, kita sering dikejutkan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Sebagai
contoh, ketika sedang memandu, tiba-tiba seorang kanak-kanak melintas di hadapan kereta
kita. Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita haruslah peka dan sentiasa berwaspada. Masa
depan sangat dinamik kerana sentiasa berubah. Masalah yang berlaku pada masa depan
lazimnya kompleks dan penyelesaiannya bersifat global. KMD lebih berciri saintifik kerana
dapat diuji, boleh diulangi, dan dapat diramal.
Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan(KMD)
Pembelajaran berasaskan KMD diperkenalkan untuk mendidik generasi baharu supaya
menghadapi cabaran dan perubahan. Pembelajaran berasaskan KMD merupakan strategi
secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi
pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan
yang berkeyakinan, berupaya, dan bertanggungjawab. KMD yang dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran akan:
i.

Membina generasi masa depan


KMD memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah, dan
peluang yang bakal dihadapi. Keadaan ini akan membolehkan mereka memandang
masa depan dengan yakin dan optimis serta mengambil bahagian dalam merancang
masa depan mereka.

Ii

Menghasilkan tenaga manusia yang berfikir

Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga


manusia yang dapat berfikir tentang masa depan. Selain daripada itu, mereka
seharusnya berfikir untuk menggambarkan serta menjangkakan masalah yang bakal
timbul.
iii

Menjangka masalah dan membuat pilihan yang baik


Pelajar juga dapat mencari alternatif dan pilihan ke arah masa depan yang lebih baik.

iv

Membawa anjakan paradigma


Pelajar akan membawa anjakan paradigma terhadap budaya belajar yang
berasaskan pengetahuan dan ingatan semata-mata ke arah budaya berfikir.

Objektif Kajian Masa Depan


Berikut adalah objektif pelaksanaan KMD:
i

Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal

masa
depan
KMD boleh membina minda suka bertanya dan kemahiran intelek yang dapat
membantu pelajar berfikir secara kreatif, terarah, analitis, dan reflektif tentang
keseluruhan hidup manusia dan proses meneroka alternatif dan pilihan.
ii

Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan


KMD juga membantu pelajar memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan
kebaikan dunia dan membina strategi menambah keupayaan pelajar dalam
menghadapi berbagai-bagai cabaran hidup.

iii

Membina sikap dan nilai tentang masa depan


KMD akan membina keyakinan pelajar supaya mereka mampu mengawal diri, boleh
membuat pilihan berasaskan etika, dan nilai moral serta berupaya mempengaruhi
masa depan mereka.

iv

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan


KMD memberi asas kepada pelajar memahami dan menghayati Wawasan 2020 dan
memantapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan, konsep, kemahiran, dan kaedah
dalam mengkaji masa depan.

Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan


Pelajar digalakkan menjadi warganegara yang lebih bertangungjawab, tahu
membeza dan menilai, berketrampilan, dan mempunyai gambaran jelas tentang
masa depan.
Strategi Kajian Masa Depan
Pelajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan
keadaan daripada masa lalu sehingga ke masa kini dan meramalkan keadaan pada
masa hadapan. Pedagogi ini berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan pelbagai
bidang seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Alam Sekitar, dan Sejarah. Nilai murni
seperti bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)


Kecerdasan Pelbagai ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baharu untuk diselesaikan,
dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai
dalam lingkungan sesuatu budaya.
Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983).
Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati seven ways of knowing, perceiving
and understanding life. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat
termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang
mempunyai kriteria yang istimewa.Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai
penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan yang relevan dalam
pendidikan hari ini. Ianya dirumuskan sebagai:

kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.

kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.

kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam


lingkungan sesuatu budaya.

Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang
berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri
mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap
menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut konteks
penggunaannya.
Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai
Jenis-Jenis Teori Kepelbagaian Kecerdasan
-

Natural

Verbal-linguistik

Logik Matematik

Visual-Ruang

Kinestatik

Muzik

Interpersonal

Intrapersonal

Objektif Teori Kepelbagaian Kecerdasan(TKP)


TKP berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan
yang relevan dalam pendidikan masa kini. Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee
Dickinson merumuskan definisiHoward Gardner sebagai:
a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.
b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.
c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya.
Tujuan Mengaplikasikan Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran
i.

Meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam

ii

Memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara

iii

Mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baharu

dan berlainan

Contoh Pengintegrasian Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran


i Verbal-Linguistik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi
menggunakan bahasa lisan (pidato, ceramah, perbahasan), bacaan (buku, surat
khabar,
majalah), dan penulisan (puisi, laporan, minit mesyuarat).
ii Logik-Matematik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan
pemikiran
kritis.
iii Visual-Ruang
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi peta minda, garis, visualisasi, warna, seni, metafora atau lain-lain
borang
pengurusan grafik.
iv Kinestetik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi
pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti hands-on (latihan amali,
penyiasatan,
kajian luar).
v Muzik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi
penggunaan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi.
vi Interpersonal
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan

murid dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran korporatif dan kolaboratif atau
simulasi kumpulan, lawatan, amali, dan kerja lapangan.
vii Intrapersonal
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi
pilihan kepada murid merangsang perasaan kendiri (menulis, jurnal, diari, membuat
refleksi,
penilaian kendiri).
viii Naturalis
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan
penggunaan flora dan fauna, awan, sungai, gunung (alam semula jadi) ke dalam bilik
darjah
atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi, kembara visual, amali, dan kerja
lapangan
Kepentingan Teori Kepelbagaian Kecerdasan
-

petunjuk kepada potensi murid

menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya

membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan

membangun bidang akademik dan ko kurikulum murid

mempelbagaikan cara penilaian

menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK dan


keperluan murid

mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah

menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan


pembelajaran

Bagaimana Melaksanakan TKP Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Terdapat lima model yang dicadangkan, guru boleh memilihnya berdasarkan
kesesuaian murid, bilik darjah, dan topik yang diajar iaitu;

SISIPAN

Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan


dalam pengajaran secara tidak langsung.

JARINGAN

Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran PSV.

JALINAN

Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran.

PERKONGSIAN

Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata


pelajaran.

KESEPADUAN

Beberapa kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi


mata pelajaran yang berlainan.

2.1.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)


Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK) dalam mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual
itu sendiri. Penggunaan TMK mestilah dilihat sebagai satu tambahan kepada alat
Pengajaran dan Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan.
Penggunaan TMK juga mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan
juga kerja seni digital bermutu dalam komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat
untuk menggantikan penggunaan media secara manual dalam Pendidikan seni Visual.
Pendekatan TMK yang terbaik apabila digunakan secara bijak dan terancang mampu
meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni
Visual. Perisian perlu sesuai mengikut keperluan sesuatu topik pengajaran Pendidikan
seni Visual supaya dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan memuaskan.

Definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)


TMK dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk kepada kemampuan teknologi itu
sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang memberi sokongan kepada
murid, guru, panitia serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan tugas serta
kewajipan yang ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta sebagai salah
satu kaedah melaksanakan kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.
Rasional Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

untuk menyediakan warga pendidik Seni Visual dalam menghadapi


perkembangan TMK masa kini dan akan datang.

Untuk menyediakan murid dengan pengetahuan seni digital yang telah menjadi
salah satu jurusan yang diminati serta kompetetif di IPT.

Sebagai salah satu tarikan serta salah satu cara penyelesaian masalah seni reka
dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang
lebih mudah, pantas dan berkesan.

