Anda di halaman 1dari 5

2.

0 Laporan Pengajaran makro


Pada 20 Ogos 2015 yang lalu, saya telah menjalankan pengajaran makro untuk
mata pelajaran matematik tahun 1. Tajuk yang saya pilih ialah Mengenal pasti mata wang
Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas. Pengajaran makro ini dijalankan selama 1
jam. Jumlah murid adalah seramai 16 orang murid. Saya telah menjalankan pengajaran
makro ini mengikut beberapa langkah pengajaran matematik. Semasa menjalankan
pengajaran

dan

pembelajaran

ini,

Saya

telah

menggunakan

teknologi

komputer

persembahan powerpoint, benda maujud dan contoh matawang Malaysia dan luar negara
sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran tersebut.
Untuk set induksi, saya telah menjalankan satu simulasi jual beli barang di sebuah
kedai alat tulis. Saya menyediakan beberapa barang seperti alat tulis, pensel warna dan
pemadam. Saya memanggil dua orang murid untuk tampil ke hadapan untuk melakon
sebagai penjual dan pembeli barang. Murid-murid dapat berlakon sebagai penjual barang
dan pembeli barang dengan aktif. Mereka menggunakan wang untuk membeli barang.
Dengan ini, saya dapat memperkenalkan tajuk saya iaitu wang. Selain itu, set induksi yang
melibatkan aktiviti simulasi jual beli barang tentang telah menarik perhatian murid-murid.
Mereka dapat menjawap soalan yang dikemukakan oleh guru dengan betul. Seterusnya
menyediakan murid-murid untuk mengikuti pelajaran hari tersebut. Semua murid memberi
perhatian semasa simulasi menjual beli barang oleh dua murid di hadapan kelas.
Selepas itu, untuk langkah kedua iaitu persediaan, saya telah memaparkan tayangan
slaid powerpoint mengenai tajuk wang. Dengan menggunakan slaid tersebut, saya
memaparkan gambar wang syling Malaysia dan wang kertas Negara Malaysia. Saya juga
menyatakan cirri-ciri, bentuk dan warna setiap nilai matawang Malaysia. Dengan ini, murid
dapat mengenali matawang Negara Malaysia dengan jelas. Penyampaian pelajaran yang
menggunakan teknologi komputer iaitu persembahan powerpoint dalam pengajaran dan
pembelajaran telah menarik perhatian murid-murid. Dengan menggunakan ICT murid lebih
memahami isi pelajaran yang tajuk wang diajarkan kerana murid lebih nampak gambaran
sebenar. Murid lebih berminat untuk belajar kerana gambar wang sebenar dari Negara
Malaysia dan luar Negara dapat ditunjukkan yang boleh menarik minat murid. Melalui
penggunaan komputer dan LCD, guru dapat mengaitkan pengajaran dan pembelajaran
Matematik dengan kehidupan seharian. Murid lebih bersemangat dan akan memberikan
sepenuh tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid juga dapat
menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru yang berkaitan dengan tayangan video
tersebut. Ini bermakna semua memahami isi kandungan yang disampaikan.

Langkah yang seterusnya adalah imaginasi. Untuk langkah ini, saya telah memberi
beberapa wang syiling dan wang kertas Malaysia kepada murid. Murid diberi kertas A4 dan
diminta menekap wang syling dan menyurih wang kertas dengan menggunakan pensel.
Selepas itu, murid akan menulis nilai wang syiling dan wang kertas di bawa gambar selepas
menekap dan menyurih. Dalam langkah ini, pengajaran yang digunakan oleh saya adalah
berpusat kepada murid-murid. Murid cergas menjalankan aktiviti ini. Langkah seperti ini
bukan sahaja lebih efektif tetapi lebih bemakna dan menyeronokkan murid-murid kerana
murid dapat memegang wang syiling dan wang kertas Malaysia dengan sentuhan sendiri
dan menekap dan menyurih seterusnya menulis nilai matawang tersebut. Dengan ini , murid
dapat Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas.
Seterusnya,

