Anda di halaman 1dari 4

CERPEN KEIKHLASAN SEBUAH SAHABAT.

SEMENTARA menunggu bas untuk pulang dari sekolah, Lisa dan Mieza
sempat berbual-bual bersama-sama.
Kenapa dengan awak ni? Sedih saja saya tengok, tegur Mieza.
Tak ada apalah, saya cuma teringatkan kanak-kanak di wad semalam,
jawab Lisa dengan sedikit senyum yang dibuat-buat.
Oo... kasihan mereka, kan?
Memang kasihan. Baru berumur empat tahun sudah masuk hospital.
Sudah menghidap penyakit yang berbahaya, balas Lisa lagi.
Yang mana satu?
Katil yang dekat pintu tulah. Apa nama adik tu... Aiman.
Ya, Aiman. Betullah, minum susu pun terpaksa gunakan tiub. Kesian,
kan? kata Mieza.
Kesian sangat. Bila Lisa tengok orang sakit macam tu, baru terasa
betapa berharganya nikmat kesihatan. Beruntungnya jadi orang yang sihat.
Banyak perkara yang kita boleh buat seperti menunaikan tanggungjawab
kita sebagai umat Islam, melakukan perkara yang baik. Tidak ada gunanya,
jika kita hidup 1000 tahun di dunia ini tetapi tidak melakukan perintah
Allah, Lisa memberi komen.
Betul tu, saya setuju. Sebab itulah kita kena jaga kesihatan, kerana
kesihatan ni nikmat Allah juga. Tak baik mensia-siakan nikmat. Contohnya
makan makanan yang tidak berzat atau yang boleh memudaratkan
kesihatan kita.
Lisa
kesihatan
guru-guru
muridnya

pula menambah, Malas bersenam juga boleh menyebabkan


terganggu. Bila dah tak sihat, nak belajar pun susah. Sebab itu
di sekolah kita mengadakan aktiviti senam robik, bagi anak
sihat dan cergas.

Eh, itu bas dah datang, kata Mieza sebaik saja melihat sebuah bas
di kejauhan. Dia menunggu bas itu datang lebih dekat lagi untuk
memastikan betul atau tidak bas yang harus dinaiki. Mungkin bas itu tidak
pergi ke kawasan taman perumahannya. Boleh jadi bas itu pergi ke tempat
lain. Dia tidak mahu tersalah naik bas.
Eh, kenapa bas ini berhenti? Saya tak tahan pun, kata Mieza yang
terkejut melihat bas itu bergerak perlahan dan menyalakan lampu isyarat
hendak berhenti.

Sebaik saja bas berhenti, turun seorang mak cik sambil membawa
sebuah beg. Mak cik itu agak kepayahan hendak melangkah. Mungkin
kakinya berasa lenguh kerana lama duduk di dalam bas. Tidak sampai hati
pula Lisa dan Mieza membiarkan mak cik itu begitu saja. Setelah melihat
air muka mak cik itu, Lisa dan Mieza terus menolong mak cik itu dan
memimpinnya ke tempat duduk.
Terima kasih, nak. Baiknya hati anak berdua ni, apa nama anak
berdua ini? puji mak cik itu sambil menanyakan soalan dengan senyuman
lebar.
Sama-sama mak cik. Tidak mengapa, ini cuma pertolongan kecil saja.
Nama saya Lisa dan belah kanan saya ini pula Mieza, jawab Lisa dengan
suara yang sopan.
Mak cik nak ke mana ni? tanya Mieza dengan penuh hormat.
Mak cik nak pergi ke hospital. Nak melawat cucu mak cik kena
demam denggi, jelas mak cik itu.
Larat ke... mak cik naik bukit tu? tanya Mieza lagi. Untuk ke
hospital dari situ kira-kira tiga ratus meter dan terpaksa melalui kawasan
yang agak berbukit.
Kalau tak larat nanti mak cik berhenti dulu. Lepas tu berjalan
semula.
Tak apalah mak cik, biar kami tolong. Beri saya beg tu, saya bawa,
kata Lisa dengan muka yang penuh keikhlasan.
Tapi anak berdua ni nak ke mana? tanya mak cik itu.
Kami baru pulang dari sekolah, sekarang kami tunggu bas nak
balik.
Nanti kalau anak temankan mak cik, terlepas bas pulak.
Lisa dan Mieza terdiam. Benar juga kata mak cik itu. Sudah lama
mereka menunggu di situ. Kalau terlepas bas nanti, terpaksa tunggu bas
yang lain pula. Entah pukul berapa nanti baru sampai ke rumah. Tambahan
pula dengan keadaan cuaca semasa yang tidak menentu, hujan selalu
turun pada sebelah petang. Kalau hujan akan lebih menyukarkan lagi.
Mieza memandang Lisa lalu bertanya, Macam mana? Betul juga kata
mak cik ni.
Ya lah, tak payahlah susah-susah kerana mak cik. Tadi pun anak dah
tolong mak cik, Kata mak cik.
Tapi kami tak sampai hati biarkan mak cik seorang diri ke hospital.
Walaupun dekat, letih juga, kata Lisa dengan suara membimbangkan.

Tak apalah. Kalau mak cik letih, berhenti lah sekejap. Lepas tu
sambung lagi.
Mahu tidak mahu Lisa dan Mieza terpaksa akur juga walaupun
mereka kasihankan mak cik itu. Memang mereka hendak menolong mak cik
itu, tetapi bimbang akan terlepas bas nanti. Mungkin boleh tunggu bas
yang berikutnya. Tapi boleh jadi juga bas berikutnya lambat datang.
Mungkin lewat petang atau mungkin juga malam.
Lisa dan Mieza terus mengekori langkah mak cik itu dengan ekor
mata. Beg yang dibawa oleh mak cik itu nampak agak mengganggu
langkahnya. Barangkali kalau tanpa bas tersebut langkahnya lebih selesa
sedikit. Sekali Lisa menoleh ke arah Mieza seperti ingin menyatakan
sesuatu. Kemudian menoleh pula ke arah mak cik yang masih termengahmengah melalui jalan yang sedikit berbukit.
Marilah kita tolong mak cik tu. Tak sampai hati tengok dia macam
tu. Mieza akhirnya meluahkan isi hatinya.
Tapi kalau terlepas bas nanti... macam mana?
Tawakal sajalah. Kita nak buat benda mulia, tolong orang yang
sedang kesusahan, jawab Lisa dengan penuh yakin. Berdoalah kepada
Allah supaya tak tertinggal bas.
Mak cik... tunggu! laung Mieza sambil berlari bersama Lisa untuk
mendapatkan mak cik yang baru separuh bukit menapak. Mak cik itu pun
berhenti dan berpaling.
Ada apa? tanya mak cik ketika dua sekawan itu menghampirinya.
Kami nak temankan mak cik. Bagi beg tu, biar saya bawa, kata
Lisa.
Habis... kalau bas datang nanti?
Lepas hantar mak cik, kami datanglah semula, balas Mieza.
Setelah tiba di hospital, Mieza sungguh terkejut sebaik saja sampai
di katil wad yang menempatkan cucu mak cik itu. Begitu juga dengan
Aiman. Apabila di dalam bilik wad itu, Lisa dan Mieza bertemu dengan
Cikgu Alyaa, iaitu guru kelas mereka. Rupa-rupanya Cikgu Alyaa datang
menziarahi anak saudaranya yang dimasukkan ke dalam hospital kerana
demam denggi. Sebenarnya, mak cik yang mereka tolong itu adalah ibu
kepada Cikgu Lyaa.
Kemudian berceritalah Lisa apabila ditanya oleh Cikgu Alyaa tentang
pertemuan mereka dengan mak cik itu. Dia tidak bertemu Cikgu Alyaa
semasa melawat anak jirannya semalam kerana pesakit yang mereka lawati
ditempatkan di wad tingkat lain.

Kenapa mak tak telefon? Boleh Alyaa ambil di stesen bas, Cikgu
Alyaa bertanya kepada emaknya.
Ha ah... Jiha pun boleh pergi ambil, jawab gadis muda yang berdiri
di kepala katil, adik kepada Cikgu Alyaa.
Mak dah tulis nombor telefon kamu. Tapi nak cepat tadi tertinggal
pula atas meja.
Mak cik...cikgu, kami tak boleh lama. Kami pergi dulu ya, Lisa
meminta kebenaran sebelum beredar.
Nanti dulu, cikgu pun nak balik juga. Kita balik sama-sama ya.
Lagipun cikgu ada kerja sikit di pejabat sekolah, nanti cikgu hantar kamu
berdua hingga ke rumah. Kata Cikgu Alyaa, menggembirakan Lisa dan
Mieza.
Bagi cikgu masa lima minit kejap, kata Cikgu Alyaa lagi.
Tak apalah kak, kakak baliklah dulu. Lagipun kakak dah lama di sini,
tidak mengapa kak... Allah Itu Maha Mendengar dan Maha
Mengetahui...Tuhan mendengar doa kita selama ini dan mengetahui apa
yang kita ingin kan selama ini. Balas adik Cikgu Alyaa yang sedang duduk
di sebelah katil itu.
Baiklah, tapi jangan lupa nanti hantar emak ke rumah kakak,
Cikgu Alyaa mengingatkan adiknya.
Tahulah saya. Itu pun selepas emak tidur di rumah saya semalam
dua.
Rumah kakak dululah. Lepas tu kakak hantar rumah kamu pula.
Emak Cikgu Alyaa tersenyum lebar melihat gurauan dua orang
anaknya itu. Lisa dan Mieza turut tersenyum, terhibur dengan kemesraan
cikgu mereka itu. Namun, lebih terhibur lagi kerana mereka tidak payah
menunggu bas untuk pulang. Cikgu Alyaa akan menghantar mereka sampai
ke depan rumah.
Kita tolong permudahkan urusan orang lain, Allah permudahkan
pula urusan kita, kata Lisa yang beriringan dengan Mieza menuju ke
kereta Cikgu Alyaa. Dia mengulangi kata-kata yang diucapkan oleh emak
Cikgu Alyaa semasa bersalaman dengannya tadi.

Anda mungkin juga menyukai