Pengaplikasian TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran boleh diintegrasikan
secara:
i Integrasi TMK dalam pembelajaran tutorial
Integrasi ini bertujuan untuk menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih
komprehensif dan efisien, contohnya dalam bentuk CD-ROM, cakera keras, dan
tapak pembelajaran. Aplikasi ini lebih berfokuskan kepada pembelajaran secara
kendiri.
ii Integrasi TMK dalam pembelajaran eksploratasi
Kemudahan TMK digunakan sebagai medium untuk pembelajaran penerokaan,
mencari, dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat,
dan tapak pembelajaran. Dalam pembelajaran secara penerokaan ini, murid boleh
mengawal dan menentukan maklumat yang mereka terima melalui TMK. Hal ini
berbeza dengan pembelajaran tutorial; murid hanya menerima bahan pelajaran yang
dikawal oleh sistem.
iii Integrasi TMK sebagai alat aplikasi
TMK digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu murid melaksanakan tugasan
pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat pengajaran dan
pembelajaran.
iv Integrasi TMK sebagai alat pemudah komunikasi
TMK digunakan sebagai alat pemudah komunikasi antara murid dan guru di lokasi
yang berbeza tetapi saling berinteraksi, menghantar, menerima, dan berkongsi
maklumat seperti dalam bentuk teks, bahan grafik, audio, emel, telefaks, Facebook,
Blog dan lain-lain. Murid boleh bertukar maklumat sesama sendiri bagi menganalisis

dan membuat perbandingan dengan pengalaman dan maklumat yang mereka


peroleh. Menerusi pembelajaran seperti, murid dapat membina pengalaman yang
lebih menarik, bermakna, dan berkesan.

Ciri-Ciri Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


Penggunaan TMK adalah merentas kurikulum Pendidikan Seni Visual yang
mengandungi bidang Penghasilan Seni Visual, Sejarah dan Apresiasi Seni Visual.
Dalam mencari maklumat ini TMK boleh digunakan secara berkesan dalam pengajaran
dan pembelajaran.
2.1.4 Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini
disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal
dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan
pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan
kehidupan mereka.
Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubungkait
yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual
menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik
darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan. Teori ini menggalakkan pendidikan memilik
atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama
ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil
pembelajaran yang dihasratkan.

Ciri-Ciri Pembelajaran Kontekstual


Murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna
dalam rangka minda.
Maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.
Guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan.

Perkara yang Boleh Dicapai Melalui Pembelajaran Kontekstual


Melalui pembelajaran kontekstual ini, murid boleh:
I

Membina keyakinan diri

ii

Memahami perhubungan antara teori dengan amalan

iii

Membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan masalah

iv

Memperoleh sokongan dan dorongan daripada ibu bapa kerana mereka terlibat
secara
langsung dalam pembelajaran anak-anak mereka

Membina asas yang kukuh untuk melahirkan tenaga mahir sebagai modal insan
generasi masa depan.

Proses Pembelajaran Kontekstual


Dalam pembelajaran kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui empat proses
iaitu proses motivasi, pemahaman, aplikasi, dan refleksi. Kemahiran melakukan latih amal
(praktikal) dan berfikir merupakan asas pembelajaran kontekstual. Kesimpulannya aktiviti
ini menjadi asas untuk murid sentiasa ingin tahu ketika berlakunya pengajaran dan
pembelajaran.
Contoh Aktiviti: Hiasan Dalaman dan Landskap
Melalui aktiviti mereka bentuk hiasan dalaman dan landskap, faedah-faedah yang diperolehi:
i) Murid
-

Mengaitkan pembelajaran hiasan dalaman/landskap dengan pekerjaan atau kehidupan


harian.

Mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian, contoh


keselesaan/keindahan landskap.

Memindahkan kemahiran (menghasilkan lukisan pelan atau perspektif)

Meneroka dan mendapatkan bukti.

Menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.

Belajar secara bekerjasama melalui aktiviti berkumpulan.

ii) Guru
-

Menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya melalui hasilan projek

Dapat mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan.

Menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

iii) Industri
-

Menerima tenaga kerja yang berpotensi apabila murid telah diberi pendedahan awal.