saya

telah

menjalankan

langkah

perkembangan

sebagai

penambahbaikan dan menilai kefahaman murid. Dalam langkah ini, murid diagihkan kepad
tiga orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan diberi dua sampul surat yang
mengandungi wang syling dan wang kertas dari negara Malaysia dan luar negara. Selepas
mendapat dua sampul itu, murid dalam kumpulan dikhendaki mencari wang syling dan wang
kertas negara Malaysia dengan betul. Selepas memilih wang Malaysia yang betul, murid
menampal wang tersebut dalam kadbod warna hitam yang diberi oleh guru. Selepas itu,
mereka perlu membaca nilai matawang tersebut apabila guru menunjuk dan menyuruh
mereka menyatakan nilai wang syiling dan kertas yang ditampal oleh mereka. Langkah ini
dapat dijalankan dengan penuh bersemangat oleh semua murid. Murid dapat bekerjasama
dalam kumpulan mereka semasa mencari dan menampal wang Malaysia. Mereka saling
bantu-membantu antara satu sama lain semasa menjalankan aktiviti kumpulan ini.
Bagi aktiviti kumpulan ini, kaedah yang saya gunakan adalah kaedah kumpulan
pelbagai kecerdasan yang mana murid-murid terdiri dari murid-murid yang sederhana dan
lambat bagi kelas tersebut. Pengumpulan jenis ini adalah amat sesuai bagi aktiviti
pembelajaran yang memerlukan bimbingan dari murid-murid yang cerdas bagi murid-murid
yang kurang cerdas. Dengan cara ini, bakat kepimpinan murid-murid yang cerdas dapat
dikembangkan serta nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, bertimbangrasa,
bertanggungjawab dan toleransi dapat dipupuk dalam kumpulan jenis ini.

Semasa

menjalankan aktiviti secara kumpulan, saya dapati ada yang suka untuk mencari dan ada
yang berusaha menampal wang syling dan wang kertas Malaysia Setelah mereka selesai
menjawab soalan yang diberi dalam kumpulan, saya paparkan hasil kerja mereka di papan
tulis dan semak bersama-sama mengikut kumpulan masing-masing.

Untuk langkah seterusnya iaitu tindakan, saya mengedarkan dua lembaran kerja
kepada murid. Murid-murid dikehendaki mewarnakan perkataan nilai wang yang betul
berdasarkan gambar wang. Selepas itu, Murid-murid dikehendaki mengenalpasti wang
malaysia dan mengguntingkannya dan menampalkan wang tersebut pada ruangan yang
disediakan iaitu ruangan wang kertas dan wang syiling. Semua murid dapat menjawap
lembaran kerja yang diberi dengan betul. Dengan ini mereka dapat memahami kandungan
pelajaran yang disampaikan oleh guru pada hari itu.
Langkah terakhir adalah penutup. Dalam langkah ini, saya menggunakan tayangan
slaid powerpoint. Saya memaparkan sebuah lagu yang bertajuk Duit ..Oh..Duit...Saya
meminta semua murid bangun dan menyanyi lagu ini sambil membuat pergerakan. Saya
membimbing murid untuk menyanyi lagu tersebut. Semua murid sangat berseronok dan aktif
semasa menyanyi lagu tersebut sambil membuat pergerakan. Selepas menyanyi lagu, saya
bertanya beberapa soalan kepada murid mengenai wang. Saya juga menyatakan kepada
murid kepentingan wang dan pentingnya kita berjimat cermat. Dengan ini, saya
merumuskan pelajaran pada hari itu.
Daripada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran makro ini, saya dapati
beberapa kekuatan. Kelebihan dan kekuatan dapat dikesan dalam menjalankan tugasan
makro pengajaran ialah yang pertama ketegasan dan kelantangan suara dalam
menyampaikan isi pelajaran. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar
seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Di
samping itu, penggunaan nada suara tinggi dan rendah serta ada intonasi merupakan bonus
bagi saya untuk menarik perhatian murid.

Apabila kelantangan dan ketegasan saya

berpadu ketika menyampaikan isi pelajaran menyebabkan murid lebih tertumpu kepada
penyampaian guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.
Kejelasan dalam memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenal pati
dalam penyampaian pelajaran.

Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam

menentukan kefahaman murid. hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid.
Contohnya, ketika saya meminta dua orang murid untuk melaksanakan aktiviti simulasi jual
beli barang, Mereka dapat berlakon dengan baik apabila arahan yang jelas diberikan oleh
guru. Aktiviti secara berkumpulan juga dapat dilaksanakan mengikut arahan. Semua murid
dapat bekerjasaman dalam menghasilkan tugasan yang diberi. Arahan yang diberi jelas,
memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan
yang diberikan. Ini boleh didapati semasa murid tepat menunjukkan kefahaman murid
terhadap penyampaian guru berkenaan dengan isi pelajaran dalam langkah tindakan.
10

Selain daripada itu, apabila murid dapat menonjolkan tingkah laku yang positif dalam
bilik darjah dan dapat menjawab soalan yang ditujukan dengan tepat maka saya
memberikan pujian yang membina. Pujian yang digunakan telah mendorongkan murid untuk
berusaha dengan lebih tekun lagi. Selain itu saya juga memberikan ganjaran kepada murid
yang dapat menjawab soalan dengan tepat. Dengan ini murid lebih bersemangat untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Interaksi mesra semasa
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran juga telah memberi galakkan. Murid
berasa selesa, tidak tertekan, dan merangsang pemikiran untuk melahirkan idea yang lebih
bernas dan tersusun.
Dalam pengajaran konsep disampaikan secara berperingkat. Perkembangan
konsep-konsep berlaku secara berperingkat-peringkat, iaitu dari senang ke susah, dari
konkrit ke abstrak dan dari yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui. Contohnya
dari mengenali wang Negara Malaysia sampai mengenali nilai dan ciri-ciri wang tersebut.
Selain itu, Isi, bahan pelajaran dan alat bantu mengajar

adalah berkaitan dengan

pengalaman murid dan benda yang di sekeliling mereka. Di samping itu, alat bantu
mengajar adalah sesuai, pelbagai jenis, berbentuk benda maujud, diketahui oleh murid
seperti wang kertas Negara Malaysia sebenar dan alat tulis. Alat bantu mengajar tersebut
telah menarik perhatian murid.
Terdapat juga kelemahan yang dikenalpasti sewaktu menjalankan pengajaran
makro ini. Terdapat kelemahan iaitu ketepatan mengikut masa yang dirancang dalam
Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibuat. Ketepatan masa sangat penting untuk
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik. Berdasarkan RPH
yang telah dibuat, saya mendapati kelemahan bahawa masa yang digunakan untuk
menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak sama dan mengambil masa yang agar
panjang dalam langkah imaginasi. Ini disebabkan saya lebih banyak membiarkan murid
menekap gambar wang syling dan wang kertas dalam kumpulan sendiri tanpa bantuan lain.
Walau bagaimanapun, masa keseluruhan dalam pengajaran ini tidak terlalu terjejas.
Daripada kelemahan yang dikesan saya telah memikirkan beberapa cara untuk
menambahbaik untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Setiap
kekurangan yang telah dikesan hendaklah diperbaiki dengan meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran saya pada masa akan datang. Penambahbaikan yang perlu
saya lakukan adalah ketepatan dalam penggunaan masa menyampaikan pelajaran,
mengawal murid dan memberi bantuan yang sesuai kepada murid ketika melakukan aktiviti
di dalam kelas. Ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam Rancangan Pengajaran
Harian haruslah ditepati oleh saya. Ini kerana ia akan memudahkan saya dalam

11

menyelesaikan setiap langkah penyampaian pengajaran bermula dari set induksi


sehinggalah ke langkah seterusnya.
Oleh yang demikian, di sini saya boleh rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang saya
gunakan berjaya dilaksanakan dan murid-murid menglibatkan diri secara aktif

semasa

proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya harapkan di masa akan datang, saya
akan dapat mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah bagi menarik minat murid supaya muridmurid akan dapat memahami sesuatu topik yang disampaikan dengan lebih jelas.
Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu
lebih menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif
sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Terdapat beberapa kaedah dan
teknik yang berkesan boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang
demikian,

pemilihan terhadap kaedah dan teknik yang lebih sesuai perlulah dilakukan

secara berhati-hati supaya tidak menghalang dalam melaksanakan proses pembentukan


konsep-konsep secara mudah dan lebih berkesan. Aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah
yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan
konsep-konsep yang diterjemahkan dapat difahami dengan lebih jelas dan tepat. Aktiviti
yang dipilih harus mempengaruhi intelek, emosi, minat dan kecenderungan pelajar secara
berkesan serta mampu untuk menjelaskan pengajarannya.

12

Anda mungkin juga menyukai