Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka saya dapat
menyiapkan tugasan projek ini dengan sebaiknya.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tulus ikhlas dan terima kasih yang tidak
terhingga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing MZP3211G Alat Muzik
Utama Gitar V iaitu En. Samsi Bin Ijai kerana telah banyak membantu dan
membimbing saya sepanjang pelaksanaan tugasan projek kali ini. Beliau telah
menerangkan tugasan ini kepada saya dengan begitu lengkap sekali dan
memberikan bimbingan yang amat bernilai sepanjang proses pelaksanaan tugasan
ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas L7B yang
sudi membantu dan saling berkongsi maklumat sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Kerjasama dan bantuan mereka semua amat saya dihargai. Semoga kita semua
berjaya menjadi guru yang berdedikasi dan dapat melahirkan anak murid yang
berguna kepada negara pada masa hadapan.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa saya yang telah
memberi saya sokongan, galakan dan bantuan sama ada dari segi kewangan dan
sokongan moral sepanjang penyiapan kerja kursus ini. Semoga kita dapat menjadi
anak yang dapat berbakti kepada mereka hingga ke akhir hayat.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu
kami sama ada secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang melaksanakan
tugasan ini. Jasa dan pengorbanan anda semua akan saya kenang buat selamalamanya.
Akhir sekali, saya mendoakan semua pihak mendapat kebahagiaan hidup
dan dipermudahkan jalan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Anda mungkin juga menyukai