Menggerakkan industri ke dalam pendidikan melalui projek hiasan dalaman.

2.1.5 Pendekatan Konstruktivisme


Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh
membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan
dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan
seronok untuk belajar sepanjang hayat.
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses
ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang
interaksi mereka dengan objek dan idea. Pembelajaran secara konstruktivisme
menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori
pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme.
Pembelajaran ini menggalakkan murid mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat
berinteraksi dan proses inkuiri akan terhasil.
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud
secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran mereka melalui pengalaman
pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu
diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan
dan pengabstrakan. Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah
lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG
dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil
kira struktur kognitif yang sedia ada pada diri mereka. Apabila maklumat baru telah
disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka,
barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini
dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat
bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman
sedia ada murid. John Dewey mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina


pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di
dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pendapat ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan
apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murid dengan
peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan
pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. Murid dibekalkan dengan
fakta-fakta dan diberi penekanan kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi.
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada
guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan
sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di
samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain
supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme
Ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme ialah:
i

Menggalakkan soalan/ idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai
panduan merancang.

ii Di sekolah menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan guru


iii Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran
iv Menyokong pembelajaran secara koperatif
v Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar
vi Memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baharu dengan
memahaminya melalui penglibatan mereka dengan situasi dunia yang sebenar
vii Menggalakkan proses inkuiri penemuan
viii Mengenal pasti perubahan sikap pelajar

Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme


Kelebihan pembelajaran konstruktivisme yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar adalah
seperti yang berikut:
i

Berfikir

Dalam proses membina pengetahuan baharu, pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan
masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, pengetahuan boleh dicapai melalui aktiviti

penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat,


memproses data, membuat interpretasi, dan membuat kesimpulan.
ii Faham
Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea akan lebih jelas apabila mereka terlibat
secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baharu. Seseorang pelajar yang
memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baharu
dalam kehidupan dan situasi baharu.
iii Ingat
Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat mengingati lebih lama konsep
tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima
dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu.
iv Yakin
Pelajar yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri
pemahaman mereka tentang sesuatu perkara. Hal ini menjadikan mereka lebih yakin
kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran serta menyelesaikan masalah dalam
situasi baharu.
v Kemahiran Sosial
Pelajar yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi
sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi
dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
vi Seronok
Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, pelajar membina sendiri pengetahuan,
konsep, dan idea secara aktif. Hal ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin, dan lebih
seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan
dan cabaran.
2.1.6 Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah. Ia dibahagikan kepada
dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran
berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan
bersifat evaluatif. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan

menghasilkan idea asli yang bersifat generatif. Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai
satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.
Strategi berfikir merupakan proses yang lebih tinggi peringkatnya. Ia melibatkan beberapa
langkah dan setiap langkah pula melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam proses
mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua KBKK
secara kritis dan kreatif digunakan.
Proses berfikir memerlukan aspek yang berikut:
a) Pengetahuan- apa yang anda tahu tentang sesuatu objek itu
b) Kemahiran- menyoal diri sendiri tentang sesuatu objek itu
c) sikap/Nilai- keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu objek itu.
Strategi penerapan pula perlu menggabungkan tiga pendekatan pengajaran dan
pembelajaran KBKK iaitu;
a) Mengajar cara berfikir
b) Mengajar untuk berfikir
c) Mengajar tentang berfikir
2.1.7 Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang
dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut
kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan
tahap penguasaan pembelajaran. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan
pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan
murid.
Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, diikuti
dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid
adalah untuk memastikan semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan
kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap
tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan
dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan
dengan usaha pemulihan.

Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri


a) Hasil pembelajaran perlu ditentukan, dan disusun mengikut hirarki atau unit
pembelajaran.
b) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan
mengembirakan.
c) Keupayaan dan pencapaian dinilai semasa aktiviti pembelajaran.
d) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.
e) semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
f) Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.
g) Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri

Anda mungkin juga menyukai