Anda di halaman 1dari 3

Pro Forma Kursus

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian


(Internship)
Nama Kursus

Internship

Kod Kursus

INT3101

Kredit

2 (0+2)

Tempoh

4 Minggu

Semester

Semester 2 Tahun 4

Prasyarat

Pelajar telah melalui PBS dan Praktikum

Hasil
Pembelajaran

1.

Menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kurikulum dengan


mengambil kira faktor fizikal, sosial dan budaya untuk individu dan kumpulan

2.

Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti di sekolah

3.

Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti, dan integriti


dalam melaksanakan tugas

4.

Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan


kejelekitan pasukan

5.

Berkomunikasi dengan pelbagai cara dalam pelbagai situasi dalam lingkungan


komuniti sekolah

6.

Mengurus masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan sahsiah seorang
guru

7.

Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran pembelajaran serta menjana idea
baru untuk penambahbaikan yang berterusan

8.

Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program


pendidikan semasa

9.

Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang


diberikan

10. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.

Sinopsis

Internship merupakan peringkat transisi profesional yang bertujuan mengaitkan pengalaman


dalam amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar merancang, melaksana
dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di luar bilik darjah dan
aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar juga perlu
menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan seliaan
guru pembimbing. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan
keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai
profesionalisme keguruan ke arah pembentukan guru permulaan yang berkesan.
Internship is a profesional transitional stage aims at linking the students experience of the
profesional practice and the responsibility as beginning teachers. Student teachers are expected
to plan, implement and evaluate teaching and learning activities outside the classroom and the
activities which are routinely done in the schools as part of the school culture. Student teachers
are to demonstrate leadership qualities in managing various school activities. Internship also
gives opportunities to student teachers in developing their self confidence, endurance,
leadership and inculcates professionalism as effective beginning teachers.

Kandungan
Kursus

Bil.
1.
1.1
1.2
1.3
2.
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
2.7
2.8
2.9
2.10
2.11

Komponen
Pengurusan aktiviti di luar bilik darjah
Kepemimpinan
Pengurusan
Penglibatan dan sumbangan
Profesionalisme guru
Sikap dan sahsiah
Interpersonal dan intrapersonal
Amalan refleksi
Hubungan profesional
Komunikasi
Amalan etika profesion keguruan
Komitmen
Keyakinan diri
Jati diri
Ketahanan
Penambahbaikan berterusan
JUMLAH

Penilaian

Tempoh

4 Minggu

Penilaian dilakukan oleh pengurus sekolah dan mentor berdasarkan aspekaspek di atas dengan merujuk :

Laporan daripada pihak pengurus sekolah dan mentor


Portfolio internship
Pengurusan aktiviti/projek
Pembentangan hasil aktiviti/projek

Wajaran markah untuk Internship : 100%


Rujukan
Asas

Kementerian Pelajaran Malaysia.(2008). Garis panduan amalan profesional


program ijazah sarjana muda perguruan. Putrajaya: Bahagian Pendidikan
Guru.

Rujukan
Tambahan

Baird, B.N. (1999). The Internship, practicum and field placement handbook.
New Jersey: Prentice Hall.
Parkay, F.W. & Stanford, B.H. (2004). Becoming a teacher. (6th Ed.).
Boston: Allyn and Bacon.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1994). Kurikulum bersepadu sekolah
rendah (KBSR) secara menyeluruh. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.

Aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah yang dicadangkan semasa internship:

1. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat outdoor,


seperti lawatan belajar ke muzium sejarah dan seni, zoo negeri, taman
botani, pertanian dan lain-lain

2. Membantu dalam mengendalikan kursus kepemimpinan bagi Lembaga


Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakawan dan lain-lain
3. Merancang, mengendali dan menilai aktiviti sukan, persatuan dan unit
beruniform
4. Mengendalikan program grooming untuk murid lelaki dan perempuan

5. Mengurus perhimpunan pagi serta memberi ucapan tentang sesuatu tajuk


yang menarik

6. Mengurus aktiviti membaca, mengarang, di sudut pembacaan sekolah dan


lain-lain
7. Membina kolam ikan, muzium sekolah, pusat kaji cuaca dan lain-lain
8. Mengurus pertandingan kebersihan kelas, perbahasan, Hari Kantin, Hari
Sukan, Hari Terbuka, Hari Bersama Ibu Bapa dan lain-lain
9. Mengendalikan kursus motivasi, teknik soal jawab, kelas bimbingan, dan lainlain
10. Membantu menghasilkan sumber pengajaran pembelajaran di PKG

11. Menganjurkan kursus latihan dalam perkhidmatan di peringkat sekolah


12. Mengumpul dan memahami pekeliling perkhidmatan (PKPA) yang telah
dikeluarkan oleh KPM
13. Menghasilkan projek inovasi pedagogi yang dapat membantu meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai