Anda di halaman 1dari 2

Mesra pelajar

guru sentiasa mengambil tahu hal dan masalah murid serta mudah didekati peljarnya
Amanah dengan tanggungjawan yang dipikul
Guru sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang dipikul dalam mendidik dan menjalankan
tugas yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah
Baik hati dan suka menolong
Guru sentiasa menghulurkanbantuan kepada murid apabila menghadapi masalah dalam hal
peribadi dan juga pelajaran
Bersifat penyabar
Guru sentiasa bersabar dengan kerenah murid dalam menyampaikan isi pegajaran
Periang
Guru mempamerkan wajah yang ceria dan bersikap sebagai seorang periang apabila berdepan
dengan murid tidak kira di luar dan dalam bilik darjah.
Meskipun begitu, masih ramai lagi guru-guru yang mempunyai personaliti dan sahsiah yang baik dan
menarik. Antara ciri-ciri guru yang baik dan dihormati pelajar ialah, guru yang mesra pelajar. Guru
sebegini gemar mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh pelajar serta mudah untuk didekati oleh
para pelajar. Guru yang mempunyai ciri seperti ini mampu menjadi role model kepada para
pelajarnya. Para pelajar juga dapat mengembangkan personaliti yang baik secara tidak langsung.
Guru yang amanah dan bertanggungjawab juga mampu membentuk pelajar yang
berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah yang baik. Melalui sifat baik yang ditonjolkan oleh seorang
guru, para pelajar dapat mencontohinya dan menjadi pelajar yang lebih baik dari segi rohaninya.
Sememangnya, dalam usaha membentuk pelajar yang baik dan cemerlang, para guru memainkan
peranan yang sangat penting dan sahsiah yang terpuji seperti ini jelas mampu menyumbang ke arah
pencapaian matlamat tersebut.
Akhir sekali, guru yang periang merupakan guru yang disukai oleh para pelajarnya.
Guru yang mempunyai sikap seperti ini gemar mempamerkan wajah yang ceria samada di dalam
kelas mahupun diluar. Guru ini kebiasaannya mempunyai semangat dan aura yang positif yang
membuatkan para pelajar berasa selesa berada di sekitarnya. Sikap yang sebegini merupakan salah
satu pemangkin kepada pembentukan pelajar yang bersahsiah baik, proaktif dan cemerlang dalam
pelbagai bidang yang diceburi olehnya kelak.

Ciri-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:

- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan
dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan
prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati
kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk
pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan
pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta
menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidangbidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran
(learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai
pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di
luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan
menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi
secara inter dan intra-personal, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan
berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa
merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat
analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya,
sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan
penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan
kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang
berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan
negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti
pengajaran di institusi

Anda mungkin juga menyukai