Anda di halaman 1dari 5

Huraian Konstruk (Literasi membaca &

menulis) Program LINUS.


Konstruk 1: Keupayaan menamakan & menulis huruf vokal dan konsonan.
( Contoh: a,e,i,o,u,b,c,d,f ,dll.).
Konstruk 2: Keupayaan membunyikan & membaca suku kata terbuka.
( Contoh: sa,bu,ca dll.).
Konstruk 3: Keupayaan membaca & menulis perkataan suku kata terbuka.
( contoh: paya,buku,bulu,petola,kereta, dll.).
Konstruk 4: Keupayaan membunyikan & menulis suku kata tertutup.
(contoh: pan,dol,kon, dll.).
Konstruk 5: Keupayaan membaca & menulis perkataan suku kata tertutup.
( contoh: ikat,ulas,kantin,talam, dll.).
Konstruk 6: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi suku
kata tertutup 'ng'.
( contoh: arang,kompang,longgok, dll.).
Konstruk 7: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi diftong.
( contoh: garau,kilau,pandai,dll.).
Konstruk 8: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi vokal
berganding.
( contoh: kait,maaf,kuat,niat, dll.).
Konstruk 9: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi diagraf
dan konsonan bergabung.
( contoh: klinik,troli,stadium,nyaring,dll.).
Konstruk 10: Keupayaan membaca & menulis perkataan berimbuhan awalan dan
akhiran.
( contoh: terlupa,bersenam,membantu,layanan, dll.).
Konstruk 11: Keupayaan membaca & menulis ayat mudah.
( contoh: Emak rebus jagung. Saya ada kakak. dll.).
Konstruk 12: Keupayaan membaca dan memahami bahan rangsangan.
( contoh: Membaca petikan dan kemudian menjawab soalan secara
lisan dan tulisan yang dikemukakan berdasarkan petikan yang telah dibaca.).

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI


Konstruk 1

1.

Keupayaan pra nombor dan mengenal angka

2.

Pra nombor melibatkan bentuk dan warna

3.

Keupayaan menyebut dan menulis angka

4.

Memadankan bentuk, warna dan angka

Konstruk 2

1.

Keupayaan membilang

2.

Keupayaan menyatakan bilangan objek secara lisan

3.

Menulis kedudukan objek yang dibilang atau menulis bilangan objek keseluruhan

4.

Menentukan nombor yang mewakili bilangan objek keseluruhan

Konstruk 3

1.

Keupayaan memahami nilai nombor

2.

Memadankan nombor dengan bilangan objek yang diberi

3.

Menulis nombor mengikut urutan

Konstruk 4

1.

Keupayaan membuat seriasi

2.

Keupayaan menyusun objek mengikut kriteria berikut:

o Banyak ke sedikit
o Kecil ke besar
o Pendek ke panjang
o Rendah ke tinggi
o Nipis ke tebal
dan sebaliknya
Konstruk 5

1.

Keupayaan mengenal mata wang Malaysia

2.

Keupayaan mengenal duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang

kertas RM1, RM5, RM10

Konstruk 6

1.

Keupayaan menyatakan waktu

2.

Keupayaan menyatakan pagi, petang, malam berdasarkan situasi yang diberi

3.

Keupayaan menyatakan hari dalam seminggu mengikut urutan

4.

Keupayaan menyatakan nama bulan dalam setahun mengikut urutan

Konstruk 7

1.

Keupayaan mengendalikan operasi asas

2.

Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi

3.

Pengendalian operasi tidak melibatkan pengumpulan semula

4.

Stimulus boleh dalam bentuk nombor atau objek

5.

Hasil tambah tidak melebihi 20

6.

Hasil tolak tidak melebihi 50

7.

Operasi darab dan bahagi melibatkan sifir 2, 5, 10

Konstruk 8

1.

Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia

2.

Keupayaan mengendalikan operasi asas tambah dan tolak yang melibatkan duit

syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan wang kertas RM1, RM5, RM10
3.

Pengendalian operasi hanya melibatkan dua mata wang

Konstruk 9

1.

Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

2.

Keupayaan membuat anggaran ukuran menggunakan UNIT BUKAN STANDARD

dan UNIT STANDARD


3.

Membuat perbandingan panjang, jisim dan isi padu

Konstruk 10

1.

Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya

2.

Keupayaan menggunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tambah dan

tolak
3.

Menulis ayat matematik dengan menggunakan angka, simbol tambah (+), simbol

tolak () dan simbol sama (=)


4.

Menceritakan situasi yang melibatkan operasi tambah dan operasi tolak dalam

bahasa harian

Konstruk 11

1.

Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian

terhad kepada nombor bulat


2.

Menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak menggunakan objek maujud

3.

Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan dua nombor sahaja dan

menggunakan sama ada operasi tambah atau tolak


Konstruk 12

1.

Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian

melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang


2.

Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan mata wang

3.

Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan masa

4.

Menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan ukuran panjang

Anda mungkin juga menyukai